Sunday, October 10, 2010

my little grass ~

10.10.2010

Detik bersejarah. Dalam satu hari yang sama, dapat merasai warna-warni perasaan. Masih diruntun ujian. Keruh di hati makin terjelma, mendung dibawa ke mana2? Merenungkan diri, ujian dan jalan di hadapan. Masa untuk bangkit bukannya menyerah kalah. Tazkirah dari Allah tidak kira di mana2. Asalkan hati masih ingin mencari.



Perjalanan masih jauh rupanya. Waktu di alam ini makin singkat, sesingkat butiran pasir (jam pasir). Deras alirannya. Tidak mahu pertukaran ke alam seterusnya dalam keadaanku terkilan. Setelah sekian lama berusaha mendaki ke puncak. Tak mungkin kelelahan menjatuhkan ke lembah semula. Tidak!

Mencari2 kekuatan, mungkin masih belum bersungguh! Atau masih dalam tempoh ujian. Bersabarlah! Bukankan selalu diucapkan perkataan itu?

Strong wind blows, just wave the head,
When it stops, straighten the waist again,
In the storm, just bend and withstand it,
When the rain stops, hold up the head and stand upright.
Not afraid of wind, not afraid of rain,
determine to grow,
the little grass is not little at all.



Lihatlah kasih sayangNya!
Kekuatan dijelmakan buat yang mencari, dan terus ingin mencari. Jangan pernah putus asa, kerana itu jalan yang mudah tetapi sekali2 tidak dapat menembusi hakikat manusia yang mencari ketundukan serta ketenangan dan kedamaian.

Jzkk my little grass ~ I want to be able to grow without fear of wind or rain!


Sunday, September 26, 2010

tazkirah hati @ pagi Ahad


Dipetik daripada sebuah audio lama (penyampai Ustaz Zaidi dalam satu siri daurah di bumi kanggaroo) berkisar tentang Madrasah Hassan Al-Banna.

Antara ciri dakwah Ikhwanul Muslimin ialah bersifat Rabbani. Yakni Al-Imani yang merupakan perkara tonggak/asas dalam dakwah Ikhwan. Juga merupakan intipati kepada seruan dakwah Rasulullah S.A.W. iaitu ke arah mencapai kesejahteraan aqidah. Dakwah Ikhwan meyakini bahawa iman dapat digilap kembali seperti yang pernah dicapai oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat melalui keyakinan yang bulat di dalam hati, amal serta komitmen yang jitu dengan tarbiyah sebagai paksinya. Jadi, seruan dakwah ini bertujuan menghidupkan hati serta membangkitkan jiwa-jiwa manusia yang lesu. Menghidupkan hati ada 3 perkara:

1) Imunisasi hati - iaitu sepertimana kita mengambil imunisasi bagi mencegah sesetengah penyakit, perlu bagi hati memiliki imunisasi terhadap kecintaan kepada dunia

2) Makanan hati - memberi makan kepada hati adalah kemestian, melalui taqarubillah (mendekatkan diri kepada Allah) agar hati diikat kepada fitrahnya dan tidak dilekakan. Ini dapat dicapai melalui:
  • Iltizam as-sunnah (beriltizam dengan perkara2 sunnah) serta jauhi bidaah tercela
    • (Kisah Imam Hassan Al-Banna bersama Umar Al-Tilmisani - Keletihan yang amat dalam jaulah yang panjang dan keadaan keretapi kelas ke-3 yang tak selesa, tetapi tetap Imam Al-Banna seru Umar untuk bangun qiam)
  • Ihtimam bil-qaraid - serious/teguh dengan perkara2 fardhu
    • (Kisah Ustaz Mustafa Mashyur tetap mengagahkan diri solat berjemaah Asar meski baru lepas koma, dan koma lagi selepas solat sebelum kembali ke rahmatullah)
  • Targhib solatul-jamaah - semangat hidupkan solat jemaah
3) Rawatan hati - apabila hati sakit, perlu segera dirawat. Antara rawatan berkala adalah istighfar, zikir dan taubat

Apabila kita mengambil berat akan perihal hati, maka dapatlah kita melahirkan peribadi yang memiliki hati yang berhubung terus dengan Allah SWT. Iaitu hati yang hidup serta terlus. Dan hati ini tidak merasa keberatan dalam melaksanakan perintah Allah serta berjaya mencapai kondisi di mana ianya sentiasa berdenyut kerana Allah SWT.

*moga hatiku terus berdenyut keranaNya*
109A York Place, Dunedin New Zealand
Spring 2010

Tuesday, September 7, 2010

pesanan sang murabbi


Di akhir Ramadhan ini, sang murabbi seolah-olah berbicara kepada saya. Dan saya amat terkesan dengan bicaranya. Maka saya paparkan buat semua.

1. Ya ukhti, janganlah engkau hidup tanpa matlamat. Sesungguhnya Allah tidak menciptakanmu dengan sia-sia dan Dia tidak meninggalkanmu begitu saja

2. Ya ukhti, jadikan Allah itu matlamatmu. Dengarilah seruanNya yang bermaksud: 'Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu' (Az-Dzariyat: 50)

3. Ya ukhti, sesungguhnya apa yang kau bimbangi di dalam kehidupan ini hanya 2 perkara: rezekimu dan ajalmu. Dan tidak ada siapa yang dapat menentukan kedua-duanya untukmu kecuali Allah. Maka janganlah kebimbangan terhadap kedua-dua perkara itu menghalangmu daripada menegakkan kebenaran

4. Ya ukhti, sesungguhnya umat hanya akan maju dengan pengorbanan. Dakwah hanya akan tegak dengan kesetiaan. Sekiranya engkau hidup untuk umatmu maka berkorbanlah untuk kemajuannya. Dan sekiranya engkau yakin kepada dakwahmu maka berusahalah untuk setia kepadanya

5. Ya ukhti, janganlah engkau berkata apa yang engkau tidak buat. Janganlah engkau terpedaya sekiranya manusia menganggap engkau telah bekerja. Apa yang engkau perlu fikirkan ialah Allah mengetahui bahawa engkau benar-benar bekerja. Sesungguhnya manusia sekali-kali tidak dapat melindungimu daripada Allah

6. Ya ukhti, tiada seorangpun dari kalangan sahabatmu yang dapat bersama denganmu selain daripada di dunia ini. Namun di sana terdapat seorang sahabat yang akan sentiasa menemanimu di dunia ini dan di akhirat sana. Sahabat itu ialah amal soleh. Maka cubalah sedaya mampumu untuk menjadikannya sebagai sahabatmu setiap waktu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: 'Hai Rasul-Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan' (Al-Mukminun: 51)

7. Ya ukhti, Allah melihat kepada hatimu. Maka berhati-hatilah. Jangan engkau kotori hatimu dengan perbalahan. Sesungguhnya perbalahan itu merupakan hijab di dunia dan azab di akhirat. Firman Allah bermaksud: '(iaitu) pada hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih' (Asy-Syuaraa': 88-89)

8. Ya ukhti, berusahalah untuk yakin kepada fikrahmu sehingga ke tahap segala cita-cita dan usahamu tunduk kepadanya. Dengarilah firman Allah Taala bermaksud: 'Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar' (At-Taubah: 119)

9. Ya ukhti, ketika engkau berusaha untuk mencapai matlamat, engkau mesti yakin kepada 2 perkara iaitu, engkau akan berjaya dan melaksanakan apa yang diwajibkan ke atasmu. Seandainya perkara pertama tidak sempat engkau raih, engkau tidak terlepas perkara kedua. Firman Allah bermaksud: 'Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: 'Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?' Mereka menjawab: 'Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertaqwa' (Al-A'raf: 164)

10. Ya ukhti, engkau pasti akan mati. Makan jadikanlah kematianmu di jalan Allah. Sesungguhnya kemusnahan dalam menegakkan kebenaran itulah sebenar-benar keabadian. Sesungguhnya pada hari engkau gugur syahid engkau memperolehi kemuliaan, ganjaran, keabadian dan kehidupan. Pada masa yang sama engkau tidak rugi suatu apapun selama-lamanya. Firman Allah bermaksud: 'Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki' (Al-'Imran: 169)


Dari murabbimu,
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Akhbar Mingguan Ikhwan Muslimin, thn ke 4, bil 34, Disember 1936

Wednesday, August 11, 2010

kembali ke permukaan!

untuk sesuatu sebab yang tidak mampu dihurai dengan kata2, yang pasti, diri ini memerlukan sedikit masa. untuk beruzlah dan merawat kesakitan yang terasa. hati yang parah tanpa ada yang menikamnya, begitu ganjil. namun terjadi, dan perlu diubati.

ramadhan menjengah kini. detik ini mungkin sudah mencecah tanggal 1 ramadhan, malam ini kiraan bermula. namun kegelapan dan kepahitan masih bersisa...mampukah ianya ditempuh dengan prestasi paling cemerlang?

bagaikan tenggelam ke dasar lautan yang hitam pekat, mencari2 mutiara oksigen yang mampu melonjakkan diri, kembali ke permukaan, menggapai mentari yang bersinar terang. halusinasi mengelabui mata, harus kugagahi, kerana ku tak ingin terbaring di dasar kegelapan, dan hilang lenyap sukar dicari...


Allah, tunjukkanku jalan....berikanku kekuatan ~

Saturday, August 7, 2010

janganlah engkau marah ~

saya bukan orang yang senang marah, kalau macam marah pun, jarang berterusan atau berlama-lamaan, sebab saya tak suka rasa tak best marah-marah dan saya tak mahu penat untuk berfikir tentang marah. lagipun Rasulullah S.A.W. ajar:

la Taghdob, la taghdob, la taghdob
(janganlah engkau marah, janganlah engkau marah, janganlah engkau marah).


kalau Nabi yang Mulia dah ulang sampai 3 kali, mana lah berani saya nak melayankan rasa marah ni. tapi marah juga adalah akhlak Islam, bila mana diletakkan pada tempatnya. sebab kalau orang tindas saudara seislam saya, takkan saya tak marah, atau bila orang cemuh Islam, haruslah saya marah. betul bukan??

saya selalu berazam untuk tidak menjadi marah, dan saya gembira andainya hari-hari saya berlalu tanpa dicemari rasa marah ini, kecuali lah kalau saya perlu marah atau merasa tidak suka pada satu-satu maksiat atau kekufuran, itu pun saya akan luahkan dengan cara membebel pada zauj atau kawan-kawan apa-apa yang terbuku di hati, then saya boleh spring back dan ceria semula within few minutes/hours later iA.


hari ini saya merasa marah, pada kata-kata yang dilafazkan kepada saya. kerana pertama kali saya mendengar perkataan sebegini diajukan kepada saya. gurauan yang tidak mampu saya terima, walaupun orang-orang yang akrab dengan saya biasa berkata, saya jenis yang 'tahan gurau'. means kalau nak gurau perli-perli ke pedas bercili ke, saya tahan lagi...(mungkin ke sebab saya orang Melaka - orang Melaka tahan gurau secara general sebab mereka memang suka bergurau).

mungkin salah saya sebab saya mudah selesa dengan orang-orang yang saya anggap seperti ayah, jadi saya berkomunikasi macam dengan ayah (maknanya saya cakap ape saya nak cakap), mungkin kerana itu Allah menegur saya dengan teguran yang amat menyentakkan. orang yang saya lihat seperti ayah tu telah secara tidak sengaja bergurau menyamakan saya dengan yahudi/israel. bagaikan terjahan petir, terkejut dan terkedu saya. saya tak kisah sama sekali kalau saya dipandang hina ke tahap apa pun, tetapi janganlah sesekali samakan saya dengan laknatullah tersebut. hati saya sangat terhiris. saya tak pasti apa reaksi terbaik patut saya lakukan. lama saya tunduk beristighfar kerana bukan saya seorang sahaja di bilik tersebut, tak patut saya menurut perasaan dan bertindak kurang sopan.

saya teringat Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar duduk sekiranya marah dalam keadaan berdiri, atau berbaring sekiranya sedang duduk. saya tak bolehlah berbaring masa tu. jadi saya lakarkan penuh dalam buku nota perkataan 'astaghfirullah al 'azim'...saya mengumpul kekuatan, dan alhamdulillah kepada Allah saya kembalikan semuanya. saya kembali mengangkat muka dan melemparkan senyuman pada wajah orang yang saya lihat seperti ayah itu. hati saya kembali sejuk dan saya berjaya meredakan sedikit perasaan yang membuak-buak di hati.

saya tidak kisah segala persepsi dan skeptisisma yang sentiasa dilemparkan kepada kami yang berusaha membawa dakwah ini dengan daya yang ada, kerana kami memang tidak berminat pada duit sesiapa, sekadar kecintaan kepada Allah dan RasulNya yang mendorong kami bersusah payah untuk semua ini. kami sedar, kami tidak dibayar, tidak juga mengharapkan sebarang jawatan, namun sekularisma yang begitu menebal dalam masyarakat menuntut kami bergerak sebagai satu pertubuhan. maka kami terpaksa bersama-sama duduk semeja, atas dasar kesatuan dan perpaduan, 1Malaysia orang kata. bukan jawatan yang kami mahu, bukan juga nama! sayang sekali persepsi yang sedia ada begitu dipuja dan diyakini.

em saya dah habis sesi luahan perasaan. saya nak kongsikan beberapa hadith Rasulullah S.A.W sebagai peringatan buat diri saya sendiri. lidah sangat bahaya dan tidak bertulang, maka mohonlah ampun kepada Allah setiap kali selepas berkata-kata, boleh jadi kita telah melukakan hati orang lain tanpa sengaja.

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Siapa yang menahan lidahnya, pasti Allah menutupi auratnya, siapa yang dapat menahan amarahnya, pasti Allah akan melindunginya dari siksa-Nya, dan siapa yang memohon ampunan kepada Allah, pasti Allah menerima ampunannya."(HR. Ibnu abu Dunya)

Bahaya lidah sangat besar dan tidak ada orang yang boleh selamat darinya kecuali orang yang diam. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w bersabda, "Siapa yang diam, pasti selamat." (HR Tirmidzi)

Suatu ketika, Sahl bi Sa'ad r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Wahai Rasulullah, apakah jalan keselamatan?"Baginda menjawab, "Tahanlah lidahmu, perluaslah rumahmu, dan tangisilah kesalahanmu."


Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan, kerana sesungguhnya dengan demikian, kamu dapat mengalahkan syaitan."(HR. Thabrani)

Thursday, August 5, 2010

protes alam

saya terdetik menulis sesuatu (dengan cepat, jadi maafkan kesalahan ejaan etc), bersempena dengan protes yang membawa sedikit kekeliruan dan kecelaruan di kalangan masyarakat muslim di Dunedin ni. namun, bukanlah protes ini yang saya ingin huraikan kerana saya tidak terlibat secara langsung bersama jawatankuasa komiti Islam di sini yang diserang hebat, mahupun bersama-sama beberapa sisters yang sanggup men'salotape'kan mulut mereka demi menunjukkan ketidakpuasan hati masing-masing (oh mesti sakit masa nak bukak tu). moga Allah ampunkan.

(gambar hiasan - protes yang baik dibolehkan iA)

insiden yang berlaku baru-baru ini (selaku pemerhati luar) bolehlah disifatkan sebagai tindakan terburu-buru dan mengikut emosi, kerana ianya menimbulkan kekeliruan dan salahfaham, isu kecil dibesarkan, keghairahan media massa diperturutkan dan akhirnya, umat seluruhnya menanggung bahana akibat perbuatan sebilangan kecil kelompok muslim. situasi ini tidak hanya di sini. malah sebenarnya berlaku di mana-mana di dunia ini. umat terbaik yang diharapkan memimpin dunia ini sudah hilang punca, sudah meraba-raba dan tidak menentu hala tujunya walhal terang bersuluh wahyu dan pedoman Sang Kekasih yang ditinggalkan.

bukan sahaja manusia yang gemar memprotes, alam turut sama melonjakkan protesnya. kerana alam telah lama kehilangan khalifah yang memeliharanya. alam telah dirosakkan dan disalahgunakan sewenang-wenangnya. alam telah diperlakukan bertentangan dengan fitrahnya, Islam yang beerti ketundukan dan kepatuhan kepada perintah Allah Azza wa Jalla. hari ini kita lihat, bukit bukau diratakan, sungai-sungai serta tasik-tasik dikeringkan bagi pertumbuhan pesat pusat-pusat maksiat, dan bumi terus-menerus diteroka, ditoreh dan diperah segala hasilnya demi memuaskan nafsu manusia. maka, alam sudah tidak tahan lagi. fitrahnya tercabar.


maka alam memprotes. sekitar 3 tahun kebelakangan ini, protes alam semakin dirasai. imbasan secara kasar protes2 terbesar seluruh dunia--:

2008
  • cyclone nargis (myanmar)
  • gempa bumi Sichuan (China)
  • taufan Ike (US)
  • tropical storm Haiti

letusan gunung berapi
2009
  • gempa bumi Costa Rica
  • tsunami Acheh (Indonesia)
  • ribut (Perancis)
  • ribut salji Texas etc. (US)
  • kebakaran hutan (Australia)
  • banjir Dakota, Minnesota (US)
  • typoon Morakot (Taiwan)
  • banjir El-Salvadore
tsunami
2010
  • gempa bumi Haiti & Chile
  • puting beliung & ribut di merata-rata
  • banjir2 yang banyak di seluruh tempat termasuk US, South China
  • Terbaru: banjir di Pakistan! Kasihannya saudara2ku di sana, bagaimanakah Ramadhan mereka??
banjir di Pakistan

(dan banyak lagi yang tak sempat difikirkan/mungkin di luar pengetahuan saya)

bila berlaku satu-satu protes, manusia bungkam seketika. ada yang mengambil iktibar, namun ramai yang alpa dan tidak merasakan protes itu releven kepada dirinya. alam telah memberikan tanda-tanda amaran, bahawa tidak lama sahaja lagi, fungsi dan kewujudannya akan berakhir. namun mengapa manusia tak sedar-sedar? usah bicara tentang rejim zionis, atau pemimpin Amerika. memang mereka tidak beriman kepada Rabb yang mencipta alam. bagaimana dengan yang mengaku, Rabb yang satu itulah penguasa semuanya, namun tindak-tanduk mereka jauh menyimpang dari aturan Rabbnya?

bagaimana mungkin alam tidak memprotes?? kerana alam juga adalah makluk yang Muslim! hak serta fitrah Islamnya dicabul, maka sewajarnya alam menunjukkan reaksi protesnya!

belum terlewat, wahai diri...jangan tunggu sehingga anggota tubuh pula bangkit memprotes! detik ramadhan makin hampir....bersediakah??

rijal bulan ini!

Wednesday, August 4, 2010

ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..


detikan pantas jemari jam menyentak lamunan..
oh, masa memiliki kaki yang mampu berlari, dan lariannya amat pantas sekali. sungguh terasa kekurangan oksigen semasa mengejarnya. ya Allah, berkahilah masa yang Kau pinjamkan buat diri yang kerdil ini! hari-hari berlalu amat pantas sekarang ni, terasa perjalanan kehidupan bagaikan di'fastfoward' kan. amatlah membimbangkan, fastfoward ini berterusan tanpa disedari. kemudian. sampai satu masa, tiba giliran button 'STOP' untuk ditekan.

ke mana seterusnya? aduh, persoalan ini lah yang selalu manusia mengelak dari berfikir tentangnya. mereka lebih 'asyik' berfikir soal ke mana nak bercuti bulan depan, bagaimana bersedia menguruskan walimah yang gilang gemilang...(aduh~), cukupkah duit untuk perbelanjaan akan datang? dan soal-soal perancangan lainnya. tidak salah merancang, tetapi jangan sampai terjerat dan terheret dalam arus keasyikan merancang. seluruh kehidupan bagaikan ditumpahkan pada satu titik perancangan. betul-betul seperti kanak-kanak yang merenung penuh asyik kereta mainan barunya, matanya sedikit pun tak berkelip, malah tertancap penuh minat dan tumpuan.

Ramadhan bakal menjengah, tinggal seminggu atau kurang sahaja lagi. ke mana kotak minda kita halakan? adakah sesi pemanasan badan sebelum bersenam telah bermula? mana mungkin kita terjun ke bulan suci penuh keberkahan ini dengan mengharap seluruh keberkatan serta keampunan dari dosa-dosa terdahulu dalam keadaan penuh alpa, acuh tak acuh dan kelalaian?? tidakkah terasa pelik, sebulan berpuasa hilang lemak dan air beberapa kilo (satu kegembiraan juga), tetapi mulut masih berbicara yang sia-sia dan yang tidak seindahnya, atau hati masih liat bersisa daki ghurur (tipudaya) syaitan dan bersalut tebal dengan debu jahiliyah.

al-muntalaq (langkah bermula) yang baik, adalah antara penyebab kepada sampainya ke langkah kedua, ketiga seterusnya hingga berjaya ke akhirnya. mulakan dari sekarang. Ramadhan yang penuh berkah ini, tidak bermula dari kelihatannya anak bulan, tetapi seharusnya jauh lebih awal dari itu. moga-moga sela masa antara Ramadhan lepas dan Ramadhan kali ini disucikan, dibersihkan dan seluruh ruh serta jiwa manusia lahir di 1 syawal ibarat rama-rama yang menggelongsor keluar, mengibarkan sayap penuh keindahan, dan terbang tinggi penuh keriangan, bebas dari kepompong sempit jahiliyah yang mengikat dan menjerat kehidupannya sebelum ini.

tanyalah pada diri: apa yang kamu mahu sebenarnya?


allahumma ballighna Ramadhan...
(Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramadhan)

Tuesday, August 3, 2010

migraine day ~ n sharing bout walimah

Semalam saya patut tido awal, sebab hari ni ada surgery, sure lama dan penat...tapi sebab semalam saya kena settlekan urusan beli tiket balik Malaysia & walimah (huhu), so saya pun buat research sket2, dan berkali-kali buat percubaan beli online flight ticket....seb baik akhirnya dapat beli...Emirates! bestnya, suka!!

alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah....

tapi sebagai akibatnya, pagi tadi saya migraine teruk, miss solat subuh berjemaah dengan ahlul bayt (solat sendiri) dan ke sekolah dalam keadaan depression sebab migraine...uh uh


cerita sket pasal walimah. tema & konsep walimah yang saya impikan ialah: simple, sweet, mengikut syarak dan minimum dari perkara2 yang membazir serta tabarruj yang dilarang...uh uh, almost impossible! (but still do-able, lagipun Allah tengok usaha kita rather than outcome) sebabnya keluarga saya tinggal di kampung, masih lagi terikat sedikit sebanyak dengan adat istiadat (orang Melaka plak tu) --> kami ada ketua adat ye, jangan tak tahu!

dan saya fikir, ada ke mak andam yang nak layan songeh saya? huhu, nak tudung labuh tutup dada, nak jubah longgar....em, taknak mekap tebal?? huhu, tak nak cukur kening?? wah, mesti saya kena marah sebab macam nak ajar orang plak kan buat keje dia....huhuhu...pening kepala...(macam ni make up sendiri la dik!) terfikir gak mcm tu, tapi dah try masa majlis kesyukuran sempena adat bertunang dulu, tup2 ade makcik bukak beg make up....errr, i am glad she's sincerely helping, but when i looked into the mirror, i was so surprised...i am not seeing me!) so taknakla jadi macam ni masa walimah plak, better ade siap2 tapi boleh nego ke ~ (oh makcik make up cantik je, terima kasih! saya yang terkejut)

saya nak walimah yang barakah, dan ramai orang datang mendoakan ~ HOW??? dah lah last minit, pastu handle dari jauh plak tu...nak demand banyak2 ni, nanti ada yang marah2 or terasa hati....kesian gak kat family di Malaysia, so kena tolerasi di mana2 yang boleh...bertuah mana-mana sahabat yang parents memahami dan sama-sama bantu untuk dapatkan walimah seislamik yang boleh...parents saya alhamdullillah, they are doing their best, cuma mengubah masyarakat bukan satu perkara yang mudah. perlu kesabaran & hikmah. beberapa tips yang saya dapat dari sahabat2 dan dengan pengalaman sendiri juga:


1) bincang dengan keluarga flow program, expectation mereka dan teliti betul2 kemahuan mereka. banyak situasi, mereka nak yang terbaik je untuk anak2 mereka, dan kalau kita dapat cakap dengan comelnya "mak, saya rasa takpelah, kita takyah buat malam berinai, kita ganti dengan majlis khatam quran ok tak??? hihi" pastu kelip2 mata sket ~ or buat mata bundar mcm kucing dalam citer Shrek tu

2) pastu kalau boleh kita mintalah nak pilih sendiri baju2 & mak andam. mak kita mungkin dah plan2 nak soh pakai sanggul lintang & yang mcm tanduk kerbau tu (erm, ni utk org Melaka & berketurunan Minangkabau especially)....huhu, so kita cuba lah cakap, "xpela mak...tak berapa nak minat"..kalau mak kata, kena jugak sebab ni adat, kita nangis la banyak2....huhu, pastu kalau sape2 dok oversea, cakap tak jadi balik la camni....(hehe, gurau je). pandai2 la amik ati mak/ayah!

3) ajak mak/ayah dating dengan kita sebelum walimah, raikan mereka & sambil2 share sket walimah impian kita ~~ worth juga untuk bawa mak/ayah ke walimah ikhwah/akhawat lain yang bagus, menutup aurat & minimum dari segi membazir/percampuran bebas lelaki & perempuan (part ni susah la kot nak elak, maybe boleh cuba dari segi susunan kerusi meja, tapi family biasa datang dok skali). kalau dorang nampak sendiri, dorang rasa okla, biasanya ayat yang saya dapat kalau suggest mende2 kat family pun: 'tak pernah dibuat orang!' hehe, kan best orang tak buat kita buat, tapi kalau cakap macam tu nanti kena label kurang sopan, so takpela...diam lebih baik daripada berkata2 yang menyakitkan hati ~

4) teringat sorang akhawat ni, pernah dia bg kad jemputan dan cakap, diharapkan tak membawa pasangan kecuali yang dah berkahwin....waaaa...ini memang terbaik! dia pun kahwin dengan ustaz, so orang memang automatik respectla....tapi kawan2 saya tak bolehlah saya cakap mcm ni, nanti semua lari...so, saya cuba jaga hubungan, tapi sape2 yang agak2 berani, bolehla buat gini ^_^

5) cubalah cari mak andam sporting yang boleh bantu kita capai wedding impian kita. kadang2 impian kita tu tak masuk dek akal dengan masyarakat yang dah biasa dengan budaya tabarruj, rasa asing dan pelik la kan...tapi takpelah, Rasulullah kan kate, Islam ini datangnya asing, kembalinya pun asing & bertuahlah orang2 yang asing!!

6) bincang dengan tunang or (zauj bagi yang dah akad), baik2 macam mana nak bagi majlis ni lebih terjaga. 2 heads are better than one!!

7) tolak ansur. give and take. tak boleh balik2 cakap kat mak: "saya taknak pelamin, saya nak simple2 je mak, saya taknak tepung-tawar ke hape ni, saya tak suka karaoke2, musik2 ni" huhuhu...terluka hati mak ayah. nak2 anak sulung, macam2 tergambar dalam kepala mereka. sket2la, mana yang dorang tolak ansur dengan kita, kita pun tolak ansur la dengan mereka. menggembirakan hati mak ayah pun dapat pahala yang banyak. moga2 dapat redha & barakah mereka juga, iA bahagia lah kehidupan kita ~

8) banyak2 berbincang dengan orang2 yang lebih berpengalaman, rakan2 usrah mungkin atau naqibah/ustazah, minta pandangan dan panduan. iA lebih terjaga kita dan minta akhawat ramaikan majlis walimah kita, so nampaklah wanita2 bertudung litup memenuhi walimah kita, so takde la kejanggalan. sket sebanyak, dapat wujudkan biah solehah. kalau boleh kita nak malaikat sama2 memayungi majlis kita ni, kan??

9) cubalah selitkan elemen2 islamic di mana2 yang mampu, tuliskan "Barakallahulakuma Madihah & Haizul" di atas kek kahwin selain "Diha love Haizul or Just Married ke ape yang sungguh omputeh...(hihi kadang2 saya yang belajar 7 tahun di luar negara ni pun pening tengok masyarakat Malaysia yang suka sangat tiru orang2 kulit pucat ni...), kemudian pada door gift boleh letakkan terjemahan ayat2 Quran berkaitan perkahwinan ke mcm ayat ni:

or mana2 hadith yang dapat beri pengajaran. mungkin boleh juga suggest kat ayah nak adakan khatam quran/berzanji & panggil orang2 masjid untuk baca doa ~

10) bersabarlah dan teruskan tersenyum sehingga ke akhir majlis. senyuman itu juga satu sedekah dan dapat menggembirakan hati sanak-saudara.

semoga dapat mengecapi majlis walimah yang diimpikan dan penuh barakah buat bakal-bakal pengantin semuanya.

allahumma ballighna Ramadhan ~ sket lagi!!

Sunday, August 1, 2010

personal project pre-ramadhan

Alhamdulillah, banyak input dan manfaat yang diperoleh dari kuliah Ihya' Ramadhan baru-baru ni. Banyak juga resolusi2 yang saya lakarkan dalam kepala untuk dilaksanakan. Beberapa projek per sonal pre-Ramadhan saya gariskan untuk diri sendiri, ahli rumah, adik-adik usrah dan kawan2 sekeliling. saya terfikir tadi, kalau saya kongsikan personal projek saya di blog, mungkin ada orang lain yang boleh sama-sama buat (atau dapat idea untuk buat yang lebih baik) dan moga-moga saya dapat juga pahala menyebarkan kebaikan.



Personal Project Pre-Ramadhan (untuk diri sendiri) - tinggal kurang 2 minggu lagi!!:

1) Tambah ilmu terutamanya berkaitan Ramadhan

2) Guna borang muhasabah amal (credit ISMANZ) untuk tanda checklist (minimum):
  • Cuba khusyu' dalam solat (baca cara2 khusyu' solat)
  • Banyakkan bace Quran
  • Dengar Qari bace & betulkan tajwid/minta org dengarkan
  • Sambil jalan gi uni, tengok2 alam dan fikir kebesaran Allah
  • Muhasabah Ramadhan lepas (T_T kalau xbest) --> aim untuk lebih cemerlang kali ni
  • Doa!!
  • Cuba tinggalkan sifat tak bagus seperti: delay keje & buang masa
3) Hidupkan Subuh & Isyak bersama2 ahli rumah - solat jemaah, bacaan Al-Mathurat (Subuh) & bacaan Hadith/Artikel Ramadhan (Isyak)

4) Buat tabung untuk Infak sepanjang Ramadhan

5) Cuba utk puasa & qiam sebelum masuk Ramadhan, at least 1-2 kali lagi (preferably ajak orang lain gak)

6) Tampal banner/poster/ayat2 Quran kat bilik & depan pintu.

7) Buat aktiviti menarik dengan ahli2 usrah bersempena menyambut Ramadhan (hmmm...tgh pikir lagi ni nak wat ape)

8) Revise hafazan & tingkatkan!

9) Ajak orang lain buat kebaikan ~

10) Bersabar dalam melaksanakan ketaatan



Allahumma ballighna Ramadhan

Saturday, July 31, 2010

tidak cukup sekadar saduran qanaah

Ya Allah, jadikan dunia di tanganku...bukan di hatiku...

alangkah baiknya andai ianya berlaku pada jarak tahun yang berbeza. dan alangkah baiknya ianya tidak diaturkan bersama-sama. kerana mana mungkin enggang berpasangan dengan pipit. pasti tidak banyak, sedikit akan memicingkan mata yang melihat. bagaikan bumi berusaha mencakar langit, dan bagaikan mengukur jarak seketul kerikil yang terlontar ke tengah lautan...

perasaan kekerdilan ini, sesungguhnya fitrahku sebagai manusia, sebagai hamba. namun amat terkesali andai perasaan kekerdilan ini muncul kerana perbezaan darjat dan taraf kehidupan, sehingga menjadikanku seorang yang tidak memiliki qanaah (merasa cukup dan tenang dengan rezeki serta ketentuan dari Allah buatku). perasaan halus yang asing ini menjalar ke sanubari, bagaikan racun yang amat pedih sekali.

mematikan keseronokan dan kegembiraan kecilku serta-merta. melihat dan memandang rendah pada kemampuan diri. memang tidak ku miliki material sehebat itu, sejak dulu lagi telah difahami, diketahui malah selama-lamanya sebati dalam diri. namun mengapa perasaan ini berjaya bersarang di hati? mengapa perasaan mengundurkan diri bertamu, siapakah yang beradu kehebatan di sini? tiada sebarang perlumbaan atau pertandingan!

perasaan halus menyusup. tergambar kedua orang tuaku, dalam serba kekurangan mereka berusaha menghasilkan yang terbaik buatku. namun tidak akan sekali-kali mampu untuk sebaris dengan mereka. perasaanku pedih kembali. mengapa harus disekalikan? mengapa tidak hari istimewa ini nanti berbeza? adakah kedua wajah kesayanganku ini akan benar-benar mengukir senyuman bahagia pada detik itu, atau terselit dalam hati mereka 'alangkah baiknya andai...'

ahh...hanya satu perasaan halus yang perlu dijentik dan ditolak tepi. tidak sewajarnya 'alangkah baiknya andai..' itu bertamu pada kamus kehidupanku. bukan kah selama ini kehidupanku tidak pernah memperhatikan gaya bahasa ini? tidak juga kupeduli kerlingan tajam atau sindiran pedas sesiapa. hati harus kukeraskan pada perkara picisan ini, namun akan kululuhkan ia buat jalan menuju destinasi akhir. moga-moga!

jangan sekadar menyadur qanaah dalam hatimu. jadikan ianya intipati memenuhi seluruh rongga. baru ditemui bahagia.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, disebutkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di antaranya, “Kemudian Allah mengutus kepadanya (janin) seorang malaikat lalu diperintahkan menulis empat kalimat (ketetapan), maka ditulislah rizkinya, ajalnya, amalnya, celaka dan bahagianya.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir:2)

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Rabbmu? Kami telah menentu kan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Rabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. az-Zukhruf:32)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling qana’ah, redha dengan apa yang ada dan paling banyak zuhudnya. Beliau juga seorang yang paling kuat iman dan keyakinannya, namun demikian beliau masih meminta kepada Allah subhanahu wata’ala agar diberikan qana’ah, beliau berdoa:

“Ya Allah berikan aku sikap qana’ah terhadap apa yang Engkau rezkikan kepadaku, berkahilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik.” (HR al-Hakim, beliau menshahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah.” (HR.al-Bukhari dan Muslim)



Allah memberikanku hidayah. maka dapat kukembali kepadaNya setiap kali perasaan-perasaan aneh bertamu. bukankah ini jauh lebih berharga dari segalanya? bukankah cukuplah sekadar Allah dan RasulNya??

Alhamdulillah.... teruskan menjadi diriku!

Thursday, July 29, 2010

Rahsia alam yang menakjubkan

Galaksi Andromeda - SubhanAllah

Alhamdulillah, saya ditakdirkan Allah menjadi seorang pemikir. Dan saya berfikir banyak tentang bagaimana kita semua berfikir. Sungguh, ilmu Allah S.W.T itu terlalu luas! Kadang-kadang saya lemas dan buntu bila banyak berfikir. Kerana had ilmu dan capaian akal manusia yang terlalu sedikit ini, berusaha memahami rahsia alam yang terlalu agung ini?? Mana mungkin! Kalau Allah tidak menunjukkan jalan dan memberi ilham, mana mungkin saya mampu terus berfikir!

Sejak saya jatuh cinta pada agmatine - sejenis neurotransmitter yang baru ditemui dalam otak manusia, saya telah menghabiskan masa hampir 5 tahun sekarang (sejak tahun ke-3 undergraduate degree) berfikir tentangnya. Tapi terlalu amat sedikit saya memahaminya. Saya menyaksikan kelompok pemikir dunia lain yang berminat dengan agmatine, perkembangan mereka dan bagaimana pendirian mereka berhubung fungsi agmatine ini, begitu yakin sekali...seolah-olah teori ditukarkan dengan realiti...akhirnya kebelakangan ini, sesetengah teori mereka dibuktikan salah.

Uh uh..dahsyat kalau axon bercambah ke luar macam ni

Kita hanya berusaha menyusun dan bermain-main dengan beberapa keping puzzle pieces daripada infiniti pieces yang ada dalam genggaman Allah S.W.T. Di mana had, batas dan limitasi kita?? Adakah kejayaan menyusun satu sudut kecil puzzle dianggap satu kejayaan hakiki? Rupa-rupanya kita ditipu oleh kekeliruan diri sendiri tentang keseluruhan ilmu yang ada di dunia ini. Dan kita akan lebih terkejut, apabila 'miracles' atau keajaiban yang di luar kotak teori atau formula kita berlaku. Maka, kita pening dan buntu dan akhirnya kita sedar, kita telah mencabar kemampuan diri sendiri dalam berfikir. Kita lupa limitasi diri. Kita buntu. Kita tidak serahkan pada Allah S.W.T., tidak kembalikan kepadaNya, maka kita akhirnya hampa, kecewa dan sia-sia.

Berapa banyak juga penemuan yang dikatakan layak memenangi 'Nobel Prize' itu sebenarnya berasal dari insiden-insiden yang tidak disengajakan? Bukan dari asal yang dirancang atau difikirkan? Tetapi 'alam' seolah-olah membuka rahsianya, dengan izin dari Yang Maha Pengasih, untuk kebaikan umat seluruhnya. Teringat satu petikan dari sebuah buku yang pernah dibaca satu masa dulu (tak ingat dah buku ape). Alam ini keseluruhannya bersama dengan orang-orang mukmin. Dan buat orang-orang mukmin inilah selayaknya alam membongkarkan rahsianya, kerana di tangan-tangan kitalah alam sejagat ini terpelihara, kerana kita adalah hambaNya yang patuh dan menyebarkan kesejahteraan.

Oh Allah! Izinkanlah alam ini membongkar rahsianya sedikit buatku...(doa ketika satu hari saya kebuntuan semasa berfikir). Waktu berdoa ini pun tidaklah pada masa sebaik-baik masa berdoa sebab saya sedang menikmati sushi tuna sambil berfikir tentang agmatine, dan SubhanAllah, bagaimana Allah mewujudkannya di dalam otak, terutamanya di dalam hippocampus (bahagian otak yang penting untuk pembelajaran dan ingatan). Mengapa ye? Apa fungsi agmatine ni?? Adakah dia terlibat secara langsung dalam pembelajaran?

Oh sedapnye sushi!

Allah, saya mencari-cari klu yang boleh mencambahkan lagi pemikiran saya. Saya lihat sushi...banyaknya tuna yang diletakkan hari ini. Teringat Kitab Tauhid, bab 1 tajuk - Manusia Hendaklah Melihat Kepada Makanannya. Apa yang ada dalam tuna ni?? Agak-agak ada tak eh agmatine?? Seperti mendapat satu pencerahan, saya bergegas ke Medical Library selepas makan sushi. Pantas menaip di keyboard, dan saya temukan satu buku - kompilasi journals daripada Annals of The New York Academy of Sciences...tentang Agmatine and Imidazolines...saya selak satu persatu helaiannya.

Oh, jumpa satu tajuk - Gastrointestinal Uptake of Agmatine. Dan ada senarai kandungan agmatine dalam makanan:

* Ada sket dalam meat, less than 10 mg/kg
* Wah banyaknye tapi dalam fish, sardines, tuna, squid, roe, shells (ada yg more than 650 mg/kg)
* Ermm....tp banyak jugak dalam sake & sket dalam beer

wah, apekah ini???
simple thinking - orang2 Jepun punya diet ni...sake, seafood...orang Jepun pandai ke eh?? hmmm...faktor diet satu hal, tapi maybe mereka pandai sebab mereka rajin. Takkan exposure to agmatine menjadikan seseorang itu rajin? But agmatine pun ada dalam alcohol drink? For what? Seriously, it is actually good or bad? I thought we found it's good for learning..could it be like, a little bit is ok, but too much is hazardous??? But then how much is too much?? Allah...Satu jalan terbuka untukku berfikir, dan terus berfikir...

SubhanAllah!!
Alam ini terlalu hebat dan menakjubkan untuk diamati. Alangkah ruginya manusia yang mendustakan dan menidakkan kekuasaan Allah...Jadikan saya seorang yang taat, bersyukur dan sentiasa mengembalikan hak ilmu kepadaMu Allah..Baik, sampai sini je, sebab saya kena sambung berfikir..

Allahumma ballighna Ramadhan..

Monday, July 19, 2010

kisah penyejuk mata


macam biasa, lepas solat mencari2 sumber ketenangan dan penyejuk mata...mungkin di musolla (bilik salah seorang akhawat) , atau di meja dapur? puas dah digeledah seluruh inci bilik ni, di tepi2 zinnirah al-mujahidah (komputer usang saya), pun takde jugak. berfikir2 lagi, kat mane ye suspek boleh dijumpai? atas katil takde, atas rak buku dan meja pun takde...

dalam beg hijau pemberian zauj satu masa dulu pun tak jumpa jugak...maybe dalam beg merah? baru perasan yang saya sangat suka ambik beg sekolah zauj saya, beg merah ni pun zauj punya!...huhu, macam mana lah zauj nak rajin belajar dulu...beg sekolah selalu kena 'pau'. ish, rasa tak sedap hati...mana perginya? jangan2 tercicir di mana2....ish, ish...

pencarian menemui titik akhir sebab dah kena tidur. tapi baring2 pun tak leh lelap juga. bukalah versi elektronik, gema suara Syeikh Said Ghamdi yang merdu dan mendayu menusuk hati, alhamdulillah...menenangkan sementara dan membawa kelopak mata untuk tertutup akhirnya.

esok pagi sebelum ke musolla, cari lagi penyejuk mata, dalamnya terselit doa2 Rasulullah yang Mathur...suka baca sambil lihat terjemahannya supaya lebih menjiwai daripada mengikut je bacaan tu beramai2....em, takde juga. Ya Allah, adakah saya telah mencuaikan hak2 penyejuk mata saya? benar kebelakangan ni saya agak sibuk, mutabaah tadarus saya sedikit membimbangkan, tapi saya rasa dah compensate sket dengan hafalan surah. kadang2 sampai terbawa ke kedai sushi...

alamak, macam mana kalau tinggal kat kedai sushi....ke sekolah, ke usrah dan ke program qiam malam tu pun tak tenteram lagi, resah gelisah, risau dan teringat2....menahan air mata dan berlagak cool je depan anak2 buah, sebab rasa macam sentimental value dan pertautan yang amat mendalam dengan penyejuk mata yang satu tu....


sejak mula menempuh jalan dakwah ini, penyejuk mata tu saya beli dan saya baca. mula bertatih mentadabur (memahami ayat2 Allah), mula juga pandai beli pelekat penanda lutsinar berbagai kaler untuk tanda ayat2 yang menarik. mula menghafal dengan penyejuk mata yang sama, malah menghafal rupa bentuk serta baris2 ayat dalam penyejuk mata yang sama. bila membuka penyejuk mata yang lain, rasa sayu dan rasa janggal sekali.

Ya Allah, temukan saya dengan penyejuk mata saya...saya sangat merinduinya...kalau ada yang menemukannya, moga2 dikembalikan. puas saya memerah otak dan keringat, tak jumpa juga...berbagai2 persoalan terlontar di kepala, seribu satu sesalan juga....adakah kerana saya terlalu sedikit meluangkan masa dengan penyejuk mata saya, maka dia tidak kelihatan lagi di depan mata, tidak juga berada di genggaman....

malam semalam, saya ke masjid. tazkirah Syeikh Rafat Al-Najm sebelum2 ni amat menarik hati, boleh jadi malam ini dapat melupakan sebentar kerunsingan saya terhadap penyejuk mata yang tiada di sisi. usai bersalaman dengan sisters yang hadir, dan sebelum bersolat isyak, saya terlihat satu naskah kecil berwarna hitam terdampar pada rak buku yang betul2 di hujung sudut sebelah kiri saya. dada berombak kencang, adakah dia yang di atas sana?

perlahan saya hampiri. SubhanAllah, penyejuk mata saya di sini!bagaikan jejak kasih, saya mendakap erat penyejuk mata, sangat bersyukur dipertemukan semula, dan bersegera menunaikan solat agar dapat disertai dengan sujud kesyukuran. usai solat, penyejuk mata saya genggam erat2, tak mahu lagi saya kehilangannya. kerana perasaan kehilangan penyejuk mata ini begitu meresahkan jiwa, dan meruntun seluruh sanubari saya.

memang selalu saya kehilangan barang, termasuk purse, kunci etc., tetapi perasaannya tidak sebegini hebat. saya kini lebih menghargai penyejuk mata saya, dan berharap dapat bersungguh2 memeliharanya di sisi, juga di hati agar dia tidak pernah hilang dari saya selama2nya...

ya Allah, jadikanlah Al-Quran ini dekat di mata, dan lekat di hati....

Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.
(al-Baqarah: 2)

Masukkan kami dalam golongan org2 yg bertaqwa...aminn...

Wednesday, June 2, 2010

Sedikit analisa terhadap reaksi Flotilla Keamanan ke Gaza


Peristiwa sekatan dan serangan tentera Israel terhadap konvoi keamanan ke perairan Gaza baru2 ni telah menarik perhatian ramai orang, meskipun masih tidak disangkal sebahagian besar sahabat2 kita, samada di Malaysia atau di New Zealand ni lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan World Cup 2010.

Sehari dua ini, saya perhatikan di facebook terutamanya trafik bergerak pantas, emel2 juga bertalu2 menerjah mailbox, dada2 akhbar seluruh dunia, chatbox, blog2, dan byk lg....gerakan menyebarkan kesedaran berlangsung cemerlang, individu2 bangkit menyuarakan rasa hati, mengecam dan mengutuk tindakan Israel. Hati saya merasa suam sekali dengan situasi ni ~ (gambaran perasaan terharu bercampur gembira).

Beberapa rakan yang selama ini kurang bersetuju dgn pemboikotan barangan Israel, atau selama ini lebih memilih untuk 'low profile' hari ini memberikan reaksi positif, dan ada yang terang2an menyuarakan hasrat utk bangkit menyokong pemboikotan ini, dan menyebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang....

Saya tertarik dengan status FB seorang tokoh yang saya kagumi secara peribadi, Dr Z baru2 ini (taken from another blog):
Saudaraku... .Jangan hanya berkocak bila diusik. Jangan hanya berteriak bila dicucuk. Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban. Selamat beramal.
Mari kita renung2kan kata2 ini....sahabat2 semua, syukurlah kepada Allah atas hati2 yang masih hidup segar dan bertindak balas pada isu ini, namun semoga kita tidak sekadar ikut berteriak dengan orang ramai, dan surut serta berhenti bila kelompok teriakan itu reda. Usaha kita berterusan, tak pernah ada noktah perhentian.

Program2 kesedaran kita, mungkin impaknya tidak sama dengan berlayar mempertaruhkan nyawa di atas Mavi Marmara, namun saya yakin, walaupun sedikit, melalui talaan dan pentarbiyahan daripada program2 kecil ini lah, hati2 kita dan sahabat2 kita hari ini lebih tersentuh dan lebih merasa terpanggil untuk bangkit bila menyaksikan sendiri kegilaan Israel. Maka dengan itu, ayuhlah kita teruskan langkah istiqamah. Semoga langkah kita seiring dengan langkah para syuhada' yang mempertahankan bumi Palestin dengan darah dan jiwa mereka.

Saya menyeru kepada diri sendiri, tepislah tipudaya (ghurur) yang cuba diselitkan syaitan pada hati2 kita. Jangan kita sibuk mencari2 siapakah atau dari organisasi manakah wakil2 pejuang Malaysia yang ada di atas Mavi Marmara, dan mula melayan analisa peribadi...amal itu nilaiannya pada Allah, dan setiap daripada kita berperanan. Bukankah kesatuan hati dan perpaduan itu memang tekad bersama? Dan Allahlah yang akan menyatukan kita apabila kita benar2 beriman dan bertaqwa kepadaNya. Kita sanjung tinggi keberanian pejuang2 Mavi Marmara, yang bukan hanya membawa nama kelompok2 tertentu, tetapi membawa satu gelombang perjuangan yang telah lama diusahakan oleh golongan2 terdahulu dan masih diteruskan di setiap inci bumi Allah ini dengan kadar dan kapasiti yang dipermudahkan olehNya...Mereka semuanya, termasuk yang bukan muslim membawa bersama obor perjuangan yang kita julang bersama.

Oleh itu, tetaplah berjuang, dan jangan hanya teruja menambah gema atau talun teriakan, dan surut apabila isu Flotilla ini reda. Banyak saya saksikan, gema2 yang kuat menerjah angkasa bila Gaza diserang...tetapi, bila gema berkurang, masing2 balik kepada kepompong selesa seolah2 membuka baju besi dan meletakkan senjata untuk berehat sedangkan musuh masih berleluasa menumpahkan darah saudara2 kita.

Moga perjuangan kita tulen dan ikhlas kerana Allah. Istiqamah itu kunci dan bukti keimanan.


~and He knows what's in our little hearts ~

Sunday, May 30, 2010

Makin tua atau makin malas?


Dah beberapa kali ulang baca ayat ni....

Ya Allah, bantulah aku menghafal ayat ni, lekatkanlah ia dalam kepala...

Kalau dulu, cepat jugak dapat hafal, tapi sekarang rasa susahnya...nak kata kepala dah penuh, takdelah penuh dengan juzuk2 Quran pun, penuh dengan masalah2? (ye betul). Tapi kan ke ade berbilion2 neuron cells? Tak abis pakai pun untuk store ayat2 Quran ni, kapasiti otak yang Allah bagi ni bukan setakat sebesar pendriveku Humaira' tu (1GB), atau Khalid (2GB) tapi jauh lebih besar daripada mana2 komputer canggih dalam dunia ni...yet, ada banyak trash and junks je daripada benda2 penting macam ayat2 Allah ni...huhu, sedihnye..

Kalau macam ni, sampai bila baru dapat hafal Al-Quran? Bila pulak nak faham dan terjemah dengan amal? Sedihnya, bila dengar lagu Maher Zain 'Ya Nabi Salam Alayka' atau 'The Chosen One', rasa rindu kat Rasulullah...teringin nak jumpa dan bagitau kat Rasulullah, jadilah saksi kepada Allah...ayat2 Quran sampai kepada saya, even ribuan tahun lepas Rasulullah wafat! Dan kami sama2 melinangkan air mata kesyukuran serta sujud pada Allah.... *sedihnya sampai ternangis*

Lemahnya diri....makcik pakcik pernah cakap: Madihah, belajar rajin2, muda2 buat phd, nanti muda2 boleh jadi professor...Alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah...tapi saya sedih pakcik, makcik...sebab before being a neuroscientist, I am a Muslimah, follower of my beloved Rasulullah S.W.T...bila saya nak dapat phd dalam ilmu wahyu dan jadi ulama' Islam? Dan saya tak rasa muda lagi ni sebab saya nak hafal sebaris dua ayat Quran sekarang dah makin susah...saya tak pasti samada sebab saya dah makin tua (huhu), atau sebab saya dah makin malas dan kurang fokus, atau ada sangat banyak interference yang menghalang proses acquisition (pembelajaran) saya kepada storage/memory (simpanan memori/ingatan).

Semalam dalam frustration, saya terjumpa guideline untuk cara2 hafalan baru dan tasmi' hafalan yang dikirimkan oleh sahabat, Ukht Hawa. Saya dah pernah baca dan tengok2 dulu masa mula2 sampai, tapi tak pernah tergerak nak follow atau kaji pun. Terkejut saya bila buka dan baca.

Oh, Ya Allah...sebenarnya akulah yang terburu2 dan suka nak dapat hasil cepat...

Dalam guideline tu, diajarkan cara2 nak hafal ayat2 Al-Quran. Contohnya Surah Ad-Dhuha....ada 11 ayat.

1) Mulakan dengan baca beberapa kali (10x kalau tak silap) keseluruhan ayat, dengan particular pada tajwid, baris & tanda. Baca dengan disemak oleh orang yang lebih baik ilmu Qurannya (kalau boleh & itu lebih baik)

2) Baca ayat 1. Ulang sebanyak 60x (wpun dah hafal after 15x, baca je sebab dapat pahala)

3) Baca ayat 2. Ulang 60x

4) Baca ayat 1 & 2 (combination), ulang 15x

5) Begitulah seterusnya. Dan bila dah hafal semua. Ulang seluruh surah. Baca 30x

Astagfirullah hal 'azim.....
Sungguhlah saya orang yang tergesa2....Begini banyak ulangan yang perlu dibuat untuk hafalan yang berkualiti rupanya. Dan saya mengeluh bila tak hafal2 lepas baru baca 10x. Insaf sekejap..saya patut berdikit2, sehari saya hafal 2-3 ayat pun ok dengan ulangan 60x setiap ayat & 15x dengan combination. iA dalam sebulan yang istiqamah, banyak tu dapat hafal....

Moga Allah permudahkan....tak boleh putus asa atau lemah semangat!

Sunday, May 9, 2010

Masa depan bersama

Alhamdulillah tadi, diberi kesempatan menghadiri sesi video talk anjuran MUSA di masjid. Menarik dan masih terngiang2 di kepala, satu lagi versi ISK yang tak jemu2 didengar atau diulang2.

Mungkin ramai juga dah pernah dengar nama Dr Tariq Suwaidan. Antara tokoh Ikhwanul Muslimin di Kuwait (boleh betulkan kalau silap), juga seorang engineer dengan kelulusan phd (USA). Itulah serba sedikit latarbelakang penceramah dalam video talk yang bertajuk 'The Future Of Our Deen' tadi.

Penyampaian yang menarik dengan gaya bahasa yang mudah, membawa semua pendengar kembali kepada zaman kegemilangan tamadun dunia - Parsi dan Rom. Menyaksikan detik2 keruntuhan tamadun lama yang begitu gah dibina ratusan tahun dalam masa yang begitu singkat di bawah kekuasaan Islam. Begitu banyak sekali perincian peristiwa sejarah yang diceritakan, menarik dan membakar semangat...


Mencungkil rahsia kegemilangan tamadun Islam yang mampu melonjak naik dengan luarbiasa, tidak seperti tamadun Parsi dan Rom, semuanya bermula daripada penanaman aqidah, kefahaman serta ketundukan total generasi awal sahabat di tanah kelahiran Rasul mulia, Mekah - yang tidak dikenali dari aspek material mahupun teknologinya. Namun, daripada situlah tamadun Islam bermula. Alangkah hebatnya! Rentetan peristiwa2 sejarah diceritakan dengan ringkas, namun mampu melakarkan gambaran yang jelas tentang sunnatullah yang pastinya akan berulang.

Keseluruhan ceramah amat mengesani jiwa, namun saya senaraikan beberapa point yang boleh sama2 kita renungkan. Kalau ada peluang utk dgr sendiri, itu lebih baik.

1) Selepas hijrah, negara Madinah tertubuh. Namun, ianya tidak bermakna kerja2 menjadi perlahan atau berhenti. Malah, Rasulullah dan para sahabat semakin hebat diuji. Hanya dalam masa 2 tahun selepas hijrah, peperangan terbesar dalam sejarah Islam Badar Al-Qubra berlangsung, yang menyaksikan bukti keimanan mereka. Begitulah seterusnya, siri demi siri peperangan, dan dalam tempoh yang begitu singkat, belum pun lagi dapat membuka Mekah, para utusan telah bertebaran ke Alexandria, Parsi bertemu dengan pemimpin yang menguasai dunia dan menyeru mereka kepada Allah S.W.T. Tiada keraguan atau gentar.

2) Terbukti di sepanjang sejarah Islam, kekuatan sebenar kita bukanlah terletak pada ramainya perajurit tentera atau banyaknya kuda2, atau hebatnya senjata. Namun, senjata paling hebat mukmin yang telah melakar tamadun Islam dahulu adalah iman, serta ketundukan kepada Allah S.W.T. Salahuddin Al-Ayyubi bukanlah seorang rijal yang tiba2 muncul dan menjadi hero umat Islam tanpa proses Islah yang dibuat secara berterusan, istiqamah serta penuh kesabaran dan keyakinan kepada Allah S.W.T.

3) Janji Allah dan RasulNya seperti dalam hadith yang dibaca sebelum penutup ceramah. Bahawa kepimpinan Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. akan kembali. Sesuatu yang pasti, seperti mana semua janji Rasulullah S.A.W. adalah pasti. Pengakhiran yang kita semua dah yakin, dan kini tinggal masa utk membuat pilihan. Gerabak kebenaran akan terus berjalan, meninggalkan semua yang masih bermangu2, ingin menunggu sehingga melihat kemenangan, ragu2, tidak yakin dan tidak mahu menyahut seruan ini. Tidak sama juga ganjaran antara orang2 yang bersama2 Islam sebelum pembukaan Mekah dan selepas daripadanya. ..Samada kita golongan yang bekerja atau tercicir, pilihan di tangan masing2. Alangkah ruginya, andai kita masih melayan ragu2 dan akhirnya ketinggalan. ..


Kalau kita reflect sedikit pada diri kita sendiri, fahamlah kita bahawa kerja2 dakwah ini tidak akan ada satu titik kerehatan. Usaha2 kita yang mungkin menampakkan sedikit hasil, bukanlah menjadi satu kayu ukur untuk menarik nafas lega, namun kita pasti ujian2 yang hebat akan terus menerus dihadapkan di sepanjang jalan ini...semuanya adalah sebahagian daripada tarbiyah, seperti mana batu bata asas binaan dibakar dalam suhu yang tinggi sebelum dapat digunakan utk membina bangunan. Marilah bersama2 kita mencontohi semangat jihad dan pengorbanan para sahabat. Penuhi dada dengan keyakinan pada janji Allah, ikhlaskan hati, luruskan matlamat.... moga2 kita takkan pernah gentar dengan segala ujian yang mendatang.

Semoga mendapat manfaat, dan semoga kita sama2 terus terpilih utk menelusuri jalan kekasihNya dan para sahabat...

Monday, March 8, 2010

Gambaran ringkas sebuah rumahtangga muslim


Usaha mengembalikan syariat Allah swt di bumiNya ini memerlukan amal yang berterusan, bermula dari pembentukan peribadi muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, negara Islam hingga seluruhnya tunduk kepada sistem perundangan Islam.

Bicara kita kali ini adalah di tahap baitul muslim atau rumah tangga muslim.

Sebuah rumah tangga muslim, dianggotai oleh seorang suami, isteri dan anak-anak, juga ahli keluarga terdekat. Masing-masing punya peranan tersendiri, di mana suami sebagai ketua atau pemerintah, isteri pula sebagai menteri yang membantu ketua sedang anak-anak sebagai rakyat. Ia adalah merupakan kesinambungan dari pembentukan peribadi muslim. Oleh itu, suami isteri pada tahap ini adalah merupakan pasangan yang telah melalui proses tarbiyah.

Melangkah ke medan ini dengan penuh tawakkal untuk menyempurnakan sebahagian dari agama, berazam melahirkan dan mendidik generasi pewaris, memastikan prestasi dakwah terus meningkat dari semasa ke semasa, bersifat proaktif dan produktif. Semua ini memerlukan kepada beberapa perkara asas yang mesti dimiliki oleh warga rumahtangga tersebut, terutama pasangan pemerintah dan menterinya.

1. Hubungan Mawaddah dan Sakinah

Allah swt menjanjikan bagi setiap pasangan itu mawaddah dan sakinah sebagaimana firmanNya dalam Surah Ar-Rum ayat 21,

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

Mafhumnya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Kehangatan dan keintiman rumahtangga adalah keperluan yang asasi untuk penerusan dakwah. Ianya boleh tercapai dengan intimnya setiap pasangan dengan Rabbnya. Kasih sayang antara mereka adalah kerana Allah Taala, isteri menjadi tempat untuk mendapat ketenangan, manakala suami menjadi tempat si isteri melaksanakan ketaatan, mendapat bantuan dan pertolongan.

2. Kepercayaan yang tinggi pada pasangan

Suami isteri perlu saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Perasaan ini akan merawat berjuta penyakit hati, sekaligus dapat menenangkan emosi, lebih-lebih lagi bila suami berjauhan ke luar kawasan atas urusan misi dakwah mahupun kerjaya. Isteri mengiringi dengan doa keselamatan dan kejayaan buat suami, begitulah sebaliknya.

3. Penghargaan dan sanjungan

Setiap pasangan mesti saling menghargai antara satu sama lain. Penghargaan kepada isteri yang sanggup mengandung dan melahirkan anak-anak penyejuk mata, berjaga malam melayan anak-anak atau menyiapkan kerja-kerja rumah yang tak pernah selesai. Begitulah sebaliknya, sanjungan buat suami yang kerananyalah anak itu wujud, susah payah mencari nafkah dan rezeki buat keluarga serta berusaha membahagiakannya.

4. Lengkap melengkapi antara satu sama lain

Allah telah menjadikan dua insan ini berbeza, dari pembentukan fizikal mahupun emosinya, sesuai dengan tugas dan peranan yang berbeza bagi setiap mereka. Maka sayugianyalah, setiap pasangan memahami tugas masing-masing dan berusaha melengkapi antara satu sama lain, serta berusaha memahami watak-watak yang berbeza ini. Cari titik pertemuan yang menyenang dan membahagiakan, lupakan perbezaan yang menjauhkan hati dan memeranakan diri.

Sesungguhnya hidup berpasangan ini sangat indah dan cukup membahagiakan, andai ianya dibajai dengan kasih sayang berlandaskan perintah dan suruhan Allah. Sehingga bisa rindu bila berjauhan tak sanggup rasanya berpisah walau seketika. Namun pepatah Melayu ada mengungkapkan, ‘sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan’. Sejauh mana kebenarannya, cubalah sendiri…

Berkasih sayang dan bercintalah dengan pasangan anda hingga ke syurga Allah yang menjanjikan kebahagian abadi tanpa ada ganggu gugat dari anasir-anasir lain…

Suasana Rumahtangga Muslim haruslah memiliki ciri-ciri seperti di bawah:

1.. Ahlinya mengenal Allah swt

Setiap ahlinya mengenal Allah dan masing-masing mengajak kepada Allah. Akhlak masing-masing indah sebagai penyejuk mata tika memandang. Lihat suami, ingat Allah, lihat isteri, ingat Allah, tengok anak-anak juga teringatkan Allah swt. Bacaan Al Quran sering kedengaran, solat berjamaah menjadi amalan, puasa sunat menjadi kegemaran manakala rumah juga sering menjadi kunjungan.

Redha dengan ketentuan dan ketetapan Allah, tidak mengeluh dan berputus asa yang dimurkai Allah. Suami bersabar dengan kelemahan isteri, kerenah dan kenakalan anak-anak, kemerosotan ekonomi dan berbagai lagi. Manakala isteri bertolak ansur dengan kemampuan suami lalu kedua-duanya menjadikan semua itu sebagai asam garam yang mematangkan rumah tangga.Jadikan ia cabaran yang menguji cinta dan sayang kita, terutama bila kita diuji dengan kekurangan;

i. Anak sebagai penyejuk mata
ii. Kediaman yang lapang
iii. Kenderaan yang bagus
iv. Ekonomi yang mantap

Ahli keluarga yang mengenal Allah tidak menjadikan semua ini sebagai ukuran kebahagian rumah tangga. Semua itu sebagai wasilah untuk masing-masing beramal serta merasakan adanya ruang untuk melakukan kebaikan di bumi Allah ini. Walaupun dengan sekadar ‘kalimah tayibah’ yang keluar dari bibir masing-masing atau secebis senyuman penuh ikhlas.

2. Kediaman yang teratur

Rumah kediaman yang kemas tersusun dan teratur, setiap benda berada pada tempatnya dapat menyumbang pada ketenangan semua ahli keluarga. Maka masing-masing punya tugasan dan rasa tanggungjawab untuk memperelokkan keadaan rumah kediaman dan dilakukan dengan penuh disiplin dan rasa tanggung jawab. Juga kediaman perlulah jauh dari tempat penyebaran penyakit, tidak kotor dan mengundang bahaya.

3.. Makanan yang halal lagi baik

Makanan amat dititikberatkan dalam Islam kerana ia adalah punca diterima doa.

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memerintahkan orang-orang yang beriman dengan apa yang telah diperintahkan kepada para rasul. Dia berfirman yang bermaksud: “Wahai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan halal. Serta lakukanlah amalan yang soleh” (al-Mu’minun: 51). Allah Ta’ala juga berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada makanan yang baik dan halal yang kami kurniakan kepada kamu” (al-Baqarah: 172).” Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu badannya. Lelaki itu mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia diberi makan makanan yang haram. Oleh itu bagaimanakah akan dikabulkan doanya itu?” (Riwayat Muslim).

Halal adalah keutamaan, manakala baik adalah pilihan, bersederhana menjadi pilihan. Oleh kerana banyak penyakit berpunca dari pemakanan, sebuah keluarga muslim mesti besederhana dalam perkara harus ini, walaupun kita berkemampuan.

Riadhah perlu menjadi rutin setiap ahli kerana menyedari bahawa kekuatan fizikal amat penting untuk melaksanakan perintah Allah swt. Fizikal yang kuat itu merupakan salah satu dari tuntutan Islam kerana mukmin yang kuat itu lebih Allah cintai dari mukmin yang lemah.

4. Pendidikan anak-anak menjadi agenda utama.

Allah mesti ditanamkan di hati mereka, tasawur langit mengatasi tasawur bumi. Kejayaan yang kita mahu pada anak-anak bukan pada kerjayanya sahaja, tetapi menjangkau kepada mereka menjadi pemimpin ummah, penerus risalah. Sebagaimana maksud firman Allah: “Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri dan anak-anak kami sebagai penyejuk mata kami dan jadikan kami pimpinan orang-orang yang bertakwa…”

Anak-anak adalah merupakan asset ibu bapa yang akan mendoakan kita di dalam kubur kelak. Ini adalah satu kepastian, dan hanya doa dari anak-anak yang soleh yang akan diterima Allah. AWAS! Jangan tersilap mendidik anak!!!

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dilakarkan sebagai gambaran umum sebuah keluarga muslim. Setiap ahli mengenali Allah dan mengetahui peranan dan tanggung jawab masing-masing terhadap Tuhannya, dirinya serta masyarakatnya. Bermula dari keluarga muslim inilah akan berkembang menjadi satu masyarakat muslim yang harmoni.

Wallahu ‘alam.

Oleh: Ustazah Norhayati Ahmad Salleh,
ISMA Kuantan
Sumber: Blog Wanita ISMA Pahang

Thursday, March 4, 2010

Teguran dari Allah melalui mimpi?

Semalam, terjaga dari tidur kerana bermimpi buruk. Bermimpi kehilangan org yg amat dikasihi..terjaga dalam keadaan airmata bergenang, peluh membasahi dahi dan hati rasa bagaikan ditoreh2...dahsyatnya perasaan ini....adakah ini satu amaran dan teguran Allah buatku di atas kelalaian ini? Ya Allah, janganlah kau timpakan ujian sebegini buatku...berilah aku tempoh sedikit lagi untuk bersama2 dgn org yg aku kasihi, cintai... T_T...terus mencari2 di internet, kalau2 ada artikel tentang mimpi...moga2 dapat mengurai sedikit kekusutan di hati....terjumpa artikel di bawah...

Justify Full
KECANGGIHAN sains dan teknologi hari ini mendorong manusia berlumba-lumba mencipta pelbagai alat kadang kala seolah-olah ingin menyaingi ciptaan tuhan. Sebuah syarikat pengeluar permainan pintar terkenal dari Jepun, Takara Co. baru-baru ini telah memperkenalkan sejenis alat atau gajet (Yumemi-kobo) yang membolehkan pengguna menentukan mimpi yang mereka kehendaki atau mendapat pasangan impian di dalam mimpi mereka. Agaknya ‘mesin mimpi’ ini nanti dapat membantu menyelesaikan masalah dikejar bayangan yang menakutkan atau mimpi yang pelik-pelik ketika tidur.

Artikel kali ini ingin mengupas permasalahan tentang mimpi yang ada kalanya mempengaruhi kehidupan kita hari ini. Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya. Hakikatnya, mimpi adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sekiranya mimpi itu datang dari Allah Taala ia disebut sebagai ‘al-rukyah’ Kadang-kadang ada juga yang datang dari iblis dan syaitan yang disebut sebagai ‘al-hulm’.

Terdapat perbahasan antara ulama mengenai takwil mimpi. Ada mimpi yang boleh ditafsirkan dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenaran mimpi tersebut. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya ilmu tersebut. Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: ‘Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.’

Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah SAW tidak bermimpi melainkan mimpi baginda adalah wahyu dari Allah. Sedangkan mimpi manusia biasa merupakan berita yang disebarkan oleh iblis dan syaitan. Untuk memahami persoalan mimpi ini, bolehlah kita bahagikan mimpi kepada tiga jenis:

1. Mimpi yang baik.

Mimpi yang baik disebut juga sebagai ‘busyra’ iaitu khabar gembira dari Allah SWT Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis yang lain dari Abu Said al-Khudri r.a., dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah Taala. Dia hendaklah memuji Allah dan ceritakannya kepada orang lain” (Riwayat Bukhari) Menurut satu riwayat lain, menjelaskan bahawa larangan menceritakan mimpi baik itu kecuali kepada orang yang disukai atau orang yang paling dekat dengan kita. Hal ini pernah dialami oleh Nabi Yusuf a.s. Baginda bermimpi; sebelas bintang dan matahari sujud kepadanya. Ketika itu ayahnya melarangnya untuk menceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain, sebab hal itu boleh mengundang fitnah. Mimpi yang baik boleh dibahagikan kepada dua kategori:

i. Mimpi para Nabi dan Rasul-rasul.

Mimpi mereka adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT Bukti kebenaran mimpi ini dinyatakan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”. (Surah al-Fath, ayat 27).

Mimpi bagi nabi dan para rasul berbeza dengan mimpi manusia biasa. Hal ini kerana mimpi pesuruh Allah itu adalah benar. Ia merupakan salah satu cara bagaimana wahyu diturunkan dari Allah Taala kepada mereka. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh telah diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” (Surah al-Soffat: 102)

Kalau ditelusuri sejarah para nabi dan rasul-rasul, bukan Nabi Ibrahim a.s. sahaja yang mendapat wahyu dari Allah Taala melalui mimpi Baginda, tetapi hampir semua para nabi, termasuklah Nabi Muhammad SAW Bahkan hadis-hadis Qudsi yang diterima nabi juga merupakan wahyu dari Allah Taala.

ii. Mimpi orang soleh.

Mimpi yang baik akan datang kepada hamba-hamba-Nya yang soleh. Walau bagaimanapun, mimpi yang baik di sini bukanlah bermaksud mimpi yang berbentuk ramalan atau sengaja-sengaja direka-reka apatah lagi bentuknya seolah-olah melampaui qada’ dan qadar Allah SWT. Mimpi melihat Rasulullah SAW adalah ciri-ciri mimpi orang soleh. Dalam sebuah hadis Nabi SAW Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat mengambil bentukku.” (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila telah hampir kiamat tidaklah mimpi seorang Muslim itu dusta, mimpi yang paling benar ialah mimpi orang yang paling benar perkataannya dan mimpi seorang Muslim merupakan satu daripada empat puluh enam bahagian daripada mimpi kenabian.” (Riwayat Muslim)

Justeru itu perlu diingat bahawa mimpi manusia biasa itu tidak mengandungi kebenaran yang mutlak. Kemungkinan tanda kebenarannya berlaku secara kebetulan sahaja, tetapi tidak menutup kemungkinan berlakunya banyak percanggahan yang mengelirukan. Apatah lagi bagi orang yang jahil atau yang memperkuda agama untuk kepentingan peribadi kononnya telah menerima wahyu melalui mimpinya, sehingga membawa kepada syirik dan terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu kita yang jahil ini, dilarang mentakwilkan atau menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaiknya berfikirlah lebih rasional dan berpijak pada bumi yang nyata.

2. Mimpi yang buruk.

Mimpi jenis kedua ini sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah gangguan sama ada daripada iblis dan syaitan ataupun terkena sihir. Selain itu makhluk-makhluk halus juga mampu mengganggu mimpi manusia dengan izin Allah Taala melalui penglibatan manusia itu sendiri.

Prof. Madya Dr. Amran Kasimin, seorang pengamal perubatan Islam berpendapat, unsur kesedihan, susah hati atau apabila seseorang itu dalam keadaan marah akan menyebabkan pertahanan diri menjadi lemah. Apabila elemen dalaman ini lemah menyebabkan iblis dan syaitan yang sentiasa menunggu-nunggu peluang akan mudah menyerap masuk untuk mengganggu manusia melalui mimpinya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari)

Secara teorinya apabila kita tidur, jasad sahaja yang berada di atas perbaringan. Sedangkan akal manusia masih wujud, tetapi tidak aktif, tidak berfungsi dan di luar sedar. Ketika inilah, sekiranya kita tiada pertahanan diri menyebabkan makhluk-makhluk tersebut menyerang roh kita sehingga menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w menjelaskan daripada Safiyah binti Huyayn, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berupaya berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut pembuluh darah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ini berlaku, ia boleh mengganggu manusia pada bahagian otak, hati dan mengawal pergerakan manusia dengan izin Allah Taala. Dalam sebuah hadis nabi memberi petua; apabila seseorang itu bermimpi yang buruk-buruk, maka jangan diceritakan sama sekali kepada orang lain, termasuk orang yang paling dekat sekalipun.

3. Mimpi mainan tidur.

Mimpi ketiga ini yang paling banyak berlaku kepada kita. Mimpi jenis ini disebabkan pengaruh menonton cerita-cerita ganas, mengerikan, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi mereka hasil daripada cerita yang ditonton ketika jaga.

Selain itu, mimpi yang melibatkan anggota fizikal juga adalah mainan tidur. Mimpi ini disebabkan oleh gangguan fikiran yang berpunca daripada penyakit tertentu seperti demam, ramuan ubat, dadah atau pengaruh dan khayalan nafsu yang kuat. Walaupun demikian apabila mimpi tersebut berlaku berulang kali, tiga atau empat kali dalam seminggu, ataupun hampir setiap hari, iaitu ketika hampir terlena atau sedang tidur, ia bukan lagi mainan tidur. Ia kemungkinan antara tanda-tanda seseorang itu mengalami gangguan ataupun terkena sihir.

Dalam masyarakat Melayu Islam hari ini amalan-amalan khurafat yang berpunca daripada mimpi merupakan elemen utama dalam perubatan secara tradisional. Ada antara mereka yang mencari keuntungan segera di sebalik mimpi mereka yang sebenarnya boleh merosakkan akidah pengamal dan orang yang berubat dengannya. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak untuk menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Amalan yang disabitkan dengan mimpi seperti yang diterangkan di atas tidak akan terlepas daripada amalan khurafat yang menyalahi akidah ini sekiranya:

  1. Meramal suatu peristiwa yang bakal terjadi berdasarkan mimpi.

Perbuatan meramal atau menilik nasib seperti ini adalah perbuatan khurafat. Ia bukanlah satu-satunya cara atau landasan untuk menentukan sesuatu keputusan sementelahan pula mimpi itu sendiri bukanlah pemutus bagi segala-galanya untuk dipercayai. Islam tidak mengajar umatnya supaya meramal mimpi untuk menentukan baik buruk atau ajal maut dalam kehidupan manusia. Manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi melalui tukang tilik seolah-olah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (Surah al-Maidah: 90)

2. Meletakkan keyakinan atau bergantung harap terhadap petunjuk melalui mimpi.

Jangan meletakkan nasib kita pada mimpi yang menjadi mainan syaitan. Nasib seseorang Muslim itu tidak terletak kepada mimpinya. Mimpi adalah suatu yang sangat peribadi dan tidak mempunyai kuasa untuk merubah nasib seseorang. Sesungguhnya tempat bergantung harap, memohon perlindungan dan keselamatan hanyalah kepada Allah Taala. Perbuatan terlalu percaya kepada mimpi seolah-olah menafikan zat Allah yang Maha Kuasa. Hal ini boleh menyeret kita kepada perbuatan syirik kepada Allah SWT Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni (dosa) kalau Dia disekutukan dan Dia mengampunkan selainnya, sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang menyekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat sejauh-jauhnya. (Surah al-Nisa’:116)

  1. Mencampuradukkan antara ibadah dengan amalan khurafat.

Segelintir masyarakat kita sama ada sedar atau tidak telah mencampuradukkan ibadah mereka dengan amalan khurafat. Tanpa disedari fenomena menilik jodoh melalui mimpi dengan perantaraan solat sunat istikharah, terutamanya bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula.

Amalan solat istikharah bukan bertujuan untuk meramal jodoh. Solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi tidak pasti apakah membawa kebaikan ataupun tidak kepadanya. Maka disunatkan baginya untuk melakukan solat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis dari Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda yang bermaksud, “Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib”

Malah apabila seseorang itu beriktikad bahawa mimpilah yang menjadi penentu kepada pasangan jodohnya maka dikhuatiri ia telah berbuat syirik kepada Allah SWT Islam melarang apa jua amalan baik yang bercampur aduk dengan kebatilan yang mengelirukan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula pada hal kamu semua mengetahuinya” (Surah al-Baqarah: 42)

  1. Mimpi sebagai medium atau perantara yang menghubungkan antara manusia dengan makhluk lain atau alam ghaib.

Golongan ini biasanya melibatkan diri dengan perubatan tradisional misalnya, bomoh atau pawang yang terlibat dengan amalan semah, menyembah pantai, menurun dan sebagainya. Mereka ini kononnya didatangi oleh makhluk melalui mimpi meminta supaya disembelih binatang tertentu dan darahnya diberi makan kepada makhluk tersebut.

Ada kalanya jenis mimpi, kononnya mereka didatangi oleh tokoh-tokoh agama atau manusia istimewa yang kononnya diberi keizinan oleh Allah SWT untuk menganugerahkan ijazah kemahiran atau ilmu-ilmu tertentu. Apabila keadaan seperti ini berlaku, orang yang didatangi mimpi itu merasakan yang ia mendapat arahan ataupun hidayah daripada Allah melalui mimpi. Sesetengah daripada mereka meyakini, bahawa yang datang itu ialah malaikat utusan Allah. Kepercayaan atau amalan melalui mimpi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana mimpi bukanlah medium untuk memperoleh ilmu. Ilmu itu cahaya yang datang daripada sumber yang bersih dan suci. Manakala mimpi khurafat adalah lambang kepada kegelapan dan kesesatan.

Sesungguhnya beruntunglah bagi hamba-hamba pilihan Allah Taala yang diberi anugerah mimpi yang baik. Sebaik-baik mimpi ialah mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan datang suatu masa di kalangan kamu dapat bermimpi melihatku lebih disukai olehnya daripada keluarga dan hartanya” (Riwayat Bukhari)

Manakala dalam usaha mengatasi gangguan tidur terutamanya mimpi-mimpi yang buruk akibat gangguan daripada iblis dan syaitan Rasulullah SAW telah mengajar doa berikut yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi”

Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah SAW Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya”

Artikel ini pernah tersiar dalam Majalah I terbitan Karangkraf