Wednesday, June 2, 2010

Sedikit analisa terhadap reaksi Flotilla Keamanan ke Gaza


Peristiwa sekatan dan serangan tentera Israel terhadap konvoi keamanan ke perairan Gaza baru2 ni telah menarik perhatian ramai orang, meskipun masih tidak disangkal sebahagian besar sahabat2 kita, samada di Malaysia atau di New Zealand ni lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan World Cup 2010.

Sehari dua ini, saya perhatikan di facebook terutamanya trafik bergerak pantas, emel2 juga bertalu2 menerjah mailbox, dada2 akhbar seluruh dunia, chatbox, blog2, dan byk lg....gerakan menyebarkan kesedaran berlangsung cemerlang, individu2 bangkit menyuarakan rasa hati, mengecam dan mengutuk tindakan Israel. Hati saya merasa suam sekali dengan situasi ni ~ (gambaran perasaan terharu bercampur gembira).

Beberapa rakan yang selama ini kurang bersetuju dgn pemboikotan barangan Israel, atau selama ini lebih memilih untuk 'low profile' hari ini memberikan reaksi positif, dan ada yang terang2an menyuarakan hasrat utk bangkit menyokong pemboikotan ini, dan menyebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang....

Saya tertarik dengan status FB seorang tokoh yang saya kagumi secara peribadi, Dr Z baru2 ini (taken from another blog):
Saudaraku... .Jangan hanya berkocak bila diusik. Jangan hanya berteriak bila dicucuk. Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban. Selamat beramal.
Mari kita renung2kan kata2 ini....sahabat2 semua, syukurlah kepada Allah atas hati2 yang masih hidup segar dan bertindak balas pada isu ini, namun semoga kita tidak sekadar ikut berteriak dengan orang ramai, dan surut serta berhenti bila kelompok teriakan itu reda. Usaha kita berterusan, tak pernah ada noktah perhentian.

Program2 kesedaran kita, mungkin impaknya tidak sama dengan berlayar mempertaruhkan nyawa di atas Mavi Marmara, namun saya yakin, walaupun sedikit, melalui talaan dan pentarbiyahan daripada program2 kecil ini lah, hati2 kita dan sahabat2 kita hari ini lebih tersentuh dan lebih merasa terpanggil untuk bangkit bila menyaksikan sendiri kegilaan Israel. Maka dengan itu, ayuhlah kita teruskan langkah istiqamah. Semoga langkah kita seiring dengan langkah para syuhada' yang mempertahankan bumi Palestin dengan darah dan jiwa mereka.

Saya menyeru kepada diri sendiri, tepislah tipudaya (ghurur) yang cuba diselitkan syaitan pada hati2 kita. Jangan kita sibuk mencari2 siapakah atau dari organisasi manakah wakil2 pejuang Malaysia yang ada di atas Mavi Marmara, dan mula melayan analisa peribadi...amal itu nilaiannya pada Allah, dan setiap daripada kita berperanan. Bukankah kesatuan hati dan perpaduan itu memang tekad bersama? Dan Allahlah yang akan menyatukan kita apabila kita benar2 beriman dan bertaqwa kepadaNya. Kita sanjung tinggi keberanian pejuang2 Mavi Marmara, yang bukan hanya membawa nama kelompok2 tertentu, tetapi membawa satu gelombang perjuangan yang telah lama diusahakan oleh golongan2 terdahulu dan masih diteruskan di setiap inci bumi Allah ini dengan kadar dan kapasiti yang dipermudahkan olehNya...Mereka semuanya, termasuk yang bukan muslim membawa bersama obor perjuangan yang kita julang bersama.

Oleh itu, tetaplah berjuang, dan jangan hanya teruja menambah gema atau talun teriakan, dan surut apabila isu Flotilla ini reda. Banyak saya saksikan, gema2 yang kuat menerjah angkasa bila Gaza diserang...tetapi, bila gema berkurang, masing2 balik kepada kepompong selesa seolah2 membuka baju besi dan meletakkan senjata untuk berehat sedangkan musuh masih berleluasa menumpahkan darah saudara2 kita.

Moga perjuangan kita tulen dan ikhlas kerana Allah. Istiqamah itu kunci dan bukti keimanan.


~and He knows what's in our little hearts ~

3 comments:

Imran Razali said...

stuju sgt2 kat point kenapa perlu dihighlight orang ni dari badan mana, dan badan mana yg maybe tak nampak DIRECTLY penglibatannya dalam sesuatu perkara ^_^

nattafiq fima ittafaqna ‘alayh wa nazhiru ba’duna ba’dan fima ikhtalafna fih

poji said...

salam..
Setuju! ikhlaskan hati.. bagi ana, mereka yang ke mengikuti flotila itu diuji dengan perkara2 begini.. lihatlah pelbagai media, sambutan dilakukan di Malaysia..semoga mereka tetap thabat dan ikhlas semata2 kerana Allah

kitapon sama..ikhlaskan hati..tingkatkan kepedulian terhadap palestine.. bukan heboh berbincang sapa yang pergi atau tidak.. isu palestine bukan sekadar isu kemanusiaan. tapi isu aqidah bagi umat islam..
satu petikan dari zaharudin.net untuk dikongsi bersama :)

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

hurun een said...

Jzkk akh Imran & Fauzi atas perkongsian...insyaAllah, moga kita sama2 thabat dan terus diberi keteguhan istiqamah