Sunday, January 11, 2009

Sudah terhantuk, baru terngadah?


Alhamdulillah, pagi ni dapat juga menonton rancangan Al-Kuliyyah TV3 walaupun dari kejauhan di bumi Aotearoa (New Zealand) ni ditambah pula dengan sedikit ke'lembab'an internet...Dalam perbincangan yang singkat tu, dapatlah dikupas serba sedikit tentang konsep jihad, suasana serta perlaksanaan jihad di Palestin, jihad di Malaysia dan isu-isu lainnya..

Dari satu sudut, dapat dirasakan bahawa isu Palestin telah, setelah sekian lamanya dilaungkan dan diperjuangkan oleh segelintir kecil orang, kini mendapat liputan meluas di serata dunia dan di Malaysia juga..Dada-dada akhbar tempatan juga dipenuhi dengan statistik perangkaan kekejaman tentera Israel dan Yahudi laknatullah...

Fatwa yang telah lama diisytiharkan oleh Dr. Yusuf Al-Qadrawi iaitu agar memboikot barangan buatan US dan Yahudi kini seolah-olah baru diperkenalkan, dan masyarakat mula meraba-raba untuk mengenalpasti apa dia barangan buatan US dan Yahudi...setelah sekian lama! Sedangkan sebelum ini, segelintir kecil orang2 yang saban hari berusaha mencambahkan kefahaman tentang perlunya perjuangan terhadap Yahudi diperkecilkan, dianggap sebagai pejuang Islam fanatik dan sebagainya...

Setelah Palestin kini benar-benar nyawa ikan!! Setelah saudara2 kita benar2 disembelih, baru terjaga kita dari tidur?? Aduh...sedih sekali...Mengapa begitu terlewat sekali kita ini?Sedangkan telah ramai para mujahid mengotakan janji mereka, telah pun gugur dan ada yang menunggu2 syahid...kita baru sahaja bangun, masih menggeliat dan menggosok2 mata?

Aduhai diri!
Berapa lama lagi masa diperlukan untuk bangkit?? Berapa lama pula masa diperlukan untuk membuat pilihan samada ingin berjihad atau menyambung kembali lena yang terganggu?

Dari satu sudut yang lainnya, hati ini bersyukur kerana masyarakat mula membuka mata, khutbah2 Jumaat juga membicarakan tentang isu Palestin, rakyat berlumba2 menyertai rapat umum, program2 kesedaran dan menghulurkan bantuan...alhamdulillah, satu permulaan yang baik...menitis juga airmata ini bila melihat perubahan ini, meskipun dari kejauhan...Hati terasa bening bila isu Palestin kini dapat dibincangkan seolah2 ianya benar2 sebahagian dari kehidupan ini...

Masih teringat detik2 awal penglibatan dalam dakwah ini, bila bicara tentang Yahudi dan isu Palestin, mata2 dipicingkan, dahi2 dikerutkan...ketakutan terpancar dan terjalar di wajah adik2ku..

'Barangkali kakak2 ini aktivitis politik, asik bicara tentang Palestin dan jihad..sungguh mengerikan..'

Kalau diajak shopping bersama, 'kakak2' sibuk meneliti packaging makanan atau produk2 sebab selain melihat kandungan halal/haramnya, kita juga melihat jenamanya, adakah produk Yahudi atau US keparat yang bakal kita beli? Adakah kita membayar harta butiran peluru yang bakal menembusi dada2 saudara2 kita di Palestin? adik2ku masih mengerutkan dahi...

'Kakak2 yang sungguh teliti dan pelik sekali'

Kami juga melihat adik2 dengan dahi sedikit dikerutkan: Coca-cola bagaikan satu kemestian, produk kecantikan, pakaian semuanya haruslah yang berjenama...jenama milik siapakah adik2ku?sedikit senyuman kasih sayang diukirkan, adik2 masih belum mengerti akan kekejaman dunia..akan erti sebuah perjuangan...namun hati2 tulus adik2 begitu simpati pada saudara seaqidah kita, begitu terpanggil untuk membantu mereka...marilah adik2ku sayang, bersama2 kita menyahut panggilan itu...meskipun sedikit terlewat kita, namun masih dibuka kesempatan untuk kita turut sama..mari menyahut seruan jihad itu!!

No comments: