Thursday, February 25, 2010

Bangsa dan peradaban yang terlupakan


Bandar Wellington dipenuhi dengan iklan ini. Di tempat menunggu bas, di tiang2 tepi jalan, pada bangunan2 dan gerbang ketibaan di airport, iklan ini menangkap mata. Terus hati rasa tertarik dan ingin sangat2 ke Muzium Negara New Zealand ni (lebih dikenali dengan nama Te Papa)...Alhamdulillah, hajat tertunai juga, jzkk akhawat yang sudi membawa!

Selangkah ke kawasan pameran, terasa seperti mengundur beribu tahun ke belakang, kembali kepada zaman kegemilangan Empayar Rom. Graf sejarah dan garis masa dibentangkan di kawasan awal pameran, memberi sedikit sebanyak informasi tentang sejarah Empayar Rom, penubuhannya dan akhirnya membawa kepada penaklukan kota Pompeii yang terletak berdekatan dengan bandar Naples hari ini (di bawah jajahan takluk Itali).


Kota Pompeii digambarkan memiliki kemewahan dan peradaban yang amat tinggi, seperti yang dibuktikan sendiri dengan pameran wang syiling persis matawang hari ini (sedangkan Pompeii ini wujud di awal 70 Masihi!!), begitu juga dengan barang2 perhiasan, peralatan2 yang digunakan, rekabentuk bangunan, lukisan...terlalu amat sedikit bezanya jika dibandingkan dengan Zaman Kebangkitan Eropah...seolah2 kehebatan masyarakat Pompeii ini jauh menandingi masyarakat Eropah yang wujud hampir lebih 1500 tahun kemudiannya!


'Yang demikian, ialah sebahagian daripada khabar berita penduduk negeri2 (yang telah kami binasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).' (11:100)

Bandar Pompeii yang begitu hebat ini musnah dan ditimbus oleh lava, debu dan habuk selama hampir 1700 tahun lamanya ekoran letusan daripada gunung berapi Vesuvius pada sekitar 24 Ogos tahun 79 M dan hanya dijumpai semula sekitar tahun 1748 M. Letusan yang membawa kemusnahan dahsyat ini hanya mengambil masa kira-kira 2 hari. Menariknya, kami disajikan dengan tayangan 3D yang menggambarkan detik2 akhir sebelum kemusnahan bandar mewah ini. Tayangan pendek ini amat menyentuh hati kerana dalam tempoh yang begitu singkat, seluruh bandar menjadi ibarat padang jarak padang tekukur.


'Maka kami binasakan mereka dengan suara keras letusan pada waktu pagi' (15:83)

Hasil2 tinggalan penduduk bandar ini masih kekal seolah2 mereka dibekukan selama hampir 2000 tahun ini. Raut wajah mereka juga jelas kelihatan pada kesan2 tinggalan (body cast) yang terbentuk. Sesungguhnya Allah mentakdirkan agar kesan2 ini tersimpan kukuh dan masih kekal bagi menjadi bukti2 kepada kita, generasi yang baru ini. Namun, hanya hati2 yang sedar dan berfikir mampu memahami rahsia kesan2 tinggalan kota lama yang tertimbus ini, sedang hati yang lalai melihatnya hanya sekadar satu keajaiban bandar kuno dan peradaban dahulu kala.


Antara lain yang menarik, turut dipamerkan sepanjang pameran di Te Papa ini adalah:
  • Sejenis makanan bernama 'Garum' yang konsep penyediaannya tak ubah seperti penyediaan budu (kata akhawat yang berasal dari Kelantan yg ada bersama2)
  • Sumber ammonia yang digunakan sebagai 'bleach' atau peluntur pakaian adalah daripada sumber semulajadi iaitu 'urine' manusia (air kencing), malah di depan kedai2 dobi ada disediakan belanga2 untuk org ramai yang lalu-lalang menyumbang sumber ammonia tersebut - fakta ini sedikit geli ~
  • Topi dan peralatan yang digunakan di arena lawan (seperti colosseum) serta jenis2 pahlawan termasuk Gladiator
  • Deretan kedai/farmasi dan kawasan jual-beli yang maju, tak ubah seperti kedai2 hari ini
  • Barang kemas yang tak jauh beza daripada design yang ada hari ini (cincin, gelang etc.)
  • Alat2 persolekan wanita serta sikat yang sebiji macam yang sy ada di rumah sehingga ada akhawat yang mengusik
Namun, sedikit kekecewaan dirasakan apabila gambaran kehidupan dan aspek sosial penduduk bandar ini yang asalnya berbangsa Oscan tidak diceritakan atau dipamerkan dengan lebih terperinci. Merujuk kepada hasil karya Harun Yahya dalam buku bertajuk 'Perished Nation' dan filem dokumentari yang diadaptasi daripada buku tersebut, beberapa fakta penting dapat dipelajari tentang kehidupan penduduk bandar Pompeii ini:
  • Budaya 'Sadis' atau gemar pada kekejaman dapat dilihat pada hobi mereka mempertaruhkan nyawa manusia melalui pertarungan2 di gelanggang2 lawan, tak ubah seperti gelanggang ayam sabung. Para Gladiator dan pahlawan2 lainnya akan berentap sehingga salah satunya menemui ajal dan aksi ini dipertontonkan kepada seluruh rakyat serta menjadi sumber hiburan utama. Ada kalanya, manusia dipertarungkan dengan singa atau harimau. Alangkah buruknya hobi dan kegilaan mereka ini! Malah dikatakan, bandar Pompeii memiliki colosseum (gelanggang lawan) yang kedua terbesar selepas bandar Rom itu sendiri.
  • Sistem perhambaan dan penindasan yang teruk digambarkan pada lukisan2 dan manuskrip, malah pada barang2 kemas pada tinggalan rangka mayat dipercayai hamba sahaya yang tertulis kata2 seperti 'From Master to His Slave'. Nasib hamba abdi begitu buruk sekali dan nyawa mereka juga tidak bernilai di mata masyarakat
  • Pelacuran, Homoseksual serta Pesta Seks keterlaluan yang mengundang kehancuran kepada moral, juga kemurkaan Allah S.W.T terhadap penduduk bandar ini. Bandar ini digambarkan seperti pusat istirehat di Zaman Rom dan terkenal dengan budaya tercela ini
Dalam bukunya, Harun Yahya juga menyimpulkan bahawa nasib yang menimpa penduduk Pompeii ini persis sekali dengan nasib yang menimpa kaum Nabi Lut A.S. Semoga iktibar dari peristiwa ini dapat kita jadikan sandaran dalam kehidupan kita sehari2.


'Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, telah kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat utk mereka dan Kami jadikan sungai2 mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa2 mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain sesudah generasi mereka' (6:6)

Sumber:
1) Al-Quran Al-Kareem
2) A Day in Pompeii - Te Papa (National Museum of New Zealand)
3) Perished Nation - Documentary Film
4) Perished Nation by Harun Yahya

1 comment:

Anonymous said...

http://technologiesuae.com/#5193 cheap xanax uk - generic xanax manufacturers