Wednesday, March 25, 2009

kia ora te koutou!


Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum...

Baru2 ni kat department emel, ade dapat e-mel tentang belajar bahasa Maori..hihi, lucu pun ade rasanya, tapi macam menarik..so, ni da masuk e-mel ke-2. Rasanya bagus juga kalau share dengan sume orang...tambahlah vocab bahasa Maori, kata belajar kat New Zealand, setakat pandai English, buleh jek stay kat Malaysia...So perkataan pertama yang dipelajari dari e-mel 1st aritu adalah perkataan yang sume student kat NZ ni tahu, nak2 kalau diorg memang beli kadfon jenama tu untuk menghubungi keluarga...Hehe, ye tepat sekali..

Kia Ora - maksud sebenarnya be well/healthy

Perasan tak maksud dia hampir sama dgn salam?Menarik kan...mari kita berfikir sejenak..

Orang Maori yang dikatakan pribumi dan masih cuba nak melangkah perlahan2 mengikut arus kemajuan ni pun amalkan sapaan yang mendoakan orang lain sejahtera, so nape org2 Islam (tak semua, sesetengah jek) yang Allah ajar ucapan yang sangat baik iaitu Assalamualaikum (yang bermaksud sejahtera ke atas kamu) begitu liat sekali nak ucapkan salam. Padahal dah jadi salah satu daripada hak yang perlu ditunaikan ke atas muslim yang lain..so, takkanlah kita nak kalah dengan orang Maori yang jauh lagi ketinggalan dari segi peradaban dibandingkan dengan orang2 Islam yang dah pernah mencipta sistem saliran air dan empangan yang hebat tatkala orang lain mandi setahun sekali jek..Ermm, tapi kan, agaknya kalau sume orang Maori masuk Islam, mungkin mereka akan jadi antara umat yang takkan lekang daripada memberi salam sebab dah terbiasa dengan budaya saling mendoakan sejahtera atau 'be well/healthy' tu.

Tapi sedikit malang gakla, Kia Ora itu telah di'translate'kan kepada Hi untuk memudahkan mat saleh dalam menyapa orang Maori. So, banyak orang ingat Kia Ora tu welcomela, Hi, Hello dsbnya, tapi kalau kita tanya tok luak atau ketua orang Maori mesti dia akan betulkan kita akan maksud sebenarnya..

Perkataan kedua hari ni ialah (lebih dari satu sebenarnya):

Ka Kite (ka-kii-teh) - maksudnya 'see you' (in future sense) (kite = see/discover/find)
Ka Kite Ano (ka-kii-te-a-nau) - see you again
Ma te Wah
(ma-teh-wah) - see you later (informal)

Oklah te koutou, ka kite ano!

No comments: