Monday, July 27, 2009

Fanatik?


Isu yang sama masih diulang2 untuk kesekian kalinya, jari2 tetap tertuding, hati2 tetap menyala...seperti tidak akan surut lagaknya...begitu membara..

Anak derhaka, fanatik nama, pengkhianat, macam dakwah ini milik dia! ....Ya Allah!Setiap kali pun aku menitiskan airmata dengan kata2 daripada saudara2 seperjuangan yang kucintai dan kusayangi...dengan sepenuh hatiku, dengan sebenar2nya!!..Mengapa begini Ya Allah!Betapa beratnya fitnah dan mehnah yang kau timpakan buat kami semuanya, sedangkan kami hanyalah hamba2Mu yang ingin menegakkan kalimahMu di muka bumi ini...

Salahkah Ya Allah, dengan sekeping hati ini, secebis ilmu ini, aku memilih jalan ini?Adakah kerananya aku harus dinista sebegitu, sedangkan Kaulah Yang Paling Layak Menilai diriku...Ya Allah, aku juga ingin menjadi seikhlas sahabatku yang tidak meletakkan nama sebagai ukuran, aku juga ingin menjadi sehebat serta sethabat mereka Ya Allah, tetapi dengan jalan ini yang kupilih dan kuyakini, setelah aku meminta petunjuk dengan sesungguhnya dariMu!

Ya Allah, seandainya aku tersilap atau tersalah, Kau bimbinglah aku, kurniakanlah aku hati yang sentiasa disucikan dengan muhasabah kepadaMu, yang merendah diri dan sentiasa lapang menolak segala dzan dan turutan hawa nafsu...Ya Allah, aku penuh yakin bahawa Kau pasti akan menyatukan hati2 kami semuanya, kerana cinta kami juga adalah satu dan bulat kepadaMu...

Semua kita sayang
Tapi yang leka membuai diri
Melayani hobi tak bertepi
Hingga lupa perjuangan bangsa
Kita senyum sentiasa, tegur di bibir tangan di bahu

Semua kita sayang
Tapi yang sibuk cari yang kedua
Melayani hidup yang tak sesibuk mana
Hingga lupa topik lain
Kita toleh sekali sekala, jangan sampai hilang di mata

Semua kita sayang
Tapi yang jarang-jarang nampak
Melayani punca mata wang
Hingga lupa ikatan tulen sejati
Kita panggung kepala, kalau jatuh jangan tertimpa pula

Semua kita sayang
Tapi yang melayang di puncak awan
Melayani pangkat dan kedudukan
Hingga lupa jasa murabbi
Kita kerling sekali sekala, kalau sakit pening jangan tak terkunjung pula

Semua kita sayang
Tapi yang suka cerca kita, buruk sangka semata
Melayani perasaan tak lawas di hati
Hingga lupa nostalgia bersama
Kita geleng kepala, senyum di bibir sabar di dada


(Sajak diambil dari blog Ust Hazizi ~ jzkk!)

11 comments:

Imran Razali said...

Fasbir 'ala ma yaqulun (20:130)

Banyakkan dan tingkatkan amal kita dan taqorrub kepada Allah lebih-lebih lagi bulan Ramadhan semakin hampir. Moga mendapat sakinah dariNya.

Biarlah amal kita yang berbicara.

Salam

hurun een said...

Jzkk akhi...

Jzkk atas nasihat & pedoman yang melapangkan dada, meredakan kepedihan d& kesedihan...

Moga amal2 kita berbicara dgn kebenaran ^-^

sumayyah.aziz said...

demi masa
sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN
kecuali yang beriman, beramal soleh , berpesan2 pd kebenaran dan kesabaran (al-'Asr:1-3)

salam dan doa buat kak diha,
bila baca tulisan akak ni, saya terasa mcm sy juga turut mengalami ketika masa dahulu..
tetapi merasainya dlm keadaan kita di tempat yg berbeza.
argh, ruginya para du'at hari ini..cuma sama2 kita ingati, usah bicara pd perkara yg kita tidak pasti, ia bisa meruntuh pahala..kdg2 apa yg kita dengar itu diperkata oleh mrk yg xmemahami sebenar..

inshaallah, when we grow older we will get wiser n many things will be easier understood with wisdom. Sometimes truth will come with the grace of Allah RabbulJalil,amin ya rabb.

smg bertemu lagi kelak.

hurun een said...

Jzkk my lovely & beloved sumayyah...Huhu...
Mudah2an Allah rungkaikan ghurur yang berselirat merintangi jalan para duat..
Kita sudah hampir benar dengan akhir zaman, kerana para duat juga digoncang hebat...
Mari kita eratkan cinta kepada Allah, kepada sesama kita keranaNya, moga2 hati2 yang saling mencintai ini dipandu untuk bersatu keranaNya ^-^

Khalifah wa A'biduLLah said...

Assalamualaikum kak diha,

jgn dihiraukan itu semua, biarlah Allah menilai diri kita, jaga keikhlasan di hati, mungkin yg memperkatakan sebegitu rupa, sejenak terlupa dan terikut hati dan perasaan, maafkan mereka, sesungguhnya syaitan tdk dpt menyesatkan kita dlm perkara yg besar, ia akan menghasut kita dalam perkara yg kecil. mungkin satu hari nanti semua akan sedar hakikat bhw walau mungkin berbeza pendapat ianya hanya di dlm hal2 kecil, kerana akhirnya matlamat kita satu, Allah s.w.t. Ingatlah fitnah di zaman Sayidina Ali r.a, jgnlah kita biarkan sejarah itu berulang..

Anonymous said...

salam...
sy doakan smoga akk tabah dan kuat dlm menghadapi dugaan dari Ilahi...
bukankah Allah menduga hambanya kerana kasih dan sayang Nya yg tidak bertepi serta untuk menguji siapa di antara hambaNya yg benar2 bertakwa kpdNya...

FI AMANILLAH...

dari saudara perjuanganmu~

hurun een said...

Jzkk khalif wa 'abidullah & anonymous...
Ana uhibbukum fillah, insyaAllah ^-^ (huhu terharu...nangis lagi ~)

tun_telani said...

Salam diha..
tiba2 teringatkan the 'kakak rumah besar' remark.. huhu..
awe xreti show emphaty.. so i'll give u a hug.. *HUGS..
BERUSAHALAH DIHA!!

hurun een said...

awe sayang,
jzkk!!
i'm returning the hugs to you...**HUGS** semoga walimah esok dipermudahkan~
niat nak call awe banyak kali, but masa sgt tight minggu ni..boleh ke kaco after walimah?hehe ^-^
"Barakallahulakuma wa barak alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin"

Umm Hurairah said...

Apa2 pun di dunya ni yang berlaku, adalah hanya semntara, laksana dunya ini bukan pun jannah, maka penuh lah dugaan dalam bentuk kelemahan dan kekurangan. Setiap kelemahan dan kekurangan yang menduga, harus lah kita harungi dengan sabar. Allahu Alam.

:)

Teruskan perjuangan mu dalam da'waah Islamiyah dan gunakan kebijaksanaan K Diha, moga sentiasa di rahmati ALLAH SWT, ameen. JKK

Wassalam wr

hurun een said...

Jzkk Umm Hurairah...mari kita bersama menggapai redha Ilahi ^-^

Ana uhibbuki ya ukhti!