Firman Allah S.W.T:
"Hai orang2 yg beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia memberikan kepadamu 'furqan' dan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Al-Anfal: 29)
Al-Furqan, juga nama lain bagi Al-Quran bermaksud pembeda yang haq dan yang batil. Seringkali kita melihat, ramai orang sebenarnya tersalah langkah kerana neraca pembeza antara benar dan salah mereka yang silap. Neraca yang begitu banyak ralat dan perlu di caliberate semula ini sebenarnya berpunca daripada ketidakhadiran satu perasaan halus di dalam jiwa yang dipanggil TAQWA.
Kerana, TAQWA lah sebenarnya yang menumbuhkan FURQAN iaitu neraca yang begitu tepat, persis dan jitu dalam membezakan antara yang baik dan buruk, benar dan salah serta haq dan batil. Dengan Furqan, seseorang itu mampu menyingkap jalan kehidupan dan melonjakkan dirinya ke tangga teratas kehidupan manusia. Dia akan mampu untuk benar2 melepaskan diri dari segala cengkaman thagut dan ikatan2 jahiliyah, dan berjalan megah di atas muka bumi sebagai hamba Allah yang bebas dan merdeka. Kerana taqwa yang juga ibarat cahaya, menyinari fikiran agar jadi jelas, menyingkap al-haq dan menyuluh terang jalan lurus.
Hakikat TAQWA
Taqwa lahir daripada keimanan yang kukuh, yang selalu dipupuk dengan muraqobatullah, merasa takut akan azabNya dan selalu berharap akan kurnia dan maghfirahNya. Taqwa juga bermakna mencegah diri dari azab Allah dengan melakukan amalan soleh serta takut kepadaNya di kala sepi atau terang2an.
Umar Al-Khattab pernahh bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Ubay R.A. menjawab:
"Bukankah kamu pernah melewati jalan yang penuh duri?"
"Ya" jawab Umar R.A.
"Apakah yang kamu lakukan ketika itu?" Soal Ubay.
"Aku bersiap-siap dan berjalan dengan penuh hati-hati"
"Iulah taqwa"
Sayyiq Al-Qutb turut menukilkan di dalam Tafsir FiZilal Al-Quran:
"Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus-menerus, selalu waspada dan hati2 jangan sampai kena duri jalanan...jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri2 godaan dan syahwat, kerakusan dan angan2, kekuatiran dan keraguan, harapan atas segala sesuatu yang tidak mampu diharapkan. Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak layak untuk ditakuti...dan masih banyak duri2 yang lainnya..."
Rujukan: Tarbiyah Ruhiyah - Dr. Abdullah Nashih Ulwan
No comments:
Post a Comment