Alhamdulillah, banyak input dan manfaat yang diperoleh dari kuliah Ihya' Ramadhan baru-baru ni. Banyak juga resolusi2 yang saya lakarkan dalam kepala untuk dilaksanakan. Beberapa projek per sonal pre-Ramadhan saya gariskan untuk diri sendiri, ahli rumah, adik-adik usrah dan kawan2 sekeliling. saya terfikir tadi, kalau saya kongsikan personal projek saya di blog, mungkin ada orang lain yang boleh sama-sama buat (atau dapat idea untuk buat yang lebih baik) dan moga-moga saya dapat juga pahala menyebarkan kebaikan.
Personal Project Pre-Ramadhan (untuk diri sendiri) - tinggal kurang 2 minggu lagi!!:
1) Tambah ilmu terutamanya berkaitan Ramadhan
2) Guna borang muhasabah amal (credit ISMANZ) untuk tanda checklist (minimum):
- Cuba khusyu' dalam solat (baca cara2 khusyu' solat)
- Banyakkan bace Quran
- Dengar Qari bace & betulkan tajwid/minta org dengarkan
- Sambil jalan gi uni, tengok2 alam dan fikir kebesaran Allah
- Muhasabah Ramadhan lepas (T_T kalau xbest) --> aim untuk lebih cemerlang kali ni
- Doa!!
- Cuba tinggalkan sifat tak bagus seperti: delay keje & buang masa
4) Buat tabung untuk Infak sepanjang Ramadhan
5) Cuba utk puasa & qiam sebelum masuk Ramadhan, at least 1-2 kali lagi (preferably ajak orang lain gak)
6) Tampal banner/poster/ayat2 Quran kat bilik & depan pintu.
7) Buat aktiviti menarik dengan ahli2 usrah bersempena menyambut Ramadhan (hmmm...tgh pikir lagi ni nak wat ape)
8) Revise hafazan & tingkatkan!
9) Ajak orang lain buat kebaikan ~
10) Bersabar dalam melaksanakan ketaatan
Allahumma ballighna Ramadhan
1 comment:
buy valium from canada buy roche valium online uk - valium street names
Post a Comment