Monday, December 15, 2008

My daily hadith: Kebersihan itu kan sebahagian dari iman....

Dari 'Aisyah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda:

"10 perkara (dari peraturan kebersihan) yang dituntut agama iaitu menggunting misai, biarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi, membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku2 jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari2 dan beristinjak".

Kata Mus'ab R.A:

"dan aku lupa perkara ke-10, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur2"

H.R Muslim

Sunday, December 14, 2008

Pencari rezeki di musim summer ^-^

Buat teman-teman yang tak pulang bercuti ke Malaysia (termasukla ana sendiri) summer nie:

Masa yang banyak sepanjang cuti ni, haruslah kita manfaatkan sebaiknya...kalau kita sia-siakan, pasti akan ada azab yang bakal menanti...Nauzubillah....semoga kita terpelihara dari azab tu....sebab masa tu kan amanah...dan Allah telah pun bersumpah dengan masa yang manusia ini memang dalam keadaan yang rugi, kecuali 2 golongan:

1) Yang berpesan2 pada kebenaran
2) Yang berpesan2 pada kesabaran

So, iA semoga kita tergolong dalam 2 golongan yang beruntung neh!

So, ape jek aktivitas yang bermanfaat boleh dilakukan sepanjang summer neh?

Mestilah ade banyak! Kalau masa tengah2 academic year, kita wish sangat yang kita sedikit free, terutama masa exam untuk buat banyak benda kan? So, sekarang dah free janganlah asik 'qada' tido macam ular berlingkar jek....kan ade banyak mende leh wat. Antaranya (cadangan jek...sahabat2 sume sure ade lagi banyak plan yang bagus dan bermanfaat):

1) Masa nilah kita leh guna untuk tambah thaqafah (ilmu & kefahaman) - boleh banyakkan membaca buku2 islamic. Rujuk nota kaki 1

2) Boleh berjalan, melihat dan mentafsir kejadian alam yang hebat neh - Alhamdulillah, New Zealand is one of the most beautiful place in the world..so, take your time untuk memuji kebesaran Ilahi dan menginsafi kejadian diri!


3) Sihatkan badan dengan sukan/g la gym yang free tu ke - ingat balik satu dari ciri 10 sifat individu muslim (sihat tubuh badan kan?)


4) Cari rezeki yang halal untuk tambah pendapatan & supaya boleh digunakan untuk tujuan beribadah serta sebagai khalifah kepada Allah.


5) Tambahkan/ulangkaji hafazan Al-Quran - masa cuti nilah masa terbaik utk set target hafazan dan cuba achieve!


Bercakap tentang kerja....

Sahabat2 ada yang dah plan nak bekerja di orchard, packing or picking buah...tak kisah lah tu....ada yang nak keje cleaner jek macam ana neh...pun tak kisah gak...sebab pe, Allah tak pandang pun kita keje ape, asalkan niat kita dalam bekerja tu betul....so, ada beberapa pointla nak dikongsikan buat teman2 yang bakal dan juga telah pun memulakan karier bekerja anda sepanjang summer neh:

1) Pastikan rezeki yang kita terima itu benar2 HALAL. Dengan cara:
  • Niat yang betul (tak bolehlah niat kerja utk beli benda2 haram)
  • Kerja betul2, jangan curi tulang atau makan gaji buta
2) Jaga batas2 dalam Islam:
  • Dalam dunia pekerjaan, mestilah kene berinteraksi sesama lelaki dan perempuan. Boleh dan dibenarkan, tapi janganlah lebey2...ingatlah Allah Maha Memerhati setiap gerak geri
3) Kena merasa mulia walaupun dengan kerja yang dianggap low class oleh masyarakat:
  • Kadang2 bila kita kerja sebagai cleaner, kita sedang mentarbiyah diri dengan sifat2 rendah diri, dan sifat2 kehambaan
  • Sebab kita selalu sibuk fikir yang diri kita bakal berada 'on top of world' sebab kita kan bakal doktor, bakal engineer...so, kalau dari sekarang tak latih diri merendah diri...adakah nanti kita boleh merendah diri dan memahami betapa sukarnya orang2 yang kerja sebagai cleaner buat kerja dan cari rezeki?
  • So, kena respect kerja yang kita wat dan wat sungguh2....pernah diceritakan, seorang ulama' melatih dirinya merasa rendah diri dengan mencuci tandas anak2 muridnya...MasyaAllah...itulah keindahan akhlak muslim yang memahami Islam...

Obligations of Employers and Employees

As an employer, you have an obligation to care for your staff; provide the most suitable working environment; and ensure that they are fully compensated punctually, for all their services rendered: 'Give the labourer his wages before his sweat dries'. (Ibn Majah.) The Prophet also said that one of the persons he shall be against on the Day of judgment is the man who does not pay the right wages to his employees after their labours.

As an employee, you must perform your job with diligence and proficiency. `Verily, Allah loves that when anyone of you does a job he should perfect it' (al-Bayhaqi). Know that the best food is that which comes from your own efforts: `No one eats better food than what he earns by the labour of his own hands'. (Bukhari.)

Compiled From:
"In The Early Hours" - Khurram Murad


Nota kaki:

1) (kalau kita faham definisi Islam - maka kita takdelah bayangkan buku2 Islamic tu: hukum fiqh dalam Islam or Seerah Nabawiyah jek, kita pasti dapat bayangkan bersama buku2 tu, adalah buku2 ilmiah seperti astronomy, wildlife, biology etc. - Islam itukan syumul??)

Selamat bekerja sahabat2 sekalian!

Friday, December 12, 2008

My daily hadith: 3 golongan yang tidak boleh dicela

Abu Umamah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil"

H.R: Muslim

Thursday, December 11, 2008

My daily hadith: Beratnya wahyu!

Dari Aisyah R.A. Harith bin Hisyam bertanya kepada Rasulullah S.A.W.:
"Ya Rasulullah! Bagaimana wahyu Allah S.W.T. diturunkan kepadamu?"
Rasulullah S.A.W. menjawab:
"Kadang-kadang ia diturunkan seperti bunyi sebuah loceng. Dari berbagai-bagai cara wahyu diturunkan, cara inilah yang paling berat dan kemudian bunyi itu hilang setelah aku menerima wahyu itu. Kadang-kadang malaikat menemuiku dalam keadaan seperti lelaki dan berbicara kepadaku dan aku mengingati apa yang ia katakan."
Aisyah R.A. menambah:
"Ketika Nabi sedang menerima wahyu pada suatu hari yang dingin, aku melihat peluh berjatuhan dari dahinya hingga wahyu itu selesai diturunkan Allah S.W.T."
Hadith riwayat Bukhari


~ Jzkk Abu Salamah. Ana uhibbuka fillah ~

Tuesday, November 11, 2008

Cinta palsu hancurkan nilai keinsanan

KEWUJUDAN manusia adalah keunikan alam anugerah Allah dan komunikasi antara mereka memperlengkapkan kelangsungan sebuah kehidupan, manakala hubungan manusia dan pencipta-Nya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitrah kejadian seni dan agung sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta juga menepati satu angka daripada perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang didefinisikan sebagai cetusan rasa daripada orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat adalah lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah suci dan iman yang komited kepada Allah. Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa lahir dari satu hati dan jiwa kepada hati dan jiwa yang lain. Justeru, tidak wujud cinta biasa, yang ada hanyalah cinta luar biasa kerana sesiapa memahami erti cinta, akan tahu hakikatnya yang luar biasa kerana kita akan mencintai orang lain lebih daripada seseorang itu mencintai dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah." Dan cinta, apabila luar biasa, tentulah tidak sama dengan cinta yang tidak didasari oleh kecintaan kepada Allah.

Cinta luar biasa, semakin kita mencintai, makin kita cinta Allah. Permasalahan cinta dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini ialah pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial. Individu Muslim sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang menguasai jiwa.

Cinta berteraskan nafsu dan syahwat adalah cinta palsu yang tidak akan ke mana-mana. Cinta kerana harta, adalah cintakan harta, cinta kerana pangkat adalah cintakan pangkat, cinta kerana keturunan adalah cintakan keturunan, bukannya cinta lahir dari hati yang ikhlas untuk bersama si dia sepanjang hayat.

Cinta harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab. Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang. Justeru, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu, tetapi aku takut kamu dibentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada umat pada zaman dulu, lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya seperti mereka sebelum kamu lalu kamu binasa seperti mana mereka binasa."

Memiliki harta tidak dihalang syarak sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji tetapi harta bermanfaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah. Firman Allah yang bermaksud:

"Berangkatlah sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 41)

Cinta pangkat dan kedudukan, jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan. Kadangkala terfikir juga, untuk apa mengejar pangkat dan kedudukan sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia hina dina?

Al Fudhail mengingatkan kita: "Kalaulah dunia ini terdiri daripada emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar (tembikar) yang kekal, sayugia kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa."

Kita harus tahu perasaan yang lahir dalam hati adakah ia mendorong kepada hidup bersama untuk mencapai reda-Nya atau sebaliknya?

Jika kita kenal pasti cinta untuk mendapatkan kemanisan iman, maka teruskanlah dengan sebuah perkahwinan, jika sebaliknya, percayalah bahawa cinta itu buta dan akan menggelapkan sebuah kehidupan. Jodoh hanya datang selepas kita berusaha ke arah itu kerana tidak ada kebenaran untuk mendapatkan mana-mana hak bersama sebagai suami atau isteri tanpa kebenaran sama ada tuan punya badan atau walinya.

Jangan menyalahkan jodoh semata-mata kerana ia tidak datang bergolek. Jodoh boleh diatur kerana ia hanyalah sebuah kejadian yang dirancang dengan izin-Nya, tetapi carilah cinta yang luar biasa.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

Taken from blog: Khalif wa A'biduLLah...hihi...jzkk!!