Saturday, November 14, 2009

Mengejutkan yang lena..


Di sekolah dulu, teringat satu jawatan yang tidak berapa digemari ramai, namun insyaAllah tersedia buat penyandangnya pahala di sisi Allah S.W.T. Jawatan ini bukan BWP (badan wakil pelajar), atau LDP (lembaga disiplin pelajar) (walaupun memang biasa juga jawatan2 ini tidak disukai ramai). Jawatan yang kumaksudkan ini adalah subset kepada Biro HELWA (Hal ehwal wanita) yang bernaung di bawah BADAR (Badan dakwah dan kerohanian)..sape yang dari MRSM biasa la kot dengan beberapa istilah2 ni..

Al-kisahnya, waktu kecik2 dulu aku pernah mendengar satu ceramah dari seorang Ustaz dalam satu kem motivasi, kata Ustaz itu...kalau kita nak dapatkan apa yang kita hajati, kita kena rajin2 solat hajat. Maka, Ustaz tersebut juga mengajar cara2 solat hajat kepada kami, kanak2 riang yang baru sahaja mencecah usia sekitar 8-9 tahun. Kemudian, pernah juga ada sorang abang atau kakak (tak ingat gendernya) yang belajar di luar negara (seperti kita sekarang) datang ke sekolah menceritakan rahsia kejayaannya sampai boleh naik kapal terbang belajar jauh2. Beberapa kali, abang/kakak ni cakap point yang tak semua kanak2 di situ dapat pick up. (maklumlah kanak2 dari sekolah kampung yang agak blur sket). Tapi alhamdulillah, telinga kecilku pick up 2 point penting dalam kata2nya waktu tu...iaitu kita kena ambik hati mak ayah kalau nak berjaya, dan juga kena bangun dan solat tengah malam.

Aku pun berazam utk mengikut jejak langkah kakak/abang tersebut (tapi aku aim untuk sekadar masuk universiti, kerana bagi aku, luar negara tu impian yang terlalu hebat, kami di kampung ni, kalau dapat ikut lawatan ke KL pun dah rasa hebat sangat waktu tu). Alhamdulillah, mengimbas kembali zaman kanak2, aku terkadang mengalirkan airmata keinsafan bila melihat diriku hari ini. Kesibukan, kelesuan dan kepenatan urusan harianku kadang2 aku jadikan alasan untuk menyedapkan hatiku dan akhirnya alasan2 inilah yang menangguh-nangguhkan temujanjiku dengan Allah. Sedang rupa2nya sedari kecil aku pernah mempunyai satu rutin harian yang sangat baik, hanya disandarkan pada pengharapan aku yang begitu tulus pada keberkesanan solat hajat di malam hari.

Aku masih ingat, malam tu juga (balik dari sekolah dan selepas mendengar cerita abang/kakak yang dapat naik kapal terbang tu)...aku katakan pada mak, "Mak, malam ni along nak tidur awal sebab esok nak bangun solat tengah malam". Mak pun kata, "Solatlah sekarang..buat ape bangun tengah2 malam". Tapi lepas tu dengan sifat keibuan dan kasih sayang yang ada pada Mak, Mak kejutkan aku jam 3 pagi. Masih kuingat suara lembut Mak mengejutkan aku, sambil menyentuh lembut lenganku...Separa terjaga, kemudian Mak menggoncang perlahan tubuhku, sambil bertanya lagi, "Along kata nak bangun solat tengah malam, ni pukul 3 sekarang, kalau solat waktu ni best...tenang, adik2 pun semua tidur"

Mak...insan luar biasa yang banyak mengajarku erti kehidupan

Akhirnya aku bangun. Hati juga rasa terharu dengan kejutan mesra dari Mak. Lembut dan menusuk hati, namun mampu mengejutkan aku dari terus-menerus dibuai lena. Rupa2nya Mak pun sama berjaga, membuatkan aku secawan milo panas dan menemani aku solat. Waktu tu, aku hanya tahu solat wajib (5 waktu) dan solat hajat yang diajar Ustaz di Kem. Aku tanya pada mak, kakak/abang yang dapat naik kapal terbang tu, dia solat yang mana bila bangun tengah malam? Solat Isyak lagi sekali atau Solat Subuh? Atau Solat Hajat? Mak kata, Mak pun tak tahu...tapi setahu Mak, solat hajat tak kira masa. Jadi, aku pun memutuskan untuk solat hajat sahaja. Mak hanya melihat dan memesan agar aku mendoakan dia.

'Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yang khusyuk' (2:45)

Benar kata Mak, bangun di waktu tu sangat tenang (mungkin kerana sepi dari keriuhan adik2). Tapi lepas tu, aku sukar tidur kembali. Jadi aku sambung buat kerja sekolah atau melukis anak patung kertas (ni cerita lain kali lah..antara usaha2 projek ekonomi peribadiku, selain memang hobiku melukis). Lama-kelamaan, amalan ini menjadi rutin harianku. Mak pun menghadiahkan aku jam loceng (sebab Mak dah mula kerja kilang di Alor Gajah shift malam dan balik esok paginya, maka tak dapatlah kejut dan teman aku solat tengah malam). Meskipun sudah berlalu 15 tahun, masih dapat kuingat detik2 aku mempunyai disiplin diri dan rutin harian begini, serta perasaan yang begitu membara dan keinginan yang begitu tinggi (himmah aliyah) dalam diriku yang baru berusia lebih kurang 9-10 tahun itu. Keyakinan serta pengharapanku pada Allah yang kusandarkan pada solat hajatku setiap hari jam 3 pagi masih begitu segar dalam hatiku.

(Gambar hiasan ^o^)

Dan aku juga ingat, amalan ini mampu aku teruskan selepas melangkah ke bangku sekolah menengah dengan penuh istiqamah sekali. Of course, aku belajar jenis2 solat lain (beli buku panduan ibadah solat2 sunat) dan mula amalkan tahajud, tasbih dan solat2 lain selain solat hajat. Keyakinanku masih begitu membara. Dan aku membawa bersama keyakinan ini waktu aku melangkah ke MRSM tingkatan 4. Mungkin sebab inilah, selain menjawat jawatan LDP, aku juga diamanahkan menjadi 'unit khas' HELWA (bukan perlantikan rasmi oleh maktab pun ~ takut ade salahfaham di sini - oleh exco BADAR yg perlukan bantuan pengejut2 tambahan ^o^). 2 jawatan yang paling tak popular sekali.

Tugas paling mencabar 'unit khas' HELWA pada aku, bukanlah mengatur aktiviti usrah dan keagamaan atau outing bersama2 ahli usrah yang lain, tetapi mengejutkan mereka2 yang sedang lena dan 'memaksa' rakan2 solat berjemaah di surau. Pada awal2 memegang tugasan, aku cuba mempraktikkan cara2 kejutan mesra Mak. Namun, tak semua berhasil dengan cara tu, dan aku sendiri merasa bosan mengejutkan rakan2 yang sukar sekali dikejut, serta merasa sedih bila aku bangun begitu awal untuk solat, namun biasanya sempat jadi makmum masbuk sahaja. Lama-kelamaan, niat yang tidak diperbetulkan menyebabkan aku mengejutkan rakan2 dengan cara kurang berhemah (agaknya). Daripada nada perlahan dan lemah lembut, aku tinggikan sedikit suara dan mengejut rakan2 dengan nada cemas dan penuh ancaman. (Ancaman terlepas Subuh aje). Aku sedari beberapa rakanku kurang menyenangi cara kejutanku, tapi aku tidak berusaha kembali kepada method kejutan biasa atau yang lebih baik.

Namun, dalam liqa' (meeting) bersama kepimpinan BADAR yang lain, kami muhasabah amal, dan aku sedari serta akui bahawa niat yang tidak diperbaharui boleh membuatkan kita tersasar dari amalan yang dilaksanakan dengan cara sebaik2nya. Selain itu, apabila kita mula menggalas bebanan dakwah sekadar pada nama 'memikul tanggungjawab' tanpa meletakkan intipati kasih sayang dan simpati serta empati kepada orang yang didakwahkan (mad'u), maka disitulah bermulanya kesilapan kita sebagai daie (pendakwah). Teringat waktu Mak mengejutkan aku, niatnya pasti tulus dan dapat aku rasakan dengan jelas kasih sayang serta empati yang mengalir dari sentuhan lembutnya. Alhamdulillah, tidak terlewat aku menyedari kesilapan itu di alam persekolahanku.

Dewasa ini, aku malu mengenangkan zaman silamku yang telah berlalu. Kerana dewasa ini, tidak seindah zaman silamku. Temujanji yang dulu setiap hari aku dambakan dan nantikan dengan penuh harapan, hari ini adakalanya tidak dapat aku penuhi dek kerana 'kepenatan selepas seharian di makmal' atau 'tidur lewat semalam menyiapkan kerja2'....aduhai diri...yang pasti, dewasa ini, aku rindukan sentuhan kejutan Mak yang penuh hikmah, namun tetap gagah dan mampu mengejutkanku dari lena. Aku bersyukur, kerana Allah hadiahkan padaku teman2 seperjuangan yang menggantikan sentuhan kejutan Mak....dan aku pintakan kepada teman2ku, jangan pernah jemu mengejutkanku dari lena untuk kita bertemu dengan Pencipta. Aku tahu, kita perlu mencabar kemampuan serta potensi diri semampu mungkin, namun jika tidak terlalu banyak, inginku meminta alirkankanlah kasih sayang dan empati dalam mengejutkanku dari lena...moga2 pahala yang sememangnya tersandang buat sahabat2 pengganti Bilal bin Rabah ini diraih dengan penuh kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

'Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg org yg berakal.'

'Iaitu orang2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'

(3: 190 & 191)

Ala bizikriLlahi tadmainnul qulub
(Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram)
(13:28)

4 comments:

tun_telani said...

huhuhu... awe terasa mcm dh agak liat nk bangun solat malam ;(
[berusaha!! ]
jzkk di atas entry yg memberi peringatan =)

Siti 'Aisyah Hamsan said...

terima kasih sahabatku...atas ingatan ini...




muklisoh,
x-exco HELWA BADAR MRSM Jasin 2K/2001

hurun een said...

Salam...
Humaira' ni sape eh?Hihi...jumpa jugak sahabat lama, dulu bukan exco pun,Ukhti Safiyah la dok recruit,teringat sama2 dok kejut org kat blok E ^o^ ~

waiyyaki qurrata a'ayun...peringatan atas diri ini sebenarnye..huhu summer yg panjang ini lagi lah mencabar utk bgn malam, belum berjaya lg ni...huhu

hurun een said...

Hihi..tiba2 rasa mcm tahu jek sape Humaira' ^o^ (klu pada nama tu kan?betul x?)