Showing posts with label My daily hadith. Show all posts
Showing posts with label My daily hadith. Show all posts

Thursday, December 18, 2008

My daily hadith:Lihat kiri dan kanan!

Daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan"

H.R. Bukhari

Wednesday, December 17, 2008

My daily hadith: Ramah-tamahlah kamu!


Daripada 'Aisyah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya ramah-tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya urusan menjadi buruk"

H.R. Muslim

Tuesday, December 16, 2008

My daily hadith: Sedar tanggungjawabmu wahai yang bergelar pemimpin!


Nabi S.A.W. bersabda:

"Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan, keperluan, kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah S.W.T akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinan, keperluan, kefakiran dan hajat mereka"

H.R. Abu Daud

My daily hadith: Adab memasuki masjid


Dari Abi Qatadah as-Salmi R.A. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan solat (tahiyyatul masjid) 2 rakaat sebelum duduk"

H.R. Bukhari

My daily hadith: Manusia rakus

Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W., baginda bersabda:

"Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah harta, nescaya ia mahu yang kedua, dan sekiranya ia mempunyai 2 lembah, nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah S.W.T sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat"

H.R. Muslim

Monday, December 15, 2008

My daily hadith: Kebersihan itu kan sebahagian dari iman....

Dari 'Aisyah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda:

"10 perkara (dari peraturan kebersihan) yang dituntut agama iaitu menggunting misai, biarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi, membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku2 jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari2 dan beristinjak".

Kata Mus'ab R.A:

"dan aku lupa perkara ke-10, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur2"

H.R Muslim

Friday, December 12, 2008

My daily hadith: 3 golongan yang tidak boleh dicela

Abu Umamah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil"

H.R: Muslim

Thursday, December 11, 2008

My daily hadith: Beratnya wahyu!

Dari Aisyah R.A. Harith bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah S.A.W.:
"Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah S.W.T. diturunkan kepadamu?"
Rasulullah S.A.W. menjawab:
"Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari berbagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian bunyi itu hilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemuiku dalam keadaan seperti lelaki dan berbicara kepadaku dan aku mengingati apa yang ia katakan."
Aisyah R.A. menambah:
"Ketika Nabi sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin, aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah S.W.T."
Hadith riwayat Bukhari


~ Jzkk Abu Salamah. Ana uhibbuka fillah ~