Wednesday, January 7, 2009

Mus'ab bin Umair


Seorang remaja Quraisy yang terkemuka, yang paling segak dan tampan, penuh dengan jiwa dan semangat kepahlawanan, digelar Mus'ab yang baik berikut corak peribadi yang amat disenangi teman-teman, menyahut seruan Islam dengan meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan dunia....terbukti ketulusannya sehingga di pengakhiran hidupnya sebagai syuhada' di medan Uhud dengan hanya sehelai kain yang tidak cukup pun untuk menutupi keseluruhan tubuhnya...menjadi naqib dan duta pertama Islam yang menyinari seluruh rumah-rumah di Madinah dengan hidayah hasil kelembutan bicara dan kehalusan peribadi..


Muwarrikh dan ahli seerah:
'Seorang warga kota Mekah yang mempunyai nama paling harum'

Rasulullah S.A.W:

'Dahulu aku lihat Mus'ab ini tidak ada yang melebihinya dalam memperoleh kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cintanya kepada Allah dan RasulNya'

Saat memandang jasad suci Mus'ab bin Umair, Rasulullah membacakan:
'Di antara orang-orang Mukmin terdapat pahlawan-pahlawan yang telah menepati janjinya dengan Allah....' (Al-Ahzab: 23)

Seraya melihat kain yang menutupi jasad Mus'ab, Rasulullah S.A.W. bersabda:
'Ketika di Mekah dahulu, tak seorang pun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadamu. Tetapi sekarang ini, rambutmu kusut masai dan tubuhmu hanya dibaluti sehelai kain burdah'

Warga kota Madinah:

'Jika Usaid bin Hudhair, Sa'ad bin'Ubadah dan Sa'ad bin Muadz telah masuk Islam, apalagi yang kita tunggu...marilah kita pergi kepada Mus'ab dan beriman bersamanya!Kata orang, kebenaran itu terpancar dari celah-celah giginya!'

Ibrahim bin Muhammad bin Syurahbil al-'Abdari (dari bapanya):

'Mus'ab bin Umair adalah pembawa bendera di Perang Uhud. Tatkala barisan Kaum Muslimin pecah, Mus'ab bertahan pada kedudukannya. Datanglah seorang musuh berkuda, Ibnu Qumaiah namanya, lalu menebas tangan kanannya hingga putus, sementara Mus'ab mengucapkan: 'Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya didahului oleh beberapa Rasul'. Maka dipegangnya bendera dengan tangan kirinya sambil membongkok melindunginya. Musuh pun menebas tangan kirinya itu sehingga putus pula. Mus'ab membongkok ke arah bendera, lalu dengan kedua pangkal lengannya, diraih bendera ke dadanya sambil mengucapkan: 'Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, dan sebelumnya didahului oleh beberapa Rasul'. Lalu orang berkuda itu menyerangnya ketiga kali dengan tombak, dan menusuknya sehingga tombak itu patah. Mus'ab pun gugur dan bendera jatuh'

Khabbah ibul 'Urrat:

'Kami hijrah di jalan Allah bersama Rasulullah S.A.W. dengan mengharap keridhaanNya, hingga pastilah sudah pahala di sisi Allah. Di antara kami ada yang telah berlalu sebelum menikmati pahalanya di dunia ini sedikit pun juga. Di antaranya ialah Mus'ab bin Umair yang gugur di perang Uhud. Tak sehelai pun kain untuk menutupinya selain sehelai burdah. Andainya ditarik di atas kepalanya, terbukalah kedua belah kakinya. Sebaliknya bila ditutupkan ke kakinya, terbukalah kepalanya. Maka sabda Rasulullah S.A.W. 'Tutuplah ke bahagian kepalanya, dan kakinya tutupilah dengan rumput izkhir'

(Petikan dari Rijalun Haular Rasul - Khalid Muhammad Khalid)

Monday, January 5, 2009

Saudaraku berlumuran darah...dan aku?

Sedih, sebak, sesal...

Itulah perasaanku pagi ni...Israel laknatullah itu semakin melampau, angka korban sudah melebihi 450 orang....dan seluruh dunia bagaikan buta, tuli dan bisu.....Kem Beit Lahiya di Genting Gaza pun dah dibolosi mereka, letupan yang mengorbankan orang2 awam yang tidak berdosa...

Letupan besar yang terhasil setelah tentera Israel membedil Kem Beit Lahiya di Utara Genting Gaza

Mengapa kita semua membisu?Sibuk dengan urusan peribadi yang begitu picisan?Sedangkan jiwa2 insan yang seaqidah dengan kita dizalimi?Mengapa!!?Hatiku meronta2 kegeraman bercampur kesedihan, perbagai persoalan menerjah mindaku...

Dan akhirnya...seperti selalunya, perasanku akhirnya bertukar menjadi lesu dan lelah...kerana aku terlalu kerdil untuk merubah dunia, apatah lagi mengangkat senjata atau bersemuka dengan pembunuh2 saudaraku...Aku merasa lemah sekali, hampir2 aku hilang keyakinan pada diri, pada kehidupan...dan pada semuanya...

Kerana aku bagaikan melihat saudara2ku dianiaya di balik dinding kaca yang tebal...Aku hanya seorang pemerhati, penyaksi....yang tidak berdaya...Namun, aku benar2 berharap, penyaksianku terhadap kekejaman ini semakin menguatkan langkahku...semakin teguh pasak azamku...semakin berkobar semangatku...

Semoga, di celah2 kelesuan ini, makin terbentang dan tersuluh terang jalanku, tujuanku...dan matlamatku...Salam perjuangan buat saudara2ku di Palestin, semoga kalian terus teguh dan diberi kemuliaan kembali kepadaNya sebagai para syuhada'...semoga semangat perjuangan kalian menjadi obor penyuluh perjuanganku di sini...


Thursday, December 18, 2008

My daily hadith:Lihat kiri dan kanan!

Daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan"

H.R. Bukhari

Wednesday, December 17, 2008

Akhlak dalam berkomunikasi

Hari ni adalah hari yang sangat memenatkan...(ermm, sebenarnya hari2 pun penat, apsal ari ni plak nak komplen...).Walaupun ari ni sama cam ari2 yang laen, terasa lebih penat kot sebab ada peristiwa yang berbeza dari semalam dan kelmarin yang berlaku hari ni...

Awal pagi ana dah ke sekolah...yah yah...terasa sungguh rajin plak...sepatutnya research assistant dah siapkan container untuk membrane western blot (sebab dah bagitahu dia sejak minggu lepas)...tapi nampaknya dia baru nak gi beli pagi tadi...haish...panasnyer hati ana takleh cakap...fuh fuh...tarik nafas dalam2...sabar jeklah...selagi takde container tu, takleh nak proceed keje neh....kalau tak stat awal plak, nanti siap keje kol 12.00 malam...ish..tak sanggup....lagipun ana ingat pesan Abu Salamah - jangan balik lewat sangat..

Akhirnya kupujuk hati....then muncullah si research assistant....rasa geram kat dia terus hilang sebab tengok dia cam tensi semacam jek....hermm...maybe dia pun sangat busy, sian plak kat dia kena settlekan banyak mende untuk PhD student yang banyak songeh cam ana dan N. Si research assistant ni memang jenis 'panas' gak...so, dia cuba untuk bagitahu ana dan N pasal container, malangnya N tengah busy....so macam tak layan ar...

N minta si research assistant ulang semula apa yang dia cakap...tapi apa yang N dapat adalah hamburan, jeritan dan kemarahan....seperti lava gunung berapi...meledak2...bergegar lab tu...ana pekakkan telinga dan buat2 busy...haish, ngeri betul...N cuba mempertahankan diri dan keadaan jadi lebih buruk..masing2 dengan ego masing2...akhirnya si research assistant hempas pintu dan beredar...N pula cuba buka topik kat ana dengan harapan ana sokong dia...tapi ana diam seribu bahasa...tak nak masuk campur!

Ana nampaklah hari ni betapa pentingnya akhlak dalam komunikasi....bagi ana, dua2 pun ada silapnya..dan kemarahan si research assistant tu pun sebenarnya hasil 'terkumpul'nya kemarahan sebelum2 ni yang disimpan...lama2 jadi bukit...Peristiwa ni sebenarnya taklah jauh berbeza dengan apa yang ana lihat dari kehidupan peribadi ana...benar, kita seringkali melaung2kan ukhuwwah kerana Allah....kasih sayang sesama saudara sefikrah, satu kefahaman, satu matlamat, satu perjuangan....tapi adakalanya, ana pelik bila manusia menjadi 'selfish' dan hanya mementingkan perasaan sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang sekitar....tidak salah kita melayan perasaan...tapi orang2 sekeliling kita bukannya batu atau kayu yang tidak terkesan dengan perubahan emosi kita...Atas dasar inilah Rasulullah S.A.W. berpesan dalam hadith yang cukup ringkas, namun padat:

"La taghdob...la taghdob...la taghdob"

(Janganlah engkau marah, janganlah engkau marah, janganlah engkau marah)

So, kita kena start belajar kawal emosi...dan perbaiki akhlak, sebab Allah suruh pelihara hubungan sesama manusia, dan pelihara hubungan denganNya....(dan keduanya saling berkaitan). Jangan buat orang sekeliling rasa kita tak puas hati dengan mereka melalui aura2 kemarahan yang kita pancarkan...kalau benar ada sekelumit rasa tak puas hati dengan orang keliling, praktikkan akhlak Islam - bersemukalah dengan tujuan berdamai dan sentiasalah merendah diri dan bersedia mengakui kesalahan diri...sekiranya kita hanya tensen sendiri....segeralah leraikan kecamuk emosi itu atau tutuplah jangan sampai rakan sekeliling pulak yang kene tempiasnya...

Fikir2kanlah...semoga Allah memberi kita petunjuk...

My daily hadith: Ramah-tamahlah kamu!


Daripada 'Aisyah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya ramah-tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya urusan menjadi buruk"

H.R. Muslim