Wednesday, April 22, 2009

Tetap teguh di hatiku ikatan itu...


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu..

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..

Ya Allah,
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu..
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu..

Ya Allah,
Jika Engkau mentaqdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu...
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini...

Salawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat baginda semuanya...Amin Ya Rabbal 'alamin...


Kasihku tertumpah sekilas pandangan pertama pada sahabat, saudara serta teman seperjuanganku seketika kujejakkan kaki ke bumi Auckland...kuakur pada sunnah kehidupan yang menuntut percambahan serta perbezaan, namun tetap kuharap akan satu titik kesamaan, dan kupasti ianya terletak di hatiku..semoga Allah menerima dari kita semua setiap amalan yang disertai sepenuh keikhlasan serta ketaqwaan kepadaNya...salam ukhuwwah serta jutaan terima kasih tidak terhingga dariku atas layanan istimewa akhawat semua...semoga Allah menjadikan kita tetangga di SyurgaNya kelak...

Ya Akhawati...
Ana uhibbukum fillah!

2 comments:

tun_telani said...

knp ada tiba2 ada tin panda? hehe...

hurun een said...

huhu...itulah memori indah yg dapat dr Auckland ^-^