Alhamdulillah, semalam sempat mencuri masa di sebalik kesibukan aku dan tikus2 makmalku untuk menghadiri perbincangan menarik tentang isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).. yang dibentangkan oleh Kak Lily & Abg Sabri..(trimas pihak penganjur WPI).
Sejak pertama kali aku dengar pasal PPSMI ni (2002 - 2003), agak tertarik juga minatku untuk mengikuti perkembangannya...macam2 reaksi daripada masyarakat aku perhatikan sepanjang 6 tahun ni. Aku sendiri, yang berasal dari keluarga yang begitu sederhana dan dari kampung (yang tidak tersohor plak tu), benar2 mengharapkan yang pembaharuan dalam sistem pendidikan di Malaysia ni dapat merubah corak pemikiran anak2 kampung di tempatku, iyelah..di zamanku dulu, aku sendiri yang bersusah-payah untuk belajar bahasa Inggeris. Masih aku ingat waktu aku di tahun 2 uni, kami kena menghadiri kursus BTN masa tu. Bila aku disuruh perkenalkan diri, aku katakanlah yang aku berasal dari sekolah rendah A (di kampungku) dan sekolah menengah B (juga di kampungku) sebelum akhirnya dipilih masuk ke MRSM waktu tingkatan 4. Terkedu aku bila pegawai BTN tu bertanya:
"Eh, di sekolah kampung tu, cikgu2nya mengajar bahasa Inggeris dengan baik ke kat student2?" dek kerana rasa tidak percayanya dia dengan kemampuanku bertutur dalam bahasa Inggeris...ya, memang aku dari sekolah kampung yang cikgu2 nya pun perlu belajar lagi untuk mengajar bahasa Inggeris dengan lebih baik, but here i am, in New Zealand...English is my second language, alhamdulillah..
Erm, jangan salah faham...tidak terdetik untukku berbangga diri, jauh sekali di lubuk hatiku untuk riak, kerana semuanya adalah daripada Yang Maha Memberi..namun, di sebalik langkahku di sini hari ini, masih kuingat setiap usaha2ku mempelajari bahasa kaum yang dikatakan menguasai dunia ketika ini...aku masih ingat yang aku ke hulu dan ke hilir dengan sebuah kamus kecik yang mak belikan (hasil kerja kilangnya yang tak seberapa tu), dan juga buku2 cerita bahasa Inggeris beserta buku kecik 555 (yang budak2 selalu buat tulis hutang). Buku 555 tu adalah tempat aku mencatat perkataan2 baru yang aku jumpa, dan akan aku catatkan sekali maksud perkataan tu lepas mencarinya dalam kamus kecik. Malah gelaran aku di sekolah bukanlah 'ulat buku', tapi 'hantu buku'.
Satu fakta yang menyayat hati adalah, di waktu itu, akulah satu2nya budak sekolah yang memiliki kamus Inggeris-Melayu di kelas seramai tak sampai 20 orang tu. Mak pun orang kampung, tapi dia memandang dunia dengan pandangan yang berbeza, dan dia begitu mengharapkan aku menguasai bahasa Inggeris ni supaya aku berada 'on top of the world'. Pernah juga aku terfikir masa menghadiri sekolah agama (di sebelah petang), kenapa ye mak tak belikan aku kamus bahasa Arab-Melayu? Hihi...sebab aku sangat suka belajar Bahasa Arab, meskipun itulah satu2nya subjek yang aku dapat B...huehue..(suka tidak semestinya score - itulah falsafahku masa tu).
Kemudian di tahun 2002-2003, memang tepat pada masanya, aku berpeluang mengikuti kursus persediaan untuk ke luar negara, masa tu keluarga punyalah bangga, seluruh kampung pun kot, sebab aku dapat tawaran JPA untuk wat Medicine (6 tahun pun xpelah - fikirku masa tu)...sebab nak dengar ada anak kampung masuk universiti pun susah, apetah lagi nak merantau jauh ke negara mat saleh...kesian mak dan ayah, susah2 jek buat kenduri doa selamat, sedangkan aku tahu duit tu mereka lebih perlukan untuk mende2 lain..anyway, masa nilah aku buat program AUSMAT di INTEC UiTM. Satu pengalaman baru dan luar biasa buat aku sebab 'jaguh kampung' tadi dah mula bertarung di arena yang lebih luas. Masa tu barulah aku tahu tinggi rendahnya langit, sebab di AUSMAT, classmateku adalah himpunan pelajar2 yang hebat2 - dari seluruh Malaysia, berbilang kaum dan bangsa...terasa aku mengecil seperti semut dalam kelas...mencabarla kan, sebab sekarang semuanya kena belajar dalam bahasa Inggeris, pastu JPA kata untuk Medic, pointer kena 90 ke atas (out of 99.99) kalau nak fly...adeh..
Huhu, masa tu lah terdengar2 di cuping telinga akan PPSMI nih...terus jek rasa, alangkah bertuahnya adik2ku nanti, dah tak perlu struggle2 macam aku neh...tapi banyak juga desas-desus yang aku dengar:
'Kerajaan ni menyusahkan betul, da elok2 bahasa Melayu, nak tukar bahasa Inggeris'
'Anak2 kami ni bukannya bijak macam orang2 bandar, dah ni buat bahasa Inggeris, makin lembablah jadiknya anak2 kami'
'Apa nak jadi pada masa depan bahasa Melayu kalau kita teruskan PPSMI ni?'
Desas-desus dan bantahan terus-menerus aku dengar, yang terbaru adalah esok - yang mana satu perhimpunan raksasa akan dijalankan untuk membantah PPSMI ni..
Huhu...aku merasa terkedu, sebab rupanya, tak semua orang sama pandapat dengan aku. Lebih terkedu, bila aku baca kajian yang dibuat oleh Prof. Emeritus Dato Isahak Haron (2008) yang menunjukkan statistik2 yang begitu mengecewakan (study ke atas pelajar tahun 5 yang da mengikuti PPSMI selama 4 tahun):
- Lebih 80% pelajar mendakwa guru2 mencampurkan bahasa Melayu dan Inggeris masa mengajar Sains & Math (maka mereka pening)
- 70 - 80% pelajar kata: susah belajar Sains & Math
- Prestasi yang begitu mendukacitakan:
- Skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0
- Skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00
- Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0.
Lebih sedih, prestasi yang lemah ini pastinya lebih ketara di kalangan anak2 Melayu, Muslim..
huhu, buat aku berfikir sejenak...beberapa perkara terlintas di fikiranku:
1) Sikap tergesa2 dan nak cepat kita kah sebenarnya menjadi punca prestasi yang lemah ini? Sesetengah orang kata, adat berniaga kenalah rugi dulu, baru untung...hurmm, mungkin ada benarnya, tapi berniaga tanpa persediaan yang cukup seolah2 menuai rugi sahaja, untung pulak tak pasti...kenapalah tak betul2 dilatih guru2 untuk ajar Sains & Math dalam bahasa Inggeris, lahirkan seramai2nya guru yg betul2 capable, test dulu dalam pilot study, kalau berjaya, barulah buat perubahan serentak dan menyeluruh....(mak kata kalau orang tak sabar makan nasi panas2, memang akan melecur, kenyang tapi lambat dan tak puas)..yang ni salah sape?(sape yang makan cili la rase pedasnyer)
2) Mentality orang Melayu yang masih di takuk lama. Takutkan perubahan, dan masih mahu duduk selesa di satu tempat. Tapi, bagi aku, ketakutan mereka ini berasas juga kalau difikirkan. Anak2 yang membesar dengan tarbiyah Islam, tak kisahlah masuk sekolah Cina ke, sekolah Inggeris ke, mampu untuk mempertahankan identiti diri, budaya dan tatasusila sebagai Muslim. Tapi masalahnya bila anak2 lemah dan tidak izzah (atau cinta) kepada Islam, maka seperti orang butalah meraba2 mencari identiti diri, akhirnya dek kerana nampak gahnya orang2 Barat, bahasa ilmu di dunia sekarang pun bahasa Inggeris...lama2 jadi Inggeris celup?so, salah bahasa ke salah tarbiyah yang rapuh?
3) Ada apa dengan Bahasa Inggeris? Aku selalu tanya diri sendiri pasal ni, sebab sejak aku bergelar pelajar di bumi New Zealand ni, aku takde pun rase org2 Kiwi ni hebat, awal2 jek macam teruja sket, tapi lepas aku tahu yang tamadun Islam itu jauh lebih hebat, aku mula merasa yakin pada diri sendiri, kerana aku adalah Muslim, dan aku tahu orang2 Islam pernah berjaya, lebih hebat daripada org2 Kiwi ni satu masa dulu.
Tapi aku masih lagi berusaha menguasai dan meningkatkan skill dalam bahasa Inggeris (Aku masih membaca dan mencatat perkataan2 baru, tapi dalam buku note yg cantik dan mahal dari buku 555). Kerana apa? Kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
'Hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang Mukmin. Barangsiapa yang menemuinya, dialah yang paling layak ke atasnya'
So, memandangkan Bahasa Inggeris telah diterima pakai sebagai lingua-franca pada masa ini, aku haruslah bersungguh2 mempelajarinya, memperbaiki malah menguasai kefahaman dalam bahasa ini, agar dapatku kembalikan kegemilangan Islam yang dulu.
Aku selalu berangan2...
Bahasa Arab sebagai lingu-franca...Islam kembali di puncak dunia, dan menjadi rujukan ilmu semua orang di dunia, sepertimana sejarah membuktikan orang2 Islam pertama kali membuka University Cordoba yang gah, juga perpustakaan Baitul Hikmah yang menghimpunkan jutaan jilid buku...sebagaimana orang2 hari ini begitu mengagungkan Oxford University dan keutamaan menguasai bahasa Inggeris, aku ingin sekali manusia di seluruh dunia berpaling pada kita semula untuk sumber rujukan ilmu, mengagungkan gedung2 ilmu milik Muslim dan ingin menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran..kerana apa?Kerana hanya orang2 MUSLIM sahaja yang mengembalikan semua ilmu kepada Pemiliknya....
Alangkah gembiranya kalau aku sedang menaip thesis PhDku dalam bahasa Arab, kemudian berehat sebentar menyelak mushaf Al-Quranku yang juga diturunkan dalam bahasa Arab..mungkinkah aku kan jadi lebih baik dalam memahami mushafku?..Mengapa aku inginkan bahasa Arab sebagai lingua-franca?Hanyalah kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, juga kerana Rasulku menuturkan bahasa Arab...maka aku mempunyai perasaan yang istimewa terhadap bahasa Arab, tetapi tidak lebih daripada itu...
Semoga angan2ku menjadi kenyataan di satu masa nanti...

1 comment:
setuju!!
Post a Comment