Showing posts with label fikrah. Show all posts
Showing posts with label fikrah. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Alunan yang menggetarkan hati...

Beberapa hari kebelakangan ini...alunan lagu yang satu ini meresap jauh ke lubuk hati...
Berkumandang jelas kedengaran meskipun kedua bibir saya terkunci rapat....Membuatkan hati saya bergetar hebat dan mata berkaca2....

Lirik yang begitu menusuk kalbu, membangkitkan iman dan merangsangkan seluruh fikiran....Menyebabkan saya menarik nafas dalam2 setiap kali ianya berkumandang...Mungkin juga kerana alunan pertama lirik ini saya dengar daripada Ustaz Fauzi Asmuni, murabbi yang amat disegani, maka kesannya begitu mendalam dan sukar untuk diceritakan...



"Jangan Tanyakan Aku Tentang Hidupku"

لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة

أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء

أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود

terjemahan:

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu


Setiap kali berkumandangnya alunan ini, terbayang juga wajah2 akhawat yang amat dirindui, saat2 pertama kita mula mengerti apa yang dituntut dalam lafaz kalimah syahadah, serta ikrar yang dinobatkan bersama untuk menyerahkan kehidupan ini buat Islam....Sesungguhnya, telah berlalu golongan yang telah berikrar dan menunaikan janji2 mereka, dan sebahagian lagi masih menunggu2....semoga kita tergolong dalam golongan yang masih menunggu2 untuk membuktikan ikrar kita, dan bertemu dengan apa yang dicita2kan di penghujung jalan ini.

Wednesday, June 2, 2010

Sedikit analisa terhadap reaksi Flotilla Keamanan ke Gaza


Peristiwa sekatan dan serangan tentera Israel terhadap konvoi keamanan ke perairan Gaza baru2 ni telah menarik perhatian ramai orang, meskipun masih tidak disangkal sebahagian besar sahabat2 kita, samada di Malaysia atau di New Zealand ni lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan World Cup 2010.

Sehari dua ini, saya perhatikan di facebook terutamanya trafik bergerak pantas, emel2 juga bertalu2 menerjah mailbox, dada2 akhbar seluruh dunia, chatbox, blog2, dan byk lg....gerakan menyebarkan kesedaran berlangsung cemerlang, individu2 bangkit menyuarakan rasa hati, mengecam dan mengutuk tindakan Israel. Hati saya merasa suam sekali dengan situasi ni ~ (gambaran perasaan terharu bercampur gembira).

Beberapa rakan yang selama ini kurang bersetuju dgn pemboikotan barangan Israel, atau selama ini lebih memilih untuk 'low profile' hari ini memberikan reaksi positif, dan ada yang terang2an menyuarakan hasrat utk bangkit menyokong pemboikotan ini, dan menyebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang....

Saya tertarik dengan status FB seorang tokoh yang saya kagumi secara peribadi, Dr Z baru2 ini (taken from another blog):
Saudaraku... .Jangan hanya berkocak bila diusik. Jangan hanya berteriak bila dicucuk. Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban. Selamat beramal.
Mari kita renung2kan kata2 ini....sahabat2 semua, syukurlah kepada Allah atas hati2 yang masih hidup segar dan bertindak balas pada isu ini, namun semoga kita tidak sekadar ikut berteriak dengan orang ramai, dan surut serta berhenti bila kelompok teriakan itu reda. Usaha kita berterusan, tak pernah ada noktah perhentian.

Program2 kesedaran kita, mungkin impaknya tidak sama dengan berlayar mempertaruhkan nyawa di atas Mavi Marmara, namun saya yakin, walaupun sedikit, melalui talaan dan pentarbiyahan daripada program2 kecil ini lah, hati2 kita dan sahabat2 kita hari ini lebih tersentuh dan lebih merasa terpanggil untuk bangkit bila menyaksikan sendiri kegilaan Israel. Maka dengan itu, ayuhlah kita teruskan langkah istiqamah. Semoga langkah kita seiring dengan langkah para syuhada' yang mempertahankan bumi Palestin dengan darah dan jiwa mereka.

Saya menyeru kepada diri sendiri, tepislah tipudaya (ghurur) yang cuba diselitkan syaitan pada hati2 kita. Jangan kita sibuk mencari2 siapakah atau dari organisasi manakah wakil2 pejuang Malaysia yang ada di atas Mavi Marmara, dan mula melayan analisa peribadi...amal itu nilaiannya pada Allah, dan setiap daripada kita berperanan. Bukankah kesatuan hati dan perpaduan itu memang tekad bersama? Dan Allahlah yang akan menyatukan kita apabila kita benar2 beriman dan bertaqwa kepadaNya. Kita sanjung tinggi keberanian pejuang2 Mavi Marmara, yang bukan hanya membawa nama kelompok2 tertentu, tetapi membawa satu gelombang perjuangan yang telah lama diusahakan oleh golongan2 terdahulu dan masih diteruskan di setiap inci bumi Allah ini dengan kadar dan kapasiti yang dipermudahkan olehNya...Mereka semuanya, termasuk yang bukan muslim membawa bersama obor perjuangan yang kita julang bersama.

Oleh itu, tetaplah berjuang, dan jangan hanya teruja menambah gema atau talun teriakan, dan surut apabila isu Flotilla ini reda. Banyak saya saksikan, gema2 yang kuat menerjah angkasa bila Gaza diserang...tetapi, bila gema berkurang, masing2 balik kepada kepompong selesa seolah2 membuka baju besi dan meletakkan senjata untuk berehat sedangkan musuh masih berleluasa menumpahkan darah saudara2 kita.

Moga perjuangan kita tulen dan ikhlas kerana Allah. Istiqamah itu kunci dan bukti keimanan.


~and He knows what's in our little hearts ~

Sunday, May 9, 2010

Masa depan bersama

Alhamdulillah tadi, diberi kesempatan menghadiri sesi video talk anjuran MUSA di masjid. Menarik dan masih terngiang2 di kepala, satu lagi versi ISK yang tak jemu2 didengar atau diulang2.

Mungkin ramai juga dah pernah dengar nama Dr Tariq Suwaidan. Antara tokoh Ikhwanul Muslimin di Kuwait (boleh betulkan kalau silap), juga seorang engineer dengan kelulusan phd (USA). Itulah serba sedikit latarbelakang penceramah dalam video talk yang bertajuk 'The Future Of Our Deen' tadi.

Penyampaian yang menarik dengan gaya bahasa yang mudah, membawa semua pendengar kembali kepada zaman kegemilangan tamadun dunia - Parsi dan Rom. Menyaksikan detik2 keruntuhan tamadun lama yang begitu gah dibina ratusan tahun dalam masa yang begitu singkat di bawah kekuasaan Islam. Begitu banyak sekali perincian peristiwa sejarah yang diceritakan, menarik dan membakar semangat...


Mencungkil rahsia kegemilangan tamadun Islam yang mampu melonjak naik dengan luarbiasa, tidak seperti tamadun Parsi dan Rom, semuanya bermula daripada penanaman aqidah, kefahaman serta ketundukan total generasi awal sahabat di tanah kelahiran Rasul mulia, Mekah - yang tidak dikenali dari aspek material mahupun teknologinya. Namun, daripada situlah tamadun Islam bermula. Alangkah hebatnya! Rentetan peristiwa2 sejarah diceritakan dengan ringkas, namun mampu melakarkan gambaran yang jelas tentang sunnatullah yang pastinya akan berulang.

Keseluruhan ceramah amat mengesani jiwa, namun saya senaraikan beberapa point yang boleh sama2 kita renungkan. Kalau ada peluang utk dgr sendiri, itu lebih baik.

1) Selepas hijrah, negara Madinah tertubuh. Namun, ianya tidak bermakna kerja2 menjadi perlahan atau berhenti. Malah, Rasulullah dan para sahabat semakin hebat diuji. Hanya dalam masa 2 tahun selepas hijrah, peperangan terbesar dalam sejarah Islam Badar Al-Qubra berlangsung, yang menyaksikan bukti keimanan mereka. Begitulah seterusnya, siri demi siri peperangan, dan dalam tempoh yang begitu singkat, belum pun lagi dapat membuka Mekah, para utusan telah bertebaran ke Alexandria, Parsi bertemu dengan pemimpin yang menguasai dunia dan menyeru mereka kepada Allah S.W.T. Tiada keraguan atau gentar.

2) Terbukti di sepanjang sejarah Islam, kekuatan sebenar kita bukanlah terletak pada ramainya perajurit tentera atau banyaknya kuda2, atau hebatnya senjata. Namun, senjata paling hebat mukmin yang telah melakar tamadun Islam dahulu adalah iman, serta ketundukan kepada Allah S.W.T. Salahuddin Al-Ayyubi bukanlah seorang rijal yang tiba2 muncul dan menjadi hero umat Islam tanpa proses Islah yang dibuat secara berterusan, istiqamah serta penuh kesabaran dan keyakinan kepada Allah S.W.T.

3) Janji Allah dan RasulNya seperti dalam hadith yang dibaca sebelum penutup ceramah. Bahawa kepimpinan Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. akan kembali. Sesuatu yang pasti, seperti mana semua janji Rasulullah S.A.W. adalah pasti. Pengakhiran yang kita semua dah yakin, dan kini tinggal masa utk membuat pilihan. Gerabak kebenaran akan terus berjalan, meninggalkan semua yang masih bermangu2, ingin menunggu sehingga melihat kemenangan, ragu2, tidak yakin dan tidak mahu menyahut seruan ini. Tidak sama juga ganjaran antara orang2 yang bersama2 Islam sebelum pembukaan Mekah dan selepas daripadanya. ..Samada kita golongan yang bekerja atau tercicir, pilihan di tangan masing2. Alangkah ruginya, andai kita masih melayan ragu2 dan akhirnya ketinggalan. ..


Kalau kita reflect sedikit pada diri kita sendiri, fahamlah kita bahawa kerja2 dakwah ini tidak akan ada satu titik kerehatan. Usaha2 kita yang mungkin menampakkan sedikit hasil, bukanlah menjadi satu kayu ukur untuk menarik nafas lega, namun kita pasti ujian2 yang hebat akan terus menerus dihadapkan di sepanjang jalan ini...semuanya adalah sebahagian daripada tarbiyah, seperti mana batu bata asas binaan dibakar dalam suhu yang tinggi sebelum dapat digunakan utk membina bangunan. Marilah bersama2 kita mencontohi semangat jihad dan pengorbanan para sahabat. Penuhi dada dengan keyakinan pada janji Allah, ikhlaskan hati, luruskan matlamat.... moga2 kita takkan pernah gentar dengan segala ujian yang mendatang.

Semoga mendapat manfaat, dan semoga kita sama2 terus terpilih utk menelusuri jalan kekasihNya dan para sahabat...

Thursday, November 12, 2009

Berbeza pandangan? Iktibar dari sang Mujadid


Membaca dan menghayati arus perkembangan umat Islam dewasa ini memperlihatkan padaku situasi polemik dan percanggahan sesama pendokong risalah suci ini yang semakin menular. Usaha2 penyatuan pula dilaksanakan tidak kena pada caranya sehingga bara2 polemik bagaikan dikipas agar menjadi lebih marak. Dalam keghairahan melayani arus polemik ini, ada pihak2 yang tersenyum puas mengintai dari jendela pertelagahan dan kecamuk antara sesama Muslim yang mendabik dada sebagai 'Ummat terbaik'. Semakin sinis juga lontaran pandangan pihak2 ini kepada kelompok Muslim ini yang acapkali melaung2kan 'kamilah harapan untuk memimpin manusia kepada kesejahteraan serta memakmurkan alam ini'.

Hatiku tertarik pada cebisan2 kisah dari kehidupan tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia rata2 para pendokong risalah suci ini. Mujahid dan mujadid alaf ini yang namanya terpasak teguh di hatiku, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Moga2 iktibar yang tercatat dalam kisah kehidupan pemilik syahid ini dapat kita renungi, insafi dan fahami dengan mata hati yang tulus serta dibersihkan daripada lintasan2 serta ghurur (tipudaya) syaitan yang amat licik.

Dalam menelusuri perjalanan kehidupan Imam Hassan Al-Banna, banyak kutemui dan kupelajari akan kemuliaan akhlak dan pekerti mujadid ini, serta hasasiyah (sensitiviti atau kepekaan) luar biasa yang dimilikinya. Tidak hairanlah dengan keimanan serta ketinggian akhlak ini, usaha2 taghyir (perubahan) yang didokonginya dapat diterima dengan baik serta meluas dengan begitu pantas sekali.


Diceritakan tindakan serta pandangan As-Syahid Hassan Al-Banna pada hasil penulisan awal as-syahid Sayyid Qutb yang begitu kontroversi serta mencetuskan kegusaran di kalangan pendokong risalah Islam. Di dalam satu makalah, pernah Sayyid Qutb menulis di mana dia menyeru kaum muslimah untuk membuka aurat, kerana menutup aurat dianggap olehnya sebagai penghambat kemajuan wanita. Ustaz Abdul Halim Mahmud membaca tulisan ini dan ingin segera membuat bidasan secara terbuka melalui media massa serupa terhadap pandangan Sayyid Qutb. Namun, Ustaz Abdul Halim terlebih dahulu berbincang dengan Imam Hassan Al-Banna.

Kata Imam Al Banna: “Saya menyetujui 100 % tulisan kamu, tapi saya memiliki perasaan lain tentang orang ini, berilah beberapa pertimbangan:


Pertama: Dia masih muda, dan apa yang ditulisnya bukanlah dari otaknya sendiri, tapi dari lingkungannya.


Kedua: Anak muda biasanya menyenangi sensasi dan mencari musuh, apa yang dilakukan Sayyid Qutub oleh Imam Al Banna dinilai sebagai usaha mencari eksistensi diri.


Ketiga: kerana dia masih muda, kita masih memiliki harapan, siapa tahu dia akan menjadi pemikul beban dakwah.


Pertimbangan yang lain, kata Imam Al Banna, dia (Sayyid Qutb) menulis di akhbar yang tidak terlalu terkenal di Mesir ini. Kalaupun dikenal, makalah atau sekadar satu column, umumnya tidak terlalu menarik perhatian orang banyak untuk membacanya, apalagi kalau ditulis oleh seorang pemula yang belum memiliki nama. Kalau kita membidasnya, orang-orang yang pada awalnya tidak tahu menjadi ingin mengetahuinya, dan orang-orang yang mungkin pernah membaca secara sepintas lalu akan mengulang kembali membacanya untuk mengenali muatan tulisan tersebut. Tujuan anak muda ini menulis adalah untuk mendapatkan serangan atau tentangan dari khayalak yang dengan serangan itu akan menaikkan dan mengangkat namanya.


Imam Al Banna berkata lagi: “Kalau kita bantah tulisan itu, kita bererti menutup kesempatan diri pemuda itu untuk bertaubat kerana orang cenderung untuk membela diri jika kesalahannya diluruskan, apatah lagi bila pelurusan itu dilakukan di depan umum, dia akan membela dirinya mati-matian, meskipun dalam hati kecilnya dia menyedari kesalahan atau kekeliruannya. Dengan demikian, kalau bidasan itu kita lakukan, bererti kita telah menutup kesempatan bertaubat bagi dirinya”.


Akhirnya Imam Al Banna mengatakan: “Wahai Mahmud, inilah pandanganku tentang orang ini, akan tetapi, kalau engkau tetap ingin mengirimkannya, silakan saja”.


Ustadz Mahmud setuju untuk menimbangkan kembali rancangan pengiriman tulisannya itu, sehingga akhirnya tulisan itu tidak jadi dikirim. Dan pada akhirnya, terbuktilah kebenaran perasaan Imam Al Banna, sebab pada akhir perjalanan hidupnya, Sayyid Qutb menjadi pendokong dan pemikul beban dakwah yang begitu hebat dan dia sendiri bergabung dengan jemaah Ikhwanul Muslimin.


Kisah yang membuktikan kehalusan pertimbangan serta kebijaksanaan Imam Hassan Al-Banna dapat kita pelajari juga ketika As-Syahid menghadapi gelombang pemikiran sesat di kalangan para pemikir Islam, antaranya Thoha Husain yang menerbitkan buku Mustaqbaluts-Tsaqafah fi Mishr (Masa depan budaya Mesir). Buku ini mendapat tentangan daripada berbagai2 pihak di Mesir ketika itu. Imam Hassan Al-Banna sendiri tidak sempat membuat sebarang ulasan tentang isu ini kerana kesibukannya dengan hal2 yang lebih aula' (utama). Namun, pengikut2nya mengingatkan beliau dan berkata bahawa org ramai menunggu pandangan Ikhwanul Muslimin terhadap tulisan Thaha Husain kerana Ikhwanul Muslimin sendiri sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat pada masa itu. Imam Hassan Al-Banna menjawab bahawa beliau sibuk dan tidak sempat membacanya.

Tanpa pengetahuan Imam Hassan Al-Banna, para pengikutnya merancang untuk mengadakan program ala2 'Bedah Buku' atau kupasan buku tulisan Thaha Husain itu, dengan beliau sebagai pembahasnya. Lima hari sebelum program ini berlangsung, Imam Hassan Al-Banna dimaklumkan tentang penganjuran program ini. Imam Hasan Al Banna berkata terpaksalah dia membaca buku itu dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah, dalam perjalanannya menaiki trem (keretapi). Dia membaca buku itu dan menggariskan bagian-bagian yang penting. Sebelum lima hari buku itu sudah selesai dibaca dan sudah pula dihafalnya. Buku itu tebalnya 200 halaman lebih.

Bedah buku itu diselenggarakan di pejabat Syubbanul Muslimin, yang menjadi moderator adalah DR. Yahya Ad-Dardiri, sekjen Syubbanul Muslimin dan hadir pada acara bedah buku itu tokoh-tokoh Mesir dari berbagai kalangan.


Imam Hassan Al Banna mengkritik buku itu dengan cara yang unik, dia mengatakan: “Saya tidak akan mengkritik buku ini dengan pendapat saya, tapi saya akan mengkritiknya dengan buku ini sendiri”. Kemudian beliau mengungkapkan bagian-bagian yang kontradiktif dari buku itu, lengkap dengan rujukan halamannya, sekian dan sekian.


DR. Yahya Ad-Dardiri kemudian mengatakan bahwa dirinya telah membaca buku itu, tapi tidak menemui apa yang Imam Hassan Al-Banna kemukakan, lalu dia meminta izin untuk memeriksa kebenaran rujukan Imam Hassan Al-Banna dalam buku itu. Ternyata terbukti, seluruh yang diungkapkan Imam Hassan Al-Banna adalah benar.


Dalam acara bedah buku itu sebenarnya Thaha Husain juga hadir, namun dia berada di tempat yang tersembunyi. Sebelum pulang sia mengatakan bahawa dia ingin bertemu dan berdialog dengan Imam Hassan Al-Banna. Dia menawarkan tiga tempat; di rumahnya, di pejabatnya atau di rumah Imam Hassan Al-Banna. Dan dari segi waktu, dia menyerahkannya kepada Imam Hassan Al-Banna. (Bayangkan! Seorang mustasyar atau penasihat negara, menyerahkan waktu pertemuannya kepada seorang guru sekolah!).


Akhirnya terjadilah pertemuan di pejabat Thoha Husain. Berkata Thoha Husain: “Seandainya di Mesir ini ada tokoh yang paling besar, andalah orangnya, apa yang anda sampaikan tentang buku saya, demikian baik”. Kata Imam Hassan Al-Banna: “Alhamdulillah, adakah hal2 yang tidak anda setujui?” Dijawab oleh Thoha Husain: “Tidak ada, bahkan saya ingin agar pembahasan itu ditambah lagi”.


Kemudian Thoha Husain bertanya: “Apakah ada sikap dan perkataan saya yang tidak anda senangi? Ketahuilah! Selama ini saya berhadapan dengan orang yang tidak mempunyai etika dalam berdebat, ketika mereka menyerang saya, diri saya pun diserang. Seandainya musuh-musuh saya adalah orang2 semulia anda, sejak awal saya akan menghormati mereka”.


Imam Hassan Al-Banna menjawab: “Anda adalah seseorang yang cukup bangga dengan Barat, akan tetapi sayang, anda tidak mampu membezakan dua hal yang sangat berbeza. Adapun ilmu, itu adalah sesuatu yang terus berkembang, hari ini kita benar, esok hari boleh jadi kita keliru. Akan tetapi agama, dia adalah sesuatu yang pasti dan tidak berubah, jika kita menjadikan agama sebagai ilmu, sama ertinya kita merubah agama itu dari hari ke hari, dan jika kita menjadikan ilmu sebagai agama, kita bererti telah membunuh hak ilmu itu untuk berkembang, padahal semestinya kita meletakkan keduanya pada tempatnya masing2. Hal yang lain lagi, kalian –para pengagum Barat- lebih mendahulukan akal daripada wahyu, ketika akal bercanggahan dengan wahyu, kalian mengambil akal dan membuang wahyu”.


Dalam kesempatan dialog itu Imam Hassan Al-Banna juga mengkritik polemik (perbezaan serta percanggahan pendapat) yang terjadi antara sesama ummat Islam. Beliau mengatakan kalau seandainya ummat Islam mempunyai perbezaan pendapat sedikit saja, mereka akan bertemu pada satu titik persamaan, akan tetapi sayang, mereka memilih bersikap seperti empat orang buta yang cuba menerangkan sifat gajah dari sentuhan masing2, yang kata Imam Al Ghazali, masing2 berkeras pada pendapat masing2 yang sebenarnya juz’i. Seandainya mereka memiliki toleransi sedikit saja, mereka boleh bersepakat dalam menilai gajah tersebut dalam bentuknya yang utuh.


Ustadz Abdul Halim mencatat, sejak saat itu Thaha Husain menjadi lebih baik sikapnya. Beliau kemudian memilih untuk mendalami sastera Arab dan mengurangi peranannya dalam menyesatkan ummat.


Begitulah sedikit cebisan kisah dari peribadi mulia ini yang dapat kukongsikan di sini. Moga2 Allah mengurniakan pada ummat ini tokoh sehebat dan semulia ini, yang mampu mendidik serta menyatukan ummat Islam dengan qudwah serta teladan yang amat halus dan baik sekali. Benarlah kata2 yang menyebut: Sesuatu tamadun itu mampu bangkit dengan kadar hasasiyah yang cukup matang daripada para pendukungnya. Mari kita muhasabah diri, di tahap manakah hasasiyah dalam diri? Adakah kita jenis yang berterusan bermain dengan emosi, mudah tersinggung atau terasa dan menyimpan perasaan tersebut serta terluka dalam masa yang panjang? Atau adakah kita memperlihatkan kematangan ketika berdepan dengan isu2 polemik seumpama ini dan mengambil pendekatan terbaik yang merapatkan jurang perbezaan, bukannya menambahkan keluasannya?


Ambillah contoh daripada yang telah pun kembali kepada Allah dengan khusnul khatimah yang dikenali. Benar apa yang diungkapkan oleh Bisyr Al Khothib yang dikutip oleh Syekh Ahmad Rasyid dalam kitabnya, katanya: “Cukuplah bagimu, engkau melihat orang2 yang telah mati yang ketika sejarah hidupnya dipelajari hati menjadi hidup, sedangkan ada pula manusia2 yang hidup di antara kita yang dengan melihatnya hati kita menjadi mati”.


Moga Allah ampunkan segala kesilapan dalam penulisan artikel ini.


Antara sumber rujukan:

1) Rijalud dakwah (al-ikhwan.net)

2) Himpunan Risalah Hassan Al-Banna

3) Hasasiyah (Laman ISMA Mesir)

Jalan Kemenangan.. Ibadah kemudian Qiadah


Imam Al-Banna menulis:

Jalan Kemenangan.. Ibadah kemudian Qiadah


Demikianlah sepatutnya Ikhwan Muslimun


Saya bertemu seorang tua yang beruban yang sudah mula melangkah ke alam akhirat.. saya duduk bersamanya pada siang hari yang amat bermakna, di selubungi oleh kesucian rohani.. tampak jelas dari wajahnya dia seorang yang soleh, bertaqwa dan hatinya langsung berhubungan dengan Allah swt sekalipun dia tidak mendapat tempat di hati masyarakatnya..lalu saya berbual-bual dengannya.


Dia bertanya saya: 'Apa nama persatuan kamu?'


Saya menjawab: 'Sesungguhnya kami bukanlah persatuan, tetapi ikhwan -bersaudara- kerana Allah, kami bertemu di atas dasar aqidah dan fikrah dan berusaha untuk melaksanakannya di dalam diri kami, kemudian berusaha pula meyakinkan manusia lain... fikrah kami pula tidak lain melainkan untuk memahami Islam dan menyebarkannya kepada orang ramai!'.


Lalu dia menjawab: 'Cantik.. siapa yang mengajar kepada kalian di tempat kalian?'


Saya lalu menjawab: 'Kebiasaannya saya akan menyampaikan penerangan kepada ikhwan'.


Kemudian orang tua tadi terdiam seketika lantas melihat tepat kepadaku dan bertanya: 'Adakah kamu mengerjakan solat malam (qiamullail)?'.... Saya bertanyanya kembali..: 'Apa yang tuan harapkan dari jawapan saya terhadap soalan tuan? Sedangkan diri kita berada dalam genggaman Allah swt, sekiranya Dia mahu dibangunkan kita, begitulah sebaliknya sekiranya Dia mahu Dia boleh matikan kita.'


Orang tua tadi menjawab: 'Benarlah Allah dan RasulNya dan manusia itu amat gemar berbantah-bantah....'


Ya akhi, Sesungguhnya tarbiah diri, mensucikan jiwa serta memandu hati-hati, tidak akan diraih melalui lafaz-lafaz yang diulang-ulang, kaedah-kaedah yang diajarkan dan tidak dengan teori-teori yang disampaikan... kalaupun ia bermanafaat untuk akal dan ilmu, ia sebenarnya terpisah dari perasaan dan rohaniah, sedangkan manusia amat berhajat kepada kemurnian jiwa dan akhlak mulia. Mereka yang berusaha' mengislah' manusia melalui penulisan semata-mata adalah tertipu kerana ia tidak akan sampai kepada objektif yang diharapkan.


Ya akhi, tiada makna usaha 'pengislahan diri' yang dilaungkan melainkan melalui hanya satu jalan; jalan qudwah hasanah yang berhubungan langsung dengan Allah swt.. kurniaanNya. Qudwah yang dimaksudkan itu ialah ibadat di malam hari, qiamullail, munajat dinihari.. Baca dan dengarlah firman Allah swt:


يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمْ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً (2) نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاً (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً (4) إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقِيلاً (5) إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلاً (6)المزمل



Ya akhi, orang yang tidak punyai apa-apa dia tidak akan mampu memberi... Hati yang terputus hubungan dengan Allah tidak mungkin boleh menghubungkan orang lain kepada Allah .Peniaga yang tidak mempunyai modal tidak akan mampu meraih keuntungan. Guru yang jahil tentang method pengajarannya tidak akan mampu mengajar orang lain. Orang yang lemah dalam memimpin dirinya sendiri tidak akan mampu memimpin orang lain. Alangkah berhajatnya kalian semua kepada jihad seumpama ini !!! Kalau kalian mampu membawa mereka yang berjanji setia denganmu untuk beramal dengan semua ini, maka ia merupakan kejayaan yang amat besar. Lihatlah para sahabat Radiallahuanhum adalah 'Rahbaanan Billail Wa Fursaanan Bin nahaar'... di malam hari mereka adalah ahli ibadat dan di siang hari mereka adalah pahlawan yang gagah berani di medan... kurang satu antara keduanya akan memberi kesan kepada yang satu lagi.


Berusahalah kamu untuk memperolehi bekalan di malam hari untuk perjalananmu di siang hari yang penuh dengan pelbagai cabaran.....


Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesakan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.


Ya Ikhwan:

Mungkin kamu berasa hairan mengapa saya bawakan bicara sebegini di dada akhbar kamu ini sedang kamu menanti-nanti saya berbicara mengenai masalah yang melanda dunia, derita yang dialami oleh umat Islam seluruhnya. Kamu mengharapkan saya menyatakan sikap, pendirian dan tindakan yang patut diambil oleh jamaah kita.

Dengarkanlah penjelasanku:

Sesungguhnya kamu ingin mencapai matlamat yang besar dan hebat. Oleh itu kamu mesti memahami dengan sebenar-benarnya bahawa dengan matlamat itu bererti kamu berada di atas satu garisan dan dunia seluruhnya berada di atas garisan yang berlawanan dengan kamu.

Kamu menghendaki Islam berkuasa. Dunia diperintah oleh jiwa-jiwa yang bersih suci, akhlak mulia yang melimpah dengan kebaikan, hati-hati yang penuh rahmat dan kasih sayang dan kesejahteraan memayungi alam semesta.


Manusia pula menghendaki kebendaan berkuasa, harta melimpah ruah, kemewahan tiada sempadan, perebutan yang tiada berkesudahan antara golongan kuat dan lemah. Yang kuat memangsakan yang lemah. Yang berkuasa sentiasa menang dan yang diperintah sentiasa kalah. Kemanusiaan tidak akan kenal erti keadilan, tidak akan mengecapi rahmat kasih dan sayang. Itulah yang manusia kehendaki berbanding dengan apa yang kamu kehendaki. Kamu berada di satu pihak, sedang dunia di satu pihak yang lain. Manusia berselindung di sebalik kedustaan, berinteraksi dengan tipu helah dan bermuka-muka. Mereka lari daripada menghadapi kenyataan. Pada hal kamu tidak mahu itu semua kerana kamu sentiasa bermuraqabah. Diri kamu dan amalan kamu sentiasa diperhati oleh yang Maya Mengetahui dan Maha Memerhati. Maka perbezaan antara kamu dengan manusia, jika kamu benar dengan apa yang kamu cita-citakan, sangat jauh dari segala sudut.


Bilangan kamu adalah sedikit. Keadaan kamu tertindas di muka bumi ini, fakir dari segi harta, kosong dari segi kekuatan. Maka tidak ada senjata kamu selain hubungan dengan Allah dan mengharap pertolongan dan bantuan daripadaNya serta keimanan yang mendalam terhadapNya. Apabila aspek ini kamu kuasai bererti kamu telah kuasai segala-galanya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Aali Imran:160)


Maka berusahalah untuk menjadi seperti itu. Jangan kamu tanya bagaimana? Sesungguhnya jalannya telah nyata. Jadilah kamu hamba-hamba sebelum kamu menjadi ketua. Dengan ibadah kamu akan jadi sebaik-baik qiadah. Awas! Jangan kamu terbalikkan isu ini sebagaimana yang dilakukan oleh manusia lain. Mereka mengejar kepimpinan sebelum mereka mensejahterakan aspek ibadah maka mereka tewas atau mereka berjaya mencapainya tetapi terumbang ambing di dalam melaksanakan amanahnya. Serapkan ke dalam diri kamu maksud Hadis Qudsi ini: ”Sesiapa yang menyakiti waliKu maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang dengannya. Seseorang hambaKu tidak menghampirkan diri kepadaKu dengan sesuatu sebagaimana ia menghampirkan diri dengan melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu itu menghampirkan dirinya kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya, kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta padaKu akan Ku berikannya, jika dia memohon perlindungan denganKu akan Ku lindunginya”. (Al-Bukhari)


Dan ingat juga firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (An-Nur:55)


Daripada Pusaka al-Banaa, dipetik dari surat khabar Ikhwan Muslimin, 25 R.Awwal 1356H bersamaan 4 July 1937M.


(Rujukan: Blog ISMA PJ)

Saturday, October 17, 2009

Getting Up for Worship

Getting Up for Worship

Al-Sajdah (The Prostration) Sura 32: Verse 15-17

"Only they believe in Our revelations who, whenever they are reminded of them, fall down prostrating themselves in adoration, and extol their Lord's limitless glory and praise; and who are never arrogant; who drag themselves out of their beds at night to pray to their Lord in fear and hope; and who are charitable with what We provide for them. No one can imagine what blissful delights have been kept in store for them as a reward for what they used to do."

This is a pleasant image of believing souls which are so gentle and sensitive. They are sincere in the devotion they address to God alone. No arrogance or pride creeps into their hearts. They receive God's revelation with interest and acceptance, eager to understand and act on them. When these believers are reminded of God's revelations, they "fall down prostrating themselves in adoration." They are keenly influenced by what they are told, glorify God and feel His majesty. Hence, their first reaction is to fall down prostrating themselves. This is the best expression of their feelings, putting their foreheads on the ground in adoration. With this physical gesture, they "extol their Lord's limitless glory and praise." They are never arrogant. Their response is genuine, expressing their true feelings in God's glory.


The surah then describes their physical attitude and inner feelings in a vivid expression that brings the movement and the feeling before our eyes. They stand up for night prayer, which is the obligatory Isha prayer and the Witr prayer that follows it, and they add voluntary night prayer and supplication. This is described here, however, as dragging themselves out of beds. Thus we see the beds and their attraction, inviting people to take rest and sleep. Yet those believers do not respond, and make every effort to resist such attraction, because they have something else that preoccupies them. They want to stand before their Lord, in adoration, with feelings of fear and hope present in their minds. They dread disobeying God and long for His help. They fear God's anger and punishment and hope for His mercy and acceptance. With such sensitivity and devoted, earnest prayer, they do their duty towards their community, in obedience to God: "And who are charitable with what We provide for them."

This splendid, glorious image is accompanied by another one showing the marvellous and special reward which reflects the special care, honour and generosity God bestows on them. God Himself welcomes these people, and He takes it upon Himself to prepare the reward He has in store for them. Furthermore, it is He who will give them a warm reception and and honourable position which will delight them. All this though is known to God alone, no one else has any idea of it. It remains with Him until it is shown to those who will be given it when they meet Him. What a splendid meeting with the Lord of the universe!

Compiled From:
"In the Shade of the Quran" - Sayyid Qutb, Vol. 13, pp. 467, 468

Tuesday, July 14, 2009

Kenapa yakin akan kemenangan dakwah kebenaran?

Mungkin sebahagian orang merasa hairan terhadap orang2 yang berpegang teguh dari pada kalangan mujahidin di jalan Allah dan penyeru kebaikan dengan risalah mereka, sekalipun terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari kekuatan zhalim atas mereka, kerasnya perang yang jahat dan keji yang menimpa dan ditujukan kepada mereka, melemparkan para aktivis medan dakwah ke dalam penjara, namun mereka tetap beriman dengan keimanan yang mantap dan tidak ada keraguan di dalamnya bahawa kebenaran akan menang, bahawa kebenaran akan meninggi benderanya, dan menyebar ke seluruh pelosok dan penjuru dunia, dan keyakinan kami disertai dengan adanya beberapa hal:


1. Bahawa dakwah ini sesuai dengan fitrah yang diberikan Allah kepada manusia.

Sebagaimana firman Allah:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لاَ تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ القَيِّمُ

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan Lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum:30)

Dan dalam hadits Al-Qudsi disebutkan:

وإِنِّي خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ، وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمُ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan seluruh hamba-Ku dalam kondisi yang hanif, namun kemudian mereka mendatangi syaitan-syaitan sehingga mereka menyimpang dari agamanya..”. (Muslim).

Bahawa akidah Islam dan syariatnya yang termaktub dalam Al-Qur’an disampaikan dengan bentuk yang mudah dan jelas, memiliki gaya bahasa yang menakjubkan; mudah untuk diingat dan difahami oleh orang yang memiliki pengetahuan dan awam, sekalipun banyak ragamnya dalam cara menyampaikan dan memberikan kepuasan karena adanya keragaman potensi manusia dan pengetahuan mereka, namun tidaklah orang yang memiliki akal yang merdeka, pandangan yang bersih dan fitrah yang suci kecuali tunduk dan beriman kepadanya.


2. Iman yang agung yang merasuk ke dalam jiwa para duat

Bahawa ketika aqidah yang benar telah terpatri dalam jiwa dan merasuk ke dalam hati maka akan memberikan hasil dan buah akan terbebasnya jiwa untuk tunduk pada kediktatoran, atau berdiri pada kejahatan.

Orang yang beriman menyedari bahwa seluruh makhluk tidak memiliki jiwa mereka masing-masing sedikit pun, bahkan tidak memiliki kemampuan untuk mempertahankannya sedikit pun

إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَاباً وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئاً لاَّ يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

“Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, Tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan Amat lemah (pulalah) yang disembah”. (Al-Hajj:73)

Dan menyedari bahawa umur manusia berada dalam genggaman Allah, tidak boleh dikurangi atau ditambah, tidak boleh didahulukan atau ditunda, dan bahawasanya dirinya tidak mampu mencari keselamatan (menghindar) dari kematian, dan bahkan tidak mampu lari darinya sedetik pun.

قُل لَّن يَنفَعَكُمُ الفِرَارُ إِن فَرَرْتُم مِّنَ المَوْتِ أَوِ القَتْلِ

“Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan “. (Al-Ahzab:16)

إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لاَ يُؤَخَّرُ

“Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan”. (Nuh:4)

Kerana itu, seorang daie yang jujur akan mampu menghadapi berbagai kondisi dengan penuh keberanian, tetap teguh di hadapan berbagai cubaan dengan iman yang mantap; kerana dirinya menyedari bahawa tangan Allah selalu terbentang kepadanya, dirinya membaca firman Allah:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ

“Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)”. (Al-Baqarah:257)

Sementara itu, sang daie sebelum dan sesudahnya selalu terikat dan yakin akan hari akhir, bergantung pada semangat untuk menggapai ganjaran dan pahala di dalamnya; kerana itu dirinya selalu menampilkan dakwahnya menuju hidayah Tuhannya, berharap tidak menemui halangan, rintangan dan siksaan di jalan Allah, dan berkeyakinan akan dekatnya cahaya fajar keadilan dan datangnya hari pembalasan…

Allah berfirman:

قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلاَّ إِحْدَى الحُسْنَيَيْنِ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَن يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِّنْ عِندِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُم مُّتَرَبِّصُونَ

“Katakanlah: “tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi Kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan. dan Kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan kepadamu azab (yang besar) dari sisi-Nya. sebab itu tunggulah, Sesungguhnya Kami menunggu-nunggu bersamamu.” (At-Taubah:52)

Dan berfirman untuk orang-orang yang takut:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ

“Cukuplah Allah pelindung kami dan Dialah sebaik-baik pelindung”. (Ali Imran:173)

Dalam syair juga disebutkan:

مَن لم يمتْ بالسيفِ ماتَ بغيرِهِ تعددت الأسبابُ والموت واحد

Barangsiapa yang tidak mati dengan pedang, maka tetap akan mati dengan selainnya

Begitu banyak sebabnya sementara kematian tetaplah satu

Dan Allah berfirman untuk orang-orang yang terpengaruh dengan isu-isu dan perang jiwa yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah

وَلاَ يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ إِنَّ العِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا هُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ

“Janganlah kamu bersedih oleh Perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui”. (Yunus:65);

Kerana itu apakah dapat digambarkan akan kekalahan bagi sang daie pembawa aqidah yang benar?!


3. Thiqah (kepercayaan) yang sempurna terhadap janji Allah akan kemenangan dan kejayaan

Bahawa aqidah yang benar akan membina jiwa-jiwa para duat pembawa kebenaran dan kebaikan akan perasaan optimis kepada Allah, thiqah pada kemenangan; sekalipun ujian dan cubaan terus datang silih berganti di tengah masyarakat dan kekejaman penguasa diktator terus dialami pada umat; bahwa thiqah kepada Allah akan mampu mengusir keputus-asaan dalam jiwa, menolak akan berbagai kesulitan sekalipun sangat keras, dan siap menghadapi berbagai rintangan sekalipun sangat besar, bagaimana sang daie dapat tertimpa keputus-asaan sementara dirinya adalah pembawa aqidah yang benar, sambil dirinya membaca:

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الوَارِثِينَ. وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الأَرْضِ

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi”. (Al-Qashash:5-6)

Bagaimana mungkin dirinya tertimpa kelemahan di hadapan kondisi yang lemah padahal dirinya membaca ayat:

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ. إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ القَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”. (Ali Imran:139-140)

Bagaimana mungkin dirinya mahu mundur di hadapan berbagai kekuatan yang keji padahal dirinya selalu membaca firman Allah:

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لأَوَّلِ الحَشْرِ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي المُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُوْلِي الأَبْصَارِ

“Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan”. (Al-Hasyt:2)

Dan bagaimana mungkin dirinya ragu untuk maju di jalan Allah atau menempuh perjalanan yang jauh padahal dirinya selalu membaca firman Allah:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ البَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلاَ إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk surga, Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat”. (Al-Baqarah:214)

Karena itulah, seorang daie akan tetap berada dalam kethiqahan yang sempurna terhadap kebenaran akan janji Allah:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa”. (An-Nuur:55)


4. Pemahaman mereka akan keperluan dunia terhadap risalah yang digalasnya:

Para duat yang jujur akan memahami betul bahwa rawatan yang diperlukan oleh manusia untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai mereka; iaitu risalah yang diberikan oleh Allah untuk digalasnya dan diperintahkan untuk menyebarkannya, kerana adanya berbagai krisis yang terus mendera dunia, pergaduhan dan degradasi moral yang menimpa suatu bangsa, perang saudara di tengah suatu bangsa, tatanan dunia baru yang gagal, perpecahan rumah tangga yang menggejala, adanya perbezaan tingkatan masyarakat yang hina, rasisme yang bermaharajalela, dan fanatik kesukuan di pelbagai penjuru dunia… semua itu dan lain-lainnya tidak ada jalan lain untuk menyelesaikannya kecuali dengan manhaj Islam.

Kebahagiaan yang hilang, keamanan tingkat regional dan domestik yang diidam-idamkan, keadilan yang dicita-citakan, persamaan di antara manusia, kehormatan dan harga diri manusia serta perlindungan jati dirinya; tidak mungkin akan sempurna dalam bentuk yang baik, bersih dan seimbang kecuali di bawah naungan manhaj Islam yang mulia. Oleh karena itulah, kewajiban para duat yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menyampaikan hidayah kepada manusia dan mengeluarkan manusia dari kezhaliman menuju cahaya; untuk terus menghadirkan kebaikan kepada umat manusia seluruhnya, sekalipun harus dikalahkan oleh kezhaliman, dan disimpangkan oleh kekuatan yang sesat dari jalan menuju petunjuk tersebut.

Bahawa Allah telah menegaskan akan kewajiban yang berat ini sebagai sarana turunnya kemuliaan umat Islam dengannya dan tinggi martabat dan derajatnya kerananya.

Allah berfirman:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ المُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran:110)

Berkata sang Imam pembawa pembaharuan Hasan Al-Banna pada ceramah yang berjudul (Faktor-faktor Kejayaan):

“Di antara hak kita –wahai Ikhwan- untuk mengingat bahawa dihadapan kita begitu banyak hambatan dan rintangan; bahwa kita akan terus menyeru kepada Allah yang merupakan seruan paling mulia, mengajak pada ideologi Islam yang merupakan ideologi paling kuat, menghadirkan kepada manusia syariat Al-Qur’an yang merupakan syariat paling adil

صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً

“Shibghah Allah. dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah?”. (Al-Baqarah:138)

Bahwa dunia secara keseluruhan sangat memerlukan dakwah ini, dan seluruh yang ada di dalamnya mengharapkannya dan bergerak di jalannya, dan kita semua –segala puji bagi Allah- merdeka dari ketamakan peribadi, jauh dari keinginan nisbi (peribadi), tidak bermaksud lain kecuali hanya berharap pada Allah dan demi kebaikan manusia, tidak bekerja kecuali hanya berharap keredhaan-Nya, dan kita selalu memantau akan dukungan Allah dan pertolongannya; kerana dengan-Nya tidak ada yang mampu mengalahkannya

ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَأَنَّ الْكَافِرِينَ لا مَوْلَى لَهُمْ

“Yang demikian itu kerana Sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak mempunyai Pelindung”. (Muhammad:11).

Kerana itulah, dengan kekuatan dakwah kami, dan adanya keperluan manusia akan dakwah ini, kemurnian dan kesucian tujuan yang dicapai, serta dokongan Allah kepada kita; merupakan faktor-faktor kemenangan yang tidak tergoyahkan walaupun dihadapannya terdapat berbagai rintangan, dan tidak akan lengah walaupun dihadapannya terdapat ujian dan penghalang.

وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)


Dampak ujian dan cubaan atas barisan Islam

Mungkin bagi kebanyakan para penentang dakwah akan berkhayal bahawa dengan berbagai tekanan, paksaan dan pengekangan perbagai kebebasan hidup atas para duat dan pintu rezeki mereka; akan menghentikan mereka daripada dakwah, dan umat manusia pun akan lari dari mereka?!.

Hal tersebut merupakan bayangan dan prasangka yang salah, kerana para duat akan selalu siap menghadapi berbagai rintangan dengan iman yang kokoh dan murni ini, tidak peduli terhadap yang lainnya kecuali kemenangan agamanya, meninggikan kalimat Allah di muka bumi ini, serta selalu mengumandangkan syair di balik jeriji mereka:

أخي أنت حر وراء السدود أخي أنت حر بتلك القيود

إذا كنت بالله مستعصمًا فماذا يضيرك كيد العبيد؟

Akhi..engkau akan tetap merdeka walau berada di balik jeriji besi

Akhi.. engkau akan tetap merdeka walau berada dalam ikatan besi

Jika engkau tetap berpegang teguh terhadap agama Allah

Maka tidak ada yang mampu membuatmu menderita dari berbagai tipu daya hamba?!


Nasihat untuk Ikhwanul muslimin

Ketahuilah bahwa dakwah kita akan tetap terus berjalan pada jalan yang telah digariskan, sesuai dengan peta yang telah dibuat, tidak peduli dengan berbagai tentangan dan rintangan, tidak akan pernah mundur walau berada pada banyak halangan dan hambatan, dan mungkin sangat cocok jika saya mengingatkan kepada kalian pesan yang disampaikan oleh imam Syahid Hasan Al-Banna:

“… kelak para pemimpin, penguasa, pemilik jabatan dan kekuasaan akan iri dan dengki kepada kalian, dan akan memutuskan atas kalian berbagai hukuman secara bersamaan, dan setiap pemerintah akan berusaha menghadapi aktiviti dan gerak kalian, meletakkan berbagai rintangan di jalan kalian, dan para perampas akan terus menghancurkan setiap jalan untuk menghancurkan dan mematikan cahaya dakwah kalian, dan mereka akan terus meminta bantuan pada pemerintahan yang lemah dan tangan-tangan yang menengadah untuk meminta dan kepada kalian dengan bentuk penistaan dan permusuhan, dan akan terus dibangkitkan kepada seluruh manusia di tengah dakwah kalian debu-debu keraguan dan syubhat dan kejinya tuduhan-tuduhan, bahkan mereka akan terus berusaha melekatkan berbagai kelemahan dan kekurangan, serta menampakkan di hadapan manusia pada gambaran yang keji dan kotor, dengan bersandarkan pada kekuatan dan kekuasaan mereka, harta dan eksekusi mereka

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai”. (At-Taubah:32)

Dan kalian akan masuk pada kondisi seperti itu, dan tidak diragukan lagi kalian akan berada pada posisi yang penuh dengan cubaan dan ujian; kalian akan dipenjara dan ditangkap, diusir dan dibuang negeri, dirampas berbagai kepentingan kalian, dipecat dari tempat kerja kalian, digeledah rumah-rumah kalian, dan boleh jadi akan terus memanjang ujian yang akan mendera kalian …Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut:2)

Namun Allah telah memberikan janji kepada kalian setelah itu semuanya berupa kemenangan bagi para mujahidin dan ganjaran bagi para aktivis yang berbuat ihsan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ. وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan lain kafir; Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang”. (As-Shaf:10-14)

Kerana itu, apakah kalian akan tetap berada di jalan ini dan menjadi penolong Allah?!

Janganlah kalian merasa hina dan rendah diri wahai Ikhwan, janganlah kalian mundur, bersabarlah pada kebenaran yang dengannya kalian beriman, thiqahlah pada kemenangan Allah yang sudah dekat, mohonlah kepada Allah agar dibukakan kepada kita dan umat kita akan kebenaran, kerana Dialah sebaik-baik pembuka kebenaran, dan thiqahlah bahwa dakwah harus dapat mencapai pada tujuan dan misinya selama Allah bersama kita, kerana Dialah pembimbing kita dan pemberi kemenangan kepada kita.

وَكَفَى بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا

“Dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. (Al-Furqan:31)

Dan mereka akan berkata: Bilakah hal itu terjadi?! Katakanlah kelak hal tersebut sudah dekat..

Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah

Dan shalawat dan salam atas nabi kita Muhammad, nabi yang ummi, beserta keluarganya dan para sahabatnya.. Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.


Dipetik dari Risalah oleh Dr. Muhammad Mahdi Akef

(Mursyid Ikhwanul Muslimin)