Saturday, July 18, 2009

Hatiku terpaut pada gadis Ethiopia


Alhamdulillah, selamat sampai di rumah, kepenatan yang amat sangat kerana aksi Zinedine Zidane di Waiora Camp semalam (sekarang pun masih rasa sengal2)...tak sangka mampu main soccer dengan cemerlangnye meskipun padang penuh dengan ais dan frost yang masih belum betul2 cair. Penat tak hilang lagi, tapi aku seperti biasa, setia menghadap skrin Zinnirah Al-Mujahidah ni...tiba2 hati terasa nak mencoret kenangan yang penuh makna semalam...

Pagi2 lagi, aku dan Ahlul-Bait bergegas siap kerana kena berkumpul di masjid seawal 7.30 pagi!Perjalanan ke Waiora Camp memakan masa selama 30 minit kerana keadaan jalan yang berais...pemandangan yang begitu menakjubkan kerana pokok2 dibaluti dengan ais2, kelihatan putih dan bersinar2 di bawah sinaran matahari....SubhanAllah!!Air2 di lopak jalan juga membeku menjadi kepingan2 ais...kesejukan menjalar seluruh tubuh, namun hatiku terasa hangat bila melihat wajah2 saudara seislamku...ada wajah baru, ada wajah lama...

Aku terpandang satu wajah..kuamatinya baik2, kerana seperti pernah kulihat wajah ini...tapi di mana ya?Oh, aku teringat, dalam lift di Adam's Building...aku pernah menegurnya dan memberi salam kepadanya. Terus kuhampirinya, dan meminta izin duduk di sebelahnya. Perkenalan pun bermula....

Pemilik raut wajah tenang ini memiliki nama salah seorang puteri Rasulullah, manis senyumannya bila kukatakan dia mempunyai nama yang baik kerana diambil daripada Ahlul Bait Rasulullah...Bila disebut yang dirinya berasal dari Ethiopia, laju meluncur dari bibirku persoalan:

"Oh, is that a country that was called Habsyah during the Prophet S.A.W. times?The country where the sahabah lead by Jaafar bin Abi Talib went for protection when they were oppressed in Mekkah?

Opps...lidahku mendahului fikiranku lagi...sejurus selepas pertanyaan ini kuajukan, baru aku terfikir dalam hati: Ish, tahu ke dia Habsyah dan kisah hijrah sahabat ni?

Dengan penuh bangga, saudari baruku itu mengatakan:
"Yes, that is the first hijrah in the history of Islam. And An-Najashi was the king at the time, he embraced Islam but no one knows until the time of his death, and they only learn about him being a Muslim when the Prophet S.A.W. pray for him (solat jenazah dari jauh)"

Hatiku terus tertarik pada gadis Ethiopia ini....Kami terus berbual, dan saling mengenali antara satu sama lain. Aku dapat tahu serba sedikit tentang Ethiopia, di mana umat Islam adalah kaum minoriti meskipun bilangan mereka ramai dan semakin bertambah dari hari ke sehari. Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak buat para sahabat serta para pejuang yang telah berusaha mengembangkan dakwah di bumi Ethiopia. Ethiopia dahulunya dikenali dengan nama Abyssinnia atau dalam bahasa arab, Habsyah. Agama rasmi Ethiopia masih Kristian sejak dari zaman An-Najashi lagi. Bahasa yang digunakan di Ethiopia dipanggil Amharic, meskipun ada banyak jenis dan pecahan2 bahasa itu. Sempat juga aku belajar beberapa perkataan Ethiopia, antaranya:

Akam Jerta - How are you (Apa khabar?)
Makangko Madihah - My name is Madihah (Name saya Madihah) ^-^

Ejaan bahasa Ethiopia sememangnya bukan seperti yang tertulis di atas kerana mereka ada abjad special. Ethiopia terletak di hujung 'tanduk' sebelah atas Afrika. Di sebelah atasnya adalah Eritrea, sebelah bawahnya Kenya dan kiri kanannya diapit Somalia dan Sudan. Aku pun baru tahu yang Sugai Nil mengalir sampai ke sempadan Ethiopia! (tak dapat bayangkan juga masa di kem semalam, sampailah jumpa peta kat bawah ni:)

Aku juga mengajarkan beberapa ungkapan bahasa Melayu kepadanya seperti 'Apa khabar' dan 'Nama saya'. Aku merasa bangga pada bahasa Melayu dan juga tulisan jawi yang merupakan tulisan bahasaku satu masa dahulu. Sahabat baruku ini juga memuji dan bersetuju tulisan jawi perlu dimartabatkan kerana ianya lebih menghampirkan umat Islam Melayu kepada Al-Quran. Hatiku berbunga2 keriangan dengan komen membina sahabatku ini...Bagaimana gadis Ethiopia ini boleh memahami kepentingan tulisan jawi sedangkan gadis2 Melayu sendiri menolak tepi tulisan jawi?

Perbualan semakin rancak kami teruskan, hatiku juga semakin terpaut pada wajah jernih di sisiku ini....dari sejarah negara masing2, kami berbincang tentang realiti ummat dan situasi di tanah air Islam. Kami bercakap tentang sistem khilafah, kami bersetuju ianya perlu dipasakkan semula di muka ini...kami bercakap tentang umat Islam Uygurs di Turkestan Timur, kami meluahkan rasa kesal dan sedih dengan penjajahan2 serta penindasan umat Islam di Palestin...kami mengupas beberapa hadith Nabi, kami sama2 berazam ingin mendalami ilmu Islam dan memahami Al-Quran.....oh, aku benar2 jatuh cinta pada saudariku ini!Bak kata orang, 'buku bertemu ruas'...apa sahaja topik perbualan, samada aku atau dia yang memulakan, seperti menyimbah minyak ke api...menyemarakkan serta menaikkan semangat aku dan dia untuk terus bangkit dan mengislah ummah.

Kami menjadi semakin akrab kerana kami dalam team yang sama, serta dipasangkan pula untuk saling memperkenalkan satu sama lain.....aku semakin mengenali saudariku, seperti seorang puteri yang sungguh gemalai, namun bertukar menjadi srikandi terhandal di padang bola. Akhlaknya kuperhatikan begitu mempersona, menjauhi diri dari pertengkaran sia2, ithar yang terpuji serta sangat merendah diri...

Oh, aku benar2 jatuh hati pada saudariku ini!
Yang lebih indah dan mempersona, adalah bila kuajukan, dari mana dia mendapat kesedaran serta kefahaman yang begitu tentang Islam?Maka dijawab dengan begitu rendah hati bahawa semuanya daripada ayahnya. Ayahnya juga mengajarkan kepada orang2 lain (yang terus kufahami maksudnya - iaitu melaksanakan dakwah illAllah) MasyaAllah!Alangkah indahnya baitul muslim yang dimilikinya, alangkah beruntungnya! Hatiku semakin hangat, hampir2 sahaja aku menitiskan air mata di situ....

Aku pulang dengan semangat baru, dengan satu keyakinan baru...bahawa dakwah ini pastinya difahami serta didokong oleh ramai muslim yang ikhlas serta dipandu Allah ke jalanNya...Benarlah kata2 dalam Al-Muntalaq, 'Hanya gerhana, bukannya terbenam matahari'. Bertambah keyakinanku bahawa maruah ummat ini pasti akan dikembalikan, hukum Allah pasti akan tertegak semula, Islam pasti akan dibela...kerana adanya hati2 hambaNya yang yakin dengan janjiNya.....


******

Selingan: Perkongsian aktiviti di Sisters Camp

1) Time management:
Aktiviti yang bermanfaat kerana kami berpeluang duduk bersama sisters yang mempunyai common routine (i.e. undergrads, postgrads, mothers, school kids) untuk berkongsi pengalaman dan muhasabah tentang masa, adakah dibazirkan?bagaimana dibazirkan?dan bagaimana untuk tidak membazir masa

2) Aktiviti2 mengukuhkan ukhuwwah & menambahkan ilmu:
  • Taaruf dengan kata2 hikmah
  • Outdoor soccer
  • Treasure hunt
  • Bola sudu
  • Hias kek
  • Kuiz Islam
Kumpulan kuning telah muncul juara (^-^), kerana telah memenangi soccer (2nd place), treasure hunt (1st place), hias kek (1st place), kuiz Islam (1st place) tapi tak berjaya langsung menghabiskan bola sudu (tempat terakhir..hehe). Alhamdulillah!Suka aktiviti hias kek kerana kami ada tema & maksud di sebaliknya:

Tema: The Journey of Life
Hiasan: Kek kami bentukkan seperti kapal, yang ada pelampung keselamatan (persediaan yang cukup untuk mengharungi kehidupan), kemudian ada juga halangan2 dalam pelayaran (iceberg, ombak etc.) yang menunjukkan kesukaran perjalanan kehidupan. Namun, di sebalik kesukaran, pasti adanya pelangi kegembiraan (kami gambarkan dengan manik2 hiasan warna-warni).



No comments: