Apabila mendalami kisah sahabat mulia Salman Al-Farisi, saya menginsafi perjalanannya menuju kepada cahaya dan hidayah iman. Sahabat ini biasa terkenal dengan usulnya yang bijaksana iaitu menggali parit sebagai strategi perang Khandaq atau Ahzab. Tetapi mungkin masih ramai tidak mengetahui kisah keajaiban perjalanan serta hijrahnya dari Parsi ke Madinah, sehinggalah ditemukan dengan Rasulullah SAW yang agung dan dimuliakan dengan iman yang tiada tandingan bagi kita hari ini. Kisah ini tak mampu saya huraikan dengan gaya bahasa yang terbatas tambahan lagi di ruangan terbatas ini, namun suka untuk saya ceritakan ketika hidayah mengetuk hati Salman untuk tertarik kepada ajaran Nasrani berbanding sembahan api kaumnya, Salman tidak terus tinggal di gereja yang ditemuinya, tetapi yang terpacul dari mulutnya adalah: 'Dari mana asal agama ini?' Setelah tiba di tempat asal ajaran Nasrani, sekali lagi terserlah kebijaksanaan sahabat mulia ini apabila dia mencari 'Siapakah dia orang yang paling 'alim atau berilmu di kalangan penganut agama Nasrani' untuk tinggal dan belajar daripadanya. Kisah ini diteruskan dengan pencarian yang berterusan oleh Salman, sehinggalah taqdir Allah menyampaikan dia kepada apa yang dicari-carinya, iaitu Islam dan Rasulullah SAW! Alangkah beruntungnya sahabat mulia ini!
Beberapa tahun kebelakangan ini, selain terkesan dengan kisah Salman Al-Farisi yang mulia ini, pendedahan yang banyak melalui kerja-kerja penyelidikan yang saya lakukan saban hari telah mengikis sedikit sebanyak sikap untuk menilai sesuatu hanya pada permukaannya, atau membuat satu konklusi secara sempit atau tertutup. Mana tidaknya, dalam membuat kajian, saya mesti membuat sandaran atau merujuk kepada kajian-kajian sebelumnya...juga setiap kali saya menerbitkan kajian di 'journal' atau membentangkannya dalam siri-siri 'conference', tulisan atau kata-kata penutup dari mulut saya mesti membuka ruang untuk pengkajian seterusnya - ie 'more research needs to be done' atau 'the underlying mechanisms of these effects need to be addressed in the future'. Jadi, konklusi dalam penyelidikan, dan tidak keterlaluan untuk saya katakan dalam menilai kemelut kehidupan, hendaklah sentiasa terbuka. Kerana hakikatnya kita adalah insan yang lemah dan mustahil untuk mampu mengetahui segala-galanya, bukan! Seperkara lagi yang saya belajar adalah, manusia juga terlalu lemah untuk disandarkan sebagai satu qudwah sepanjang masa, jadi belajarlah untuk berlapang dada dan mencari kelebihan berbanding kelemahan.
Berkisar pada isu slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat yang dikeluarkan ISMA, saya tak sangka ianya menjadi satu bahan debat yang panjang dan punca-punca cercaan serta maki-hamun yang tidak sepatutnya dari saudara seaqidah. Ada yang kata 'Dah kamu tu ikut ISMA, ikut aje la macam *** semua benda yang Presiden dan ketua2 kamu cakap'...Ehem, terkedu saya! Nak terguris pun tak sempat, nak melatah lagi tak sempatl! Nak bagi penjelasan, tutup telinga pula, sengaja provokasi rupanya! Lepas tu satu-satu pendirian yang ISMA keluarkan dipertikai juga...mula-mula saya sedih juga, jahat sangat ke ISMA ni sampai teruk sangat kena hentam ni?
Akhirnya.....saya baru perasan, yang kuat menghentam ni bukan rakyat marhain yang perlukan bimbingan dan petunjuk tetapi orang-orang yang 'gelasnya telah penuh'. Jadi kalau cuba nak masukkan lagi apa-apa memang ibarat mencurah air ke daun keladi. Saya tak nafi saya pun khilaf, sahabat2 saya pun khilaf tapi nak menilai
satu-satu perkara tu kalau tak ada pengkajian atau bukti2, kukuh, memang saya
tak terima la.. Kalau jadi student saya, kamu bagi hujah tak cukup
background research, based on emosi pula tu, dah tentu saya reject!
Konklusi saya beginilah:
1) Saya rasa manfaat lebih besar menerangkan strategi ISMA ini kepada orang-orang yang 'gelasnya masih ada ruang' atau 'gelasnya besar sekali' untuk menerima curahan baru
2) Nak cari kebenaran atau nak terangkan kebenaran, kena ada unsur keikhlasan. Kalau saya nak terangkan sebab rasa 'panas hati' atau 'taknak kalah' atau 'geram' tak berguna...dan kalau yang bertanya pula nak 'mencari salah org' atau 'menunggu orang sakit hati' atau 'mencurah minyak ke api', sesungguhnya tiadalah juga manfaat di dalam pencarian kebenaran tersebut
3) Hidup kita singkat. Carilah perkara yang boleh diamalkan dan menambah amal. Jauhi perkara sia-sia
4) Ruang masih terbuka luas untuk beramal dan membuat slogan. Tak suka slogan kami, buatlah slogan baru. Kalau tidak bercanggah dengan Islam, saya sokong padu!
5) Selaku seorang ahli akademik, saya mencadangkan agar umat Melayu Islam terutamanya, jadikanlah budaya membaca dan menyelidik daripada sumber yang asli satu budaya dalam kehidupan. Nescaya anda maju jaya!
2 comments:
salam kak....betul tu kak.sy pun bnyak mendengar bnyak org memperkatakan tentg kedudkan ISMA hingga saat ini.Tp sy cuba untuk mndengar dan mengetahui sebab mereka berkata sedemikian dan cuba juga untuk menerangkan hal yg sebenarnya. sy tahu ianya bukan cara yg mudah... ;(
buy valium online buying valium online safe - valium 5mg how long
Post a Comment