Ibnu 'Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
'Tidak ada hari yang disukai Allah melebihi 10 hari dari bulan Dzulhijjah'.
'Bagaimana jika dibandingkan dengan jihad di jalan Allah?' tanya para sahabat.
Jawab Rasulullah S.A.W: 'Jihad di jalan Allah tidak dapat mengimbanginya kecuali orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi (mati syahid)'
'Aisyah r.a. bercerita bahawa ada seorang pemuda yang bekerja sebagai penyanyi. Jika datang bulan Dzulhijjah, dia sentiasa melaksanakan puasa. Hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Beliau lantas memanggilnya dan bertanya: 'Anak muda, apa yang mendorongmu untuk berpuasa?'
Pemuda itu menjawab: 'Ya Rasulullah, tidaklah saya berpuasa kecuali kerana hari2 itu adalah hari2 syiar Islam dan hari2 orang yang melaksanakan ibadah haji. Saya sangat berharap Allah mengikutsertakan saya dalam doa2 mereka'.
Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda: 'Anak muda, setiap hari yang kamu gunakan untuk berpuasa nilainya sama dengan 100 budak, 100 unta dan 100 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Ketika puasamu sampai pada hari Tarwiyah (8Dzulhijjah), nilainya sama dengan 1000 budak, 1000 unta dan 1000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Lalu, jika puasamu sampai pada hari 'Arafah (9 Dzulhijjah), nilainya sama dengan 2000 budak, 2000 unta dan 2000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah'.
Selanjutnya beliau bersabda bahawa puasa pada hari 'Arafah nilainya sama dengan puasa 2 tahun.
Para mufasir berpendapat ketika menafsirkan ayat:
'Kami telah menjanjikan kepada Musa 30 hari, lalu Kami menyempurnakannya 10 hari lagi' (Al-A'raf: 142) bahawa yang dimaksudkan 10 hari pada ayat tersebut adalah 10 hari pada bulan Dzulhijjah.
Ibnu Mas'ud r.a. berkata bahawa Allah telah memilih 4 hari, 4 bulan, 4 orang wanita, 4 orang yang mengiringi kelompoknya menuju syurga dan 4 orang yang dirindukan syurga.
4 hari yang dipilih Allah adalah:

- Hari Jumaat - kerana di dalamnya ada waktu dikabulkan doa. Siapa saja yang berdoa kepada ALlah, baik mengenai urusan dunia atau akhirat, pasti Allah akan mengabulkannya
- Hari 'Arafah - Pada hari itu, Allah berfirman kepada malaikat, 'Lihatlah hamba2Ku yang datang dari berbagai penjuru dunia dengan berlumuran debu. Mereka telah menafkahkan hartanya dan melelahkan badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka.
- Hari Aidul Adha - Pada hari ini, seorang hamba berQurban kepada Allah. Setiap titis darah dari haiwan Qurban yang disembelihnya adalah penghapus dosa2nya
- Hari Aidul Fitri - Ketika kaum Muslim berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu keluar untuk melaksanakan solat pada Aidul Fitri, Allah berfirman kepada malaikat: 'Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan balasan. Hamba2Ku telah berpuasa selama bulan Ramadhan lalu keluar pada hari Aidul Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh kerana itu, saksikanlah bahawa aku telah mengampuni mereka semua'. Lalu para malaikat berseru: 'Wahai umat Muhammad, pulanglah kerana Allah telah mengganti keburukan kalian dengan kebaikan'.
4 bulan yang dipilih Allah adalah:
- Bulan Rejab
- Bulan DzulQaedah
- Bulan Dzulhijjah
- Bulan Muharram
4 wanita yang dipilih Allah adalah:
- Maryam binti 'Imran
- Khadijah binti Khuwailid
- Asiyah binti Muzahim (isteri Firaun)
- Fatimah binti Muhammad S.A.W.
4 orang yang mengiringi kelompoknya masuk syurga adalah:
- Muhammad S.A.W. yang mengiringi bangsa Arab
- Salman Al-Farisi yang mengiringi bangsa Parsi
- Shuhaib Ar-Rumi yang mengiringi bangsa Romawi
- Bilal bin Rabah yang mengiringi bangsa Habsyi
Sementara 4 orang yang dirindukan syurga adalah:
- 'Ali bin Abi Talib
- 'Ammar bin Yasir
- Salman Al-Farisi
- Miqdad ibn Al-Aswad
Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Barangsiapa berpuasa pada hari Tarwiyah, Allah akan memberinya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s. atas kesabarannya menanggung ujian Allah. Barangsiapa berpuasa pada hari 'Arafah, Allah akan memberi pahala seperti yang diberikan kepada Nabi 'Isa a.s.
Dalam riwayat lain, beliau bersabda: 'Jika datang hari 'Arafah, Allah menyebarkan rahmatNya. Barangsiapa meminta kepada Allah baik urusan dunia atau akhirat, Allah akan memberinya'.
Selain itu sabdanya: 'Berpuasa pada hari 'Arafah dapat menghapus dosa setahun ke belakang dan setahun yang akan datang'.
Hikmah yang terdapat pada 2 hari raya kaum Muslim itu hanya Allah yang tahu. Namun, pada kedua hari raya itu mereka sangat gembira dan kegembiraan terbesar mereka adalah diampuni dosa2 mereka.
Diambil dari: terjemahan buku Mukasyafah al-Qulub: Al-Muqarrib ila Hadhrah 'Allam al-Ghuyub fi 'Ilm at-Tashawwuf (karya Imam al-Ghazali), muka surat: 333 -335

2 comments:
jzkk kak diha kerana berkongsi. banyaknya peluang nak menimba pahala yang Allah bagi pada kita! sedih sebab baru lately ni sedar, dah berpuluh kali ramadhan, dzulhijjah etc berakhir tanpa saya sedar kelebihannya. tapi bersyukur sebab Allah masih sayangkan saya dan bagi saya peluang untuk tahu sekarang. Alhamdulillah~
jom manfaatkan dzulhijjah ;)
JKK TYFS <3
Post a Comment