Adakalanya, kita selalu syok sendiri..Bercakap beria-ia, kadang-kala tu, begitu teruja sekali kita, dengan penuh keyakinan, menyangkakan mesej kita itu difahami jelas oleh si pendengar sebagaimana kita memahaminya...namun malangnya, mesej itu bukan sahaja tidak difahami, malah mungkin ditafsir dengan cara yang silap sehingga berlakulah konflik dalam diri...samada dalam diri kita yang menyampaikan, atau dalam diri pendengar..atau lebih teruk, dalam diri kedua-duanya sekali...yang jelas, masalah ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng...sebabnya?
Mesej yang disampaikan secara tidak bertepatan akan memberi gambaran yang tidak jelas tentang si penyampai, atau maksud yang disalahertikan juga boleh membawa mudarat yang besar. Boleh jadi, perhubungan antara kedua penyampai dan pendengar terjejas dengan masalah ini...
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna juga ada menyentuh mengenai hal ini. Dia juga merasa hairan apabila adakalanya dia merasakan telah berucap kepada orang ramai dengan keyakinan telah menyampaikan ucapan itu sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya, malah dia menggambarkan kejelasan dan keterangan ucapannya ibarat 'secerah cahaya pagi dan seterang cahaya matahari di tengahari'. Malangnya, orang ramai tidak memahami sedikitpun apa yang diucapkan.
Setelah dikaji dan diteliti, As-Syahid menyimpulkan 2 faktor utama masalah ini:
1) Ukuran atau neraca yang digunakan ketika berucap dan mendengar berlainan sama sekali - sekaligus membawa kepada kefahaman yang berbeza
2) Ucapan itu sendiri mengelirukan atau kabur
Bila dinilai semula hasil fikiran As-Syahid ini, jelas sekali kebenarannya. Adakalanya, kita begitu teruja berbicara tanpa kita memperhatikan kedua-dua faktor ini. Faktor lain mungkin juga suasana atau masa itu sendiri. Terutama sekali komunikasi jarak jauh seperti melalui telefon, sms atau ym, tentu sekali kurang ideal dibandingkan perbincangan yang one-to-one. Salah faham sangat mudah terjadi dengan komunikasi begini.
Kesilapan paling biasa adalah apabila kita membuat andaian pendengar juga sedang memikirkan perkara yang dibincangkan dari sudut atau aspek yang sama. Sedangkan, pendengar mungkin memberi perhatian kepada perkara yang sama tetapi dengan pandangan yang berbeza. Selain itu, kita juga gemar berbasi-basa atau menyelindungkan hasrat sebenar di hati, maklumlah orang melayukan memang beralas kata-katanya. Akhirnya, mesej yang diterima oleh pendengar berlainan sama sekali dengan kemahuan penyampai..
Maka, gagallah komunikasi kita pada masa tu...sedihnya, mari memujuk hati!Apa patut kita buat seandainya komunikasi dah tersalah langkah? Pujuklah hati, tenangkan fikiran dan paling penting, haruslah bersangka baik pada pihak yang satu lagi. Serahkan kepada Allah juga, sebab Allahlah yang memberi ilham kepada pihak yang satu lagi untuk memahami mesej yang kita sampaikan...insyaAllah, kita berazam untuk perbaiki skill komunikasi kita di masa akan datang dengan membetulkan kesilapan kita kali ni dan kena lebih cuba memahami pendengar tu sendiri.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment