Monday, March 23, 2009

Sejenak kuterfikir


Awal2 kaki melangkah ke bumi New Zealand, rasa macam anak rusa masuk kampung...sungguhlah terpinga2...rasa macam terbuka satu 'kepompong', dan bagai diterjah air bah...terkejut, terkedu..namun mujurlah sekarang air pun da surut sket...lebih tenang mengikut arus..Antara pengalaman paling tak terlupakan adalah bertemu dengan sisters2, saudara seaqidah daripada pelbagai pelosok dunia. Sungguh seronok rasanya bertemu sendiri dengan sisters daripada Saudi, Oman, Indonesia, India, Bangladesh, Pakistan, Brunei..dan banyak lagi yang tak tersebut di sini...Berlakulah dialog2, pertukaran idea2 dan pendapat tentang Islam, dan masalah ummah...satu dialog yang paling berkesan di hati aku adalah berkisar tentang perbezaan mazhab.

Pernah aku ditanya seorang sister Arab, mengapa aku membaca doa Qunut setiap kali lepas solat Subuh. Oh, sebab aku mazhab Shafie....dan bermula saat itu, aku menjadi self-cautious...aku sentiasa cuba membuat orang tahu yang aku ni mazhab Shafie. Padahal aku sendiri tak tahu kenapa aku mazhab Shafie dan apa dia content yang sebenarnya dalam mazhab ni. Adakah aku dah benar2 mengikut hukum2 fiqh seperti yang dijelaskan dalam mazhab ni?Macam tak....Aku terkedu bila ada orang kata, mazhab Shafie sebenarnya kena pakai purdah tau...terkedu lagi bila orang kata mazhab Shafie ni yang paling strict sekali. So, mazhab lain tu longgar2 ke?Adus pening2....akhirnya sister Arab itu, yang juga pening, mengambil keputusan untuk mengikut semua mazhab, dan kata dia setiap kali orang tanya dia:

"Ni wat camni ni ikut mazhab mane ye?"
" Tak ikut mana2 mazhab, ikut semua..."

Haish, macam mana ni, sungguh kontradik...tak ikut mana2 tapi ikut semua?Sister Arab itu juga memandang aku dengan pandangan sinis, kerana bagi dia, sisa2 jahiliyah masih menebal dalam diri aku, sifat asobiyah yang tinggi terhadap mazhab Shafie!Aku pun mulalah berfikir kerana aku memang suka berfikir, tapi daya fikirku terlalu dhaif, naif dan lemah sekali...Aku tak mampu nak fikir!Dalam ketidakmampuan aku berfikir itu, aku juga suka bertanya...maka aku bertanyalah sana sini...syukur alhamdulillah, berbagai2 jawapan aku temui..dan fikiran naif aku sekali lagi cuba menganalisa semua jawapan2 itu dan membuat satu kesimpulan..

Kesimpulan yang aku temui setakat ini, yang berjaya menerobos seluruh kekusutan minda tentang isu perbezaan mazhab ini adalah berbalik semula kepada kenapa aku perlu kepada mazhab ini?Seandainya Rasulullah S.A.W. masih di sisi, tak akan pernah aku terfikir soalan ni, begitu juga kalaulah sahabat2 Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar, Umar, Ali, Abu Ubaidah semuanya di hadapan mata aku, tidak sekali2 aku merasa serabut dan kusut memikirkan masalah yang membawa kepada perpecahan antara aku dan sister Arab itu.

Persoalannya sekarang, adakah aku akan bersetuju dengan sister Arab itu, iaitu gabungkan semuanya dan ambil semuanya?Tidak, kemampuanku amat terbatas, satu mazhab pun masih aku tak tahu hujung pangkalnya, hanya matlamat aku menjadi panduan. Sebagai seorang muslim, aku dituntut menyempurnakan ibadah kepada Tuhanku. Tapi bagaimana?Lidahku tidak menuturkan bahasa Al-Quran, sekalipun lidahku menuturkannya, aku tidak mampu memahami apa yang tersirat di dalamnya. Sister Arab itu juga tidak mampu memahaminya dengan sebenarnya tanpa membaca tafsir yang juga dalam bahasa Arab. Aku tidak berkemampuan memahami deenku, manualku, tanpa tunjuk ajar dan bimbingan dari yang arif...lantas aku berkehendak kepada satu mazhab yang telah diasaskan oleh ulama2 besar Islam, yang Allah beri kelebihan ilmu kepada mereka.

Begitu banyak pilihan mazhab, aku yang baru tersedar mengapa aku perlukan mazhab menjadi bingung. Ada orang beritahu aku mazhab Shafie yang paling bagus dan disiplin (dan semestinya yang berkata2 itu bermazhab Shafie), ada seorang lagi, si A yang baru berubah angin menjadi mazhab Hanafi berkata, tak logikla sesetengah usul dalam mazhab Shafie seperti batalnya wuduk sentuh suami sendiri, kan ke susah macam tu, baik lagi mazhab Hanafi....Siapa Imam Muhammad bin Idris As-Shafie?Siapa Imam Ahmad bin Hanbal?Siapa pula si A tu?Aku berani bertaruh yang si A tak kenal pun mereka, dan sama sekali tidak menyedari bahawa jarak ukuran ilmu imam2 itu dengan dirinya melebihi langit dan bumi!

Aduh, aku terpinga2 dengan kejahilan manusia...Mengapa begini jahil dan tersepit di penghujung jalan?Bukankah ada laluan yang lapang di tengah2?Di satu penghujung, sikap taksub dan keterlaluan, sehinggakan tak mahu langsung mendengar hukum hakam dari ulama yang berbeza mazhab kerana bimbang menyalahi mazhab sendiri. Di satu penghujung yang lain, sikap keterbukaan yang membawa kepada kelonggaran, dan boleh jadi juga lebih bahaya dan menjadi sesat, melompat2 dari satu mazhab kepada yang lain tanpa mengerti apa sebenarnya yang diamalkan.

Mengapa tidak ditanya kepada diri, kenapa aku perlukan mazhab?
Kemudian tuntutlah ilmu dan kaji apa asal-usul perkembangan mazhab ini, bagaimana wujudnya perbezaan ini?dan apa pandangan ulama2 mazhab itu terhadap satu sama lain?Bukankah mereka saling merendah diri?Dan mereka serahkan ijtihad mereka kepada Allah?

Jangan tertipu dengan syaitan yang licik. Dalam cubaan kita mengejar Allah sebagai matlamat, memperbaiki ibadah, jangan tersesat dengan 'centric'2 yang merugikan ini. Kembali kepada matlamat, itulah paksi kepada keberadaan kita dalam mazhab itu. Seandainya kita telah dilahirkan dan dilabelkan sebagai satu mazhab tertentu, jangan cepat melatah...teruslah berada di dalamnya, tingkatkan ilmu mengenainya, dan gandakan ibadah dengan keyakinan. Al-Quran dan sunnah itu menjadi kayu pengukur kesahihan dan kebenarannya. Selagi mana tidak tersasar dari keduanya, teruslah berada dalam pegangan itu. Tak perlu juga beremosi dengan berlebih-lebihan dan cuba mempertahankan sesuatu mazhab semata2 kerana ibu bapa kita mendakwa mereka bermazhab itu, kerana itu juga sebenarnya adalah satu ketaksuban yang tak perasan, bukan lagi taksub pada mazhab itu sendiri, tapi pada mazhab ibubapa kita pulak..

Jadi, aku bertekad terus mengenali mazhab Shafie, tanpa prejudis pada mazhab lain. Lagipun, bukan mazhab ini matlamat aku, ianya hanya guideline untuk mencapai matlamat aku iaitu untuk memperbaiki ibadah kepada Allah dan meraih redhaNya. Hanya Allah yang tahu ibadah yang paling sempurna dan tepat dilaksanakan oleh RasulNya, bukan aku yang perlu bersusah payah berfikir untuk memilih mana2 mazhab yang paling betul ajarannya.

Pahala mujtahid telah tersedia, pahala aku belum pasti!Lebih baik aku ketepikan masalah emosi dan fanatik atau solusi terbuka yang melulu, kepada satu pemilihan dan pengkhususan yang teliti tanpa element2 asobiyah, demi mengejar matlamatku, dan selagimana pilihan itu tidak menyanggah Allah dan RasulNya. Kini aku dan sister Arab itu sama2 faham, aku dengan mazhabku, sister itu dengan mazhabnya. Namun kami jelas kini konsep mazhab besar itu sendiri. Dan kami sebenarnya berada dalam satu payung mazhab yang sama - iaitu mazhab Rasulullah S.A.W. dengan matlamat yang sama - iaitu Allah. Kami nampak yang kami adalah satu. Allah-centric = Allah sebagai centre atau matlamat.

Allah-centric lah keputusanku.
Bukan mazhab-centric atau apa2 centric yang lain....Semoga Allah ampunkan aku atas segala kejahilan...Sekadar secebis fikiran dhaif terhadap isu ummah hari ini. Sedih dan kesal, yang jahil akan terus jahil kerana yang celik dan cerdik sibuk berkisar pada hal2 cabang. Oh!

1 comment:

Anonymous said...

Terbaiklah.
Ikut satu2 mazhab ni bukan bermakna kita menafikan mazhab2 lain tp sbgai bimbingan yg jelas utk kita. Mana mampu kita nak mengkaji semua.
Satu lg, kalau yg duk citer masalah furu' tu, mcm duk kata qunut msa solat subuh xleh,tu bukan nk ikut semua mazhab tp ikut golongan wahabi tuu.