Showing posts with label tazkirah buat diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah buat diri. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

tidak cukup sekadar saduran qanaah

Ya Allah, jadikan dunia di tanganku...bukan di hatiku...

alangkah baiknya andai ianya berlaku pada jarak tahun yang berbeza. dan alangkah baiknya ianya tidak diaturkan bersama-sama. kerana mana mungkin enggang berpasangan dengan pipit. pasti tidak banyak, sedikit akan memicingkan mata yang melihat. bagaikan bumi berusaha mencakar langit, dan bagaikan mengukur jarak seketul kerikil yang terlontar ke tengah lautan...

perasaan kekerdilan ini, sesungguhnya fitrahku sebagai manusia, sebagai hamba. namun amat terkesali andai perasaan kekerdilan ini muncul kerana perbezaan darjat dan taraf kehidupan, sehingga menjadikanku seorang yang tidak memiliki qanaah (merasa cukup dan tenang dengan rezeki serta ketentuan dari Allah buatku). perasaan halus yang asing ini menjalar ke sanubari, bagaikan racun yang amat pedih sekali.

mematikan keseronokan dan kegembiraan kecilku serta-merta. melihat dan memandang rendah pada kemampuan diri. memang tidak ku miliki material sehebat itu, sejak dulu lagi telah difahami, diketahui malah selama-lamanya sebati dalam diri. namun mengapa perasaan ini berjaya bersarang di hati? mengapa perasaan mengundurkan diri bertamu, siapakah yang beradu kehebatan di sini? tiada sebarang perlumbaan atau pertandingan!

perasaan halus menyusup. tergambar kedua orang tuaku, dalam serba kekurangan mereka berusaha menghasilkan yang terbaik buatku. namun tidak akan sekali-kali mampu untuk sebaris dengan mereka. perasaanku pedih kembali. mengapa harus disekalikan? mengapa tidak hari istimewa ini nanti berbeza? adakah kedua wajah kesayanganku ini akan benar-benar mengukir senyuman bahagia pada detik itu, atau terselit dalam hati mereka 'alangkah baiknya andai...'

ahh...hanya satu perasaan halus yang perlu dijentik dan ditolak tepi. tidak sewajarnya 'alangkah baiknya andai..' itu bertamu pada kamus kehidupanku. bukan kah selama ini kehidupanku tidak pernah memperhatikan gaya bahasa ini? tidak juga kupeduli kerlingan tajam atau sindiran pedas sesiapa. hati harus kukeraskan pada perkara picisan ini, namun akan kululuhkan ia buat jalan menuju destinasi akhir. moga-moga!

jangan sekadar menyadur qanaah dalam hatimu. jadikan ianya intipati memenuhi seluruh rongga. baru ditemui bahagia.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, disebutkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di antaranya, “Kemudian Allah mengutus kepadanya (janin) seorang malaikat lalu diperintahkan menulis empat kalimat (ketetapan), maka ditulislah rizkinya, ajalnya, amalnya, celaka dan bahagianya.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat,maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir:2)

Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Rabbmu? Kami telah menentu kan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Rabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. az-Zukhruf:32)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling qana’ah, redha dengan apa yang ada dan paling banyak zuhudnya. Beliau juga seorang yang paling kuat iman dan keyakinannya, namun demikian beliau masih meminta kepada Allah subhanahu wata’ala agar diberikan qana’ah, beliau berdoa:

“Ya Allah berikan aku sikap qana’ah terhadap apa yang Engkau rezkikan kepadaku, berkahilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik.” (HR al-Hakim, beliau menshahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah.” (HR.al-Bukhari dan Muslim)



Allah memberikanku hidayah. maka dapat kukembali kepadaNya setiap kali perasaan-perasaan aneh bertamu. bukankah ini jauh lebih berharga dari segalanya? bukankah cukuplah sekadar Allah dan RasulNya??

Alhamdulillah.... teruskan menjadi diriku!

Wednesday, February 3, 2010

Mencari kekuatan..

Lama benar tidak menulis...kerana kesuntukan waktu, juga kerana keringnya idea..atau adakah diri ini yang sebenarnya ketandusan dan tidak punya apa2 untuk dikongsikan, maka lama sungguh halaman ini dibiarkan sepi...Ya Allah, jangan kau putuskan bekalanku di perjalanan yang sungguh panjang dan sukar ini..

Kebelakangan ini, aku merasa sukar sekali berdiri tegak di jalan ini...seringkali terasa bagaikan ada selut2 yang merintangi keras perjalananku, semakin kuat juga lilitannya..hampir2 menggoyah langkahku dan menyekat maraku..Adakala dada terasa sesak dan sempit, merintih penuh sesalan pada penduduk dunia yang semakin jauh, jauh daripada hakikat kehidupan..dan hakikat penciptaan serta penghambaan..merintih kesal juga pada kekerdilan diri..


Masih belum sedikit pun bernilai usaha2 dakwahmu wahai diri, pantaskah kau mengeluh kesedihan..dugaanmu masih tidak tertanding RasulNya, kekasihNya, dan sekelian hamba2Nya yang lain..Pejuang2 yang lebih dahulu telah bermandi darah, wahai diri! Sedetik ku mengenang perantauan Rasulullah S.A.W. ke Taif, hatiku sayu, pilu...

Perasaan aneh menjalar di hatiku mengenangkan gambaran peristiwa Sang Kekasih, dengan penuh kesedihan, kelukaan hati dan tubuh..menadah tangan penuh kehambaan:

“Wahai Tuhanku Kau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai..Wahai Tuhan yang Maha Pengasih Engkaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Engkaulah Tuhanku
Kepada siapakah Engkau akan serahkan aku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan aku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku?
Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaanMu lebih luas untukku.
Aku berlindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at dunia dan akhirat (aku berlindung denganNya) dan kemarahanMu ke atasku dan kemurkaanMu,
Engkau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Engkau sahaja.


Kuatlah wahai hati..
Setiap kali perasaan lemah ingin menyapa, tolaklah ia jauh2...
Ingatlah kisah perjuangan Rasulullah yang agung, dan adukanlah pada Yang Maha Mendengar...seperti mana yang diadukan KekasihNya...pasti kau temui kekuatan..

Wednesday, November 18, 2009

Buat diriku....'kuasailah dirimu'!


Kelesuan hari ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa, malah ianya adalah satu fitrah dan sunnah sebuah kehidupan dan perjuangan. Namun mengapa begitu mudah sekali kita menyandarkan kelemahan pada kelesuan ini? Mengapa seringkali hati ditipu dengan berlapikkan alasan2 yang kelihatannya menyejukkan dada, tetapi hakikatnya menambah kegelapan jiwa? Semalam, seorang sahabat, dalam perkongsiannya menceritakan kepadaku (dari ceramah yang didengarinya), bahawa sebenarnya, kita ini tidak punya alasan untuk berbuat dosa. Kerana apabila seseorang berkata, alangkah sukarnya menahan pandangan mata daripada melihat perkara2 mungkar, maka dijawab oleh ulama' bukankah ada banyak lagi perkara2 kebajikan dan kebaikan yang boleh dijamu mata?

Akhirnya, alasan demi alasan itulah yang melapisi dan membalut tubuh dan hati sehingga an-nur hidayah yang cemerlang sukar menembusinya. Terjadilah pertentangan dari yang alami, seperti baju besi yang dibalut di luarnya. Tertutuplah fitrah sebenarnya, tersembunyi dan menjadi lemahlah ia kerana menyangkakan dirinya hanyalah kain balut (seperti kain balut nangka) sedangkan fitrahnya adalah baju terbuat dari besi yang ditempa, malah gunanya dalam medan yang mencabar keperwiraan manusia.

Hakikat ini aku sedari hari demi hari, namun proses pembinaan iman dan taqwa yang tidak pernah berhenti adakalanya menyaksikan kegagalanku untuk belajar dari kesilapan. Memang fitrah imanku yazid wa yankuz (bertambah & berkurang) serta bergelora dan lebih tidak stabil daripada air yang menggelegak. Namun, moga2 graf linear dengan sedikit peningkatan secara puratanya dapat dilakar.

Hari ini, aku membaca seruan ini, dan aku kutujukan buat diriku...Wahai diri, kuasailah dirimu, moga2 engkau menguasai kehidupanmu...Wahai diri, tegakkanlah Islam dalam dadamu, moga2 ianya kan tertegak di hadapan matamu...

Inilah seruan dari As-Syahid yang menjadi peniup bara perjuangan dalam hatiku...

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain. Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu...Ingat bahawa sesungguhnya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah S.A.W.:

'Berilah jaminan kepadaku 6 perkara, nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila berkata-kata, tepati janji apabila kamu berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, pelihara kemaluan kami (jauhi daripada zina), tundukanlah pandangan kamu (daripada yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian'

Wahai saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas 3 asas
  • Mengenali Allah (Makrifatullah)
  • Kebaikan diri (solahu an Nafs)
  • Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq)

Adapun Makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah (mendekatkan diri kepadaNya)

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah (bersungguh-sungguh berjuang mengatasi tarikan hawa nafsu dan bisikan syaitan)

Kasihkan Makhluk dengan Al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka dan melebihkan mereka dari kepentingan diri sendiri)

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali dan aku muhasabah kamu di atas nama fikrah:

a) Supaya kamu menjadikan diri kamu satu sukatan daripada Al-Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurangnya satu ayat

b) Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c) Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah ruku'nya, sujudnya serta kekhusyukkannya, perelokkan serta tadabburlah (fahamilah) apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang Subuh pada waktunya.

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

Wednesday, October 28, 2009

Ujian = bukti cinta Allah ^o^


Diceritakan kepadaku baru2 ini oleh seorang sahabat, bahawa hatinya sedikit gundah dengan ujian yang tertimpa kepadanya..hatiku juga terkesan dengan keluhan sahabatku, terasa bagaikan tidak berdaya menghulurkan sebarang pertolongan bagi melegakan gelisah yang melanda hatinya...beberapa sahabat yang lain juga kulihat keruhan di wajah masing2 lantaran musim peperiksaan yang melanda kini...

Hidup bagaikan ayunan ombak, terkadang di atas...terkadang di bawah...hari ini kita rasakan sukar sekali, namun selepas berlalu masa kesukaran ini, kita melihat ke belakang sambil tersenyum pada diri...tersenyum kerana semakin hari ujian semakin sukar, maka menoleh ke belakang membawa kepada ukiran senyuman, dan kita tertawa sendirian kerana mengenang betapa kegelisahan dan kerisauan yang tertumpah dahulunya pada ujian itu, ternyata kini hanyalah kepingan kecil dari keseluruhan ujian yang terbentang...

Begitulah norma kehidupan kita, sentiasa diuji dan teruji. Dalam pembacaanku hari ini, terjumpa hadith menarik ini beserta syarahannya (jeng...jeng, cuba teka hadith ape?)...ingin sekali kukongsikan buat semua sahabat2ku...moga2 sedikit kejernihan dari hadith menyingkap kekusutan di hati ^_^

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin 'Abbas r.a. katanya: Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi S.A.W., lalu baginda bersabda:

'Hai anak!aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku. (Riwayat Tirmidzi, katanya hadith hassan sahih).

Pada riwayat selain Tirmidzi ada disebut - peliharalah Allah, nescaya engkau dapati Allah di hadapanmu. Ingatlah Allah di masa lapang, nescaya Dia mengingatimu di masa sukar. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa2 yang (ditakdirkan) tidak datang kepadamu, tidaklah ia kena kepadamu. Tetapi, apa2 yang kena kepadamu, tidaklah ia tersalah kena padamu. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu beserta kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan. Dan sesungguhnya beserta kesusahan itu kesenangan.

Begitu banyak sekali pengajaran yang dapat dikupas dari huraian hadith ini. Antaranya:

1. Peliharalah Allah, nescaya dalam pemeliharaanNya
  • Rasulullah S.A.W. tidak menjelaskan cara pemeliharaan kepada Allah. tetapi nyatalah pemeliharaan itu tidak lain drpd memelihara hukumNya, hakNya, perintahNya dan menjauhi laranganNya
  • Rasulullah S.A.W. sendiri tidak pernah meninggalkan doa2 meminta pemeliharaan dan penjagaan dari Allah setiap pagi dan petang, sebagaimana yg diriwayatkan Ibn Umar (hadith)
  • Allah S.W.T juga memelihara kita dalam urusan kehidupan kita drpd bahaya seperti dalam firmanNya: "Baginya ada penjaga yg bergilir2 di hadapan dan di belakangnya menjaganya dengan perintah Allah" (Ar-Ra'ad: 11)
  • Selain itu, Allah juga memelihara agama dan iman seseorang dari dinodai oleh sesuatu yang haram dan kembalinya dia ke sisi Allah dalam keadaan beriman. Inilah semulia-mulia pemeliharaan yang diharap2kan dari Allah
  • Pemeliharaan sebegini menuntut hubungan dengan taqwa atau amal soleh yg dikerjakan dgn ikhlas.
2. Mintalah kepadaNya
  • Meminta atau memohon kpd Allah merupakan doa, dan doa adalah ibadah.
  • Imam Nawawi menjelaskan, hendaklah memohon dari Allah hajat yg tidak termasuk dalam kekuasaan manusia seperti meminta petunjuk, dalam memahami Al-Quran dan Hadith, kesejahteraan dan sebagainya semata2 kepadaNya. Sekiranya meminta kepada manusia berdasarkan peraturan (sunahtullah), seperti dalam urusan seharian, masih juga perlu memohon kepada Allah agar dilembutkan hati mereka di samping ikhtiar dalam mendapatkan hajat tersebut
  • Sesungguhnya kekuasaan dan rahmat serta kasih sayang Allah terlalu luas, tidak berkurang walau sedikit pun dari kekuasaannya ini andai kita memohon pertolongan dariNya, maka pohonkanlah!
3. Ingatlah Allah di masa lapang
  • Mengingati Allah dalam keadaan sukar dan diuji jauh lebih mudah dari mengingatinya di saat kita lapang dan tidak diuji.
  • Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan hakikat kita sebagai hamba yang lemah - yakni ketentuan takdir akan pasti terjadi dan tidaklah terjadi tanpa disengajakan, melainkan telah berada di dalam ketetapanNya. Maka, kepada Allahlah disandarkan segala harapan kerana Dialah sumber kekuatan
  • Salman Al-Farisi pernah menyebut: ' Apabila seorang lelaki selalu memohon kpd Allah pada waktu senang, kemudian dia memohon kpd Allah di waktu susah, maka berkatalah malaikat: Suara ini sudah terkenal. Maka tolonglah pemilik suara ini. Sebaliknya jika suara itu tidak dikenal kecuali di masa susah, malaikat akan berkata, selama ini suaranya tidak pernah dikenal, maka tak usahlah ditolong akan dia'
*Erm betul!Hadith ke-19 drpd hadith 40 oleh Imam Nawawi. Pandai semua ^o^

'an apple' for the day:

Being tested? It's a sign that Allah loves you! Test = Medicine. Despite its bitterness, you still offer the medicine to the one whom you love. Prescription from Allah is always the best!

Tuesday, October 27, 2009

NZ Muslims 'don't need to lose their identity'


Integration is not assimilation, New Zealand's first national Muslim convention heard at the weekend.

About 400 people from the country's 50,000-strong Muslim community gathered in Auckland for two days of activities and discussions about "building strong New Zealand Muslim families".

Javed Khan, vice-president of the Federation of Islamic Associations in New Zealand, said the convention had been organised to help families become Muslims "of" - rather than "in" - New Zealand.

"Those who have come here 50 years ago have no problems. They're totally integrated.

"But for those who have come in the past five to 10 years, there's a little bit of fine- tuning to be done."

Mr Khan said the Muslim community in NZ was young and looked at communities overseas for ideas on how to fit in better.

But it was important Muslims did not lose their distinct character even as they became part of a Western society, he added.

One of the key speeches during the weekend was "Integration is not assimilation: How Muslim families can become a part of New Zealand society without losing their faith", by Hamilton teacher Aliya Danzeisen.

Said Mr Khan: "There are lots of people who get this misconception that if you try to integrate into a community you have to assimilate. We're saying that's not the case."

The Muslim community in New Zealand represented almost 50 different cultures, and diverse cultural practices were often mixed up with Islamic ones.

Wearing a burqa or even female circumcision were sometimes confused as Islamic concepts, he said. Burqas were common among Middle Eastern Muslims but not for those from Asia.

Mr Khan said he hoped the national Muslim convention would become an annual event. Similar gatherings overseas attracted as many as 50,000 Muslims every year.

Nazreen Haniff, national co-ordinator of the Islamic Women's Council of New Zealand, said women had shared their experiences about raising children here.

Building strong Muslim families required teaching children good values, she said.

"Every different religion teaches the same value system. It's good to tell children about these values from an early age."

Ethnic Affairs Minister Pansy Wong and Opposition Leader Phil Goff attended the opening on Saturday.

*NZ Herald 27 Oct 2009*

Saturday, October 17, 2009

Getting Up for Worship

Getting Up for Worship

Al-Sajdah (The Prostration) Sura 32: Verse 15-17

"Only they believe in Our revelations who, whenever they are reminded of them, fall down prostrating themselves in adoration, and extol their Lord's limitless glory and praise; and who are never arrogant; who drag themselves out of their beds at night to pray to their Lord in fear and hope; and who are charitable with what We provide for them. No one can imagine what blissful delights have been kept in store for them as a reward for what they used to do."

This is a pleasant image of believing souls which are so gentle and sensitive. They are sincere in the devotion they address to God alone. No arrogance or pride creeps into their hearts. They receive God's revelation with interest and acceptance, eager to understand and act on them. When these believers are reminded of God's revelations, they "fall down prostrating themselves in adoration." They are keenly influenced by what they are told, glorify God and feel His majesty. Hence, their first reaction is to fall down prostrating themselves. This is the best expression of their feelings, putting their foreheads on the ground in adoration. With this physical gesture, they "extol their Lord's limitless glory and praise." They are never arrogant. Their response is genuine, expressing their true feelings in God's glory.


The surah then describes their physical attitude and inner feelings in a vivid expression that brings the movement and the feeling before our eyes. They stand up for night prayer, which is the obligatory Isha prayer and the Witr prayer that follows it, and they add voluntary night prayer and supplication. This is described here, however, as dragging themselves out of beds. Thus we see the beds and their attraction, inviting people to take rest and sleep. Yet those believers do not respond, and make every effort to resist such attraction, because they have something else that preoccupies them. They want to stand before their Lord, in adoration, with feelings of fear and hope present in their minds. They dread disobeying God and long for His help. They fear God's anger and punishment and hope for His mercy and acceptance. With such sensitivity and devoted, earnest prayer, they do their duty towards their community, in obedience to God: "And who are charitable with what We provide for them."

This splendid, glorious image is accompanied by another one showing the marvellous and special reward which reflects the special care, honour and generosity God bestows on them. God Himself welcomes these people, and He takes it upon Himself to prepare the reward He has in store for them. Furthermore, it is He who will give them a warm reception and and honourable position which will delight them. All this though is known to God alone, no one else has any idea of it. It remains with Him until it is shown to those who will be given it when they meet Him. What a splendid meeting with the Lord of the universe!

Compiled From:
"In the Shade of the Quran" - Sayyid Qutb, Vol. 13, pp. 467, 468

Wednesday, October 7, 2009

Ingin bangkit semula!


Semalam, sepetang bersama teman baruku Thariq Ziyad, aku bersiar2 melihat keindahan alam...lama sekali aku tak meneliti tona hijau dedaun yang menghiasi pohon2 rendang, juga kilatan keemasan di celah2 sayap burung2 kecil yang mematuk riang di tepi jalan...juga kepulan awan putih yang kelihatan seperti gula2 kapas...mmm...imaginasiku berhenti pada makanan?Sesungguhnya aku sedang berpuasa!

Meski tafakkurku sedikit terganggu, masih aku bersyukur kerana alam ini tidak henti2 berbicara padaku...mengingatkan aku pada hakikat diri...dan kembali menyoal diri, untuk apa aku wujud di sini?Serta-merta jawapannya mengingatkan aku pada satu hakikat yang takkan pernah berubah, meski aku lah yang kerap-kali di atas di bawah, dilambung dan dihayun ombak mehnah yang acapkalinya lebih deras daripada tsunami yang melanda kepulauan Samoa..

Ramadhan tidak jauh meninggalkanku, namun aku sudah merasa sesak dengan ujian dunia, bagaikan tak putus2 datang melanda...

'Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) org2 terdahulu daripada kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dgn berbagai cubaan), sehingga Rasul dan org2 beriman bersamanya berkata: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat' (2:214)

Inilah satu2nya azimat yang membuatkan aku kembali berpijak di bumi nyata...sesungguhnya ujian dan dugaan itu sunnah perjuangan...dan semuanya ini demi meraih keuntungan dalam perdagangan dengan Allah S.W.T dengan keuntungan yang sebenar2nya....

Teringat pada tokoh yang hidupnya begitu membekas dalam hatiku, Ustaz Farag Naggar...alangkah hebatnya peribadi seorang yang hatinya telah tekad, bulat demi Tuhannya dan aqidahnya...hati yang telah disucikan daripada jahiliyah melata, serta lemahnya semangat dan pengecutnya jiwa...hati yang tidak gentar pada seruan melainkan seruan Ilahi...kepulangannya ke rahmatullah bulan lalu, benar2 dirasai...seorang rijal yang sukar diganti dan hampir2 tak ditemukan dalam ummat ini!

Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata,

“Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mencengkam”.


Satu kekuatan seperti taufan yang melanda... Mendorong anak2 dan sesiapa sahaja di bawah jagaannya untuk maju ke hadapan... Seperti api yang dinyalakan di tengah2 kesejukan yang mencengkam...

Satu kekuatan seperti dialirkan ke tubuhku, bilamana aku membaca petikan ini...sesungguhnya aku, seorang wanita...boleh mempunyai kekuatan seperti ini...maka aku harus bangkit untuk meraihnya!

Pagi ini, aku menyelak sekilas 'Rijalun Haular Rasul', terasa rindu untuk bertemujanji dengan para pendokong dan Hawariyun Rasulullah...mataku terpaku pada Salim Maula Abu Huzaifah...asalnya seorang hamba, kemudian dibebaskan...di bawah naungan Islam, Salim muncul sebaris dengan para sahabat kalangan bangsawan, sedikit pun tidak gentar dia menegur Khalid Al-Walid tatkala panglima perang, juga pemimpin angkatan tenteranya pada masa itu tersilap langkah. Tidak tersisa dalam dirinya rasa kehinaan atau rendah diri, kerana Islam mengangkat martabat seseorang itu jauh ke hadapan...

Tidak hairanlah, Salim menjadi penyejuk hati Rasulullah S.A.W. tatkala baginda bertanya ' Adakah sesiapa yang menyanggah dan menegur Khalid di atas kesilapannya?'Tidak hairan juga, namanya disebut sebaris dengan Abdullah bin Mas'ud bilamana Rasulullah S.A.W. ditanya, pada siapakah harus diambil pelajaran tentang Kitabullah. Kecintaan Salim pada Deen ini benar2 menusuk hatiku...Peristiwa Perang Yamamah bagaikan terbentang di hadapan mataku pagi ini, keheningan Subuhku membawaku jauh ke tengah medan Yamamah...seolah kusaksikan hayunan pedang dan pahanan tombak, serta kebingitan besi2 waja yang saling bertembungan...tidak dapat kukenali, musuh atau lawan...

Namun, jelas di mataku...panji2 Islam diraih pantas oleh Salim, setelah Zaid bin Khattab gugur syahid...Saling berteriakan Salim dan Abu Huzaifah, masing2 padu hati dan cinta kepada mati syahid dan syurganya....satu pemandangan yang cukup meruntun jiwa, membuatkan air suam mengalir perlahan dari kelopak mataku...

Tangan kanannya ditebas musuh, lalu tangan kirinya segera meraih panji2 Islam...dan dibacakan dari Kitabullah, kata2 azimat, penaik semangat....ayat yang takkan kulupakan sampai bila2...

'Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertaqwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai org2 yang sabar' (3:146)

Dan akhirnya, gugurlah Salim maula Abu Huzaifah, bersebelahan tuannya dahulu, saudara seislamnya kini, Abu Huzaifah...dan benarlah mereka pada janji mereka....

'Wallahu yuhibbu sobirin'
Dan Allah mencintai org2 yg sabar...

Semoga Allah merahmati kalian, pejuang2 Islam, penyambung risalah suci...moga aku juga dapat menjadi seperti kalian...hari ini, ingin aku mulakan dengan lebih baik...setelah aku bertemu rijal2 ini...aku ingin bangkit...moga kebangkitan ini dapat kuhiasi dengan kilauan istiqamah...

Tuesday, October 6, 2009

InshaAllah!!



InshaAllah (by Maher Zain)

Everytime you feel like you cannot go on...
You feel so lost and that you're so alone...
All you see is night..and darkness all around
You feel so nervous you can't see which way to go...

Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by yourside...

inshaAllah...inshaAllah...inshaAllah
You'll find your way.. (2x)

Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent...and that it's way too late
You're so confuse....wrong decisions you have made
Haunt your mind and you heart is full of shame

Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by yourside...

inshaAllah...inshaAllah...inshaAllah
You'll find your way.. (2x)

Turn to Allah...He's never far away
Put your trust to Him...raise your hands in pray
Huu Ya Allah, guide my steps don't let me go astray...
You're the only one to show me the way...
Show me the way...show me the way...show me the way...

inshaAllah...inshaAllah...inshaAllah
You'll find your way.. (4x)

Friday, September 11, 2009

Rijal itu..

Sekilas aku menoleh..
Menatap tekun pada qurratu aa'yunnya, bagaikan tenggelam dalam keasyikan yang amat
Hatiku sedikit tersentuh, tersambar sedikit kilatan hidayah
Lalu aku juga mengeluarkan perlahan mushafku..
Dan membacanya, meski hatiku masih terpegun

Sekilas aku menoleh..
Masih tekun redup matanya pada wahyu Ilahi
Masih dibuai keasyikan yang amat dalam tatapan warkah cinta dari PenciptaNya
Sedang manusia lain bingit dan asyik dalam kealpaan
Aku sendiri tenggelam dalam kesibukan dan ungkapan2 kata yang tiada noktah
Rona merah, andainya ada..pasti telah menghiasi pipiku kerana perasaan halus menyelinap di hati...alangkah jauh berbeza aku dan rijal itu...

Sekilas aku menoleh..
Langkahnya pantas, namun cermat dan teliti
Teringat bagaimana sahabat menceritakan tatkala bergandingan dengan Rasulullah
Bagaikan mengejar, sedangkan baginda melangkah tenang
Masa dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh, sedang aku...
Masih lagi melangkah bersahaja, seperti tidak berdetik waktu di pergelanganku

Sekilas aku menoleh..
Kata-kata tidak ditutur kecuali perlu, dan jika ditutur, bagaikan ditapis dengan cermat sekali
Begitu gah peribadi, begitu tinggi harga diri
Hatiku terdetik...alangkah hebatnya rijal ini..
Mataku masih tegar, namun hatiku telah bergenang..bukan dek kesedihan, tetapi haru yang amat
Bagaikan tidak percaya rijal begini wujud di hadapanku

Sekilas aku menoleh..
Sepertiku dalam kembara pena Abbas As-Siisi,
Rijal2nya yang tercatat dalam Thoriq ila Qulub...seolah2nya muncul salah seorang di hadapanku
Alangkah hebatnya acuan yang melahirkan rijal begini!
Moga dakwah ini bersinar cemerlang dengan rijal2 seperti ini....


*Tulisan ini hasil inspirasi pertemuan ringkas dengan penceramah RSP New Zealand (Prof. Madya Dr. Zainurrashid Zainuddin)..semoga Allah memperkasakan dakwah ini dengan rijal2 sepertimu*

Monday, August 17, 2009

Misi Ramadhan: putting together the pieces of taqwa


Dah kurang dari 5 hari sebelum bertemu Ramadhan...hatiku cemas, risau dan penuh debaran. Bersediakah aku untuk menyambut tetamu Allah yang agung ini?Dalam kesibukan harian, aku gusar sekali, bimbang Ramadhanku kelak berlalu bagaikan hari-hari biasa. Malah semakin takut seandainya nanti ada palit2 dosa yang mencemarkan Ramadhanku.....

Ya Allah, aku inginkan 'kelahiran semula' selepas sebulan menjalani tarbiyah di madrasah Ramadhan yang Kau sediakan buat kami....Aku ingin seluruh amalanku diterima, digandakan, dan seluruh dosa2ku yang lalu luruh berguguran, tidak lagi membelenggu hidupku...aku ingin mencapai seperti apa yang Kau sebutkan 'moga-moga mereka bertaqwa' dalam ayat yang Kau syariatkan kepada kami agar berpuasa.

Aku ingin benar2 bersedia!dengan saki-baki Syaaban yang masih tersisa ini, iA, mulakan dengan mengemas dan menghiasi Al-Bait kami...moga2 seisi rumah merasa teruja dan sama2 gembira menanti tetamu yang bakal tiba...memaafkan semua, berusaha menunaikan segala hak dan melunaskan hutang2 yang mampu dilunaskan terus...

Dan meneruskan amalan2 yang ingin disambung terus di bulan Ramadhan, seperti puasa (kecuali hari Syak), solat malam, qiam, baca Al-Quran dan buku2 fikrah, hafazan dan riadah ringan....

Aku juga ingin pasakkan niat dan azam atau target2 yang ingin dicapai dalam bulan ibadah ini: seperti ingin khatam Al-Quran, infak atau menderma setiap hari, ingin menyediakan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa, ingin menggandakan hafazan dan bacaan buku2 yang boleh menambahkan thaqafah....dan ingin agar solat malam serta qiam menjadi satu kebiasaan yang dapat diamalkan, juga dapat diteruskan selepas Ramadhan....semoga Ramadhan kali ini menjadi pencetus istiqamah amalanku selepas ini!

Inna mal 'a malu bin niat....semoga niat dan azam awal ini diterima dan diberikan ganjaran pahala serta kebaikan yang banyak...amin2!

Bantulah Ya Allah, hambaMu ini....aku ingin berusaha, meskipun kadarnya kelihatan sedikit, maka berilah aku kekuatan istiqamah..bantulah aku dalam meraih cebisan-cebisan taqwa dan menyatukannya agar teguh dan dalam pasaknya di hati ini..temukan aku dengan Malam Al-Qadr Mu Ya Allah, yang lebih baik dari 1000 bulan...pilihlah aku untuk bertemu denganMu di malam yang penuh barakah ini...

Kerinduan dan penantianku semakin hebat, dan debaran juga semakin kuat...
Allahumma ballighna Ramadhan...

Wednesday, July 1, 2009

Lapangkan dadamu


“Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engKau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah,
semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit.
Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit,
Sebenarnya jiwamulah yang sempit bukan dunianya.”
(Ar-Rafi’i)


Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan hati dan langkah kita dalam kebersamaan di jalan dakwah ini. Semoga limpahan kasih sayangNya sentiasa terhimpun pada kita.

Saudaraku,

Dalam perjalanan yang panjang ini, kita sememangnya memerlukan bekal bagi membolehkan kita mengharungi arus duniawi dengan selamat dan sentiasa berada di landasan yang benar. Bekalan tersebut ialah sikap lapang dada, bernafas panjang dan mudah memaafkan. Inilah yang telah membolehkan orang-orang soleh terdahulu berjuang walaupun dalam suasana getir dalam melaksanakan ketaatan. Inilah yang menjadi bekal Rasulullah tatkala berhadapan dengan penghinaan dan cacian masyarakat sekeliling ketikamana baginda melaksanakan misi kenabian.

Saudaraku,

Kisah orang-orang soleh terdahulu sentiasa menjadi sebutan dek kerana kemantapan jiwa mereka dalam memandang kehidupan dunia.

Suatu hari, Ibrahim An Nakh’I keluar berjalan bersama temannya, seorang yang buta. Setelah lama menyusuri jalan, rakannya yang buta mula bersuara, “Ya Ibrahim, orang-orang yang melihat kita ramai yang menghina kita dengan panggilan itu orang buta, orang pincang.” Orang buta itu seakan-akan tertekan dengan panggilan tersebut. Lalu Ibrahim dengan tenang menjawab, “kenapa engkau begitu terbeban memikirkannya? Jika mereka berdosa kerana menghina kita sedangkan kita mendapat pahala, lalu kenapa?”

Fudhail Bin Iyadh, seorang ulama Tabi’in yang cukup terkenal dengan ketakwaannya menceritakan, suatu ketika, saat beliau sedang duduk di masjidil haram, beliau didatangi seseorang yang sedang menangis. Fudhail bertanya, “kenapa engkau menangis?” Lalu orang itu menjawab, “aku kehilangan beberapa dinar yang aku pasti ianya telah dicuri.” Fudhail kembali menyoal, “apakah disebabkan dinar itu sahaja engkau menangis?” Orang tersebut lantas memberi jawapan yang sungguh mengejutkan. “Tidak, aku menangis kerana aku tahu bahawa kelak aku akan berada di hadapan Allah dengan pencuri itu dan aku sangat kasihan akan nasib pencuri itu nanti. Itulah yang membuatkan aku menangis...”

Iman seperti apakah yang mereka miliki wahai saudaraku? Ujian dunia langsung tidak melemahkan semangat juang mereka. Mungkin mereka berduka, bersedih, kecewa atau barangkali naik kemarahannya. Namun mereka masih mampu mengawal hati mereka, tetap redha, kekal tenang hasil daripada sikap lapang dada yang mereka miliki. Alangkah indahnya...

Saudaraku,

Kisah-kisah seperti itu seharusnya membuatkan kita mengerti bahawa jika kita tidak lapang dada dan tidak mudah bersabar, kita pasti akan menjadi orang yang paling menderita di dunia ini. Ini kerana, penderitaan terbesar adalah jiwa yang cepat goyah dan bimbang saat menghadapi sesuatu yang sebenarnya remeh. Persoalan remeh yang kita lihat secara keliru, kemudian mengakibatkan sempitnya dada, kesal hati, murung, dukacita, air mata dendam sehingga waktu rehat terganggu dek kerana fikiran yang berkecamuk.

Jika itu yang terjadi, pastinya tiada amal-amal besar yang dapat kita lakukan. Hal ini kerana, amal-amal besar hanya lahir daripada jiwa yang tenang, hati yang lapang, penuh redha, serta fikiran yang terurus.

Itulah sebabnya, Sheikh Mustafa Masyhur mensyaratkan nafasun thawil atau nafas panjang perlu ada pada pejuang-pejuang Islam. Baginya, jalan perjuangan yang panjang tidak akan mampu dilalui oleh orang-orang yang ber ‘nafas pendek’, mudah goyah dan tidak sabar.

Dalam perjalanan yang panjang ini,

Kita sebenarnya mampu untuk menjadi seperti mereka. Syaratnya adalah, kita tahu dan sedar ada matlamat yang lebih besar yang ingin kita capai bersama di hujung perjalanan dakwah ini.

Malah, ia lebih penting daripada apa pun peristiwa yang berlaku di dunia ini.
Tiada ertinya dan betapa kecilnya kehidupan dan kemewahan di dunia ini apabila kita telah bersedia untuk berjuang memburu redha Allah.

Nadu’llah atthabat ‘ala tariqihi..


Dipetik dari:

Thursday, June 18, 2009

Permata yang dipanggil pulang


Minggu ini sibuk sekali...maklumlah, tak lama lagi nak adakan Winter Gathering..banyak hal2 idariah yang terpaksa diteliti, dari sebesar2 perkara, kepada sekecil2 perkara....Sibuk, dari setiap saraf2 neurons, sehingga ke hujung jari....tidur pun dah jadi sekejap, makan pun capai apa yg ada sebab nak cepat2 menghadap komputer....

Allahumma rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammem bil khair...

Masa untuk muhasabah amal & diri jadi singkat...kerling sejenak borang mutabaah, pangkah atau tanda amal2 yg miss, istigfar sekejap, kemudian terus lagi pandangan dihalakan pada skrin komputer...sibuk sekali...surat2 elektronik yg menerjah masuk begitu banyak, hampir tak percaya inboxku boleh bertahan & menampung surat2 yang begitu banyak ni ^-^. Semua surat2 tu dibaca sekali lalu, skim untuk dapatkan isi penting sahaja...balas juga sesegera mungkin...rasa seperti seorang secretary...

Jari-jemari terhenti pada 2 surat yang datang hampir sekaligus...Surat2 yang menghentikan seketika 'kesibukan' ini & menyentakkan hati sanubariku...

"Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a'tho. Wa kullu syai'in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib"

(Milik Allah apa yang Dia ambil. Miliknya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah & harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu) - Hadith -

Al-Fatihah buat saudaraku Muhammad Ammar Zulkifli & Ustaz Fathi Yakan...Kehilangan kalian, adalah ibarat kehilangan permata berharga dari peti simpanan, benar2 ditangisi dan dirindui kerana syabab2 seperti kalian tidak begitu mudah ditempa atau dihasilkan hari ini...namun, kalian telah pulang ke tempat yang lebih baik, semoga kalian sekarang sedang menikmati segala kebaikan dan menjadi saksi akan kebenaran janji2 Tuhan...

Akhi Muhammad Ammar,
Pelajar perubatan di Mesir, dijemput pulang dalam perjalanan di jalan Allah...membaca testimoni dari sahabat2 tentang dirinya menyebabkan air mataku begitu deras mengalir...senyumannya, kelembutan, kata2 nasihat & qudwah yang ditonjolkan sebagai seorang pendokong dakwah yang diceritakan menjadi satu cita2 untuk aku capai...adakah aku akan disebut2 sebegitu rupa bila aku pulang ke sisi Tuhanku? (meski aku tahu, bukanlah itu yang aku mahukan di sisi manusia, namun aku terfikir, adakah aku juga akan begitu di hati manusia2 yang aku tinggalkan nanti?). Sejahtera ke atas kamu saudaraku! Semoga amal2 kebaikanmu yang terlihat di sisi manusia, adalah jauh lebih berganda nilaiannya di sisi Allah..


Al-Ustaz Fathi Yakan (1933 -2009)
Seorang pendakwah yang menghabiskan masa hidupnya demi Deen ini. Risalah2nya seperti 'Maza Yakni intimai ilal Islam (Apa erti saya seorang Muslim)', 'Masalah Dakwah & Pendakwah' masih erat dan utuh di dakapanku, juga dakapan2 jutaan umat Islam yang lain...yang aku yakin akan terus diperturunkan kepada anak2ku, dan generasi2 seterusnya...bagaikan haruman bunga semerbak, risalah2 ini akan mengalir terus, begitu juga pahala2nya mengalir terus buat Al-Ustaz...alangkah beruntungnya! Pelbagai cabaran telah ditempuhinya dalam perjuangan menegakkan kebenaran termasuk dipenjara dan disiksa! Semoga Allah menerima semua amalanmu & menempatkanmu di sisi Rasul & para sahabatnya...semoga aku turut meniti derap & laluan yang sama denganmu Ya Ustaz!


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; "

"(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya ) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Ya Allah, aku ingin jadi seperti mereka....Moga akulah 'saudara2 mereka yg sedang berjuang & masih tinggal di belakang & belum lagi sampai kepada mereka', dan semoga kehadiranku disambut meriah sekali di sana nanti..

Saturday, April 25, 2009

Generasi Al-Muzammil

Alhamdulillah...pagi yang penuh barakah...ukhuwwah makin terasa hangat, hati juga rasa suam kerana merasa diri sedikit hampir kepada Allah S.W.T. berbanding hari2 terdahulu...insyaAllah mari kita iltizamkan qiam jamaie sebagai rutin mingguan kita (dan improve lagi yer performance bangun qiam kita)....jemputlah ke 83A York Place pulak Jumaat depan ^-^


Ingin berkongsi tazkirah qiam kita minggu ni:

Generasi Al-Muzammil

Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aisyah R.A. bahawa Allah telah mewajibkan Qiamullail kepada Rasulullah S.A.W. di awal surah ini. Beliau dan para sahabat telah menegakkannya di sebahagian malam sehingga kaki2 mereka bengkak. Setelah genap 12 bulan, Allah memberikan keringanan dengan diturunkannya ayat ke-20 dari surah ini pula. Maka berubahlah hukum Qiamullail yang tadinya wajib menjadi satu ibadah yang sunnah.

Surah Al-Muzammil turun pada marhalah bina'. Marhalah pengemblengan ruh. Para sahabat merupakan calon daie dan mujahid digembleng dengan gemblengan yang berat. Selama satu tahun mereka harus bangun di tiap tengah malam untuk berdiri solat berjam-jam. Mereka dituntut untuk taat, tunduk, patuh dan berpegang teguh kepada perintah Allah & RasulNya.

Kewajipan Qiamullail bukanlah sekadar berdiri solat berjam-jam lamanya. Tetapi ianya merupakan tarbiyah imaniyah. Yakni, tarbiyah untuk selalu berhubungan dengan Yang Maha Pencipta, untuk bermunajat kepadaNya. Ia merupakan wasilah untuk mendekatkan diri, berzikir dan bertawakkal kepadaNya.

"Sebutlah nama Rabb-mu, dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketaatan, (Dialah) Rabb Masyriq & Maghrib, tiada Illah melainkan Dia." (Surah Al-Muzammil: 8-9)

Sungguh!!Berzikir kepada Allah taat, tunduk dan patuh kepadaNya, bertawakkal dan beribadah hanya kepadaNya, merupakan senjata yang ampuh di medan dakwah yang penuh dengan rintangan dan cubaan. Semuanya akan menjadikan para calon duat dan mujahid terbiasa untuk bersabar atas cubaan yang datang secara berterusan. Mereka akan terbiasa menanggung derita dan istiqamah dalam mempertahankan haq. Ini semua merupakan satu-satunya senjata pada marhalah bina'. Marhalah yang belum diizinkan untuk menghadapi kaum kafir secara langsung.

"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik." (Surah Al-Muzammil: 10).

Sungguh, seorang daie atau mujahid yang di atas pundaknya terbebankan panji-panji dakwah, pasti akan mendapati cubaan, siksaan dan intimidasi, dan tentu sangat memerlukan senjata untuk mengukuhkan mereka.

Senjata yang meneguhkan hati dan jiwa mereka. Mereka hanya akan mendapatkannya jika dalam marhalah bina' mereka telah digembleng dengan gemblengan Al-Muzammil. Dan harakah islamiyah jika tidak menggembleng generasinya dengan gemblengan Al-Muzammil, mereka akan berjatuhan di tengah jalan ketika mereka dihadapkan pada cubaan dan intimidasi.

Generasi Al-Muzammil harus dibina di bawah konsep Qurani. Dan tidaklah cukup jikalau Al-Quran hanya dijadikan sebagai pusat dan sumbaer intelektualiti belaka. Tetapi Al-Quran harus dihafal. Khusus bagi mereka yang masih berumur muda.

Perlu diingat makna Qiamullail tidak akan pernah menjadi realisasi selama calon daie atau mujahid tidak hafal ayat2 Quran kecuali beberapa ayat saja. Bagaimana ia akan merasakan nikmatnya bermunajat sedangkan ia hanya hafal beberapa ayat dari Al-Quran dan diulangnya tiap rakaat solatnya?Bagaimana ia merasa khusyu'?Sungguh!!betapa nikmat, tatkala kaki berdiri tegak untuk memulai munajat, hati tergerak disinari ayat2 Ilahi, yang kemudian dibiaskan ke dalam penglihatan, pendengaran, jiwa dan kehidupan.

Penghasilan generasi Al-Muzammil yang mantap adalah sesuatu yang amat penting untuk kesinambungan dakwah. Generasi pemuda yang memiliki sebahagian Al-Quran di dadanya amat2 diperlukan untuk memimpin arus harakah Islamiyah dalam era moden ini, yang penuh dengan kegelapan yang memerlukan kekuatan rohaniyah para duat untuk menjulang risalah Allah.

Inilah yang akan menjadi bekal mereka, yakni Al-Quran. Dengan bekal ini, mereka akan bisa meneguk nikmatnya bermunajat, Qiamullail dan bertaqarrub kepadaNya.

Inilah potret generasi Al-Muzammil, seorang pemuda yang telah melalui hari2nya dengan kecintaan pada ibadah, ketaatan, dan taqarrub kepadaNya. Pemuda yang selalu bertilawah dengan tartil, yang setiap malam air mata mengucur deras dari pelupuk matanya. Mentadabburi ayat2Nya. Pemuda yang Al-Quran terukir di hati dan fikirannya.

Tuesday, March 31, 2009

Minda yang tertakluk

Hari ni, menyelak2 lembaran utusan malaysia di alam maya, rasa terpaku dengan berita2 di Malaysia, juga di luar negara...dan rasa sedikit 'bingit' bila iklan di kotak sebelah kanan memaparkan wanita2 yang meliuk-lentuk bagaikan patah tulang belakang, tak pun seolah2 tulang belakang mereka diperbuat daripada 100% cartilage..

Dalam kekagetan terhadap iklan liuk lentuk, jari jemari terus meng'klik' pantas Berita Luar Negara. Antara yang menarik dan membuatku terfikir adalah berita bertajuk:

Mungkin nama Didier Drogba ni agak asing bagi bukan peminat bola seperti aku, tapi bila disebut yang Didier Drogba ni pemain penyerang Chelsea FC, memang terusla seolah2 kukenal sebab famousnya pasukan bola sepak Chelsea ni tidak disangkal lagi di seantero dunia. Apa yang menarik perhatianku di sini bukanlah si Didier tu, tapi peminat2nya yang berasak2 dek nak melihat Didier ni mengejar2 sebiji bola...minat punya pasal, sanggup berkorban nyawa, kalau sorang dua yang mati takper lagi, 22 orang plak tu..

Ha inilah baru kita katakan 'mati katak'. Kesian katak, mereka pun tak pergi berasak2 tengok bola sampai ajal. Fenomena ini sebenarnya walaupun berlaku di Stadium Felix Houphouet-Boign, tidak mustahil sama sekali boleh berlaku di Stadium Bukit Jalil juga sebab penonton2 bola (yang begitu fanatik) ini memiliki satu ciri yang sama.

Iaitu mereka semuanya sebenarnya adalah mangsa 'The Matrix'. Siapa the matrix ini?Bolehlah fikir2kan ye...yang pastinya, penonton2 bola ini adalah sebahagian kecil daripada orang2 yang telah diserang pemikiran mereka, malah ditakluk dan dijajahi sesuka hati....dan yang lebih sedih, mereka ditakluk secara halus, tanpa disedari..

5S 4F

Satu agenda yang tidak asing buat orang2 yang celik hatinya...tapi tidak buat mereka yang telah menjadi mangsa penjajahan ini...

5S: song, screen, sex, smoke, sports
4F: fun, food, fashion, faith

Kita lihat anak2 muda hari ini, memang benar2 telah diserang virus 5S 4F ini. Buktinya?Cukup jelas...

Song?Barisan peserta2 Raja Lawak atau Akademi Fantasia sangatlah panjang menjela2, melebihi barisan peserta program Tadarus Al-Quran atau Kelab Remaja Rakan Muda

Screen?Hujung minggu nak ke mana?Marilah layan menonton wayang di panggung2 wayang..kitar hidup yang sama setiap minggu..akhirnya hanya hidup dalam fantasi dan tertipu dengan watak2 dalam movie..

Sex?alhamdulillah rata2 masih sedar akan Islam yang dianuti melarang budaya sex bebas seperti orang2 kiwi di sini, tapi remaja kita bijak, mereka modify sket...tak bolehla sex before kahwin tapi takpela bersekedudukan, lepak2 sesama lelaki perempuan tanpa batas...

Smoke?ramai remaja kita menghisap segala yang boleh dihisap...rokok, asap rokok, gam, ganja, heroin...dan segala macam lagilah..dah sama level dengan jin sbb jin makan asap, haiyoo nanti jin ingat geng dia camne?

Sports?malasla nak komen lagi, tengok gambar kat atas pun dah cukup kot. Kadang2 pelik camne orang boleh taknak bangun tahajjud, tapi sanggup bangun tengok bola!

Sungguh licik musuh2 kita nih, tak cukup dengan 5S, mereka teruskan dengan 4F...dan memang sangat berjayalah budaya2 4F ini menular dalam diri kita. Kita hari ini sukakan 'fun' acuan Barat, food pun tengoklah western food with coke please!Bukan sahaja tak baik utk kesihatan secara amnya, malah boleh jadi obese (masalah terbesar western society hari ini). fashion - erm jangan citer la, orang pakai baju sendat mcam gaya sotong sumbat pun nak tiru, padahal orang2 zaman Mesopotamia dah lebih advance dalam tamadun berpakaian...haish pening2, faith lagi lah, menjadi hiasan dan pameran dalam surat beranak or IC..sebabnya jadi muslim sebenar pada sesetengah tempat aje, tempat2 lain macam serupa jek dengan jiranku orang2 kiwi ini...

Oh, begitu sedih umatku hari ini...
Bangunlah semua, bangkitlah!! Jangan terus biarkan minda anda ditakluki!!
Hidup ini bukan untuk diperhambakan pada nafsu!!
Bebaskan dirimu..

Saturday, March 21, 2009

Surah Masa


'Demi Masa..
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran'

(Al-'Asr: 103)

Kalimah indah yang padat dan ringkas ini, pastinya ramai yang telah menghafalnya..Paling2 tidak pun, pernah dengar di radio atau di television...atau dalam lagu nasyid kumpulan Raihan...begitu popular Surah Masa ini...

Sayangnya, begitu banyak telinga2 yang pernah mendengar dan menangkap bait2 indah wahyu Allah ni, tapi begitu sedikit hati2 yang ditembusi cahayanya. Satu hakikat yang pahit, namun terpaksa ditelan. Inilah dia masalah dalam umatku hari ini. Gagal memahami Surah Masa, bukan gagal menghafaznya...Umatku hari ini dilahirkan dalam kemewahan, tenggelam dalam keghairahan dunia, mengejar bayang2, dan tidak sedar sama sekali setapak lagi kaki melangkah, jurang atau gaung yang dalam, sempit dan kelamlah pengakhirannya..

Umatku hari ini begitu murah hati membelanjakan Masa, tidak perasan yang ianya berlalu dengan sia2, sehinggalah maut datang mengetuk pintu dan menjemput pergi. Sayangnya, murah hati itu dilakukan dengan begitu zalim sekali, kerana bermurah hati bukan pada tempatnya yang haq. Bermurah hati meluangkan masa untuk keseronokan, hiburan, keghairahan dunia yang terlarang...namun begitu bakhil sekali untuk menimba ilmu, memperbaiki akhlak dan peribadi, serta mencari tujuan penciptaan diri..

Sedih dan pilu hati ini melihatkan umat yang terkeliru dan tidak memahami Surah Masa. Surah Masa yang menjadi bukti kecintaan dan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Surah Masa yang bila difahami, menjadikan manusia itu kejadian yang ulung dan menyempurnakan haq penciptaannya iaitu 'Sebaik-baik kejadian'. SadaqAllah 'al Azim, memang benarlah kalimat Allah dalam Surah Masa ini, manusia ini semuanya adalah kejadian yang rugi lagi merugikan yang lain...

Kecuali satu golongan yang memahami Surah Masa...yang ciri2nya disebut jelas:

1) Yang beriman - yakni yang tunduk, patuh, yang layak digelar muslim di atas ketaatannya pada Allah dan RasulNya dan sentiasa berusaha memperbaiki imannya

2) Yang mengerjakan kebajikan/amal soleh - fitrah keimanan adalah penzahiran, bukannya pasif dan berdiam diri. Usaha ke arah penyempurnaan amal adalah bukti pohon iman yang baik, dan buahnya adalah amal2 soleh yang membawa kepada kesejahteraan ummah

3) Yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran - yakni melihat kepada ummah sebagai satu amanah yang digalas atas dasar dan akibat daripada pengakuan iman yang diikrarkan. Tidak pernah berputus asa mengajak kepada perkara kebaikan, dan sentiasa bersabar dalam usahanya

Demi Masa!
Usahlah terus membuang masa, kerana Masa adalah satu amanah, yang memiliki haknya tersendiri...yang perlu ditunaikan, bagaimana menjadi orang yang tidak rugi? Fahamilah Surah Masa, lapangkan dada agar mudah ditembusi nur wahyuNya...semoga Allah berkehendak memberi kita kebaikan di dunia ini....iaitu dengan memahami DeenNya..

Sunday, February 1, 2009

Doktor Al-Hafiz?

Hujung minggu, tiada bezanya dengan hari2 biasa...seawal pagi aku bangkit, mencari sesuap rezeki...dan mengalun langkah perlahan ke jabatan...meneruskan usaha2 gigihku sebagai hamba Allah, daieNya, dan seorang penyelidik..seorang saintis...


Ada orang kata, bila kita bergelar 'doktor', tak kisahlah kita doktor perubatan atau doktor falsafah...kita adalah golongan yang begitu sibuk, kehidupan berkisar tentang kerjaya, iyalah...sentiasa terdedah dengan cabaran2, himpitan masa, on-call, atau harus out-station selalu kerana menghadiri conference sana-sini. Maka, ada orang mendakwa, orang yang berjaya menjadi 'doktor' itu sahaja dah cukup hebat, sebab kerjaya yang dipilih menuntut pengorbanan yang besar, dan begitu mencabar...

Benarkah dakwaan ini? Aku merasa kurang setuju, meskipun dari sudut kesibukan dan tuntutan masa memanglah ada kebenarannya....tapi sebenarnya bagi aku, tidaklah terlalu hebat sebenarnya kalau seseorang tu sekadar menjawat jawatan sebagai seorang 'doktor' sahaja...kerana sedari dulu, sejarah telah membuktikan betapa banyak tokoh2 islam yang merupakan pemimpin angkatan perang, malah memimpin negara dan menyebarkan dakwah adalah orang2 yang mahir dari segi ilmu perubatan...tokoh2 perubatan islam di zaman kegemilangan Abasiyyah sendiri bukanlah orang2 yang hanya memfokuskan tenaga dan fikiran mereka pada bidang perubatan sahaja, mereka adalah orang2 yang mahir dan menguasai pelbagai sudut ilmu.....

Ibnu Sina sendiri, telah menguasai hafazan Al-Quran dan mahir dalam ilmu tafsir, fiqh, tasawwuf dan usuluddin, seawal usia 10 tahun, dan diangkat menjadi 'Doktor Diraja' 8 tahun selepas itu! Bukan itu sahaja, selain ilmu kedoktoran, beliau juga menguasai bidang falsafah, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, kimia, fizik, sastera dan kosmologi!SubhanAllah, hampir keseluruhan cabang ilmu di dunia!! Jadi, di mana hebatnya para 'doktor' hari ini dibandingkan dengan mereka ini? Terlalu kerdil!! dan amatlah malu sebenarnya bila nak mengatakan aku terlalu sibuk untuk berdakwah kerana professionku nanti adalah 'doktor' yang, proses ke arah mencapainya pun menuntut hampir keseluruhan masaku...

Hari ini, aku menangis...alhamdulillah, aku teramat gembira kalau mata ini mengalirkan air kerana kalau dah terlalu lama tak menangis, aku bimbang mata dan hatiku tidak berfungsi...huhuh...aku menangis kerana aku sudah mula sibuk dengan dunia penyelidikanku, dengan usahaku mengejar segulung ijazah yang akan tertera perkataan 'doktor'. Dan dunia dakwahku seperti menjauh sedikit ke belakang...

Menatap artikel Utusan Malaysia hari ini, air mataku tumpah lagi, dadaku begitu sebak sekali membaca tajuk berita ini:

32 hafiz bakal doktor perubatan

Alangkah bertuahnya 32 insan terpilih itu, betapa Allah mengetahui yang aku begitu ingin sekali berada di antara angka ini, seandainya diberi peluang dan tawaran untuk bertukar tempat dengan salah seorang daripada mereka!...semoga 32 mereka ini benar2 'Doktor al-Hafiz' yang akan memelihara Al-Quran di dalam dada mereka, dan di dalam kehidupan mereka....serta menjadi qudwah dan pencetus semangat lebih ramai lagi anak2 muda di Malaysia untuk menurut jejak langkah mereka..


Wednesday, January 7, 2009

Buat para syuhada'...

Kemuliaan syuhada' dan keredhaanNya menjadi pusat tumpuan dan matlamat..
Tatkala yang lain mengejar dunia...kau mengejar kematian..
Dan akhirnya harum semerbak sebagai syuhada'
Yang tidak mati, bahkan hidup dan mendapat kurnia serta ganjaran yang amat banyak dari Yang Maha Mencipta...
Allahu Akbar!!

Tuesday, November 11, 2008

Cinta palsu hancurkan nilai keinsanan

KEWUJUDAN manusia adalah keunikan alam anugerah Allah dan komunikasi antara mereka memperlengkapkan kelangsungan sebuah kehidupan, manakala hubungan manusia dan pencipta-Nya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitrah kejadian seni dan agung sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta juga menepati satu angka daripada perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang didefinisikan sebagai cetusan rasa daripada orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat adalah lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah suci dan iman yang komited kepada Allah. Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa lahir dari satu hati dan jiwa kepada hati dan jiwa yang lain. Justeru, tidak wujud cinta biasa, yang ada hanyalah cinta luar biasa kerana sesiapa memahami erti cinta, akan tahu hakikatnya yang luar biasa kerana kita akan mencintai orang lain lebih daripada seseorang itu mencintai dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah." Dan cinta, apabila luar biasa, tentulah tidak sama dengan cinta yang tidak didasari oleh kecintaan kepada Allah.

Cinta luar biasa, semakin kita mencintai, makin kita cinta Allah. Permasalahan cinta dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini ialah pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial. Individu Muslim sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang menguasai jiwa.

Cinta berteraskan nafsu dan syahwat adalah cinta palsu yang tidak akan ke mana-mana. Cinta kerana harta, adalah cintakan harta, cinta kerana pangkat adalah cintakan pangkat, cinta kerana keturunan adalah cintakan keturunan, bukannya cinta lahir dari hati yang ikhlas untuk bersama si dia sepanjang hayat.

Cinta harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab. Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang. Justeru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu, tetapi aku takut kamu dibentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada umat pada zaman dulu, lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya seperti mereka sebelum kamu lalu kamu binasa seperti mana mereka binasa."

Memiliki harta tidak dihalang syarak sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji tetapi harta bermanfaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah. Firman Allah yang bermaksud:

"Berangkatlah sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 41)

Cinta pangkat dan kedudukan, jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan. Kadangkala terfikir juga, untuk apa mengejar pangkat dan kedudukan sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia hina dina?

Al Fudhail mengingatkan kita: "Kalaulah dunia ini terdiri daripada emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar (tembikar) yang kekal, sayugia kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa."

Kita harus tahu perasaan yang lahir dalam hati adakah ia mendorong kepada hidup bersama untuk mencapai reda-Nya atau sebaliknya?

Jika kita kenal pasti cinta untuk mendapatkan kemanisan iman, maka teruskanlah dengan sebuah perkahwinan, jika sebaliknya, percayalah bahawa cinta itu buta dan akan menggelapkan sebuah kehidupan. Jodoh hanya datang selepas kita berusaha ke arah itu kerana tidak ada kebenaran untuk mendapatkan mana-mana hak bersama sebagai suami atau isteri tanpa kebenaran sama ada tuan punya badan atau walinya.

Jangan menyalahkan jodoh semata-mata kerana ia tidak datang bergolek. Jodoh boleh diatur kerana ia hanyalah sebuah kejadian yang dirancang dengan izin-Nya, tetapi carilah cinta yang luar biasa.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

Taken from blog: Khalif wa A'biduLLah...hihi...jzkk!!

Saturday, October 18, 2008

Sel-sel otak memberontak?

Peluh dingin mula memercik menerusi liang-liang roma..
Peglihatan semakin kabur, seluruh jasad bagaikan terkaku...seperti belon yang dipam dengan gas, tak kisahlah gas nitrogen atau carbon dioxide atau carbon monoxide sekalipun, kepala terus mengembang dan membesar, mendominasi seluruh jasad. Hampir-hampir saja menyungkur rebah ke bumi...

Alice in wonderland asks herself: "Which pockets that I took this biscuit?I guess I ate the wrong one. This is supposed to make me shrink, not stretching me up like this!!Now I am so HUGE, and Mr. Rabbit has ran away!!" Alice tried to move, but she was so stuck, her fingers cannot even touch her pockets...oh well!!

Dahi yang menyungkur sujud, kening yang mencecah lantai, akhirnya diangkat. Denyutan yang semakin meningkat hampir-hampir memutuskan urat nadi. Oh! sungguh keras kamu bekerja hari ini wahai pembuluh darah!Nampaknya traffic jam di mana-mana persimpangan arterial bifurcation, semoga injap-injap bekerja dengan efficient dan tidak mencuri tulang. Haish, lagipun tulang bukannya sedap, makanan jin laks tuh...janganlah curi tulang, curi la daging...hoho...erk, sila jangan mencuri yer!berdosa tau...

Akhirnya tubang jugak ke bumi, innalillahi wa innailahirrajiun...

ukht padi: aik ukht?enti solat rawatib jek ke?belum jemaah isyak lagi neh, enti dah rebah?kot iye pon..
ukht olive: errgghh..ana rasa ana diserang lagi...ana rasa kebas kepala neh, nausea gakla, rasa nak muntah pun ade..eh ade ke org kebas kepala?...adeh~
ukht padi: (dengan nada cemas)...eh baring2, lek2...sedut oksigen, meh sini ana cek sket blood pressure
ukht olive: trimas ya ukhti! (nampak cam kompiden jek dia nak cek pulse, layankan ajer...(^_^)

Around 1 in 5 migraine sufferers experience what are known as 'focal neurological symptoms' (migraine aura). Migraine aura often causes visual disturbances, such as flashing lights, zigzagging lines or partial loss of vision. Other symptoms may include numbness, tingling, speech difficulties and muscle weakness on one side of the body. These disturbing symptoms usually disappear within an hour. Unlike stroke, where similar symptoms are caused by an interruption of blood flow to the brain, migraine aura is thought to be caused by over-activity of the brain cells. The gradual onset of migraine aura is due to the slow spreading of hyperactive nerve activity across the brain surface.


What? Over-activity of the brain cells?

ukht soya: hoho, ana tak pelikla kalau memang enti disaspek migraine aura
ukht olive: apsal lak?
ukht soya: enti kan banyak dengar masalah orang, so sel2 otak hyperactive ar...

Huhu, apsal lak kalo bukak kaunter kaunseling, polis tangkap dan masukkan dalam lokap focal migraine? Bukan ke dengan dengar problem orang, walaupun tak mampu selesaikan, dapat doakan? Malah, penuh harapan sebenarnya dapat bimbing orang yang sedang serabut itu supaya dekat dengan punca kepada semua masalah itu, dan kembali kepada Yang Paling Gagah dan Perkasa. Kenapa sel2 otak jadik hyper plak? Haish, tak dapat kuterima! Bukankah Rasulullah S.A.W. sendiri, seluruh bebanan ummat ditanggungnya, tak mungkin dengan berfikir tentang ummat, sel2 otak yang sememangnya 'muslim' itu akan bertindak memberontak dan melakukan tunjuk perasaan?Huhu...semakin bertambah hyper agaknya sel2 otakku berfikir tentang dirinya sendiri.

Di mana punca over-activity of the brain cells?Is it because of increased release of neurotransmitter or over-activation of ligand-binding channel or a failure of neurotransmitter-specific transport system? Mutation? Hoho...sustained signals of LTP?


People who suffer from migraine may have a slightly greater risk of stroke. One study found that the risk of stroke for women in their 20s is 1.4 cases per 100,000. For young women with migraine, the risk rises to 4.2 cases per 100,000. The link between migraine and stroke risk is unknown. However, stroke is generally caused by a number of factors working in combination.

Bebelan demi bebelan menerobos masuk ke telinga...Akhirnya dek sebab dah takde ruang lagi nak sumbat bebelan tersebut, kaki melangkah longlai menuju ke Corner Walsh and Albany Street.

Student Health Services - University of Otago
Appointment Slip
Miss XXX
153 Leith Street.
Confirming your appointment(s) as follows:
Monday October 20, 2008 3.45 p.m
Dr Anna Gilmour

Okeh, bukti usaha ini disimpan baik-baik. Bukan ape, akhawat yang begitu pengasih dan berjiwa halus, semestinya mengambil berat akan diri yang kerdil ini. Terasa sungguh indah haruman ukhuwwah kerana Allah...inilah dia sahabat sejati yang sentiasa bersama tak kira di waktu suka atau duka...terasa mudah dan ringan langkah kaki ini bila dihadirkan insan sebegini menemani permusafiran.

Whoppss...Alice mengecil semula..Alice was so happy. "What a relief!My whole body was numb!Now I can continue looking for Mr. Rabbit!"


Wahh...dah pukol 2 pagi...miss solat Isyak berjemaah sebab serangan focal migraine. That was kinda frustrating, but Allah knows best. 2 am is a good time to reflect on yourself and 'berdua-duan' dengan Yang Maha Pengasih.

Segala puji hanya bagiMu, kuterima segala ketentuanMu dengan hati yang ikhlas dan redha...Semoga ditetapkan langkah, diteguhkan hati, dithabatkan pendirian dan diistiqamahkan usaha....