Kelihatan sekelompok manusia, sesetengah berpayung, sesetengah memakai poncho dan baju hujan, dan sesetengahnya merelakan titisan2 hujan membasahi kepala dan tubuh...
Dari belakang, agak sukar untuk dikecam kelibat-kelibat yang berdiri setia..melayukah? arabkah? caucasiankah? africa? atau parsi? Semuanya nampak sama dari belakang, dan hakikatnya pun tetap sama, makhluk, hamba, lemah...ada hati dan perasaan
Sedikit fakta yang membezakan kelompok manusia di hadapanku ini adalah mereka punya perasaan dan penghargaan kepada manusia lain yang lebih sket daripada kelompok yang lalu-lalang dan melihat dengan pandangan yang kosong...
Ada penganut christian dengan sepanduk2 yang menentang peperangan 'The true religion of Christ is of peace and against war', ada yang mewakili pelajar2 'Students against war', ada socialist yang melaung2kan hak kemanusiaan....sisters dan brothers muslim pun ada yang memakai t-shirt Save Palestin, ada yang memegang sepanduk2 dengan mesej yang satu - iaitu utk mengusir Israel, malah ada wakil daripada Jewish community yang menepuk2 bahu seorang sister yang berasal dari Palestin dan memeluk erat sister tu sebagai tanda simpati..semua orang berkumpul walaupun hujan turun dengan satu matlamat, iaitu menyuarakan ketidakpuasan hati serta ketidakrelaan Palestin terus dimamah2 oleh Israel terkutuk..
Laungan2 keadilan untuk wakil daripada berbagai persatuan dan perwakilan tenggelam timbul dek kerana hujan yang turun, tapi sesekali telinga ini menangkap ucapan2 itu, perasaan ini juga turut berbaur mengikut rentak ucapan2 tersebut...namun hati ini benar2 seperti direntap2 bilamana di celah2 luahan2 serta protes2 yang dilaungkan terhadap mangsa kekejaman Israel di Palestin adalah kelompok manusia bermuka tebal yang hanya beberapa orang berdiri teguh di tepi jalan yang memisahkan antara yang hak dan batil....
Agaknya kalau setiap seorang daripada manusia tu dihentakkan kepala masing2 ke batu, setitis darah pun tak mahu keluar dek kerana kerasnya kepala masing2...mereka dengan gah mengibarkan bendera Israel dan memegang kain rentang putih bertulis 'Israel: live it to know it'