Thursday, December 18, 2008

My daily hadith:Lihat kiri dan kanan!

Daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan"

H.R. Bukhari

Wednesday, December 17, 2008

Akhlak dalam berkomunikasi

Hari ni adalah hari yang sangat memenatkan...(ermm, sebenarnya hari2 pun penat, apsal ari ni plak nak komplen...).Walaupun ari ni sama cam ari2 yang laen, terasa lebih penat kot sebab ada peristiwa yang berbeza dari semalam dan kelmarin yang berlaku hari ni...

Awal pagi ana dah ke sekolah...yah yah...terasa sungguh rajin plak...sepatutnya research assistant dah siapkan container untuk membrane western blot (sebab dah bagitahu dia sejak minggu lepas)...tapi nampaknya dia baru nak gi beli pagi tadi...haish...panasnyer hati ana takleh cakap...fuh fuh...tarik nafas dalam2...sabar jeklah...selagi takde container tu, takleh nak proceed keje neh....kalau tak stat awal plak, nanti siap keje kol 12.00 malam...ish..tak sanggup....lagipun ana ingat pesan Abu Salamah - jangan balik lewat sangat..

Akhirnya kupujuk hati....then muncullah si research assistant....rasa geram kat dia terus hilang sebab tengok dia cam tensi semacam jek....hermm...maybe dia pun sangat busy, sian plak kat dia kena settlekan banyak mende untuk PhD student yang banyak songeh cam ana dan N. Si research assistant ni memang jenis 'panas' gak...so, dia cuba untuk bagitahu ana dan N pasal container, malangnya N tengah busy....so macam tak layan ar...

N minta si research assistant ulang semula apa yang dia cakap...tapi apa yang N dapat adalah hamburan, jeritan dan kemarahan....seperti lava gunung berapi...meledak2...bergegar lab tu...ana pekakkan telinga dan buat2 busy...haish, ngeri betul...N cuba mempertahankan diri dan keadaan jadi lebih buruk..masing2 dengan ego masing2...akhirnya si research assistant hempas pintu dan beredar...N pula cuba buka topik kat ana dengan harapan ana sokong dia...tapi ana diam seribu bahasa...tak nak masuk campur!

Ana nampaklah hari ni betapa pentingnya akhlak dalam komunikasi....bagi ana, dua2 pun ada silapnya..dan kemarahan si research assistant tu pun sebenarnya hasil 'terkumpul'nya kemarahan sebelum2 ni yang disimpan...lama2 jadi bukit...Peristiwa ni sebenarnya taklah jauh berbeza dengan apa yang ana lihat dari kehidupan peribadi ana...benar, kita seringkali melaung2kan ukhuwwah kerana Allah....kasih sayang sesama saudara sefikrah, satu kefahaman, satu matlamat, satu perjuangan....tapi adakalanya, ana pelik bila manusia menjadi 'selfish' dan hanya mementingkan perasaan sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang sekitar....tidak salah kita melayan perasaan...tapi orang2 sekeliling kita bukannya batu atau kayu yang tidak terkesan dengan perubahan emosi kita...Atas dasar inilah Rasulullah S.A.W. berpesan dalam hadith yang cukup ringkas, namun padat:

"La taghdob...la taghdob...la taghdob"

(Janganlah engkau marah, janganlah engkau marah, janganlah engkau marah)

So, kita kena start belajar kawal emosi...dan perbaiki akhlak, sebab Allah suruh pelihara hubungan sesama manusia, dan pelihara hubungan denganNya....(dan keduanya saling berkaitan). Jangan buat orang sekeliling rasa kita tak puas hati dengan mereka melalui aura2 kemarahan yang kita pancarkan...kalau benar ada sekelumit rasa tak puas hati dengan orang keliling, praktikkan akhlak Islam - bersemukalah dengan tujuan berdamai dan sentiasalah merendah diri dan bersedia mengakui kesalahan diri...sekiranya kita hanya tensen sendiri....segeralah leraikan kecamuk emosi itu atau tutuplah jangan sampai rakan sekeliling pulak yang kene tempiasnya...

Fikir2kanlah...semoga Allah memberi kita petunjuk...

My daily hadith: Ramah-tamahlah kamu!


Daripada 'Aisyah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya ramah-tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya urusan menjadi buruk"

H.R. Muslim

Tuesday, December 16, 2008

My daily hadith: Sedar tanggungjawabmu wahai yang bergelar pemimpin!


Nabi S.A.W. bersabda:

"Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan, keperluan, kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah S.W.T akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinan, keperluan, kefakiran dan hajat mereka"

H.R. Abu Daud

My daily hadith: Adab memasuki masjid


Dari Abi Qatadah as-Salmi R.A. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan solat (tahiyyatul masjid) 2 rakaat sebelum duduk"

H.R. Bukhari

My daily hadith: Manusia rakus

Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W., baginda bersabda:

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah harta, nescaya ia mahu yang kedua, dan sekiranya ia mempunyai 2 lembah, nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah S.W.T sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat"

H.R. Muslim

Monday, December 15, 2008

My daily hadith: Kebersihan itu kan sebahagian dari iman....

Dari 'Aisyah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda:

"10 perkara (dari peraturan kebersihan) yang dituntut agama iaitu menggunting misai, biarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi, membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku2 jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari2 dan beristinjak".

Kata Mus'ab R.A:

"dan aku lupa perkara ke-10, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur2"

H.R Muslim

Sunday, December 14, 2008

Pencari rezeki di musim summer ^-^

Buat teman-teman yang tak pulang bercuti ke Malaysia (termasukla ana sendiri) summer nie:

Masa yang banyak sepanjang cuti ni, haruslah kita manfaatkan sebaiknya...kalau kita sia-siakan, pasti akan ada azab yang bakal menanti...Nauzubillah....semoga kita terpelihara dari azab tu....sebab masa tu kan amanah...dan Allah telah pun bersumpah dengan masa yang manusia ini memang dalam keadaan yang rugi, kecuali 2 golongan:

1) Yang berpesan2 pada kebenaran
2) Yang berpesan2 pada kesabaran

So, iA semoga kita tergolong dalam 2 golongan yang beruntung neh!

So, ape jek aktivitas yang bermanfaat boleh dilakukan sepanjang summer neh?

Mestilah ade banyak! Kalau masa tengah2 academic year, kita wish sangat yang kita sedikit free, terutama masa exam untuk buat banyak benda kan? So, sekarang dah free janganlah asik 'qada' tido macam ular berlingkar jek....kan ade banyak mende leh wat. Antaranya (cadangan jek...sahabat2 sume sure ade lagi banyak plan yang bagus dan bermanfaat):

1) Masa nilah kita leh guna untuk tambah thaqafah (ilmu & kefahaman) - boleh banyakkan membaca buku2 islamic. Rujuk nota kaki 1

2) Boleh berjalan, melihat dan mentafsir kejadian alam yang hebat neh - Alhamdulillah, New Zealand is one of the most beautiful place in the world..so, take your time untuk memuji kebesaran Ilahi dan menginsafi kejadian diri!


3) Sihatkan badan dengan sukan/g la gym yang free tu ke - ingat balik satu dari ciri 10 sifat individu muslim (sihat tubuh badan kan?)


4) Cari rezeki yang halal untuk tambah pendapatan & supaya boleh digunakan untuk tujuan beribadah serta sebagai khalifah kepada Allah.


5) Tambahkan/ulangkaji hafazan Al-Quran - masa cuti nilah masa terbaik utk set target hafazan dan cuba achieve!


Bercakap tentang kerja....

Sahabat2 ada yang dah plan nak bekerja di orchard, packing or picking buah...tak kisah lah tu....ada yang nak keje cleaner jek macam ana neh...pun tak kisah gak...sebab pe, Allah tak pandang pun kita keje ape, asalkan niat kita dalam bekerja tu betul....so, ada beberapa pointla nak dikongsikan buat teman2 yang bakal dan juga telah pun memulakan karier bekerja anda sepanjang summer neh:

1) Pastikan rezeki yang kita terima itu benar2 HALAL. Dengan cara:
  • Niat yang betul (tak bolehlah niat kerja utk beli benda2 haram)
  • Kerja betul2, jangan curi tulang atau makan gaji buta
2) Jaga batas2 dalam Islam:
  • Dalam dunia pekerjaan, mestilah kene berinteraksi sesama lelaki dan perempuan. Boleh dan dibenarkan, tapi janganlah lebey2...ingatlah Allah Maha Memerhati setiap gerak geri
3) Kena merasa mulia walaupun dengan kerja yang dianggap low class oleh masyarakat:
  • Kadang2 bila kita kerja sebagai cleaner, kita sedang mentarbiyah diri dengan sifat2 rendah diri, dan sifat2 kehambaan
  • Sebab kita selalu sibuk fikir yang diri kita bakal berada 'on top of world' sebab kita kan bakal doktor, bakal engineer...so, kalau dari sekarang tak latih diri merendah diri...adakah nanti kita boleh merendah diri dan memahami betapa sukarnya orang2 yang kerja sebagai cleaner buat kerja dan cari rezeki?
  • So, kena respect kerja yang kita wat dan wat sungguh2....pernah diceritakan, seorang ulama' melatih dirinya merasa rendah diri dengan mencuci tandas anak2 muridnya...MasyaAllah...itulah keindahan akhlak muslim yang memahami Islam...

Obligations of Employers and Employees

As an employer, you have an obligation to care for your staff; provide the most suitable working environment; and ensure that they are fully compensated punctually, for all their services rendered: 'Give the labourer his wages before his sweat dries'. (Ibn Majah.) The Prophet also said that one of the persons he shall be against on the Day of judgment is the man who does not pay the right wages to his employees after their labours.

As an employee, you must perform your job with diligence and proficiency. `Verily, Allah loves that when anyone of you does a job he should perfect it' (al-Bayhaqi). Know that the best food is that which comes from your own efforts: `No one eats better food than what he earns by the labour of his own hands'. (Bukhari.)

Compiled From:
"In The Early Hours" - Khurram Murad


Nota kaki:

1) (kalau kita faham definisi Islam - maka kita takdelah bayangkan buku2 Islamic tu: hukum fiqh dalam Islam or Seerah Nabawiyah jek, kita pasti dapat bayangkan bersama buku2 tu, adalah buku2 ilmiah seperti astronomy, wildlife, biology etc. - Islam itukan syumul??)

Selamat bekerja sahabat2 sekalian!

Friday, December 12, 2008

My daily hadith: 3 golongan yang tidak boleh dicela

Abu Umamah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil"

H.R: Muslim

Thursday, December 11, 2008

My daily hadith: Beratnya wahyu!

Dari Aisyah R.A. Harith bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah S.A.W.:
"Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah S.W.T. diturunkan kepadamu?"
Rasulullah S.A.W. menjawab:
"Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari berbagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian bunyi itu hilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemuiku dalam keadaan seperti lelaki dan berbicara kepadaku dan aku mengingati apa yang ia katakan."
Aisyah R.A. menambah:
"Ketika Nabi sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin, aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah S.W.T."
Hadith riwayat Bukhari


~ Jzkk Abu Salamah. Ana uhibbuka fillah ~

Tuesday, November 11, 2008

Cinta palsu hancurkan nilai keinsanan

KEWUJUDAN manusia adalah keunikan alam anugerah Allah dan komunikasi antara mereka memperlengkapkan kelangsungan sebuah kehidupan, manakala hubungan manusia dan pencipta-Nya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitrah kejadian seni dan agung sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta juga menepati satu angka daripada perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang didefinisikan sebagai cetusan rasa daripada orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat adalah lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah suci dan iman yang komited kepada Allah. Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa lahir dari satu hati dan jiwa kepada hati dan jiwa yang lain. Justeru, tidak wujud cinta biasa, yang ada hanyalah cinta luar biasa kerana sesiapa memahami erti cinta, akan tahu hakikatnya yang luar biasa kerana kita akan mencintai orang lain lebih daripada seseorang itu mencintai dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah." Dan cinta, apabila luar biasa, tentulah tidak sama dengan cinta yang tidak didasari oleh kecintaan kepada Allah.

Cinta luar biasa, semakin kita mencintai, makin kita cinta Allah. Permasalahan cinta dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini ialah pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial. Individu Muslim sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang menguasai jiwa.

Cinta berteraskan nafsu dan syahwat adalah cinta palsu yang tidak akan ke mana-mana. Cinta kerana harta, adalah cintakan harta, cinta kerana pangkat adalah cintakan pangkat, cinta kerana keturunan adalah cintakan keturunan, bukannya cinta lahir dari hati yang ikhlas untuk bersama si dia sepanjang hayat.

Cinta harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab. Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang. Justeru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu, tetapi aku takut kamu dibentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada umat pada zaman dulu, lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya seperti mereka sebelum kamu lalu kamu binasa seperti mana mereka binasa."

Memiliki harta tidak dihalang syarak sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji tetapi harta bermanfaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah. Firman Allah yang bermaksud:

"Berangkatlah sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 41)

Cinta pangkat dan kedudukan, jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan. Kadangkala terfikir juga, untuk apa mengejar pangkat dan kedudukan sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia hina dina?

Al Fudhail mengingatkan kita: "Kalaulah dunia ini terdiri daripada emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar (tembikar) yang kekal, sayugia kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa."

Kita harus tahu perasaan yang lahir dalam hati adakah ia mendorong kepada hidup bersama untuk mencapai reda-Nya atau sebaliknya?

Jika kita kenal pasti cinta untuk mendapatkan kemanisan iman, maka teruskanlah dengan sebuah perkahwinan, jika sebaliknya, percayalah bahawa cinta itu buta dan akan menggelapkan sebuah kehidupan. Jodoh hanya datang selepas kita berusaha ke arah itu kerana tidak ada kebenaran untuk mendapatkan mana-mana hak bersama sebagai suami atau isteri tanpa kebenaran sama ada tuan punya badan atau walinya.

Jangan menyalahkan jodoh semata-mata kerana ia tidak datang bergolek. Jodoh boleh diatur kerana ia hanyalah sebuah kejadian yang dirancang dengan izin-Nya, tetapi carilah cinta yang luar biasa.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

Taken from blog: Khalif wa A'biduLLah...hihi...jzkk!!

Saturday, October 18, 2008

Sel-sel otak memberontak?

Peluh dingin mula memercik menerusi liang-liang roma..
Peglihatan semakin kabur, seluruh jasad bagaikan terkaku...seperti belon yang dipam dengan gas, tak kisahlah gas nitrogen atau carbon dioxide atau carbon monoxide sekalipun, kepala terus mengembang dan membesar, mendominasi seluruh jasad. Hampir-hampir saja menyungkur rebah ke bumi...

Alice in wonderland asks herself: "Which pockets that I took this biscuit?I guess I ate the wrong one. This is supposed to make me shrink, not stretching me up like this!!Now I am so HUGE, and Mr. Rabbit has ran away!!" Alice tried to move, but she was so stuck, her fingers cannot even touch her pockets...oh well!!

Dahi yang menyungkur sujud, kening yang mencecah lantai, akhirnya diangkat. Denyutan yang semakin meningkat hampir-hampir memutuskan urat nadi. Oh! sungguh keras kamu bekerja hari ini wahai pembuluh darah!Nampaknya traffic jam di mana-mana persimpangan arterial bifurcation, semoga injap-injap bekerja dengan efficient dan tidak mencuri tulang. Haish, lagipun tulang bukannya sedap, makanan jin laks tuh...janganlah curi tulang, curi la daging...hoho...erk, sila jangan mencuri yer!berdosa tau...

Akhirnya tubang jugak ke bumi, innalillahi wa innailahirrajiun...

ukht padi: aik ukht?enti solat rawatib jek ke?belum jemaah isyak lagi neh, enti dah rebah?kot iye pon..
ukht olive: errgghh..ana rasa ana diserang lagi...ana rasa kebas kepala neh, nausea gakla, rasa nak muntah pun ade..eh ade ke org kebas kepala?...adeh~
ukht padi: (dengan nada cemas)...eh baring2, lek2...sedut oksigen, meh sini ana cek sket blood pressure
ukht olive: trimas ya ukhti! (nampak cam kompiden jek dia nak cek pulse, layankan ajer...(^_^)

Around 1 in 5 migraine sufferers experience what are known as 'focal neurological symptoms' (migraine aura). Migraine aura often causes visual disturbances, such as flashing lights, zigzagging lines or partial loss of vision. Other symptoms may include numbness, tingling, speech difficulties and muscle weakness on one side of the body. These disturbing symptoms usually disappear within an hour. Unlike stroke, where similar symptoms are caused by an interruption of blood flow to the brain, migraine aura is thought to be caused by over-activity of the brain cells. The gradual onset of migraine aura is due to the slow spreading of hyperactive nerve activity across the brain surface.


What? Over-activity of the brain cells?

ukht soya: hoho, ana tak pelikla kalau memang enti disaspek migraine aura
ukht olive: apsal lak?
ukht soya: enti kan banyak dengar masalah orang, so sel2 otak hyperactive ar...

Huhu, apsal lak kalo bukak kaunter kaunseling, polis tangkap dan masukkan dalam lokap focal migraine? Bukan ke dengan dengar problem orang, walaupun tak mampu selesaikan, dapat doakan? Malah, penuh harapan sebenarnya dapat bimbing orang yang sedang serabut itu supaya dekat dengan punca kepada semua masalah itu, dan kembali kepada Yang Paling Gagah dan Perkasa. Kenapa sel2 otak jadik hyper plak? Haish, tak dapat kuterima! Bukankah Rasulullah S.A.W. sendiri, seluruh bebanan ummat ditanggungnya, tak mungkin dengan berfikir tentang ummat, sel2 otak yang sememangnya 'muslim' itu akan bertindak memberontak dan melakukan tunjuk perasaan?Huhu...semakin bertambah hyper agaknya sel2 otakku berfikir tentang dirinya sendiri.

Di mana punca over-activity of the brain cells?Is it because of increased release of neurotransmitter or over-activation of ligand-binding channel or a failure of neurotransmitter-specific transport system? Mutation? Hoho...sustained signals of LTP?


People who suffer from migraine may have a slightly greater risk of stroke. One study found that the risk of stroke for women in their 20s is 1.4 cases per 100,000. For young women with migraine, the risk rises to 4.2 cases per 100,000. The link between migraine and stroke risk is unknown. However, stroke is generally caused by a number of factors working in combination.

Bebelan demi bebelan menerobos masuk ke telinga...Akhirnya dek sebab dah takde ruang lagi nak sumbat bebelan tersebut, kaki melangkah longlai menuju ke Corner Walsh and Albany Street.

Student Health Services - University of Otago
Appointment Slip
Miss XXX
153 Leith Street.
Confirming your appointment(s) as follows:
Monday October 20, 2008 3.45 p.m
Dr Anna Gilmour

Okeh, bukti usaha ini disimpan baik-baik. Bukan ape, akhawat yang begitu pengasih dan berjiwa halus, semestinya mengambil berat akan diri yang kerdil ini. Terasa sungguh indah haruman ukhuwwah kerana Allah...inilah dia sahabat sejati yang sentiasa bersama tak kira di waktu suka atau duka...terasa mudah dan ringan langkah kaki ini bila dihadirkan insan sebegini menemani permusafiran.

Whoppss...Alice mengecil semula..Alice was so happy. "What a relief!My whole body was numb!Now I can continue looking for Mr. Rabbit!"


Wahh...dah pukol 2 pagi...miss solat Isyak berjemaah sebab serangan focal migraine. That was kinda frustrating, but Allah knows best. 2 am is a good time to reflect on yourself and 'berdua-duan' dengan Yang Maha Pengasih.

Segala puji hanya bagiMu, kuterima segala ketentuanMu dengan hati yang ikhlas dan redha...Semoga ditetapkan langkah, diteguhkan hati, dithabatkan pendirian dan diistiqamahkan usaha....

Saturday, October 11, 2008

Taqwa - part 1

Anugerah Al-Furqan

Firman Allah S.W.T:

"Hai orang2 yg beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia memberikan kepadamu 'furqan' dan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Al-Anfal: 29)

Al-Furqan, juga nama lain bagi Al-Quran bermaksud pembeda yang haq dan yang batil. Seringkali kita melihat, ramai orang sebenarnya tersalah langkah kerana neraca pembeza antara benar dan salah mereka yang silap. Neraca yang begitu banyak ralat dan perlu di caliberate semula ini sebenarnya berpunca daripada ketidakhadiran satu perasaan halus di dalam jiwa yang dipanggil TAQWA.

Kerana, TAQWA lah sebenarnya yang menumbuhkan FURQAN iaitu neraca yang begitu tepat, persis dan jitu dalam membezakan antara yang baik dan buruk, benar dan salah serta haq dan batil. Dengan Furqan, seseorang itu mampu menyingkap jalan kehidupan dan melonjakkan dirinya ke tangga teratas kehidupan manusia. Dia akan mampu untuk benar2 melepaskan diri dari segala cengkaman thagut dan ikatan2 jahiliyah, dan berjalan megah di atas muka bumi sebagai hamba Allah yang bebas dan merdeka. Kerana taqwa yang juga ibarat cahaya, menyinari fikiran agar jadi jelas, menyingkap al-haq dan menyuluh terang jalan lurus.

Hakikat TAQWA

Taqwa lahir daripada keimanan yang kukuh, yang selalu dipupuk dengan muraqobatullah, merasa takut akan azabNya dan selalu berharap akan kurnia dan maghfirahNya. Taqwa juga bermakna mencegah diri dari azab Allah dengan melakukan amalan soleh serta takut kepadaNya di kala sepi atau terang2an.

Umar Al-Khattab pernahh bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Ubay R.A. menjawab:

"Bukankah kamu pernah melewati jalan yang penuh duri?"

"Ya" jawab Umar R.A.

"Apakah yang kamu lakukan ketika itu?" Soal Ubay.

"Aku bersiap-siap dan berjalan dengan penuh hati-hati"

"Iulah taqwa"

Sayyiq Al-Qutb turut menukilkan di dalam Tafsir FiZilal Al-Quran:

"Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus-menerus, selalu waspada dan hati2 jangan sampai kena duri jalanan...jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri2 godaan dan syahwat, kerakusan dan angan2, kekuatiran dan keraguan, harapan atas segala sesuatu yang tidak mampu diharapkan. Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak layak untuk ditakuti...dan masih banyak duri2 yang lainnya..."

Rujukan: Tarbiyah Ruhiyah - Dr. Abdullah Nashih Ulwan

Friday, August 22, 2008

Persoalan kemerdekaanku


Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan
Permasalahan alam yang lampau
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusi segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
Hidupmu akan dikurniakan nilai
Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
Kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas, itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namaNya; dialah orang yang berbahagia

Dr. Yusuf Al-Qadrawi

Selamat menyambut kemerdekaan!


Thursday, August 21, 2008

Memangnya...enggak ada yang lain?

Bila pertama kali kudengar berita ni, aku beristigfar sebentar...
Bukanlah ianya satu kesalahan yang teramat besar seperti dosa meninggalkan solat atau membunuh orang...Allah sahaja Yang Maha Tahu apa status keputusan itu di sisiNya..Aku tidak ingin menceritakan apa yang berlaku kerana mungkin bakal mencetuskan pergaduhan. Biarlah aku mengupasnya dengan contoh yang lain.

Kerapkali kita dengar slogan atau laungan "Boikot barang2 Israel"
Kemudian kita buat pekak jek sebab apa?


Sebab seolah-olahnya sangat mustahil nak boikot semua tu...kerana kita sudah terbiasa membelinya...daripada makanan (sangat suka McDonald) kepada baju (kalau bukan Tommy Hilfiger tak standard la), minum mesti air Coca-cola, tak pun Starbucks...pencuci muka pun mesti nak Loreal..minyak wangi Giorgio Armani, lipstick dari Maybelline....huhu...

Extremenya orang yang soh boikot2 ni!!!..apesal pulak dah tak boleh nak beli barang2 yang aku suka?Lagipun, barang2 Yahudi ni jek yang sesuai dengan aku, aku pedulik ape dia Yahudi ke ape, janji kualiti ok, kelass gitu...nanti habisla muka aku pakai pencuci muka Zaitun atau Safi..Apa sket2 cakap pasal Yahudi, Palestin..ngeri la...kan tak lama lagi cakap pasal jihad pastu perang2 pulak...

Tidak dinafikan, sangat sukar untuk menerima kenyataan bila air feveret kita, atau pasukan bola sepak feveret kita, atau jenama barang2 yang kita sangat suka, milik syarikat Yahudi. Kita akan samada:

1) Tak percaya (betul ke Yahudinye syarikat? Mane ntah diorang tahu, extremist ar diorang ni!! Boleh la check sendiri untuk pastikan Yahudi nye ke tak...ada jek portfolio CEO mereka under Jewish Association), masa BTN pun pegawai BTN ada terangkan - leh tanya diorang gak, (tapi diorang soh boikot Yahudi jek, tak soh boikot produk dia kot?)

2) Percaya tapi tak mau ikut...(Aku tak pedulik!!)

3) Percaya dan cuba ikut, tapi tak berjaya boikot sume lagi...(Alhamdulillah, okla tu...cuba sket2, at least tinggalkan apa2 yang kurang penting bagi kita dulu...Allah suka orang yang amal sket tapi istiqamah (berterusan) dari amal banyak2 tapi tak istiqamah)

4) Percaya dan telah pun memboikotnya sepenuh hati (Alhamdulillah, semoga Allah beri kekuatan istiqamah, dan digantikan dengan barangan yang lebih baik di dunia & akhirat kelak)

Fatwa dari Dr. Yusuf Al-Qadrawi:

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."


Memanglah susah sebab selama ni takde pun orang cakap camni dan macam semua pun barang keperluan Yahudi punya, so mula2 kita tinggalkan yang ada alternatif dulu. Kita kena bezakan apa 'keperluan' dan apa 'kehendak'. Kalau memang benda tu satu keperluan, kita terpaksalah gunakan, kalau dia hanya kehendak, kita cuba ikhtiar untuk cari alternatif. Contohnya, kita boleh beli baju jenama lain yang bagus juga kualitinya, tak perlulah beli Tommy Hilfiger. Kalau mende2 macam pencuci muka etc., cuba usaha dulu cari pengganti lain yang lebih baik. Kalau memang takleh hidup tak makan McDonalds, tak apalah...sekurang2nya kita cuba kurangkan beli barang2 Yahudi lain...amacam? Ok?

Yang penting, usaha kita...sebab Allah takkan terima kalau kita jawab "itu jek last resort" sedangkan kita tak benar2 berusaha untuk mencari alternatifnya atau bermujahadah terlebih dahulu untuk melawan godaan nafsu? Oleh itu, haruslah kita buka jendela pemikiran kita, bebaskan perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada Allah semata2. Dengan cara itulah sahabat2 beriman kepada ajaran Rasulullah S.A.W. Setelah itu, apa sahaja yang datang pada mereka, samada berbentuk arahan, teguran atau nasihat, mereka menjawab:

"Sami'na wa atho'na" (Kami dengar & kami patuh)

Kesimpulannya, masa, duit, harta dan nyawa kita semuanya pun pinjaman dari Allah. Kita diberi kebebasan untuk gunakan ke arah mana yang kita suka, tapi setiap pilihan itu ada imbalannya. Duit kita kalau kita salah salurkan, mungkin akan lebih menguatkan musuh dan akhirnya kita yang rugi...

Katakan 'TIDAK' pada rugi...hehe

Tuesday, August 19, 2008

Boleh ke tak?

Satu masa dulu

Tak rasa pelik pun bila nampak couples pegang tangan dan bermesra sambil menonton wayang di KLCC pastu gi solat di surau. Rasa macam comel adalah, sebab si jejaka sanggup tunggu si gadis yang agak lambat sket sebab nak kena tambah bedak dan betulkan tudung kasik maintain terbaik. Tak sampai berapa inci dari pintu surau, jejaka dah menyauk mesra tangan si gadis...oh, indahnya bercinta...

Dah kahwin kot?Mm...tapi mesra semacam jek..pengantin baru ke?
Takpela, they are such a sweet couple...hati boleh rasa berbunga pulak tengok 'couple kiut' tu...dalam panggung wayang, jodoh kita dipertemukan lagi...sempatla jeling2, jejaka tu sweetnya suapkan popcorn kat mulut gadis...cerita dah nak mula...gadis pulak hirup air coke dan ajukan pada jejaka...ala, manja2 gitu...share satu straw? (huhu...enzyme & air liur dah tolak tepi)...romantiknya...tak sempat nak berangan untuk diri sendiri, dah keluar pulak Ju-On nyer (betul tak ade citer hantu name ni?)...gadis ketakutan dan memeluk mesra lengan jejaka..hmm..hati rasa tak sedap, apsal diorang selambe pegang2 ni? (padahal tadi da pegang tangan tak rasa pelik lak)...jejaka yang sungguh protective pun melengkarkan lengan - konon2nya sebagai tanda "jangan takut, saya ada kat sini..." haha, teringat cerita P Ramlee yang ada lagu 'Aci aci buka pintu' - 'Aci aci jangan takut, nana ada kayu semambu, hantu syaitan semua cabot"..mula2 cerita seram kasik timbul mood, pastu seram ntah ke mana, hantu pon takut tengok diorg wat movie sendiri kat situ...satu perasaan yang SANGAT TAK BEST melingkar dalam hati....melihat maksiat yang dibuat secara free exposure...hati yang berbunga2 tadi pun bertukar rupa...sumpah, seranah, benci, meluat, semua ada..

Huhu, nampaknya masih ada sisa2 kebaikan dan bencikan maksiat pada diri...tak pelik sebab bukankah perkara tu fitrah?Masa tu, agaknya ntah berapa dozen kutukan dilayangkan buat couple yang tadi kononnya sweet, tapi pastu buat maksiat dalam panggung wayang. Kalau orang dah kahwin mane logik nak wat camtu. Hish, geram!!Kutukan demi kutukan menggumpal dalam hati....Tanpa menyedari, 'diri ini' sebenarnya takdela lebih baik...Hakikatnya, 'diri ini' melangkah ke tempat yang sama dengan couple tu tadi...

Dalam perjalanan keluar panggung pulak, bersesak2, tersentuh yang bukan muhrim...oppss..maaf, tak sengaja..senyuman terukir, mata bertentang, zasss...dapat sedikit electric shock...adrenaline pump!Wah...indahnya ciptaan Tuhan (mm..macam ada yang tak kena?)...dari perkataan "Sori tak sengaja" kepada "Datang sorang jek ke?" kepada "Boleh berkenalan?" kepada "Ni no telefon saya".

Mata yang tak saket pun boleh terkelip2 sebelah (hoho...kenyit mata ke tuh?) Dan akhirnya, tak sampai sebulan kemudian, muncullah klon kepada 'couple kiut' yang ditemui dalam panggung wayang tu, gara2 kenyit mata dan sms sekali-sekala. Akhirnya, kuch kuch hota hai...Pasangan klon pun pergi dating dan tengok wayang kat tempat yang sama, solat zohor di surau yang sama...dan buat movie sendiri dalam panggung wayang yang sama...mungkin lebih dahsyat di luar? Astagfirullah al 'azim....

Dah rasa pelik belum?Di hari hati begitu membenci maksiat, dalam masa yang sama hati boleh menerima maksiat, malah beransur2 menyebatikannya dalam jiwa..akhirnya: complete assimilation. Apa dah jadi?Bukan ke tadi diri ini baik jek, just gi tengok wayang sorang2, tak kaco orang, tak bawak boyfriend pun, selalu jek kadang2 gi dengan kawan2 perempuan semuanya...tapi kenapa akhirnya diri ini pun alami nasib yang sama macam 'couple kiut' tadi? Kenapa diri ini jadik 'couple kiut II'?

Persoalan dan jawapan yang sebenar

Sebenarnya, situasi di atas dicetuskan hasil dari pemerhatian dan pengalamanku (tapi fictitious sket atas tu). Kerana baru2 ni aku ditanya: "Salah ke kita nak ke majlis ni?" atau "Dosa ke ek kalau kita gi join mende ni?"

Kala itu, lidah ini seakan terkelu...kerana kalau kujawab "DOSA"...bunyinya seperti aku seorang penghukum dan meletakkan kalimah dosa itu pada orang2 yang aku kenal baik akhlaknya, sangat menjaga ibadah hariannya dan sebagainya...Bagaimana harus kuterangkan hal ini?

Aku teringat satu peristiwa peribadi yang berlaku pada Rasulullah S.A.W. Pernah di usia remajanya, hati Rasullullah S.A.W. seperti remaja yang lain, setelah mendengar suara nyanyian sebuah majlis perkahwinan, ingin menghadiri dan menyaksikan majlis tersebut. Namun, Allah S.W.T. telah memeliharanya dengan menyebabkan baginda tertidur sehingga habis majlis tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W:

Aku tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi aku daripada melakukannya. Kemudian aku tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan aku dengan risalah ini. Suatu malam, aku berkata kepada budak yang mengembala kambing di bahagian atas Mekah. “Kalau boleh kamu jagakan kambingku. Kerana aku ingin pergi ke Kota Mekah untuk bersembang (melepak) seperti pemuda lain.” Jawabnya: “Baiklah.” Lalu aku pun keluar sehingga sampai di hadapan rumah pertama di Kota Mekah. Aku mendengar alunan gitar. Lalu saya bertanya: “Ada apa ini?” Jawab mereka: “Majlis perkahwinan.” Lantas aku pun duduk ingin mendengar alunan tersebut. Namun Allah menutup telinga aku dengan menidurkan aku. Aku tersedar hanyalah setelah terkena sinaran panas matahari. Kemudian aku pulang bertemu rakanku dan dia bertanya tentang malam tadi lalu aku menceritakan kepadanya. Pada malam yang lain, aku berkata lagi kepadanya seperti malam sebelumnya. Aku pun pergi ke Mekah, namun perkara yang sama turut terjadi. Setelah itu tidak pernah lagi terdetik dalam hatiku untuk melakukan perbuatan tidak berfaedah itu.

Boleh kita lihat pemeliharaan Allah S.W.T. terhadap jiwa suci Rasulullah S.A.W. Sekali pun Allah S.W.T tidak menginginkan Rasulullah S.A.W. dicemari jiwanya dan dilalaikan dengan hiburan dan kebiasaan masyarakat jahiliyah. Kenapa?

1) Kerana jiwa suci ini bakal memegang amanah yang amat berat iaitu menjadi role model atau contoh kepada jiwa2 lain bagaimana untuk melaksanakan tujuan penciptaan diri sebagai manusia: iaitu sebagai khalifahNya dan beribadat kepadaNya

2) Kerana, melangkah ke tempat yang melalaikan adalah ibarat mencampuradukkan suci (Islam) dengan yang kotor (jahiliyah). Sedangkan Allah S.W.T berfirman: " Wahai org2 yg beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sugguh, ia musuh yang nyata bagimu" (2: 208)

3) Juga supaya kita tak jadi macam syaitan - ingkar dan degil. Allah larang, kita buat dan ikut. Alasan kita?Rasa bersalah kat kawan2 (mengapa jadi hamba kawan?), tak pun sebab teringin sangat nak tengok atau dengar hiburan (kena lawan nafsu tu, nanti kat akhirat bukan dia kena siksa, kita juga yang kena) "Katakanlah (Muhammad), "Aku benar-benar takut akan azab hari yang besar (hari kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku" (6:15)

4) Supaya kita terhindar dari perkara yang lebih buruk. Seperti kesnya "diri ini" yang pergi tengok wayang dan membenci maksiat 'couple kiut', akhirnya sendiri yang terjerumus dan jadi 'couple kiut II'..kerana itulah tipudaya syaitan...sekalipun kita merasakan kita takkan buat seteruk tu, menghadiri majlis2 atau tempat yang ada unsur2 maksiat sebenarnya boleh mengeraskan hati kita, dan dibimbangi akan menutup hidayah..nauzubillah...
".....Sungguh, ia (syaitan itu) musuh yang nyata bagimu" (2:208)

Dari Al-Quran & Hadith

“And of mankind is he who purchases idle talks (i.e. music, singing) to mislead (men) from the path of Allaah…” [Luqmaan 31:6]

The scholar of the ummah, Ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him) said: this means singing. Mujaahid (may Allaah have mercy on him) said: this means playing the drum (tabl). (Tafseer al-Tabari, 21/40).

Al-Hasan al-Basri (may Allaah have mercy on him) said: this aayah was revealed concerning singing and musical instruments (lit. woodwind instruments). (Tafseer Ibn Katheer, 3/451).

Al-Sa’di (may Allaah have mercy on him) said: this includes all manner of haraam speech, all idle talk and falsehood, and all nonsense that encourages kufr and disobedience; the words of those who say things to refute the truth and argue in support of falsehood to defeat the truth; and backbiting, slander, lies, insults and curses; the singing and musical instruments of the Shaytaan; and musical instruments which are of no spiritual or worldly benefit. (Tafseer al-Sa’di, 6/150)

It was reported from Abu ‘Aamir and Ibn Maalik al-Ash’ari (may Allaah be pleased with them) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “There will be among my ummah people who will permit illegal sexual activity (zinaa), silk, alcohol and musical instruments…” (narrated by al-Bukhaari).

Organizing singing parties and soirees to which singers and actors from all over are invited, to which entrance is free or there is a charge, and attending or watching these events, or taking part in them or supporting them – all of that is haraam and is not permitted (Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid)

Masa untuk muhasabah

Article ini kuletakkan bukan dengan rasa diri ini hebat kerana tidak menghadiri majlis2 yang JELAS Allah serta RasulNya nyatakan statusnya dalam Islam. Bukan juga untuk memarahi atau menuduh org2 yang kukenali demi Allah hambaNya yang baik dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Cuma, aku ingin menyampaikan apa yang kutahu, kerana aku dahulu juga tidak mengerti akan hakikat ini..

Anggaplah ini satu pandangan penuh kasih sayang dariku buat diri sendiri dan semua rakan2 yang kucintai kerana Allah. Sesungguhnya memang sukar untuk kita melawan godaan hawa' tapi yakinlah dengan ganjaran kebaikan di akhirat nanti. Lagipun, bukankah cukup sekiranya Allah redha kepada kita?Usah kita cari redha manusia kerana di akhirat nanti kita dipulangkan kepada manusia, sedangkan manusia tak berkuasa menyelamatkan kita dari azab Allah S.W.T.

Mari kita berazam untuk terus bermujahadah serta memohon Allah berikan kekuatan hati. Mungkin juga perlu kita mohon Allah 'tidur'kan kita pada ketika2 kita ingin sekali melangkah ke majlis yang dibenci Allah..atau boleh cuba cari hiburan yang mendekatkan diri pada Allah?
Ada sebenarnya, itu pun kalau kita benar2 ingin mencari : )

Wallahu'alam

(source: Raheeq Al-Makhtum, Seerah Nabawiyah (Mustafa As-Sibaie), Islam Online, Al-Quran Al-Karim & Hadith)




Wednesday, August 13, 2008

Bersabarlah...dan kuatkan kesabaran...

Assalamualaikum....
Sahabat yang ku sayang kerana Allah....
HIDUP INI ADALAH UJIAN!!! BERSABARLAH......

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Monday, July 28, 2008

Ahlan ya ukhti!!


Pertemuan dengan Al-Fateh minggu ni terasa lebih mesra, lebih meriah dan lebih bermakna...sebabnya?Al-Fateh kini diserikan dengan kehadiran ukht Azam...Ahlan wa sahlan Ummu Al-Fateh ucapkan!!

Semoga benih kasih yang kita semai ini, sama-sama kita bajai dengan niat kerana Allah S.W.T serta kita suburkan dengan teguran serta pesanan dan nasihat yang bermanfaat...agar akhirnya mekar mewangi kelopak ukhuwwah...insyaAllah....

Wednesday, July 16, 2008

Be strong, fokus!!

Pagi tadi masa kemas-kemas, terjumpa drawing lama ni...huhu...rindunya...rasa-rasanya ni lukis masa 2nd year dulu..kalo tak pun, 3rd year...hehe..masa tu, ada sesuatu yang terjadi, tapi dah tak ingat apa peristiwanya...(huhu, sekarang dah 5th year kat sini!)

ermm..lukisan ni bukannya orang yang sebenar atau sesape, just imaginasi sendiri jek masa tu..tak penting pun lukis ape sebenarnya (walaupun diri ini tend to lukis muka org, sebab suka), masa tu memang betul-betul dapat kekuatan sebab pas lukis, tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri...

'Be strong! Fokus....!'

Tak sangka plak hari ni bila memang sangat-sangat perlukan kata-kata ni, terjumpa lak tulisan ni...Allah Maha Penyayang..kadang-kadang, mende kecik macam ni dapat pujuk hati kita atau beri kita kekuatan...yang pasti, semuanya pun dari Allah...Alangkah besarnya kasih sayang Allah...pagi tadi pun, jumpa ayat yang best....

' Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji' (35:15)

Terasa bagaikan diseru untuk kembali pada Allah, untuk merasakan kebergantungan sepenuhnya pada Dia...dan mengharap diberikan kekuatan serta kegigihan bermujahadah di dunia yang sementara ni...

Semoga diri ini terus tabah meniti kehidupan yang penuh cabaran ini...Ya Allah, aku benar-benar memerlukanmu, setiap detik kerana kelemahanku...pimpin aku Ya Allah, ke jalan yang Kau redhai..tunjukkan aku matlamat kehidupanku...agar aku lebih fokus, lebih gigih dan teratur urusanku...

Saturday, July 5, 2008

Hello, assalamualaikum...


Adakalanya, kita selalu syok sendiri..Bercakap beria-ia, kadang-kala tu, begitu teruja sekali kita, dengan penuh keyakinan, menyangkakan mesej kita itu difahami jelas oleh si pendengar sebagaimana kita memahaminya...namun malangnya, mesej itu bukan sahaja tidak difahami, malah mungkin ditafsir dengan cara yang silap sehingga berlakulah konflik dalam diri...samada dalam diri kita yang menyampaikan, atau dalam diri pendengar..atau lebih teruk, dalam diri kedua-duanya sekali...yang jelas, masalah ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng...sebabnya?

Mesej yang disampaikan secara tidak bertepatan akan memberi gambaran yang tidak jelas tentang si penyampai, atau maksud yang disalahertikan juga boleh membawa mudarat yang besar. Boleh jadi, perhubungan antara kedua penyampai dan pendengar terjejas dengan masalah ini...


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna juga ada menyentuh mengenai hal ini. Dia juga merasa hairan apabila adakalanya dia merasakan telah berucap kepada orang ramai dengan keyakinan telah menyampaikan ucapan itu sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya, malah dia menggambarkan kejelasan dan keterangan ucapannya ibarat 'secerah cahaya pagi dan seterang cahaya matahari di tengahari'. Malangnya, orang ramai tidak memahami sedikitpun apa yang diucapkan.


Setelah dikaji dan diteliti, As-Syahid menyimpulkan 2 faktor utama masalah ini:


1) Ukuran atau neraca yang digunakan ketika berucap dan mendengar berlainan sama sekali - sekaligus membawa kepada kefahaman yang berbeza

2) Ucapan itu sendiri mengelirukan atau kabur


Bila dinilai semula hasil fikiran As-Syahid ini, jelas sekali kebenarannya. Adakalanya, kita begitu teruja berbicara tanpa kita memperhatikan kedua-dua faktor ini. Faktor lain mungkin juga suasana atau masa itu sendiri. Terutama sekali komunikasi jarak jauh seperti melalui telefon, sms atau ym, tentu sekali kurang ideal dibandingkan perbincangan yang one-to-one. Salah faham sangat mudah terjadi dengan komunikasi begini.

Kesilapan paling biasa adalah apabila kita membuat andaian pendengar juga sedang memikirkan perkara yang dibincangkan dari sudut atau aspek yang sama. Sedangkan, pendengar mungkin memberi perhatian kepada perkara yang sama tetapi dengan pandangan yang berbeza. Selain itu, kita juga gemar berbasi-basa atau menyelindungkan hasrat sebenar di hati, maklumlah orang melayukan memang beralas kata-katanya. Akhirnya, mesej yang diterima oleh pendengar berlainan sama sekali dengan kemahuan penyampai..

Maka, gagallah komunikasi kita pada masa tu...sedihnya, mari memujuk hati!Apa patut kita buat seandainya komunikasi dah tersalah langkah? Pujuklah hati, tenangkan fikiran dan paling penting, haruslah bersangka baik pada pihak yang satu lagi. Serahkan kepada Allah juga, sebab Allahlah yang memberi ilham kepada pihak yang satu lagi untuk memahami mesej yang kita sampaikan...insyaAllah, kita berazam untuk perbaiki skill komunikasi kita di masa akan datang dengan membetulkan kesilapan kita kali ni dan kena lebih cuba memahami pendengar tu sendiri.


Wallahu'alam

Tuesday, July 1, 2008

Cuti musim sejukku...


Alhamdulillah....kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Telah berlalu cuti musim sejukku...dan aku saksikan kepadaMu Ya Allah, telah aku pergunakan masa lapang itu untuk memahami agamaMu agar aku lebih mudah mentaatiMu...

Seandainya semuanya itu aku lakukan untuk meraih redhaMu semata2, aku mohon kepadaMu Ya Allah, agar Engkau ampunkan dosa-dosa silamku & terus memilihku untuk bertapak di jalanMu ini...Juga, aku pohonkan kau limpahkan rahmatMu kepada insan di sekelilingku yang amat aku kasihi...Suluhi hati mereka dengan hidayah agar mereka juga mencintaiMu dengan sepenuh hati...

Pengakhiran tarbiyyah musim sejuk menandakan permulaan amalku...Apakah tarbiyah itu sekadar tinggal teori yang kufahami atau apakah aku akan menjalani kehidupan yang berbeza dari sebelumnya dengan suluhan tarbiyah ini? Alangkah rugi dan sia2 seandainya tarbiyah musim sejukku ini tinggal teori sahaja...kerana ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah...

Aku ingin menukar lembaran2 nota yang gigih kucatat sepanjang perjalanan tarbiyah musim sejukku ini kepada amalan2 yang digerakkan secara bersepadu oleh hati, lidah, mata, serta anggota kaki dan tanganku...Aku ingin menjadi gagah & perkasa dalam menjulang agamaMu...aku mohon Ya Allah, pilihlah aku sebagai pejuang agamaMu, walau dalam apa keadaan sekalipun dan sambutlah aku dengan kasih sayangMu setiap kali aku rebah tersungkur di jalanMu ini....

Aku ingin melihat bumi asing Dunedin ini dipenuhi cahaya Islam melalui insan2 yang ikhlas dan jujur dalam mentaatiMu dan aku juga ingin agar pengalaman di medan juangku yang sementara ini memperkasakanku untuk medan juang sebenarku di tanah air tercintaku, Malaysia...tak lama lagi, insyaAllah...

Saturday, June 7, 2008

Mara terus maju!


Khas buat ikhwah & akhawat yang dikasihi kerana Allah! Berjuanglah dengan penuh semangat, meskipun dengan pena & kertas...anggaplah ianya seperti bilah pedang & perisai...penuhi diri dengan kekuatan, semoga perjuanganmu diberkati Allah!


Selamat menempuhi peperiksaan!Huhu...sungguh terasa demam exam meskipun diri ini tak exam....

Perjalanan mencari jiwa-jiwa yang kental

Mmm..peritnya tekak, batuk-batuk pun dah makin kuat...aduh, suaraku garau sekali...macam mana ni, tak sampai berapa minit je lagi nak mulakan perjalanan...dingin malam menyucuk-nyucuk sendi-sendiku...tapi aku bulatkan tekad, mana mungkin sakit yang begini picisan menghalang usahaku...terbayang olehku wajah-wajah yang menanti penuh harapan di sana..aku harus kuat!
Sepanjang perjalanan hatiku berdetak-detak, kerisauan memenuhi hatiku..

Ya Allah...janganlah andainya ada dosaku padaMu, menghalang lidahku dari menyampaikan kebenaran, janganlah Ya Allah, Engkau adakan tutupan hidayahMu kepada adik-adik yang ikhlas ingin mencari-cari arah tujuan mendekatiMu, atas kelemahan dan dosa-dosaku...Jangan Ya Allah, kasihanilah mereka, dan ampunkanlah aku!

Pernah aku terbaca hadith Rasulullah S.A.W., di mana apabila melalui seseorang, orang lain mendapat hidayah daripadanya, itu adalah lebih baik baginya dari dunia ini dan seluruh isinya...

Alangkah bahagianya! Lebih baik dari dunia ini dan seluruh isinya! Aku ingin mendapat kebaikan itu Ya Allah, pilihlah aku!

Sebelum sempat tiba di destinasi tujuan, sebuah pesanan ringkas kuterima, sayu nadanya memberitahuku, Allah hanya memilih sebahagian kecil daripada adik-adik yang bakal kutemui esok. Entah mengapa, sewajarnya aku merasa sedikit sedih waktu itu, namun satu semangat dan kekuatan hadir dalam hatiku. Degupan jantungku makin kencang, aku tak sabar menantikan esok, siapakah mereka yang Allah pilih ini? Teringat olehku kisah tentera Talut yang diceritakan dalam Al-Quran (2: 249)

'Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata: 'Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku, kecuali menceduk dengan satu cedukan tangan'. Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata: 'Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya'. Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: 'Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah'. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.'

Di sini, jelas sekelompok orang-orang yang telah pun terpilih, diuji Allah pada saat-saat akhirnya. Dan, sebahagian besar kecundang dengan ujian itu, yang terpilih adalah yang benar-benar yakin akan pertemuan dengan Allah S.W.T. Aku makin terharu dan menginsafi diri, aku dimaklumkan adik-adik ini bakal menduduki peperiksaan dan banyak sekali kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Namun, mereka mengagahkan hati dan diri untuk memahami Islam.

Sungguh, mereka permata yang terpilih! Semakin aku gentar hendak berhadapan dengan mereka. Akhirnya, detik-detik yang dinanti tiba. Aku datang untuk memberi, tetapi aku pulang sarat sekali. Begitu banyak sekali yang aku pelajari dan perolehi dari adik-adik ini. Semangat kental mereka, kesedaran dan keazaman yang mula bercambah dalam diri...membuat aku merasa malu pada diri yang makin 'alah bisa tegal biasa'. Curahan rasa dan pengakuan ikhlas mereka membuat aku terpaku...bagaikan mengalami 'dejavu'...aku melihat refleksi diriku dalam diri adik-adik ini...

Suatu masa dahulu, aku pernah mengalami situasi ini, begitu serupa. Sunnahtullah berulang! Oh, Allah...benar janjimu! Semoga adik-adik ini terus terpilih...menjadi batu-batu asas yang menjulang panji-panji agamaMu di bumi Christchurch sana. Semoga Engkau memilih yang lainnya juga Ya Allah. Jadikan mereka semua pejuang-pejuang agamaMu....

Aku pulang meredah kegelapan malam dengan satu keazaman baru, satu semangat baru. Semoga semangat ini juga terus marak di hatiku...Aku ingin terus melangkah di jalan ini, sehinggalah aku mencapai kemenangan atau aku pulang bertemu Yang Esa dalam perjuangan ini.....

Pilihlah kami Ya Allah, semoga kamilah jiwa-jiwa kental yang Engkau suka berada di jalanMu ini!

Wednesday, May 28, 2008

Zubair Al-Awwam


Sahabat yang diterjah sinar iman ketika masih belasan tahun, yang pertama sekali menghunus pedang di usia yang masih mentah itu ketika mendengar berita palsu Rasulullah S.A.W. dibunuh, yang mempertaruhkan nyawa dan kepahlawanannya buat Islam tercinta. Anak-anaknya juga semuanya dinamakan dengan nama-nama para syuhada' dengan harapan menggunung tinggi agar mereka mewarisi keperwiraan sahabat-sahabatnya yang telah mendapat kemuliaan syahid

Rasulullah S.A.W:
'Talhah dan Zubair adalah tetanggaku di dalam syurga'

'Setiap Nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin 'Awwam!'

'Ali bin Abi Talib R.A:

Ketika pedang Zubair dibawa kepadanya (Zubair terbunuh semasa solat), dia ('Ali) mencium dan lama sekali dia menangis. Katanya: 'Demi Allah, pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya untuk melindungi Rasulullah S.A.W. dari mara bahaya'

'Selamat dan bahagia bagi Zubair dalam kematian sesudah mencapai kejayaan hidupnya...!Selamat, kemudian selamat kita ucapkan kepada pembela Rasulullah S.A.W!'

Hasan bin Tsabit R.A:

'Dia (Zubair) berdiri teguh menepati janjinya kepada Nabi dan mengikuti petunjuknya. Menjadi pembelanya, sementara perbuatan sesuai dengan perkataannya. Ditempuhnya jalan yang telah digunakannya, tak hendak menyimpang daripadanya. Bertindak sebagai pembela kebenaran, kerana kebenaran itu jalan sebaik-baiknya'

Sahabat R.A:

'Aku pernah menemani Zubair ibnu Al 'Awwam pada sebahagian perjalanan dan aku melihat tubuhnya, maka aku saksikan banyak sekali bekas luka goresan pedang, sedang di dadanya terdapat seperti mata air yang dalam, menunjukkan bekas tusukan lembing dan anak panah..Maka kataku kepadanya: 'Demi Allah, telah kusaksikan sendiri pada tubuhmu apa yang belum pernah kulihat pada orang lain sedikit pun'. Jawab Zubair: ' Demi Allah, semua luka-luka itu kudapat bersama Rasulullah pada peperangan di jalan Allah'

(Petikan dari: Rijalun Haular Rasul - Khalid Muhammad Khalid)

Al-Fateh yang comel!!

Eh, Al-Fatih ke Al-Fateh?

Hehe...xpe, asalkan bunyinya dekat2..


Mmm...rasa sungguh gembira dan bersyukur dipertemukan dengan korang sume...

Menanti2 setiap hujung minggu untuk kita sama2 kumpul dalam halaqah, baca ayat2 Allah yang indah, sama2 menyemai rasa keinsafan pada kelalaian diri, menyemarakkan semangat menegakkan Islam tercinta di muka bumi ni dan menjalin kasih sayang dengan tautan ukhuwwah yang hanya semata2 keranaNya...(dan juga makan makanan sedap seperti roti jala hanisah, puding roti sarah, tak lupa sushi & nasi gorengku...nges nges)

Semoga kita semua dipilih menjadi tentera2 Allah yang gagah perkasa menjulang panji2 agamaNya...dan semoga setiap dari kita yang mengasihi satu sama lain kerana Allah S.W.T akan mendapat redhaNya dan menjadi tetangga di syurga...

Seperti berkobarnya semangat Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople kerana ingin menjadi pemimpin terbaik yang disebut Rasulullah,
Kita juga mengobarkan semangat menjadi daie dan ummatnya yang terbaik!!
Amin....

Sayang Al-Fateh a.k.a Al-Fatih!!

Monday, May 26, 2008

Abdullah bin Mas'ud


Mari kita renungkan ungkapan2 yang diucapkan Rasulullah S.A.W. dan sahabat2 lain buat sahabat agung ini.. sahabat yang pertama kali mengumandangkan Al-Quran dengan suara yang merdu..

Rasulullah S.A.W:

'Kamu akan menjadi pemuda terpelajar'

'Berpegang-teguhlah kepada ilmu yang diberikan oleh Ibnu Ummi 'Abdin (Abdullah bin Mas'ud)'

'Seandainya aku hendak mengangkat seseorang sebagai amir tanpa mesyuarat dengan kaum muslimin, tentulah yang aku angkat itu Ibnu Ummi 'Abdin'

'Aku izinkan kamu bebas dari tabir hijab (masuk berjumpaku di rumahku)'

'Kamu mentertawakan betis Ibnu Mas'ud..kedua-duanya di sisi Allah S.W.T lebih berat timbangannya dari gunung Uhud'

Umar Al-Khattab R.A.:

'Sungguh ilmunya tentang fiqh berlimpah-limpah'

'Islamnya satu kemenangan, hijrahnya merupakan pertolongan, sedang pemerintahannya menjadi suatu rahmat'

Abu Musa Al-Asy'ari:

'Jangan tanyakan kepada kami sesuatu masalah selama dia (Abdullah bin Mas'ud) ini berada di antara tuan-tuan'

'Sungguh, setiap kali aku melihat Rasulullah S.A.W., pastilah Ibnu Mas'ud menyertainya'

Hudzaifah R.A.:

'Tidak seorang pun aku lihat yang lebih mirip kepada Rasulullah S.A.W. baik dalam cara hidup, perilaku dan ketenangan jiwanya, daripada Ibnu Mas'ud..Dan orang-orang yang dikenal dari sahabat-sahabat Rasulullah sama mengetahui bahawa putera dari Ummi 'Abdin adalah yang paling dekat kepada Allah..!'

Serombongan sahabat kepada Ali R.A:

'Wahai Amirul Mukminin, kami tidak melihat orang yang lebih berbudi pekerti, lebih lemah-lembut dalam mengajar, begitu pun lebih baik pergaulannya, dan lebih soleh daripada Abdullah bin Mas'ud'

Ali R.A.:

'Ya Allah, aku mohon Engkau menjadi saksinya, bahawa aku berpendapat mengenai dirinya seperti apa yang mereka (serombongan sahabat) katakan itu, atau lebih baik dari itu lagi. Sungguh, telah dibacanya Al-Quran, maka dihalalkannya barang yang halal dan diharamkannya barang yang haram..seorang yang ahli dalam soal keagamaan dan luas ilmunya tentang as-sunnah'

Sahabat-sahabat:

'Sungguh, sementara kita terhalang, dia diberi restu (keluar masuk rumah Rasulullah S.A.W. dan mendampingi baginda) dan sementara kita bepergian, dia menyaksikan (tingkahlaku baginda)'

(Petikan: 'Rijalun Haular Rasul' - Khalid Muhammad Khalid)

Milik siapa hati ini?


Terkadang kita alpa...terkadang kita lupa...
Cinta manusia kita penuhi di hati...lantas di mana ruang untuk cinta Allah??
Kerana itu kah kita seringkali sepi dan sunyi bila cinta manusia menjauhi?
Ahh...
Hati ini milikMu...bantulah aku menghiasinya dengan cinta kepadaMu...

Thursday, May 22, 2008

Hatiku tercalar


Hatiku tercalar...
Bila aku mengenangkan ibu yang dahulunya cantik dan berseri, kini lesu dan pudar kerana kepenatan menjaga adik2 serta memikirkan masalah yang membebani keluarga..

Hatiku tercalar...
Bila aku melihat ibu merasa rendah diri, merasa tiada kekuatan atau kehebatan berbanding orang lain yang lebih gah dari segi penampilan dan kata-kata..sedangkan kedua tangan ibu itulah yang menghasilkan insan seperti aku...yang hari ini berada di menara gading, malah di puncak dunia!

Hatiku tercalar...
Bila ibu dianggap remeh, kehadirannya tak disedari, wujudnya tak dihargai...Ibu mungkin hanya insan lemah pada kalian, tetapi tidak aku!!Ibu terlalu istimewa, terlalu berharga..kehebatannya dan kesabarannya mengatasi wanita2 lain di sekelilingnya, malah aku berani katakan mengatasi wanita yang sezaman dengannya..

Begitu hinakah ibu?
Seolah-olah semua yang disentuhnya bagaikan bertukar rupa atau menjadi musnah..
Atau..adakah ibu menjelekkan pandangan?

Aku benci sikap manusia begitu...
Di hadapanku bagaikan menyembah, sedangkan sembahan itu hanya layaknya bagi Allah yang menciptakan
Mengapa manusia begitu rakus? Mementingkan material yang sifatnya sementara?
Sedangkan ajal menghambat tanpa sedar?
Adakah kemuliaan manusia hari ini disandarkan pada banyaknya gulungan ijazah atau timbunan harta?

Ahhh!! Aku kesal....kesal pada manusia yang tertipu...alpa dengan nafsu semata
Sedangkan Allah menyamakan kita semua, aku dan kalian, tiada seurat benang pun menjadi pembahagi antara kita
Melainkan amal dan taqwa..

Ibu, teruskan bersabar..yakinlah pada janji Allah...
Begitu mahal harga sabarmu, semoga perniagaan yang kau tawarkan disambut Allah dengan pulangan yang setimpal
Semoga sabar seperti ibu meresap ke jiwaku

Kan ku usaha, ibu
Meski aku tercalar dan parah
Meski aku terhiris dan pedih...
Walau sesukar mana...demi meraih kembali sekuntum senyuman indah di wajahmu
Akan ku usaha...