Sunday, November 22, 2009

Keutamaan 10 hari Bulan Dzulhijjah

Ibnu 'Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
'Tidak ada hari yang disukai Allah melebihi 10 hari dari bulan Dzulhijjah'.
'Bagaimana jika dibandingkan dengan jihad di jalan Allah?' tanya para sahabat.

Jawab Rasulullah S.A.W: 'Jihad di jalan Allah tidak dapat mengimbanginya kecuali orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi (mati syahid)'

'Aisyah r.a. bercerita bahawa ada seorang pemuda yang bekerja sebagai penyanyi. Jika datang bulan Dzulhijjah, dia sentiasa melaksanakan puasa. Hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Beliau lantas memanggilnya dan bertanya: 'Anak muda, apa yang mendorongmu untuk berpuasa?'

Pemuda itu menjawab: 'Ya Rasulullah, tidaklah saya berpuasa kecuali kerana hari2 itu adalah hari2 syiar Islam dan hari2 orang yang melaksanakan ibadah haji. Saya sangat berharap Allah mengikutsertakan saya dalam doa2 mereka'.

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda: 'Anak muda, setiap hari yang kamu gunakan untuk berpuasa nilainya sama dengan 100 budak, 100 unta dan 100 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Ketika puasamu sampai pada hari Tarwiyah (8Dzulhijjah), nilainya sama dengan 1000 budak, 1000 unta dan 1000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Lalu, jika puasamu sampai pada hari 'Arafah (9 Dzulhijjah), nilainya sama dengan 2000 budak, 2000 unta dan 2000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah'.

Selanjutnya beliau bersabda bahawa puasa pada hari 'Arafah nilainya sama dengan puasa 2 tahun.

Para mufasir berpendapat ketika menafsirkan ayat:
'Kami telah menjanjikan kepada Musa 30 hari, lalu Kami menyempurnakannya 10 hari lagi' (Al-A'raf: 142) bahawa yang dimaksudkan 10 hari pada ayat tersebut adalah 10 hari pada bulan Dzulhijjah.


Ibnu Mas'ud r.a. berkata bahawa Allah telah memilih 4 hari, 4 bulan, 4 orang wanita, 4 orang yang mengiringi kelompoknya menuju syurga dan 4 orang yang dirindukan syurga.

4 hari yang dipilih Allah adalah:
  • Hari Jumaat - kerana di dalamnya ada waktu dikabulkan doa. Siapa saja yang berdoa kepada ALlah, baik mengenai urusan dunia atau akhirat, pasti Allah akan mengabulkannya
  • Hari 'Arafah - Pada hari itu, Allah berfirman kepada malaikat, 'Lihatlah hamba2Ku yang datang dari berbagai penjuru dunia dengan berlumuran debu. Mereka telah menafkahkan hartanya dan melelahkan badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka.
  • Hari Aidul Adha - Pada hari ini, seorang hamba berQurban kepada Allah. Setiap titis darah dari haiwan Qurban yang disembelihnya adalah penghapus dosa2nya
  • Hari Aidul Fitri - Ketika kaum Muslim berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu keluar untuk melaksanakan solat pada Aidul Fitri, Allah berfirman kepada malaikat: 'Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan balasan. Hamba2Ku telah berpuasa selama bulan Ramadhan lalu keluar pada hari Aidul Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh kerana itu, saksikanlah bahawa aku telah mengampuni mereka semua'. Lalu para malaikat berseru: 'Wahai umat Muhammad, pulanglah kerana Allah telah mengganti keburukan kalian dengan kebaikan'.
4 bulan yang dipilih Allah adalah:
  • Bulan Rejab
  • Bulan DzulQaedah
  • Bulan Dzulhijjah
  • Bulan Muharram
4 wanita yang dipilih Allah adalah:
  • Maryam binti 'Imran
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Asiyah binti Muzahim (isteri Firaun)
  • Fatimah binti Muhammad S.A.W.
4 orang yang mengiringi kelompoknya masuk syurga adalah:
  • Muhammad S.A.W. yang mengiringi bangsa Arab
  • Salman Al-Farisi yang mengiringi bangsa Parsi
  • Shuhaib Ar-Rumi yang mengiringi bangsa Romawi
  • Bilal bin Rabah yang mengiringi bangsa Habsyi
Sementara 4 orang yang dirindukan syurga adalah:
  • 'Ali bin Abi Talib
  • 'Ammar bin Yasir
  • Salman Al-Farisi
  • Miqdad ibn Al-Aswad
Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Barangsiapa berpuasa pada hari Tarwiyah, Allah akan memberinya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s. atas kesabarannya menanggung ujian Allah. Barangsiapa berpuasa pada hari 'Arafah, Allah akan memberi pahala seperti yang diberikan kepada Nabi 'Isa a.s.

Dalam riwayat lain, beliau bersabda: 'Jika datang hari 'Arafah, Allah menyebarkan rahmatNya. Barangsiapa meminta kepada Allah baik urusan dunia atau akhirat, Allah akan memberinya'.

Selain itu sabdanya: 'Berpuasa pada hari 'Arafah dapat menghapus dosa setahun ke belakang dan setahun yang akan datang'.

Hikmah yang terdapat pada 2 hari raya kaum Muslim itu hanya Allah yang tahu. Namun, pada kedua hari raya itu mereka sangat gembira dan kegembiraan terbesar mereka adalah diampuni dosa2 mereka.

Diambil dari: terjemahan buku Mukasyafah al-Qulub: Al-Muqarrib ila Hadhrah 'Allam al-Ghuyub fi 'Ilm at-Tashawwuf (karya Imam al-Ghazali), muka surat: 333 -335

Friday, November 20, 2009

Apabila erti hidup tidak difahami..


Terasa nak menulis pulak bila bace artikel di New Zealand Herald hari ni..2 orang pilot 'membunuh diri' dengan sengaja bila mereka memandu microlight (kapal terbang ringan) setelah meneguk hampir 20 botol beer (arak) di tengah2 kegelapan malam dalam cuaca yang buruk. Kejadian ni berlaku Mei lepas, tapi laporan bedah siasatnya baru diumumkan agaknya. (Baca lagi sini). Kandungan alcohol dalam darah kedua2 pemandu ini ialah 320 mg/100ml darah & 236 mg/100ml darah. (level alcohol yang dibenarkan untuk memandu kereta = 80mg/100ml darah)

Usia pemandu ni masing2 baru 30 dan 39 tahun..alangkah sia2nya hidup...dalam lingkungan usia ini, kita gelar golongan ini sebagai 'syabab' atau pemuda...yang seharusnya dan selayaknya diharapkan untuk membina bangsa, tamadun dan negara...tapi kedua pemuda ini menemui ajal mereka dalam keadaan yang begitu terhina, aib dan membuktikan kebodohan mereka (walaupun sebenarnya mesti mereka hebat sebab boleh terbangkan kapal terbang ringan tu).
Gambar hiasan (bukan rakan sekerjaku)

Teringat juga peristiwa seorang rakan sekerja yang mabuk lepas kalah dalam permainan 'ping-pong table'. Bukan permainan ping-pong biasa, kerana matlamatnya adalah memukul bola ping-pong agar masuk ke dalam gelas yang disusun, dan sekiranya gagal, dikehendaki meminum secawan arak. Dan ini berulang2lah (ada beberapa pusingan kot?) Begitulah lebih kurangnya yang diceritakan kepada saya. Maka, akhirnya selepas kalah teruk, rakan sekerja saya ini datang ke office (belum malam pun lagi waktu ni), dan mulalah beraksi. Saya pun kemas barang dan balik, taknaklah sampai terpaksa buka langkah silat di situ atau menonton aksi2 pelik rakan sekerja saya tu.

Esok pagi, hasil 'kemabukan' rakan sekerja saya jelas ketara. Botol2 arak yang pecah berselerakan di lantai office, dan juga pinggan mangkuk serta cawan milik rakan sekerja saya yang lain juga kini berkeping2 terpisah menjadi serpihan2 kecil. Saya dan Brother Muhammad Rizwan (org Fiji, rakan sekerja saya juga, phd student baru tahun ni) mengutip botol2 kaca itu agar tidak ada sesiapa menjadi mangsa keadaan ini. Geli hati juga bila Bro Muhammad berkata 'Oh he ate my lollipop'

Peristiwa ini saya sangkakan diterima sebagai sesuatu yang normal oleh semua rakan2 sekerja saya yang kiwi itu...namun rupa2nya mereka menyifatkan itu sebagai satu tindakan tidak bermoral. Mulanya saya sangkakan mereka bersetuju dengan kami (kerana Bro. Muhammad semasa mengutip kaca berkata dengan nada perlahan tapi cukup untuk didengari semua 'This is why alcohol is prohibited in Islam, Alhamdulillah!'). Tapi kemarahan mereka itu rupa2nya adalah kerana rakan sekerja saya tu 'did not know how to handle his drink'. Jadi, pada mereka, untuk minum begitu tak mengapa..tapi ia jadi sesuatu yang kelihatan tidak 'cool' bila mabuk dengan dahsyat sehingga merosakkan harta benda awam.

Ironinya, rakan sekerja saya tu membuat kajian tentang alcohol & binge drinking (minum berlebihan) - effects on Fetal Alcohol Syndrome (FAS) - penyakit yang melibatkan kecacatan mental kanak2 (retardation) sebab terdedah pada alcohol. Saya ingat lagi masa conference AWCBR (Australian Winter Conference on Brain Research) kat Queenstown aritu, rakan sekerja saya ini baru sahaja membentangkan hasil kajiannya. Dan saya ingat lagi bila ditanya, adalah FAS ni hanya disebabkan oleh wanita mengandung yang minum alcohol berlebihan, jawapan dia tak, kerana dari sudut genetik, orang lelaki (atau bapa) juga menyumbang sama. Kerana binge alcohol bukan sahaja merosakkan diri individu peminum tetapi juga merosakkan bakal zuriatnye melalui sel2 baka yang tersimpan dalam spermanya yang mungkin telah rosak atau cacat kesan daripada pengambilan alcohol berlebihan. Dan ianya tidak perlu dos yang berulang2, hanya sekali binge alcohol boleh memberikan impak yang begitu negatif sekali seperti yang telah dia buktikan sendiri dalam kajiannya.


Geleng2 kepala tak sudah saya bila teringat dia seperti mendabik dada dengan ilmu dan kepakarannya di bidang itu, tetapi begitu dhaif sekali dia di sudut praktikalitinya. Inilah yang terjadi apabila manusia tidak memahami apa yang dilakukannya, dan untuk apa dia hidup di dunia ini. Semua ini dilakukan atas dasar nama, keseronokan dan habuan2 dunia yang lain. Tiada satu matlamat yang pasti. Noktah mereka terhenti pada saat maut datang menjemput. Kerana itu mereka hidup sepuas2nya, berbuat semahu2nya sebelum noktah dititikkan. Alangkah ruginya!Alangkah sia2nya!

'Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya utk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lengah' (Al-A'raf:179)

Wednesday, November 18, 2009

Buat diriku....'kuasailah dirimu'!


Kelesuan hari ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa, malah ianya adalah satu fitrah dan sunnah sebuah kehidupan dan perjuangan. Namun mengapa begitu mudah sekali kita menyandarkan kelemahan pada kelesuan ini? Mengapa seringkali hati ditipu dengan berlapikkan alasan2 yang kelihatannya menyejukkan dada, tetapi hakikatnya menambah kegelapan jiwa? Semalam, seorang sahabat, dalam perkongsiannya menceritakan kepadaku (dari ceramah yang didengarinya), bahawa sebenarnya, kita ini tidak punya alasan untuk berbuat dosa. Kerana apabila seseorang berkata, alangkah sukarnya menahan pandangan mata daripada melihat perkara2 mungkar, maka dijawab oleh ulama' bukankah ada banyak lagi perkara2 kebajikan dan kebaikan yang boleh dijamu mata?

Akhirnya, alasan demi alasan itulah yang melapisi dan membalut tubuh dan hati sehingga an-nur hidayah yang cemerlang sukar menembusinya. Terjadilah pertentangan dari yang alami, seperti baju besi yang dibalut di luarnya. Tertutuplah fitrah sebenarnya, tersembunyi dan menjadi lemahlah ia kerana menyangkakan dirinya hanyalah kain balut (seperti kain balut nangka) sedangkan fitrahnya adalah baju terbuat dari besi yang ditempa, malah gunanya dalam medan yang mencabar keperwiraan manusia.

Hakikat ini aku sedari hari demi hari, namun proses pembinaan iman dan taqwa yang tidak pernah berhenti adakalanya menyaksikan kegagalanku untuk belajar dari kesilapan. Memang fitrah imanku yazid wa yankuz (bertambah & berkurang) serta bergelora dan lebih tidak stabil daripada air yang menggelegak. Namun, moga2 graf linear dengan sedikit peningkatan secara puratanya dapat dilakar.

Hari ini, aku membaca seruan ini, dan aku kutujukan buat diriku...Wahai diri, kuasailah dirimu, moga2 engkau menguasai kehidupanmu...Wahai diri, tegakkanlah Islam dalam dadamu, moga2 ianya kan tertegak di hadapan matamu...

Inilah seruan dari As-Syahid yang menjadi peniup bara perjuangan dalam hatiku...

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain. Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu...Ingat bahawa sesungguhnya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah S.A.W.:

'Berilah jaminan kepadaku 6 perkara, nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila berkata-kata, tepati janji apabila kamu berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, pelihara kemaluan kami (jauhi daripada zina), tundukanlah pandangan kamu (daripada yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian'

Wahai saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas 3 asas
  • Mengenali Allah (Makrifatullah)
  • Kebaikan diri (solahu an Nafs)
  • Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq)

Adapun Makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah (mendekatkan diri kepadaNya)

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah (bersungguh-sungguh berjuang mengatasi tarikan hawa nafsu dan bisikan syaitan)

Kasihkan Makhluk dengan Al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka dan melebihkan mereka dari kepentingan diri sendiri)

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali dan aku muhasabah kamu di atas nama fikrah:

a) Supaya kamu menjadikan diri kamu satu sukatan daripada Al-Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurangnya satu ayat

b) Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c) Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah ruku'nya, sujudnya serta kekhusyukkannya, perelokkan serta tadabburlah (fahamilah) apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang Subuh pada waktunya.

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

Monday, November 16, 2009

Wanita Syurga - Asiyah binti Muzahim


Bina untukku sebuah rumah di syurga

'Dan Allah telah menjadikan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim) sebagai perumpamaan bagi orang2 yang beriman ketika dia memohon kepada Tuhannya: Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim'

(Surah at-Tahrim: 11)

Kisah Asiyah, mukminah solehah yang beriman kepada Allah S.W.T begitu unik dan luarbiasa sekali kerana tidak seperti kebanyakan mukminah lain, Asiyah mendampingi seorang lelaki yang kufur serta engkar terhadap PenciptaNya. Meski Asiyah adalah isteri kepada Firaun yang zalim, keimanan serta keteguhan aqidahnya tidak pernah sekali luntur atau luruh dengan kezaliman serta kekufuran suaminya.

Terdapat berbagai2 pendapat di kalangan para ulama' tafsir mengenai asal-usul Asiyah binti Muzahim. Samada dia benar2 berasal dari Mesir atau ditawan dalam mana2 peperangan penaklukan dan penguasaan tanah jajahan Firaun, antaranya peperangan dengan kerajaan Kisra Parsi. Bila Asiyah beriman?Dan mengapakah dia masih mendampingi Firaun tanpa melarikan diri?Apa yang menyebabkan Asiyah mampu bertahan dalam istana Firaun yang tak ubah seperti penjara buatnya di dunia?

Soalan2 ini telah dijawab oleh ulama'2 tafsir dengan pelbagai jawapan. Namun, menurut Syeikh Muhammad Ali Qutb, di antara jawapan2 itu, dapat disandarkan pegangan pada satu hadith daripada Rasulullah S.A.W. bahawa nama isteri Firaun itu ialah Aisyah binti Muzahim. Sementara Firaun yang dimaksudkan ialah Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa A.S. seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mengenai bila dan dari mana datangnya iman ke dalam hati Asiyah, Syeikh Muhammad Ali Qutb melontarkan 2 kemungkinan:

1) Sejak kecil dia sudah beriman. Ini menguatkan pendapat yang mengatakan Asiyah bukan berbangsa Mesir, dan mungkin berasal dari luar Mesir. (Namun kita tidak perlu utk menyelidik nasab dan keturunannya)

2) Ada kemungkinan hubungan nasab antara Asiyah dengan lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun (ada diceritakan dalam Al-Quran). Barangkali melalui lelaki ini, Asiyah tertarik tentang keesaan Allah lalu beriman.

Pendapat kedua ini lebih banyak dihuraikan dengan kemungkinan bahawa lelaki beriman ini melaksanakan dakwah secara sirr (sembunyi) sedang dia antara ahli dalam kalangan keluarga Firaun. Dan Asiyah sendiri, persekitaran hidupnya yang sememangnya di bawah cengkaman Firaun, pastilah dia lebih mengetahui segala selok-belok termasuk hubungan Firaun yang begitu akrab dengan para pendita dan ahli sihir yang sesat. Namun, pengetahuannya tentang ini, tidak menjadi penghalang untuk dia beriman.

Lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun

Imam Ibnu Kathir menulis dalam bukunya (Qishash Al-Anbiya'):

Lelaki ini adalah anak bapa saudara Firaun. Dia menyembunyikan keimanannya daripada kaum mereka kerana takut dihukum. Ada yang berpendapat lelaki yang beriman ini bukan dari keturunan Qibti (Mesir), sebaliknya dari golongan Israel (sebangsa dengan Nabi Musa). Akan tetapi, menurut Ibu Juraij, Ibnu Abbas R.A. berkata:

'Hanya 2 orang kaum Qibti yang beriman kepada Nabi Musa, yakni lelaki yang datang berjalan kaki dari hujung kota ini dan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim)' - Riwayat Ibnu Hatim.

Satu persamaan yang jelas di antara lelaki yang beriman ini dan Asiyah ialah, mereka adalah jiwa2 yang telah disentuh dan disinari dengan cahaya keimanan sehingga mereka menerimanya dalam hati mereka meski setiap saat terdedah pada ancaman kezaliman Firaun. Semoga kita juga diberikan hati yang cekal dan tetap utuh dengan aqidah serta keimanan kepada Allah S.W.T dalam keadaan sukar dan senang.

Rujukan: Wanita Syurga & Wanita Neraka - Syeikh Muhammad Ali QutbJustify Full

Saturday, November 14, 2009

Mengejutkan yang lena..


Di sekolah dulu, teringat satu jawatan yang tidak berapa digemari ramai, namun insyaAllah tersedia buat penyandangnya pahala di sisi Allah S.W.T. Jawatan ini bukan BWP (badan wakil pelajar), atau LDP (lembaga disiplin pelajar) (walaupun memang biasa juga jawatan2 ini tidak disukai ramai). Jawatan yang kumaksudkan ini adalah subset kepada Biro HELWA (Hal ehwal wanita) yang bernaung di bawah BADAR (Badan dakwah dan kerohanian)..sape yang dari MRSM biasa la kot dengan beberapa istilah2 ni..

Al-kisahnya, waktu kecik2 dulu aku pernah mendengar satu ceramah dari seorang Ustaz dalam satu kem motivasi, kata Ustaz itu...kalau kita nak dapatkan apa yang kita hajati, kita kena rajin2 solat hajat. Maka, Ustaz tersebut juga mengajar cara2 solat hajat kepada kami, kanak2 riang yang baru sahaja mencecah usia sekitar 8-9 tahun. Kemudian, pernah juga ada sorang abang atau kakak (tak ingat gendernya) yang belajar di luar negara (seperti kita sekarang) datang ke sekolah menceritakan rahsia kejayaannya sampai boleh naik kapal terbang belajar jauh2. Beberapa kali, abang/kakak ni cakap point yang tak semua kanak2 di situ dapat pick up. (maklumlah kanak2 dari sekolah kampung yang agak blur sket). Tapi alhamdulillah, telinga kecilku pick up 2 point penting dalam kata2nya waktu tu...iaitu kita kena ambik hati mak ayah kalau nak berjaya, dan juga kena bangun dan solat tengah malam.

Aku pun berazam utk mengikut jejak langkah kakak/abang tersebut (tapi aku aim untuk sekadar masuk universiti, kerana bagi aku, luar negara tu impian yang terlalu hebat, kami di kampung ni, kalau dapat ikut lawatan ke KL pun dah rasa hebat sangat waktu tu). Alhamdulillah, mengimbas kembali zaman kanak2, aku terkadang mengalirkan airmata keinsafan bila melihat diriku hari ini. Kesibukan, kelesuan dan kepenatan urusan harianku kadang2 aku jadikan alasan untuk menyedapkan hatiku dan akhirnya alasan2 inilah yang menangguh-nangguhkan temujanjiku dengan Allah. Sedang rupa2nya sedari kecil aku pernah mempunyai satu rutin harian yang sangat baik, hanya disandarkan pada pengharapan aku yang begitu tulus pada keberkesanan solat hajat di malam hari.

Aku masih ingat, malam tu juga (balik dari sekolah dan selepas mendengar cerita abang/kakak yang dapat naik kapal terbang tu)...aku katakan pada mak, "Mak, malam ni along nak tidur awal sebab esok nak bangun solat tengah malam". Mak pun kata, "Solatlah sekarang..buat ape bangun tengah2 malam". Tapi lepas tu dengan sifat keibuan dan kasih sayang yang ada pada Mak, Mak kejutkan aku jam 3 pagi. Masih kuingat suara lembut Mak mengejutkan aku, sambil menyentuh lembut lenganku...Separa terjaga, kemudian Mak menggoncang perlahan tubuhku, sambil bertanya lagi, "Along kata nak bangun solat tengah malam, ni pukul 3 sekarang, kalau solat waktu ni best...tenang, adik2 pun semua tidur"

Mak...insan luar biasa yang banyak mengajarku erti kehidupan

Akhirnya aku bangun. Hati juga rasa terharu dengan kejutan mesra dari Mak. Lembut dan menusuk hati, namun mampu mengejutkan aku dari terus-menerus dibuai lena. Rupa2nya Mak pun sama berjaga, membuatkan aku secawan milo panas dan menemani aku solat. Waktu tu, aku hanya tahu solat wajib (5 waktu) dan solat hajat yang diajar Ustaz di Kem. Aku tanya pada mak, kakak/abang yang dapat naik kapal terbang tu, dia solat yang mana bila bangun tengah malam? Solat Isyak lagi sekali atau Solat Subuh? Atau Solat Hajat? Mak kata, Mak pun tak tahu...tapi setahu Mak, solat hajat tak kira masa. Jadi, aku pun memutuskan untuk solat hajat sahaja. Mak hanya melihat dan memesan agar aku mendoakan dia.

'Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yang khusyuk' (2:45)

Benar kata Mak, bangun di waktu tu sangat tenang (mungkin kerana sepi dari keriuhan adik2). Tapi lepas tu, aku sukar tidur kembali. Jadi aku sambung buat kerja sekolah atau melukis anak patung kertas (ni cerita lain kali lah..antara usaha2 projek ekonomi peribadiku, selain memang hobiku melukis). Lama-kelamaan, amalan ini menjadi rutin harianku. Mak pun menghadiahkan aku jam loceng (sebab Mak dah mula kerja kilang di Alor Gajah shift malam dan balik esok paginya, maka tak dapatlah kejut dan teman aku solat tengah malam). Meskipun sudah berlalu 15 tahun, masih dapat kuingat detik2 aku mempunyai disiplin diri dan rutin harian begini, serta perasaan yang begitu membara dan keinginan yang begitu tinggi (himmah aliyah) dalam diriku yang baru berusia lebih kurang 9-10 tahun itu. Keyakinan serta pengharapanku pada Allah yang kusandarkan pada solat hajatku setiap hari jam 3 pagi masih begitu segar dalam hatiku.

(Gambar hiasan ^o^)

Dan aku juga ingat, amalan ini mampu aku teruskan selepas melangkah ke bangku sekolah menengah dengan penuh istiqamah sekali. Of course, aku belajar jenis2 solat lain (beli buku panduan ibadah solat2 sunat) dan mula amalkan tahajud, tasbih dan solat2 lain selain solat hajat. Keyakinanku masih begitu membara. Dan aku membawa bersama keyakinan ini waktu aku melangkah ke MRSM tingkatan 4. Mungkin sebab inilah, selain menjawat jawatan LDP, aku juga diamanahkan menjadi 'unit khas' HELWA (bukan perlantikan rasmi oleh maktab pun ~ takut ade salahfaham di sini - oleh exco BADAR yg perlukan bantuan pengejut2 tambahan ^o^). 2 jawatan yang paling tak popular sekali.

Tugas paling mencabar 'unit khas' HELWA pada aku, bukanlah mengatur aktiviti usrah dan keagamaan atau outing bersama2 ahli usrah yang lain, tetapi mengejutkan mereka2 yang sedang lena dan 'memaksa' rakan2 solat berjemaah di surau. Pada awal2 memegang tugasan, aku cuba mempraktikkan cara2 kejutan mesra Mak. Namun, tak semua berhasil dengan cara tu, dan aku sendiri merasa bosan mengejutkan rakan2 yang sukar sekali dikejut, serta merasa sedih bila aku bangun begitu awal untuk solat, namun biasanya sempat jadi makmum masbuk sahaja. Lama-kelamaan, niat yang tidak diperbetulkan menyebabkan aku mengejutkan rakan2 dengan cara kurang berhemah (agaknya). Daripada nada perlahan dan lemah lembut, aku tinggikan sedikit suara dan mengejut rakan2 dengan nada cemas dan penuh ancaman. (Ancaman terlepas Subuh aje). Aku sedari beberapa rakanku kurang menyenangi cara kejutanku, tapi aku tidak berusaha kembali kepada method kejutan biasa atau yang lebih baik.

Namun, dalam liqa' (meeting) bersama kepimpinan BADAR yang lain, kami muhasabah amal, dan aku sedari serta akui bahawa niat yang tidak diperbaharui boleh membuatkan kita tersasar dari amalan yang dilaksanakan dengan cara sebaik2nya. Selain itu, apabila kita mula menggalas bebanan dakwah sekadar pada nama 'memikul tanggungjawab' tanpa meletakkan intipati kasih sayang dan simpati serta empati kepada orang yang didakwahkan (mad'u), maka disitulah bermulanya kesilapan kita sebagai daie (pendakwah). Teringat waktu Mak mengejutkan aku, niatnya pasti tulus dan dapat aku rasakan dengan jelas kasih sayang serta empati yang mengalir dari sentuhan lembutnya. Alhamdulillah, tidak terlewat aku menyedari kesilapan itu di alam persekolahanku.

Dewasa ini, aku malu mengenangkan zaman silamku yang telah berlalu. Kerana dewasa ini, tidak seindah zaman silamku. Temujanji yang dulu setiap hari aku dambakan dan nantikan dengan penuh harapan, hari ini adakalanya tidak dapat aku penuhi dek kerana 'kepenatan selepas seharian di makmal' atau 'tidur lewat semalam menyiapkan kerja2'....aduhai diri...yang pasti, dewasa ini, aku rindukan sentuhan kejutan Mak yang penuh hikmah, namun tetap gagah dan mampu mengejutkanku dari lena. Aku bersyukur, kerana Allah hadiahkan padaku teman2 seperjuangan yang menggantikan sentuhan kejutan Mak....dan aku pintakan kepada teman2ku, jangan pernah jemu mengejutkanku dari lena untuk kita bertemu dengan Pencipta. Aku tahu, kita perlu mencabar kemampuan serta potensi diri semampu mungkin, namun jika tidak terlalu banyak, inginku meminta alirkankanlah kasih sayang dan empati dalam mengejutkanku dari lena...moga2 pahala yang sememangnya tersandang buat sahabat2 pengganti Bilal bin Rabah ini diraih dengan penuh kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

'Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg org yg berakal.'

'Iaitu orang2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'

(3: 190 & 191)

Ala bizikriLlahi tadmainnul qulub
(Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram)
(13:28)

Thursday, November 12, 2009

Berbeza pandangan? Iktibar dari sang Mujadid


Membaca dan menghayati arus perkembangan umat Islam dewasa ini memperlihatkan padaku situasi polemik dan percanggahan sesama pendokong risalah suci ini yang semakin menular. Usaha2 penyatuan pula dilaksanakan tidak kena pada caranya sehingga bara2 polemik bagaikan dikipas agar menjadi lebih marak. Dalam keghairahan melayani arus polemik ini, ada pihak2 yang tersenyum puas mengintai dari jendela pertelagahan dan kecamuk antara sesama Muslim yang mendabik dada sebagai 'Ummat terbaik'. Semakin sinis juga lontaran pandangan pihak2 ini kepada kelompok Muslim ini yang acapkali melaung2kan 'kamilah harapan untuk memimpin manusia kepada kesejahteraan serta memakmurkan alam ini'.

Hatiku tertarik pada cebisan2 kisah dari kehidupan tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia rata2 para pendokong risalah suci ini. Mujahid dan mujadid alaf ini yang namanya terpasak teguh di hatiku, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Moga2 iktibar yang tercatat dalam kisah kehidupan pemilik syahid ini dapat kita renungi, insafi dan fahami dengan mata hati yang tulus serta dibersihkan daripada lintasan2 serta ghurur (tipudaya) syaitan yang amat licik.

Dalam menelusuri perjalanan kehidupan Imam Hassan Al-Banna, banyak kutemui dan kupelajari akan kemuliaan akhlak dan pekerti mujadid ini, serta hasasiyah (sensitiviti atau kepekaan) luar biasa yang dimilikinya. Tidak hairanlah dengan keimanan serta ketinggian akhlak ini, usaha2 taghyir (perubahan) yang didokonginya dapat diterima dengan baik serta meluas dengan begitu pantas sekali.


Diceritakan tindakan serta pandangan As-Syahid Hassan Al-Banna pada hasil penulisan awal as-syahid Sayyid Qutb yang begitu kontroversi serta mencetuskan kegusaran di kalangan pendokong risalah Islam. Di dalam satu makalah, pernah Sayyid Qutb menulis di mana dia menyeru kaum muslimah untuk membuka aurat, kerana menutup aurat dianggap olehnya sebagai penghambat kemajuan wanita. Ustaz Abdul Halim Mahmud membaca tulisan ini dan ingin segera membuat bidasan secara terbuka melalui media massa serupa terhadap pandangan Sayyid Qutb. Namun, Ustaz Abdul Halim terlebih dahulu berbincang dengan Imam Hassan Al-Banna.

Kata Imam Al Banna: “Saya menyetujui 100 % tulisan kamu, tapi saya memiliki perasaan lain tentang orang ini, berilah beberapa pertimbangan:


Pertama: Dia masih muda, dan apa yang ditulisnya bukanlah dari otaknya sendiri, tapi dari lingkungannya.


Kedua: Anak muda biasanya menyenangi sensasi dan mencari musuh, apa yang dilakukan Sayyid Qutub oleh Imam Al Banna dinilai sebagai usaha mencari eksistensi diri.


Ketiga: kerana dia masih muda, kita masih memiliki harapan, siapa tahu dia akan menjadi pemikul beban dakwah.


Pertimbangan yang lain, kata Imam Al Banna, dia (Sayyid Qutb) menulis di akhbar yang tidak terlalu terkenal di Mesir ini. Kalaupun dikenal, makalah atau sekadar satu column, umumnya tidak terlalu menarik perhatian orang banyak untuk membacanya, apalagi kalau ditulis oleh seorang pemula yang belum memiliki nama. Kalau kita membidasnya, orang-orang yang pada awalnya tidak tahu menjadi ingin mengetahuinya, dan orang-orang yang mungkin pernah membaca secara sepintas lalu akan mengulang kembali membacanya untuk mengenali muatan tulisan tersebut. Tujuan anak muda ini menulis adalah untuk mendapatkan serangan atau tentangan dari khayalak yang dengan serangan itu akan menaikkan dan mengangkat namanya.


Imam Al Banna berkata lagi: “Kalau kita bantah tulisan itu, kita bererti menutup kesempatan diri pemuda itu untuk bertaubat kerana orang cenderung untuk membela diri jika kesalahannya diluruskan, apatah lagi bila pelurusan itu dilakukan di depan umum, dia akan membela dirinya mati-matian, meskipun dalam hati kecilnya dia menyedari kesalahan atau kekeliruannya. Dengan demikian, kalau bidasan itu kita lakukan, bererti kita telah menutup kesempatan bertaubat bagi dirinya”.


Akhirnya Imam Al Banna mengatakan: “Wahai Mahmud, inilah pandanganku tentang orang ini, akan tetapi, kalau engkau tetap ingin mengirimkannya, silakan saja”.


Ustadz Mahmud setuju untuk menimbangkan kembali rancangan pengiriman tulisannya itu, sehingga akhirnya tulisan itu tidak jadi dikirim. Dan pada akhirnya, terbuktilah kebenaran perasaan Imam Al Banna, sebab pada akhir perjalanan hidupnya, Sayyid Qutb menjadi pendokong dan pemikul beban dakwah yang begitu hebat dan dia sendiri bergabung dengan jemaah Ikhwanul Muslimin.


Kisah yang membuktikan kehalusan pertimbangan serta kebijaksanaan Imam Hassan Al-Banna dapat kita pelajari juga ketika As-Syahid menghadapi gelombang pemikiran sesat di kalangan para pemikir Islam, antaranya Thoha Husain yang menerbitkan buku Mustaqbaluts-Tsaqafah fi Mishr (Masa depan budaya Mesir). Buku ini mendapat tentangan daripada berbagai2 pihak di Mesir ketika itu. Imam Hassan Al-Banna sendiri tidak sempat membuat sebarang ulasan tentang isu ini kerana kesibukannya dengan hal2 yang lebih aula' (utama). Namun, pengikut2nya mengingatkan beliau dan berkata bahawa org ramai menunggu pandangan Ikhwanul Muslimin terhadap tulisan Thaha Husain kerana Ikhwanul Muslimin sendiri sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat pada masa itu. Imam Hassan Al-Banna menjawab bahawa beliau sibuk dan tidak sempat membacanya.

Tanpa pengetahuan Imam Hassan Al-Banna, para pengikutnya merancang untuk mengadakan program ala2 'Bedah Buku' atau kupasan buku tulisan Thaha Husain itu, dengan beliau sebagai pembahasnya. Lima hari sebelum program ini berlangsung, Imam Hassan Al-Banna dimaklumkan tentang penganjuran program ini. Imam Hasan Al Banna berkata terpaksalah dia membaca buku itu dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah, dalam perjalanannya menaiki trem (keretapi). Dia membaca buku itu dan menggariskan bagian-bagian yang penting. Sebelum lima hari buku itu sudah selesai dibaca dan sudah pula dihafalnya. Buku itu tebalnya 200 halaman lebih.

Bedah buku itu diselenggarakan di pejabat Syubbanul Muslimin, yang menjadi moderator adalah DR. Yahya Ad-Dardiri, sekjen Syubbanul Muslimin dan hadir pada acara bedah buku itu tokoh-tokoh Mesir dari berbagai kalangan.


Imam Hassan Al Banna mengkritik buku itu dengan cara yang unik, dia mengatakan: “Saya tidak akan mengkritik buku ini dengan pendapat saya, tapi saya akan mengkritiknya dengan buku ini sendiri”. Kemudian beliau mengungkapkan bagian-bagian yang kontradiktif dari buku itu, lengkap dengan rujukan halamannya, sekian dan sekian.


DR. Yahya Ad-Dardiri kemudian mengatakan bahwa dirinya telah membaca buku itu, tapi tidak menemui apa yang Imam Hassan Al-Banna kemukakan, lalu dia meminta izin untuk memeriksa kebenaran rujukan Imam Hassan Al-Banna dalam buku itu. Ternyata terbukti, seluruh yang diungkapkan Imam Hassan Al-Banna adalah benar.


Dalam acara bedah buku itu sebenarnya Thaha Husain juga hadir, namun dia berada di tempat yang tersembunyi. Sebelum pulang sia mengatakan bahawa dia ingin bertemu dan berdialog dengan Imam Hassan Al-Banna. Dia menawarkan tiga tempat; di rumahnya, di pejabatnya atau di rumah Imam Hassan Al-Banna. Dan dari segi waktu, dia menyerahkannya kepada Imam Hassan Al-Banna. (Bayangkan! Seorang mustasyar atau penasihat negara, menyerahkan waktu pertemuannya kepada seorang guru sekolah!).


Akhirnya terjadilah pertemuan di pejabat Thoha Husain. Berkata Thoha Husain: “Seandainya di Mesir ini ada tokoh yang paling besar, andalah orangnya, apa yang anda sampaikan tentang buku saya, demikian baik”. Kata Imam Hassan Al-Banna: “Alhamdulillah, adakah hal2 yang tidak anda setujui?” Dijawab oleh Thoha Husain: “Tidak ada, bahkan saya ingin agar pembahasan itu ditambah lagi”.


Kemudian Thoha Husain bertanya: “Apakah ada sikap dan perkataan saya yang tidak anda senangi? Ketahuilah! Selama ini saya berhadapan dengan orang yang tidak mempunyai etika dalam berdebat, ketika mereka menyerang saya, diri saya pun diserang. Seandainya musuh-musuh saya adalah orang2 semulia anda, sejak awal saya akan menghormati mereka”.


Imam Hassan Al-Banna menjawab: “Anda adalah seseorang yang cukup bangga dengan Barat, akan tetapi sayang, anda tidak mampu membezakan dua hal yang sangat berbeza. Adapun ilmu, itu adalah sesuatu yang terus berkembang, hari ini kita benar, esok hari boleh jadi kita keliru. Akan tetapi agama, dia adalah sesuatu yang pasti dan tidak berubah, jika kita menjadikan agama sebagai ilmu, sama ertinya kita merubah agama itu dari hari ke hari, dan jika kita menjadikan ilmu sebagai agama, kita bererti telah membunuh hak ilmu itu untuk berkembang, padahal semestinya kita meletakkan keduanya pada tempatnya masing2. Hal yang lain lagi, kalian –para pengagum Barat- lebih mendahulukan akal daripada wahyu, ketika akal bercanggahan dengan wahyu, kalian mengambil akal dan membuang wahyu”.


Dalam kesempatan dialog itu Imam Hassan Al-Banna juga mengkritik polemik (perbezaan serta percanggahan pendapat) yang terjadi antara sesama ummat Islam. Beliau mengatakan kalau seandainya ummat Islam mempunyai perbezaan pendapat sedikit saja, mereka akan bertemu pada satu titik persamaan, akan tetapi sayang, mereka memilih bersikap seperti empat orang buta yang cuba menerangkan sifat gajah dari sentuhan masing2, yang kata Imam Al Ghazali, masing2 berkeras pada pendapat masing2 yang sebenarnya juz’i. Seandainya mereka memiliki toleransi sedikit saja, mereka boleh bersepakat dalam menilai gajah tersebut dalam bentuknya yang utuh.


Ustadz Abdul Halim mencatat, sejak saat itu Thaha Husain menjadi lebih baik sikapnya. Beliau kemudian memilih untuk mendalami sastera Arab dan mengurangi peranannya dalam menyesatkan ummat.


Begitulah sedikit cebisan kisah dari peribadi mulia ini yang dapat kukongsikan di sini. Moga2 Allah mengurniakan pada ummat ini tokoh sehebat dan semulia ini, yang mampu mendidik serta menyatukan ummat Islam dengan qudwah serta teladan yang amat halus dan baik sekali. Benarlah kata2 yang menyebut: Sesuatu tamadun itu mampu bangkit dengan kadar hasasiyah yang cukup matang daripada para pendukungnya. Mari kita muhasabah diri, di tahap manakah hasasiyah dalam diri? Adakah kita jenis yang berterusan bermain dengan emosi, mudah tersinggung atau terasa dan menyimpan perasaan tersebut serta terluka dalam masa yang panjang? Atau adakah kita memperlihatkan kematangan ketika berdepan dengan isu2 polemik seumpama ini dan mengambil pendekatan terbaik yang merapatkan jurang perbezaan, bukannya menambahkan keluasannya?


Ambillah contoh daripada yang telah pun kembali kepada Allah dengan khusnul khatimah yang dikenali. Benar apa yang diungkapkan oleh Bisyr Al Khothib yang dikutip oleh Syekh Ahmad Rasyid dalam kitabnya, katanya: “Cukuplah bagimu, engkau melihat orang2 yang telah mati yang ketika sejarah hidupnya dipelajari hati menjadi hidup, sedangkan ada pula manusia2 yang hidup di antara kita yang dengan melihatnya hati kita menjadi mati”.


Moga Allah ampunkan segala kesilapan dalam penulisan artikel ini.


Antara sumber rujukan:

1) Rijalud dakwah (al-ikhwan.net)

2) Himpunan Risalah Hassan Al-Banna

3) Hasasiyah (Laman ISMA Mesir)

Jalan Kemenangan.. Ibadah kemudian Qiadah


Imam Al-Banna menulis:

Jalan Kemenangan.. Ibadah kemudian Qiadah


Demikianlah sepatutnya Ikhwan Muslimun


Saya bertemu seorang tua yang beruban yang sudah mula melangkah ke alam akhirat.. saya duduk bersamanya pada siang hari yang amat bermakna, di selubungi oleh kesucian rohani.. tampak jelas dari wajahnya dia seorang yang soleh, bertaqwa dan hatinya langsung berhubungan dengan Allah swt sekalipun dia tidak mendapat tempat di hati masyarakatnya..lalu saya berbual-bual dengannya.


Dia bertanya saya: 'Apa nama persatuan kamu?'


Saya menjawab: 'Sesungguhnya kami bukanlah persatuan, tetapi ikhwan -bersaudara- kerana Allah, kami bertemu di atas dasar aqidah dan fikrah dan berusaha untuk melaksanakannya di dalam diri kami, kemudian berusaha pula meyakinkan manusia lain... fikrah kami pula tidak lain melainkan untuk memahami Islam dan menyebarkannya kepada orang ramai!'.


Lalu dia menjawab: 'Cantik.. siapa yang mengajar kepada kalian di tempat kalian?'


Saya lalu menjawab: 'Kebiasaannya saya akan menyampaikan penerangan kepada ikhwan'.


Kemudian orang tua tadi terdiam seketika lantas melihat tepat kepadaku dan bertanya: 'Adakah kamu mengerjakan solat malam (qiamullail)?'.... Saya bertanyanya kembali..: 'Apa yang tuan harapkan dari jawapan saya terhadap soalan tuan? Sedangkan diri kita berada dalam genggaman Allah swt, sekiranya Dia mahu dibangunkan kita, begitulah sebaliknya sekiranya Dia mahu Dia boleh matikan kita.'


Orang tua tadi menjawab: 'Benarlah Allah dan RasulNya dan manusia itu amat gemar berbantah-bantah....'


Ya akhi, Sesungguhnya tarbiah diri, mensucikan jiwa serta memandu hati-hati, tidak akan diraih melalui lafaz-lafaz yang diulang-ulang, kaedah-kaedah yang diajarkan dan tidak dengan teori-teori yang disampaikan... kalaupun ia bermanafaat untuk akal dan ilmu, ia sebenarnya terpisah dari perasaan dan rohaniah, sedangkan manusia amat berhajat kepada kemurnian jiwa dan akhlak mulia. Mereka yang berusaha' mengislah' manusia melalui penulisan semata-mata adalah tertipu kerana ia tidak akan sampai kepada objektif yang diharapkan.


Ya akhi, tiada makna usaha 'pengislahan diri' yang dilaungkan melainkan melalui hanya satu jalan; jalan qudwah hasanah yang berhubungan langsung dengan Allah swt.. kurniaanNya. Qudwah yang dimaksudkan itu ialah ibadat di malam hari, qiamullail, munajat dinihari.. Baca dan dengarlah firman Allah swt:


يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمْ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً (2) نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاً (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً (4) إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقِيلاً (5) إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلاً (6)المزمل



Ya akhi, orang yang tidak punyai apa-apa dia tidak akan mampu memberi... Hati yang terputus hubungan dengan Allah tidak mungkin boleh menghubungkan orang lain kepada Allah .Peniaga yang tidak mempunyai modal tidak akan mampu meraih keuntungan. Guru yang jahil tentang method pengajarannya tidak akan mampu mengajar orang lain. Orang yang lemah dalam memimpin dirinya sendiri tidak akan mampu memimpin orang lain. Alangkah berhajatnya kalian semua kepada jihad seumpama ini !!! Kalau kalian mampu membawa mereka yang berjanji setia denganmu untuk beramal dengan semua ini, maka ia merupakan kejayaan yang amat besar. Lihatlah para sahabat Radiallahuanhum adalah 'Rahbaanan Billail Wa Fursaanan Bin nahaar'... di malam hari mereka adalah ahli ibadat dan di siang hari mereka adalah pahlawan yang gagah berani di medan... kurang satu antara keduanya akan memberi kesan kepada yang satu lagi.


Berusahalah kamu untuk memperolehi bekalan di malam hari untuk perjalananmu di siang hari yang penuh dengan pelbagai cabaran.....


Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesakan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.


Ya Ikhwan:

Mungkin kamu berasa hairan mengapa saya bawakan bicara sebegini di dada akhbar kamu ini sedang kamu menanti-nanti saya berbicara mengenai masalah yang melanda dunia, derita yang dialami oleh umat Islam seluruhnya. Kamu mengharapkan saya menyatakan sikap, pendirian dan tindakan yang patut diambil oleh jamaah kita.

Dengarkanlah penjelasanku:

Sesungguhnya kamu ingin mencapai matlamat yang besar dan hebat. Oleh itu kamu mesti memahami dengan sebenar-benarnya bahawa dengan matlamat itu bererti kamu berada di atas satu garisan dan dunia seluruhnya berada di atas garisan yang berlawanan dengan kamu.

Kamu menghendaki Islam berkuasa. Dunia diperintah oleh jiwa-jiwa yang bersih suci, akhlak mulia yang melimpah dengan kebaikan, hati-hati yang penuh rahmat dan kasih sayang dan kesejahteraan memayungi alam semesta.


Manusia pula menghendaki kebendaan berkuasa, harta melimpah ruah, kemewahan tiada sempadan, perebutan yang tiada berkesudahan antara golongan kuat dan lemah. Yang kuat memangsakan yang lemah. Yang berkuasa sentiasa menang dan yang diperintah sentiasa kalah. Kemanusiaan tidak akan kenal erti keadilan, tidak akan mengecapi rahmat kasih dan sayang. Itulah yang manusia kehendaki berbanding dengan apa yang kamu kehendaki. Kamu berada di satu pihak, sedang dunia di satu pihak yang lain. Manusia berselindung di sebalik kedustaan, berinteraksi dengan tipu helah dan bermuka-muka. Mereka lari daripada menghadapi kenyataan. Pada hal kamu tidak mahu itu semua kerana kamu sentiasa bermuraqabah. Diri kamu dan amalan kamu sentiasa diperhati oleh yang Maya Mengetahui dan Maha Memerhati. Maka perbezaan antara kamu dengan manusia, jika kamu benar dengan apa yang kamu cita-citakan, sangat jauh dari segala sudut.


Bilangan kamu adalah sedikit. Keadaan kamu tertindas di muka bumi ini, fakir dari segi harta, kosong dari segi kekuatan. Maka tidak ada senjata kamu selain hubungan dengan Allah dan mengharap pertolongan dan bantuan daripadaNya serta keimanan yang mendalam terhadapNya. Apabila aspek ini kamu kuasai bererti kamu telah kuasai segala-galanya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Aali Imran:160)


Maka berusahalah untuk menjadi seperti itu. Jangan kamu tanya bagaimana? Sesungguhnya jalannya telah nyata. Jadilah kamu hamba-hamba sebelum kamu menjadi ketua. Dengan ibadah kamu akan jadi sebaik-baik qiadah. Awas! Jangan kamu terbalikkan isu ini sebagaimana yang dilakukan oleh manusia lain. Mereka mengejar kepimpinan sebelum mereka mensejahterakan aspek ibadah maka mereka tewas atau mereka berjaya mencapainya tetapi terumbang ambing di dalam melaksanakan amanahnya. Serapkan ke dalam diri kamu maksud Hadis Qudsi ini: ”Sesiapa yang menyakiti waliKu maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang dengannya. Seseorang hambaKu tidak menghampirkan diri kepadaKu dengan sesuatu sebagaimana ia menghampirkan diri dengan melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu itu menghampirkan dirinya kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya, kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta padaKu akan Ku berikannya, jika dia memohon perlindungan denganKu akan Ku lindunginya”. (Al-Bukhari)


Dan ingat juga firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (An-Nur:55)


Daripada Pusaka al-Banaa, dipetik dari surat khabar Ikhwan Muslimin, 25 R.Awwal 1356H bersamaan 4 July 1937M.


(Rujukan: Blog ISMA PJ)

Tuesday, November 3, 2009

Ada apa dengan agmatine?

Microdialysis apparatus dalam makmalku

Tahun ni dah masuk tahun ke-4 (2 thn - project Honours, 2 thn lg skrg- project PhD) aku mengkaji tentang neurotransmitter baru yang ditemui dalam organ terpenting seorang manusia. Otak. Kewujudan neurotransmitter bernama agmatine ni mencambahkan minat bukan sahaja aku, tetapi saintis di seluruh dunia. Semakin hari semakin banyak publication mengenai agmatine. Ada yang mengkaji fungsi agmatine sebagai terapi untuk morphine analgesia & dependence, ada yang mengkaji fungsi agmatine dalam inflammation, stress dan neurogenesis. Macam2 lah. Nampaknya agmatine semakin hangat dibicarakan.

Aku?Aku berminat pada fungsi agmatine dalam pembelajaran (learning & memory). Beberapa kajian awal aku pada tikus2 makmal membuktikan terapi agmatine mampu meningkatkan keupayaan ingatan tikus2ku, malah mereka perform dengan lebih cemerlang dalam maze2 yang kuuji setelah mendapat suntikan agmatine. SubhanAllah!Kemudian, aku mendapati tikus2 yang lebih tua yg diberi terapi agmatine juga dapat perform sebaik tikus2 muda dan of course, jauh lebih baik dari tikus seusia dengannya. Aku benar2 berharap agmatine dapat menjadi terapi kepada penyakit2 yang melibatkan lemahnya daya ingatan dan fikiran di usia tua manusia, seperti Alzheimer's Disease. ^o^

Apakah fungsi agmatine ini dalam membantu meningkatkan prestasi ingatan tikus2ku ini?Inilah soalan yg hampir setiap hari berlegar dalam kepalaku...sungguh ciptaan Allah itu terlalu indah, terlalu kompleks dan terlalu banyak sekali rahsia tersembunyi yg tidak dapat dicapai akal manusia. Pagi ini persoalan ini semakin menyentak2 benak fikiranku setelah pertemuan dengan supervisorku.

Dalam perbualan kami, supervisorku menceritakan pengalamannya semasa di US baru2 ini. Di sana dia bertemu seorang Professor (tak dapat aku ingat namanya dengan sekali lafaz). Tapi dari cerita supervisorku, Professor ini kedengarannya seperti seorang tokoh ilmuan yg hebat sekali, serta memiliki syarikat pengeluaran ubat sendiri. Aku mendengar acuh tak acuh. Namun terus sahaja aku memusatkan seluruh perhatianku bila supervisorku menerangkan dengan panjang lebar, Professor yang berasal dari Israel ini bersama isteri dan keluarganya telah mengambil agmatine sebagai suppliment hariannya sejak 2 tahun lepas.

Agmatine sebagai supplement??
Aku terkejut yang teramat. Maknanya, agmatine ni mesti dah lebih lama dikaji dan kemungkinan potensinya dalam membantu daya ingatan atau memberikan kebaikan lain pada manusia dah pun ditemui oleh orang2 Yahudi ini. Tapi tidak pula kutemui dalam mana2 journal yang kubaca. Membara sekejap rasa hatiku. Di sini aku berhempas pulas cuba mencungkil rahsia agmatine, Professor itu dah pun ambil agmatine sebagai supplement harian??

Ada apa dengan agmatine ni sebenarnya??
Aku semakin curious....

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" (2: 269)

'Hikmah itu adalah barang yang hilang dari mukmin.... (maksud Hadith)'

Marilah kita sama2 mencari hikmah yg hilang daripada kita..kerana kitalah yg paling berhak ke atasnya! ^o^

Wednesday, October 28, 2009

Ujian = bukti cinta Allah ^o^


Diceritakan kepadaku baru2 ini oleh seorang sahabat, bahawa hatinya sedikit gundah dengan ujian yang tertimpa kepadanya..hatiku juga terkesan dengan keluhan sahabatku, terasa bagaikan tidak berdaya menghulurkan sebarang pertolongan bagi melegakan gelisah yang melanda hatinya...beberapa sahabat yang lain juga kulihat keruhan di wajah masing2 lantaran musim peperiksaan yang melanda kini...

Hidup bagaikan ayunan ombak, terkadang di atas...terkadang di bawah...hari ini kita rasakan sukar sekali, namun selepas berlalu masa kesukaran ini, kita melihat ke belakang sambil tersenyum pada diri...tersenyum kerana semakin hari ujian semakin sukar, maka menoleh ke belakang membawa kepada ukiran senyuman, dan kita tertawa sendirian kerana mengenang betapa kegelisahan dan kerisauan yang tertumpah dahulunya pada ujian itu, ternyata kini hanyalah kepingan kecil dari keseluruhan ujian yang terbentang...

Begitulah norma kehidupan kita, sentiasa diuji dan teruji. Dalam pembacaanku hari ini, terjumpa hadith menarik ini beserta syarahannya (jeng...jeng, cuba teka hadith ape?)...ingin sekali kukongsikan buat semua sahabat2ku...moga2 sedikit kejernihan dari hadith menyingkap kekusutan di hati ^_^

Dari Abi al-Abbas Abdillah bin 'Abbas r.a. katanya: Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi S.A.W., lalu baginda bersabda:

'Hai anak!aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan engkau dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan sesuatu yang telah dituliskan Allah ke atasmu. Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku. (Riwayat Tirmidzi, katanya hadith hassan sahih).

Pada riwayat selain Tirmidzi ada disebut - peliharalah Allah, nescaya engkau dapati Allah di hadapanmu. Ingatlah Allah di masa lapang, nescaya Dia mengingatimu di masa sukar. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa2 yang (ditakdirkan) tidak datang kepadamu, tidaklah ia kena kepadamu. Tetapi, apa2 yang kena kepadamu, tidaklah ia tersalah kena padamu. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu beserta kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan. Dan sesungguhnya beserta kesusahan itu kesenangan.

Begitu banyak sekali pengajaran yang dapat dikupas dari huraian hadith ini. Antaranya:

1. Peliharalah Allah, nescaya dalam pemeliharaanNya
  • Rasulullah S.A.W. tidak menjelaskan cara pemeliharaan kepada Allah. tetapi nyatalah pemeliharaan itu tidak lain drpd memelihara hukumNya, hakNya, perintahNya dan menjauhi laranganNya
  • Rasulullah S.A.W. sendiri tidak pernah meninggalkan doa2 meminta pemeliharaan dan penjagaan dari Allah setiap pagi dan petang, sebagaimana yg diriwayatkan Ibn Umar (hadith)
  • Allah S.W.T juga memelihara kita dalam urusan kehidupan kita drpd bahaya seperti dalam firmanNya: "Baginya ada penjaga yg bergilir2 di hadapan dan di belakangnya menjaganya dengan perintah Allah" (Ar-Ra'ad: 11)
  • Selain itu, Allah juga memelihara agama dan iman seseorang dari dinodai oleh sesuatu yang haram dan kembalinya dia ke sisi Allah dalam keadaan beriman. Inilah semulia-mulia pemeliharaan yang diharap2kan dari Allah
  • Pemeliharaan sebegini menuntut hubungan dengan taqwa atau amal soleh yg dikerjakan dgn ikhlas.
2. Mintalah kepadaNya
  • Meminta atau memohon kpd Allah merupakan doa, dan doa adalah ibadah.
  • Imam Nawawi menjelaskan, hendaklah memohon dari Allah hajat yg tidak termasuk dalam kekuasaan manusia seperti meminta petunjuk, dalam memahami Al-Quran dan Hadith, kesejahteraan dan sebagainya semata2 kepadaNya. Sekiranya meminta kepada manusia berdasarkan peraturan (sunahtullah), seperti dalam urusan seharian, masih juga perlu memohon kepada Allah agar dilembutkan hati mereka di samping ikhtiar dalam mendapatkan hajat tersebut
  • Sesungguhnya kekuasaan dan rahmat serta kasih sayang Allah terlalu luas, tidak berkurang walau sedikit pun dari kekuasaannya ini andai kita memohon pertolongan dariNya, maka pohonkanlah!
3. Ingatlah Allah di masa lapang
  • Mengingati Allah dalam keadaan sukar dan diuji jauh lebih mudah dari mengingatinya di saat kita lapang dan tidak diuji.
  • Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan hakikat kita sebagai hamba yang lemah - yakni ketentuan takdir akan pasti terjadi dan tidaklah terjadi tanpa disengajakan, melainkan telah berada di dalam ketetapanNya. Maka, kepada Allahlah disandarkan segala harapan kerana Dialah sumber kekuatan
  • Salman Al-Farisi pernah menyebut: ' Apabila seorang lelaki selalu memohon kpd Allah pada waktu senang, kemudian dia memohon kpd Allah di waktu susah, maka berkatalah malaikat: Suara ini sudah terkenal. Maka tolonglah pemilik suara ini. Sebaliknya jika suara itu tidak dikenal kecuali di masa susah, malaikat akan berkata, selama ini suaranya tidak pernah dikenal, maka tak usahlah ditolong akan dia'
*Erm betul!Hadith ke-19 drpd hadith 40 oleh Imam Nawawi. Pandai semua ^o^

'an apple' for the day:

Being tested? It's a sign that Allah loves you! Test = Medicine. Despite its bitterness, you still offer the medicine to the one whom you love. Prescription from Allah is always the best!

Tuesday, October 27, 2009

NZ Muslims 'don't need to lose their identity'


Integration is not assimilation, New Zealand's first national Muslim convention heard at the weekend.

About 400 people from the country's 50,000-strong Muslim community gathered in Auckland for two days of activities and discussions about "building strong New Zealand Muslim families".

Javed Khan, vice-president of the Federation of Islamic Associations in New Zealand, said the convention had been organised to help families become Muslims "of" - rather than "in" - New Zealand.

"Those who have come here 50 years ago have no problems. They're totally integrated.

"But for those who have come in the past five to 10 years, there's a little bit of fine- tuning to be done."

Mr Khan said the Muslim community in NZ was young and looked at communities overseas for ideas on how to fit in better.

But it was important Muslims did not lose their distinct character even as they became part of a Western society, he added.

One of the key speeches during the weekend was "Integration is not assimilation: How Muslim families can become a part of New Zealand society without losing their faith", by Hamilton teacher Aliya Danzeisen.

Said Mr Khan: "There are lots of people who get this misconception that if you try to integrate into a community you have to assimilate. We're saying that's not the case."

The Muslim community in New Zealand represented almost 50 different cultures, and diverse cultural practices were often mixed up with Islamic ones.

Wearing a burqa or even female circumcision were sometimes confused as Islamic concepts, he said. Burqas were common among Middle Eastern Muslims but not for those from Asia.

Mr Khan said he hoped the national Muslim convention would become an annual event. Similar gatherings overseas attracted as many as 50,000 Muslims every year.

Nazreen Haniff, national co-ordinator of the Islamic Women's Council of New Zealand, said women had shared their experiences about raising children here.

Building strong Muslim families required teaching children good values, she said.

"Every different religion teaches the same value system. It's good to tell children about these values from an early age."

Ethnic Affairs Minister Pansy Wong and Opposition Leader Phil Goff attended the opening on Saturday.

*NZ Herald 27 Oct 2009*

Monday, October 26, 2009

Extended version: kisah penjual sabun dari Slovenia

Khas buat sahabatku di Malaysia..setelah hampir 9 tahun kita tidak bertemu..pertemuan denganmu di alam maya kini benar2 mengubat kerinduanku pada alam persekolahan dan memori suka duka bersama ^_^

Fredov kini telah berkeluarga dan mempunyai beberapa anak. Begitu juga dengan abangnya Yanez. Fredov mengajar anaknya cara2 membuat sabun serta menerangkan bahawa cara promosi sabun secara terbuka adalah cara yang paling baik menurut firasatnya berdasarkan perkembangan mutakhir masyarakat Eropah pada masa itu. Yanez juga menurunkan semua ilmu kepada anak2nya sambil menerangkan kepentingan menjual sabun dari skala kecil dahulu serta jangan terburu2 menerjah pasaran Eropah. Apabila anak2 ini semua membesar, mereka menyedari wujudnya jenama sabun mandi selain daripada keluaran ayah mereka masing2. Apabila mereka meminta penjelasan daripada ayah masing2, jawapan yang mereka dapat adalah:

Pengakhiran 1:

Fredov menerangkan bahawa benar, datuk merekalah yang mengajarnya membuat sabun, dan kerana datuknyalah dia mahir membuat sabun. Tetapi dia tidak bersetuju dengan datuk serta pakcik mereka yang berpendapat sabun mandi masih belum sesuai dipromosikan secara terbuka, sementelah lagi mereka baru di peringkat pengasasan, masih tidak cukup tenaga untuk menjual sabun. Tetapi Fredov menyakini caranya berkesan dalam memperkenalkan sabun mandi serta menjulang konsep kebersihan di seluruh Eropah, malah dia mendidik anak2nya supaya mengenang jasa datuk mereka sebagai pengasas sabun serta bercita2 untuk mereka bersama berpadu semula dengan sepupu-sepapat mereka dalam industry penghasilan sabun di masa akan datang. Fredov juga berlapang dada bila ada antara anak2nya ingin mengikut jejak langkah datuk dan pakcik mereka.

Yanez pula menerangkan kepada anak2nya bahawa benar, pakcik mereka Fredov membuat keputusan atas apa yang difikirnya baik untuk masyarakat Eropah, meski diakui Yanez dan bapanya sedikit sedih. Namun mereka merasa lapang dada dan gembira dengan keputusan Fredov kerana Fredov telah berjaya mengambil peranan yang mereka tidak dapat laksanakan pada masa itu. Malah, bila melihat hasilnya pada kesedaran masyarakat tentang kebersihan, Yanez merasa satu kegembiraan dan berharap anak2nya dapat bersama2 dengan sepupu-sepapat mereka dalam industry penghasilan sabun dan kembali menyatukan keluarga mereka satu hari nanti.

Akhirnya, bersatulah kedua2 keluarga dan industry sabun juga melonjak2, kini semua masyarakat menerima baik sabun mandi dan mereka tidak lagi menyebut sabun Yanez atau sabun Fredov tetapi memanggil semua sabun mandi sebagai sabun mandi. Masyarakat Eropah juga akhirnya keluar dari kepompong Zaman Kegelapan dan mengamalkan konsep kebersihan dalam hidup mereka.

Pengakhiran 2:

Fredov berkata, kisah ini pahit sekali..namun dia menceritakan kepada anaknya bagaimana bapa dan abangnya menuduhnya derhaka dan sebagainya. Fredov membela diri dan cuba menyakinkan anak2nya bahawa dialah yang paling betul sekali. Anak2 Fredov merasa sedih dan kesal, hati mereka radang dengan kejadian ini. Pelbagai spekulasi wujud di hati. Mereka merasakan datuk dan pakcik mereka begitu tidak patut sekali bertindak begitu, malah patut berfikiran terbuka.

Yanez juga begitu, dia menceritakan pada anak2nya agar tidak mengikut jejak langkah pakcik mereka. Dia menasihatkan anak2nya agar taat dan tidak menjadi seorang yang derhaka seperti pakcik mereka. Dia mendidik anak2nya agar mengembalikan kesatuan keluarga mereka dan berusaha membendung Fredov serta anak2nya dari terus berleluasa. Anak2 Yanez merasa kesal dengan pakcik mereka dan merasakan sepupu-sepapat mereka patut diceritakan kisah sebenar ini agar mereka semua kembali bersatu.

Apabila kedua2 sepupu-sepapat ini bertemu, mereka masing2 membela ayah masing2. Tiada jalan penyelesaian. Masing2 menegakkan pendirian masing2. Akhirnya, mereka bertindak mempengaruhi pembeli2 masing2. Keadaan menjadi lebih tegang. Sesetengah pembeli merasakan tertipu dengan sabun keluaran Fredov, sesetengahnya pula merasa jelek dengan sabun keluaran Yanez. Masyarakat Eropah semuanya mentertawakan Fredov, Yanez serta keturunan mereka kerana saling bertelagah. Usaha memperkenalkan kebersihan kepada masyarakat Eropah jadi terbantut. Mungkin perlukan beberapa abad lagi sebelum kebersihan dapat dijulang pada semua. Alangkah sedihnya.

****
Pengakhiran mana satukah menjadi pilihan di hati anda?

Sunday, October 25, 2009

Kisah penjual sabun dari Slovenia

Arakian, tersebutlah sebuah kisah di daerah terpencil Slovenia...seorang penjual sabun bernama Zdravo tinggal bersama keluarganya di rumahnya yg kecil tetapi sederhana..Zdravo adalah satu2nya penjual sabun di daerah tersebut. Dan penduduk di daerah itu membeli sabun Zdravo untuk kegunaan harian mereka. Sabun Zdravo lah satu2nya sabun di hati mereka...namun Zdravo hanya menjual sabun di gerai yg didirikan di depan rumahnya, maka hanya penduduk yg melalui halaman rumah Zdravo sahaja berpeluang membeli sabun Zdravo.

Oleh kerana Republik Slovenia mengalami kesan buruk daripada Zaman Kegelapan Eropah, rata2 penduduknya masih belum mengenali cara membersihkan diri dengan cara yg paling baik sekali. Menyedari hakikat ini, Zdravo mendidik anak2 lelakinya untuk menghasilkan sabun dan menjualnya agar mereka dapat meneruskan niat suci Zdravo iaitu membantu masyarakat membersihkan badan dengan sabunnya. Anak lelakinya Yanez dan Fredov pun dididik dan membesar dengan baik. Kedua2nya bertekad menyambung niat suci ayahnya.


Yanez seorang anak yang taat dan amat menuruti ayahnya. Kalau dilihat dari sisi, pastilah semua orang menyangkakan Yanez adalah Zdravo yang muda. Begitulah mirip sekali Yanez dengan ayahnya. Bahkan, bukan sahaja wajah, malah Yanez mirip dari banyak aspek lain. Kiranya Yanez seperti klon ayahnya. Cara Yanez menghasilkan sabun, begitu sama sekali dengan ayahnya. Dari segi baunya, komposisinya, pakej luarnya, malah Yanez juga menjual di gerai yg sama. Bezanya Yanez menghias gerai dengan lebih baik dan dapat menarik lebih ramai pembeli berbanding ayahnya. Dan Yanez juga telah mula menjual sabun di pekan2 di daerah Slovenia.

Fredov pula anak yang cerdik meski adakalanya Fredov suka mempersoalkan arahan ayahnya. Fredov berhati mulia dan menghormati orang lain walaupun pada pendapatnya, niat suci ayah dan abangnya hanya sampai kepada sekelompok orang sahaja daripada seluruh penduduk Slovenia, sedangkan masyarakat seluruh Eropah masih mengamalkan cara hidup yang kotor dan tak tahu bagaimana menggunakan sabun. Fredov juga berpendapat sabun ciptaan ayahnya perlu dikaji semula dan diubah suai sedikit kerana penduduk Slovenia di zamannya kini banyak yang mengalami masalah kulit yang lebih serius, mungkin kerana terdedah pada matahari dan lapisan ozon yg semakin menipis.

Fredov berkali-kali mencadangkan kepada ayahnya, agar diterima pendapatnya dan mereka juga patut menjual sabun di tengah-tengah bandar Rome. Kerana dengan ini, bukan sahaja seluruh penduduk Republik Slovenia mendapat manfaatnya, bahkan seluruh Rome dan Eropah juga nanti akan tersedar dengan kepentingan sabun dalam membersihkan badan. Malangnya, ayah dan abangnya tidak bersetuju dan masih selesa dengan kaedah penghasilan serta penjualan sabunnya. Kata mereka juga, bukannya usaha Fredov itu tidak baik, namun ini bukanlah masanya untuk menjual sabun di tengah2 bandar Rome, kerana masyarakat masih ramai yang tak mandi pun, bagaimana mereka menerima sabun?Fredov merasa terkilan, saban hari dia terkenang bagaimana nasib orang2 lain di Eropah. Hatinya penuh yakin, sabun perlu diperkenalkan kepada seluruhnya kalau benar2 mahu masyarakat Eropah keluar dari Zaman Kegelapan.

Akhirnya Fredov tekad untuk memulakan usaha penjualan sabunnya sendiri. Dengan formula yang dipelajari dari ayahnya, Fredov mengubahsuai sabunnya sebagaimana menurut pendapatnya. Maka Fredov pun berjalanlah dengan penuh keberanian membawa sabunnya ke tengah-tengah bandar Rome. Bukan sedikit kesengsaraan yang ditanggungnya, malah ada yang melontarnya dengan batu bila dipromosikan sabunnya. Teringat Fredov kata2 ayah dan abangnya:

'Fredov, kau tinggalkan daerah Slovenia ni kerana kau yakin cara kau betul. Mengapa mesti kau tidak bersabar?Bukankah kau patut meneruskan tradisi ini dan membaikinya dari sini, dari kampung kita. Mengapa kau mesti ke bandar Rome?Dengarlah kataku, kerana aku lebih lama hidup dan membuat sabun darimu. Kalau kau berdegil, maka aku saksikan bahawa kau mengingkari kata2ku, kau berpaling dariku dan abangmu. Kau tidak akan bertahan lama'

Fredov sebak mengingati kata2 akhir ayahnya. Fredov amat menyayangi ayahnya, malah menyanjung tinggi niat ayahnya menghidupkan kebersihan pada masyarakat. Cuma Fredov sudah tidak mahu lagi sekadar berpuas hati dengan gerai2 mereka, lantaran penduduk di luar sana masih ramai yang hidup bergelumang najis dan kekotoran. Fredov mengagahkan diri. Dijualnya sabunnya meski tidak seberapa sambutannya. Akhirnya usaha Fredov membuahkan hasil. Sabunnya mendapat tempat di hati penduduk sekitar Rome, malah dia telah ditawarkan untuk membekalkan sabun di rumah tumpangan sekitar Rome.

Hatinya berbunga riang. Dalam perjalanannya membekalkan sabun ke rumah tumpangan, Fredov terserempak dengan seorang pembekal sabun sepertinya. Fredov terkejut, sabun apakah yang dibekalkannya?Rupa2nya sabun untuk mencuci baju. Berbeza sedikit dari sabun mandi ciptaan Fredov (juga ayah dan abangnya), namun gunanya juga untuk menjaga kebersihan melalui pencucian pakaian. Oh, alangkah girang hatinya. Rupa2nya ada usaha memperkenalkan kebersihan dan menjaga diri selain dari usaha Fredov dan keluarga. Tak lama kemudian, Fredov sekali lagi terkejut kerana bertemu dengan pembekal sabun dalam bentuk cecair untuk cucian pinggan pula. Dan semakin hari, Fredov bertemu dengan lebih ramai pembekal sabun untuk berbagai fungsi.

Satu masa, Fredov duduk berfikir, mana lebih baik...kebersihan yang dimulakan dengan diri sendiri atau dengan rumah dan persekitaran dulu?Kerana ada penduduk yg hanya membersihkan pinggan tetapi tidak diri sendiri, dan ada yang hanya membersihkan diri tetapi tidak persekitarannya. Dalam berfikir2 begini, Fredov meyakinkan dirinya bahawa dia gembira menghasilkan sabun mandi kerana kebersihan patut bermula dari diri sendiri dahulu, malah masalah kebersihan secara keseluruhan pasti dapat ditangani jika bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu (pasti ayah dan abangnya juga berfikir begitu). Maka, Fredov berusaha makin gigih. Hatinya bertambah girang apabila Mayor Rome memberi peluang kepada Fredov untuk melancarkan Hari Kebersihan seluruh Rome. Fredov berpeluang menjalinkan kerjasama dengan pembekal2 sabun lain selain sabun mandi. Fredov mula berkira2 meluaskan perniagaannya ke seluruh Eropah.

Satu hari, abang Fredov, Yanez tiba di Rome. Yanez mempengaruhi pembeli sabun Fredov bahawa Fredov anak yang derhaka. Sedangkan ayah mereka, Zdravo lah yang memulakan usaha pembuatan sabun mandi, tetapi Fredov kini menjual sabun mandinya sendiri dengan namanya. Yanez menyifatkan Fredov pentingkan diri sendiri dan juga degil. Yanez berpendapat Fredov patut bergabung semula dengan keluarganya, kemudian barulah bersama2 memperjuangkan konsep kebersihan kepada seluruh masyarakat. Yanez berkata lagi tindakan Fredov ini menyebabkan pembeli sabun terpecah2 dan terpaksa memilih atas dasar jenama sabun sedangkan sabun mereka adalah sama.

Fredov tidak bersetuju. Hakikat sabun itu adalah sama, namun Fredov meletakkan kelainan pada sabunnya. Malah Fredov yakin dengan menjual sabun di tengah2 Rome, lebih ramai masyarakat lebih aware tentang sabun dan kepentingannya. Fredov telah lama berlapang dada pada abang dan ayahnya kerana tidak menerima cadangannya, namun Fredov merasakan usaha murninya tidak perlulah disekat. Malangnya, Zdravo dan Yanez menyifatkan perbuatan Fredov ini adalah perbuatan tercela lagi tidak mengenang jasa bapa yang telah mendidiknya sehingga pandai membuat sabun.

Fredov kesal, kerana sejak isu ini dibangkitkan, ada ramai penduduk yang merasa keliru. Lebih2 lagi penduduk yang memang cintakan kekotoran dan tak suka mandi. Penduduk2 ini langsung tidak mahu membeli sabun2 samada keluaran Fredov atau ayah dan abangnya. Malah memboikot secara keseluruhan penjual2 sabun kebersihan lain. Bagi mereka penjual2 sabun ini ada kepentingan sendiri dan hanya tahu saling bertelagah sesama sendiri, bukannya benar2 mahu membantu mereka membersihkan diri. Penduduk2 yang biasa membeli sabun Fredov pula, sebahagiannya ragu2, sebahagian lagi meninggalkan terus sabun2 Fredov kerana tidak mahu dikatakan bersubahat membeli sabun anak derhaka. Fredov benar2 sedih, mengapa mesti pembeli2 sabun mandinya diyakini dengan kenyataan2 yang sebegitu sedangkan pada niatnya bukanlah mencari keuntungan atau benar2 mahu menjadi penderhaka, bahkan dia telah berkali2 memujuk ayah dan abangnya mempertimbangkan fikirannya.

Sampai bilakah Fredov dan keluarganya mahu meneruskan situasi pertelagahan begini?Mungkin ayah dan abang Fredov menginginkan kebaikan bersama, namun apabila dibiarkan penyebaran kisah kederhakaan Fredov oleh orang2 jahil yang bukan teman rapat atau ahli keluarga mereka sendiri, maka kesannya amatlah buruk terhadap penerimaan masyarakat secara keseluruhannya.

Fredov mengimpikan seluruh masyarakat memahami peri pentingnya kebersihan, dan Fredov meyakini inilah masanya memperkenalkan sabun kepada semua, dan terselit di hati Fredov, sabun ayah dan abangnya juga punya pembeli setia, mana mungkin Fredov merampas pembeli setia sabun ayahnya melainkan mereka sendiri yang ingin membeli sabunnya. Dan tidaklah bermakna Fredov harus merasa culas pada pembeli2 setia ayahnya ini..malah Fredov yang berkemampuan bekerjasama dengan penjual2 sabun kegunaan lain merasakan satu hari nanti, dia pasti akan mampu bersatu dan bekerjasama dengan ayah serta abangnya. Sebab ironilah kalau Fredov memperjuangkan kesatuan dengan penjual2 sabun lain utk satu matlamat yg sama iaitu menjulang kebersihan, tetapi enggan bersatu dengan ayah serta abangnya?

Tetapi adakah kesatuan dengan ayah dan abangnya bermakna dia meninggalkan sabun jualannya?Mengapa mereka tidak menjual sabun bersama2, tetapi Fredov dengan sabunnya, dan ayah serta abangnya dengan sabun2 mereka. Akhirnya semua orang mengenali sabun, lebih2 lagi sabun mandi...dan mula mencintai kebersihan....



Tamat lah kisah penjual sabun dari Slovenia.


Hanya yang menghayati akan mengerti. Tidak mengapa jika pilihan dibuat kerana kefahaman dan kajian yang benar, tetapi mengapa mencambah gelisah pada hati yang tenang...Allah itu kan Maha Kuasa, Dialah Yang Membimbing Hati2, mana mungkin hati yang ikhlas dan suci dibiarkan sesat?Mengapa khuatir 'kebenaran' tidak didedahkan, sedang 'kebenaran' hakiki pada tanganNya?Benar2 silapkah apa yang dikatakan kesilapan itu??Dan benar2 benarkah apa yang dikatakan dengan kebenaran itu??Moga Allah ampunkan kita semua...

*Mari berlapang dada & senyumlah (^_^)*