Dipetik daripada sebuah audio lama (penyampai Ustaz Zaidi dalam satu siri daurah di bumi kanggaroo) berkisar tentang Madrasah Hassan Al-Banna.
Antara ciri dakwah Ikhwanul Muslimin ialah bersifat Rabbani. Yakni Al-Imani yang merupakan perkara tonggak/asas dalam dakwah Ikhwan. Juga merupakan intipati kepada seruan dakwah Rasulullah S.A.W. iaitu ke arah mencapai kesejahteraan aqidah. Dakwah Ikhwan meyakini bahawa iman dapat digilap kembali seperti yang pernah dicapai oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat melalui keyakinan yang bulat di dalam hati, amal serta komitmen yang jitu dengan tarbiyah sebagai paksinya. Jadi, seruan dakwah ini bertujuan menghidupkan hati serta membangkitkan jiwa-jiwa manusia yang lesu. Menghidupkan hati ada 3 perkara:
1) Imunisasi hati - iaitu sepertimana kita mengambil imunisasi bagi mencegah sesetengah penyakit, perlu bagi hati memiliki imunisasi terhadap kecintaan kepada dunia
2) Makanan hati - memberi makan kepada hati adalah kemestian, melalui taqarubillah (mendekatkan diri kepada Allah) agar hati diikat kepada fitrahnya dan tidak dilekakan. Ini dapat dicapai melalui:
- Iltizam as-sunnah (beriltizam dengan perkara2 sunnah) serta jauhi bidaah tercela
- (Kisah Imam Hassan Al-Banna bersama Umar Al-Tilmisani - Keletihan yang amat dalam jaulah yang panjang dan keadaan keretapi kelas ke-3 yang tak selesa, tetapi tetap Imam Al-Banna seru Umar untuk bangun qiam)
- Ihtimam bil-qaraid - serious/teguh dengan perkara2 fardhu
- (Kisah Ustaz Mustafa Mashyur tetap mengagahkan diri solat berjemaah Asar meski baru lepas koma, dan koma lagi selepas solat sebelum kembali ke rahmatullah)
- Targhib solatul-jamaah - semangat hidupkan solat jemaah
3) Rawatan hati - apabila hati sakit, perlu segera dirawat. Antara rawatan berkala adalah istighfar, zikir dan taubat
Apabila kita mengambil berat akan perihal hati, maka dapatlah kita melahirkan peribadi yang memiliki hati yang berhubung terus dengan Allah SWT. Iaitu hati yang hidup serta terlus. Dan hati ini tidak merasa keberatan dalam melaksanakan perintah Allah serta berjaya mencapai kondisi di mana ianya sentiasa berdenyut kerana Allah SWT.
*moga hatiku terus berdenyut keranaNya*
109A York Place, Dunedin New Zealand
Spring 2010
No comments:
Post a Comment