Wednesday, November 18, 2009

Buat diriku....'kuasailah dirimu'!


Kelesuan hari ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa, malah ianya adalah satu fitrah dan sunnah sebuah kehidupan dan perjuangan. Namun mengapa begitu mudah sekali kita menyandarkan kelemahan pada kelesuan ini? Mengapa seringkali hati ditipu dengan berlapikkan alasan2 yang kelihatannya menyejukkan dada, tetapi hakikatnya menambah kegelapan jiwa? Semalam, seorang sahabat, dalam perkongsiannya menceritakan kepadaku (dari ceramah yang didengarinya), bahawa sebenarnya, kita ini tidak punya alasan untuk berbuat dosa. Kerana apabila seseorang berkata, alangkah sukarnya menahan pandangan mata daripada melihat perkara2 mungkar, maka dijawab oleh ulama' bukankah ada banyak lagi perkara2 kebajikan dan kebaikan yang boleh dijamu mata?

Akhirnya, alasan demi alasan itulah yang melapisi dan membalut tubuh dan hati sehingga an-nur hidayah yang cemerlang sukar menembusinya. Terjadilah pertentangan dari yang alami, seperti baju besi yang dibalut di luarnya. Tertutuplah fitrah sebenarnya, tersembunyi dan menjadi lemahlah ia kerana menyangkakan dirinya hanyalah kain balut (seperti kain balut nangka) sedangkan fitrahnya adalah baju terbuat dari besi yang ditempa, malah gunanya dalam medan yang mencabar keperwiraan manusia.

Hakikat ini aku sedari hari demi hari, namun proses pembinaan iman dan taqwa yang tidak pernah berhenti adakalanya menyaksikan kegagalanku untuk belajar dari kesilapan. Memang fitrah imanku yazid wa yankuz (bertambah & berkurang) serta bergelora dan lebih tidak stabil daripada air yang menggelegak. Namun, moga2 graf linear dengan sedikit peningkatan secara puratanya dapat dilakar.

Hari ini, aku membaca seruan ini, dan aku kutujukan buat diriku...Wahai diri, kuasailah dirimu, moga2 engkau menguasai kehidupanmu...Wahai diri, tegakkanlah Islam dalam dadamu, moga2 ianya kan tertegak di hadapan matamu...

Inilah seruan dari As-Syahid yang menjadi peniup bara perjuangan dalam hatiku...

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain. Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu...Ingat bahawa sesungguhnya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah S.A.W.:

'Berilah jaminan kepadaku 6 perkara, nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila berkata-kata, tepati janji apabila kamu berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, pelihara kemaluan kami (jauhi daripada zina), tundukanlah pandangan kamu (daripada yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian'

Wahai saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas 3 asas
  • Mengenali Allah (Makrifatullah)
  • Kebaikan diri (solahu an Nafs)
  • Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq)

Adapun Makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah (mendekatkan diri kepadaNya)

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah (bersungguh-sungguh berjuang mengatasi tarikan hawa nafsu dan bisikan syaitan)

Kasihkan Makhluk dengan Al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka dan melebihkan mereka dari kepentingan diri sendiri)

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali dan aku muhasabah kamu di atas nama fikrah:

a) Supaya kamu menjadikan diri kamu satu sukatan daripada Al-Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurangnya satu ayat

b) Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c) Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah ruku'nya, sujudnya serta kekhusyukkannya, perelokkan serta tadabburlah (fahamilah) apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang Subuh pada waktunya.

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

4 comments:

kantanUngu said...

loike this article! mahu berusaha kuasai diri juga T.T *tabah!*

hurun een said...

ayuh mari kuasai diri bersama ^o^

umm hurairah said...

Jom :) <3

مرضيه said...

kekuatan ni, mesti di minta dari Allahu Rabb...

Tiada kuasa, tanpa pertolongan Allahu Rabb~ T_T

Ya Rabb permudahkanlah, Ameen!

sedihnya~