Wednesday, July 15, 2009

Gegaran yang sampai ke hati


Lama juga menghadap skrin komputer sejurus selesai tazkirah bersama Ahlul Bayt...seketika pandangan berpinar2, ah tak mungkin migraineku datang lagi...rasa tak selesa, badan terhuyung ke kiri, kemudian ke kanan...Aduh, malamku baru jek bermula, takkan nak dilabuhkan tirai pula?banyak lagi kewajipan tak selesai ni...jangan migraine, jangan!

Kedengaran suara Ahlul Bait yang lain, yang turut sama merasakan gegaran...Ya Allah, gempa bumi rupanya....terus aku mempraktikkan langkah2 keselamatan yang setiap semester pun diulang2 di dua jabatan pengajianku (Anatomy & Pharmacy)...

Kalau berlaku gempa bumi, jauhkan diri daripada apa2 berbentuk kaca seperti tingkap, cermin..dan juga benda2 yg boleh tercampak dengan mudah seperti laci, rak buku dan sebagainya...Kemudian berlindung di bawah meja atau katil atau apa2 perabot yang boleh menjadi pendinding kita in case gempa bumi teruk dan atap atau bumbung runtuh, supaya takdela terhempap atas kita directly and cause immediate death...sebaik2nya, rendahkan pusat graviti kita supaya badan lebih stabil, iaitu janganler berdiri, sebaliknya duduk atau baringla...sehinggalah gempa bumi reda...Begitulah serba sedikit pesanan keselamatan dariku buat semua pembaca yang releven dengan situasi ini...alhamdulillah, dapat juga dipraktikkan ilmu Health & Safety Training ku..


Ermm...bukannye nak cerita sangat pasal Health & Safety Training sebab insyaAllah manusia secara fitrahnya akan pandai mencari tempat perlindungan bila diancam bahaya...itu adalah satu anugerah dari Allah S.W.T., so jangan risau kalau tak sempat di'train'. Dan kita juga harus ingat, walaubagaimanapun kita selamatkan diri, sekiranya ketentuan Allah telah tertulis bahawa ajal kita seharusnya berakhir, maka ia akan berakhir tanpa terlewat sedikit pun..

Beberapa detik selepas berakhirnya gegaran yang agak 'mild' itu, aku beristigfar...dan terus beristigfar...kerana gegaran itu benar2 menusuk hatiku...pening di kepala pun tak hilang lagi sebenarnya...fikiranku terus menerawang pada ayat2 Juzuk 30, gambaran2 peristiwa Hari Kiamat yang menakutkan...

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat
dan bumi telah mengeluarkan beban2 berat (yg dikandungnya)
dan manusia pada hari itu bertanya "Apa yang terjadi pada bumi ini?"
Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya
Kerana sesungguhnya Tuhamnu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dengan keadaan berkelompok2 untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya
Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasannya)
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasannya)

(Surah Az-Zilzal)


Takutnye...huhu, Ya Allah...matikanlah kami dalam keadaan beriman serta melakukan ketaatan, dan janganlah Engkau turunkan azab kepada kami di atas kelalaian kami...Pagi ini aku mendapat tahu bahawa hampir keseluruhan Selatan New Zealand merasai gegaran ini, yang bermula di Fiordland dan direkodkan mencecah 6.6 skala Ritcher sekitar pukul 9.30 p.m semalam. Amaran berjaga2 untuk tsunami juga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa ekoran laporan daripada pusat rekod tsunami di Hawaii....

Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada malapetaka ini...


No comments: