Sunday, October 25, 2009

Kisah penjual sabun dari Slovenia

Arakian, tersebutlah sebuah kisah di daerah terpencil Slovenia...seorang penjual sabun bernama Zdravo tinggal bersama keluarganya di rumahnya yg kecil tetapi sederhana..Zdravo adalah satu2nya penjual sabun di daerah tersebut. Dan penduduk di daerah itu membeli sabun Zdravo untuk kegunaan harian mereka. Sabun Zdravo lah satu2nya sabun di hati mereka...namun Zdravo hanya menjual sabun di gerai yg didirikan di depan rumahnya, maka hanya penduduk yg melalui halaman rumah Zdravo sahaja berpeluang membeli sabun Zdravo.

Oleh kerana Republik Slovenia mengalami kesan buruk daripada Zaman Kegelapan Eropah, rata2 penduduknya masih belum mengenali cara membersihkan diri dengan cara yg paling baik sekali. Menyedari hakikat ini, Zdravo mendidik anak2 lelakinya untuk menghasilkan sabun dan menjualnya agar mereka dapat meneruskan niat suci Zdravo iaitu membantu masyarakat membersihkan badan dengan sabunnya. Anak lelakinya Yanez dan Fredov pun dididik dan membesar dengan baik. Kedua2nya bertekad menyambung niat suci ayahnya.


Yanez seorang anak yang taat dan amat menuruti ayahnya. Kalau dilihat dari sisi, pastilah semua orang menyangkakan Yanez adalah Zdravo yang muda. Begitulah mirip sekali Yanez dengan ayahnya. Bahkan, bukan sahaja wajah, malah Yanez mirip dari banyak aspek lain. Kiranya Yanez seperti klon ayahnya. Cara Yanez menghasilkan sabun, begitu sama sekali dengan ayahnya. Dari segi baunya, komposisinya, pakej luarnya, malah Yanez juga menjual di gerai yg sama. Bezanya Yanez menghias gerai dengan lebih baik dan dapat menarik lebih ramai pembeli berbanding ayahnya. Dan Yanez juga telah mula menjual sabun di pekan2 di daerah Slovenia.

Fredov pula anak yang cerdik meski adakalanya Fredov suka mempersoalkan arahan ayahnya. Fredov berhati mulia dan menghormati orang lain walaupun pada pendapatnya, niat suci ayah dan abangnya hanya sampai kepada sekelompok orang sahaja daripada seluruh penduduk Slovenia, sedangkan masyarakat seluruh Eropah masih mengamalkan cara hidup yang kotor dan tak tahu bagaimana menggunakan sabun. Fredov juga berpendapat sabun ciptaan ayahnya perlu dikaji semula dan diubah suai sedikit kerana penduduk Slovenia di zamannya kini banyak yang mengalami masalah kulit yang lebih serius, mungkin kerana terdedah pada matahari dan lapisan ozon yg semakin menipis.

Fredov berkali-kali mencadangkan kepada ayahnya, agar diterima pendapatnya dan mereka juga patut menjual sabun di tengah-tengah bandar Rome. Kerana dengan ini, bukan sahaja seluruh penduduk Republik Slovenia mendapat manfaatnya, bahkan seluruh Rome dan Eropah juga nanti akan tersedar dengan kepentingan sabun dalam membersihkan badan. Malangnya, ayah dan abangnya tidak bersetuju dan masih selesa dengan kaedah penghasilan serta penjualan sabunnya. Kata mereka juga, bukannya usaha Fredov itu tidak baik, namun ini bukanlah masanya untuk menjual sabun di tengah2 bandar Rome, kerana masyarakat masih ramai yang tak mandi pun, bagaimana mereka menerima sabun?Fredov merasa terkilan, saban hari dia terkenang bagaimana nasib orang2 lain di Eropah. Hatinya penuh yakin, sabun perlu diperkenalkan kepada seluruhnya kalau benar2 mahu masyarakat Eropah keluar dari Zaman Kegelapan.

Akhirnya Fredov tekad untuk memulakan usaha penjualan sabunnya sendiri. Dengan formula yang dipelajari dari ayahnya, Fredov mengubahsuai sabunnya sebagaimana menurut pendapatnya. Maka Fredov pun berjalanlah dengan penuh keberanian membawa sabunnya ke tengah-tengah bandar Rome. Bukan sedikit kesengsaraan yang ditanggungnya, malah ada yang melontarnya dengan batu bila dipromosikan sabunnya. Teringat Fredov kata2 ayah dan abangnya:

'Fredov, kau tinggalkan daerah Slovenia ni kerana kau yakin cara kau betul. Mengapa mesti kau tidak bersabar?Bukankah kau patut meneruskan tradisi ini dan membaikinya dari sini, dari kampung kita. Mengapa kau mesti ke bandar Rome?Dengarlah kataku, kerana aku lebih lama hidup dan membuat sabun darimu. Kalau kau berdegil, maka aku saksikan bahawa kau mengingkari kata2ku, kau berpaling dariku dan abangmu. Kau tidak akan bertahan lama'

Fredov sebak mengingati kata2 akhir ayahnya. Fredov amat menyayangi ayahnya, malah menyanjung tinggi niat ayahnya menghidupkan kebersihan pada masyarakat. Cuma Fredov sudah tidak mahu lagi sekadar berpuas hati dengan gerai2 mereka, lantaran penduduk di luar sana masih ramai yang hidup bergelumang najis dan kekotoran. Fredov mengagahkan diri. Dijualnya sabunnya meski tidak seberapa sambutannya. Akhirnya usaha Fredov membuahkan hasil. Sabunnya mendapat tempat di hati penduduk sekitar Rome, malah dia telah ditawarkan untuk membekalkan sabun di rumah tumpangan sekitar Rome.

Hatinya berbunga riang. Dalam perjalanannya membekalkan sabun ke rumah tumpangan, Fredov terserempak dengan seorang pembekal sabun sepertinya. Fredov terkejut, sabun apakah yang dibekalkannya?Rupa2nya sabun untuk mencuci baju. Berbeza sedikit dari sabun mandi ciptaan Fredov (juga ayah dan abangnya), namun gunanya juga untuk menjaga kebersihan melalui pencucian pakaian. Oh, alangkah girang hatinya. Rupa2nya ada usaha memperkenalkan kebersihan dan menjaga diri selain dari usaha Fredov dan keluarga. Tak lama kemudian, Fredov sekali lagi terkejut kerana bertemu dengan pembekal sabun dalam bentuk cecair untuk cucian pinggan pula. Dan semakin hari, Fredov bertemu dengan lebih ramai pembekal sabun untuk berbagai fungsi.

Satu masa, Fredov duduk berfikir, mana lebih baik...kebersihan yang dimulakan dengan diri sendiri atau dengan rumah dan persekitaran dulu?Kerana ada penduduk yg hanya membersihkan pinggan tetapi tidak diri sendiri, dan ada yang hanya membersihkan diri tetapi tidak persekitarannya. Dalam berfikir2 begini, Fredov meyakinkan dirinya bahawa dia gembira menghasilkan sabun mandi kerana kebersihan patut bermula dari diri sendiri dahulu, malah masalah kebersihan secara keseluruhan pasti dapat ditangani jika bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu (pasti ayah dan abangnya juga berfikir begitu). Maka, Fredov berusaha makin gigih. Hatinya bertambah girang apabila Mayor Rome memberi peluang kepada Fredov untuk melancarkan Hari Kebersihan seluruh Rome. Fredov berpeluang menjalinkan kerjasama dengan pembekal2 sabun lain selain sabun mandi. Fredov mula berkira2 meluaskan perniagaannya ke seluruh Eropah.

Satu hari, abang Fredov, Yanez tiba di Rome. Yanez mempengaruhi pembeli sabun Fredov bahawa Fredov anak yang derhaka. Sedangkan ayah mereka, Zdravo lah yang memulakan usaha pembuatan sabun mandi, tetapi Fredov kini menjual sabun mandinya sendiri dengan namanya. Yanez menyifatkan Fredov pentingkan diri sendiri dan juga degil. Yanez berpendapat Fredov patut bergabung semula dengan keluarganya, kemudian barulah bersama2 memperjuangkan konsep kebersihan kepada seluruh masyarakat. Yanez berkata lagi tindakan Fredov ini menyebabkan pembeli sabun terpecah2 dan terpaksa memilih atas dasar jenama sabun sedangkan sabun mereka adalah sama.

Fredov tidak bersetuju. Hakikat sabun itu adalah sama, namun Fredov meletakkan kelainan pada sabunnya. Malah Fredov yakin dengan menjual sabun di tengah2 Rome, lebih ramai masyarakat lebih aware tentang sabun dan kepentingannya. Fredov telah lama berlapang dada pada abang dan ayahnya kerana tidak menerima cadangannya, namun Fredov merasakan usaha murninya tidak perlulah disekat. Malangnya, Zdravo dan Yanez menyifatkan perbuatan Fredov ini adalah perbuatan tercela lagi tidak mengenang jasa bapa yang telah mendidiknya sehingga pandai membuat sabun.

Fredov kesal, kerana sejak isu ini dibangkitkan, ada ramai penduduk yang merasa keliru. Lebih2 lagi penduduk yang memang cintakan kekotoran dan tak suka mandi. Penduduk2 ini langsung tidak mahu membeli sabun2 samada keluaran Fredov atau ayah dan abangnya. Malah memboikot secara keseluruhan penjual2 sabun kebersihan lain. Bagi mereka penjual2 sabun ini ada kepentingan sendiri dan hanya tahu saling bertelagah sesama sendiri, bukannya benar2 mahu membantu mereka membersihkan diri. Penduduk2 yang biasa membeli sabun Fredov pula, sebahagiannya ragu2, sebahagian lagi meninggalkan terus sabun2 Fredov kerana tidak mahu dikatakan bersubahat membeli sabun anak derhaka. Fredov benar2 sedih, mengapa mesti pembeli2 sabun mandinya diyakini dengan kenyataan2 yang sebegitu sedangkan pada niatnya bukanlah mencari keuntungan atau benar2 mahu menjadi penderhaka, bahkan dia telah berkali2 memujuk ayah dan abangnya mempertimbangkan fikirannya.

Sampai bilakah Fredov dan keluarganya mahu meneruskan situasi pertelagahan begini?Mungkin ayah dan abang Fredov menginginkan kebaikan bersama, namun apabila dibiarkan penyebaran kisah kederhakaan Fredov oleh orang2 jahil yang bukan teman rapat atau ahli keluarga mereka sendiri, maka kesannya amatlah buruk terhadap penerimaan masyarakat secara keseluruhannya.

Fredov mengimpikan seluruh masyarakat memahami peri pentingnya kebersihan, dan Fredov meyakini inilah masanya memperkenalkan sabun kepada semua, dan terselit di hati Fredov, sabun ayah dan abangnya juga punya pembeli setia, mana mungkin Fredov merampas pembeli setia sabun ayahnya melainkan mereka sendiri yang ingin membeli sabunnya. Dan tidaklah bermakna Fredov harus merasa culas pada pembeli2 setia ayahnya ini..malah Fredov yang berkemampuan bekerjasama dengan penjual2 sabun kegunaan lain merasakan satu hari nanti, dia pasti akan mampu bersatu dan bekerjasama dengan ayah serta abangnya. Sebab ironilah kalau Fredov memperjuangkan kesatuan dengan penjual2 sabun lain utk satu matlamat yg sama iaitu menjulang kebersihan, tetapi enggan bersatu dengan ayah serta abangnya?

Tetapi adakah kesatuan dengan ayah dan abangnya bermakna dia meninggalkan sabun jualannya?Mengapa mereka tidak menjual sabun bersama2, tetapi Fredov dengan sabunnya, dan ayah serta abangnya dengan sabun2 mereka. Akhirnya semua orang mengenali sabun, lebih2 lagi sabun mandi...dan mula mencintai kebersihan....



Tamat lah kisah penjual sabun dari Slovenia.


Hanya yang menghayati akan mengerti. Tidak mengapa jika pilihan dibuat kerana kefahaman dan kajian yang benar, tetapi mengapa mencambah gelisah pada hati yang tenang...Allah itu kan Maha Kuasa, Dialah Yang Membimbing Hati2, mana mungkin hati yang ikhlas dan suci dibiarkan sesat?Mengapa khuatir 'kebenaran' tidak didedahkan, sedang 'kebenaran' hakiki pada tanganNya?Benar2 silapkah apa yang dikatakan kesilapan itu??Dan benar2 benarkah apa yang dikatakan dengan kebenaran itu??Moga Allah ampunkan kita semua...

*Mari berlapang dada & senyumlah (^_^)*

9 comments:

iMujahadah said...

me loikes this!!! nicely composed~

x sangka ada bakat menulis cite dongeng~ hehe.. tp ini bukan sbarang dongeng..

stuju sgt.. ape salahnye berlapang dada. bnar, ia sukar. tapi semua penjual sabun menuju matlamat sama, iaitu mempromosi kebersihan badan. walopun penjual2 sabun naik kereta kuda berlainan utk mempromosi sabun masing2, bukan ke menuju destinasi yg same? bergeraklah bersama2 atas kereta kuda masing2, dgn cara masing2. x perlu menembak2 kereta kuda lain kan? kalo niat sume ikhlas nak promosi kebersihan di kalangan msyrkat, x kisahlah apa jua caranya, ape jename sabunnya, bersatulah atas niat n matlamat itu. dah lumrah utk ada perbezaan dlm pemikiran. berlapang dadalah, kerana stiap penjual sabun ada kelebihan n kekurangan masing2. stiap penjual sabun melengkapkan kekurangan penjual lain. penjual2 sabun saling memerlukan~

carilah titik2 persamaan utk bersatu. bukan mencari lubang2 perbezaan utk berseteru. smile =]

wallahu'alam~

sumayyah x-auckland said...

salam kak diha, saya sangat faham cereka ini.
selamat menjual sabun..klu saya, klu boleh nak bagi free sabun kat sume org kat dunia ini =)
sungguh, tarbiyah Allah itu berhikmah, mungkin bukan sekarang, tetapi akan datang, mungkin juga setahun atau bertahun lagi untuk kita memahami apa yang melanda.
inshaallah when we grow older, we will get wiser n many things will be easier understood with wisdom..
semoga dapat bertemu lagi di bumi melaka.
ya allah, segalanya hanya pada pengetahuan & kekuasaanMu.

Imran Razali said...

Salam

Jazakillahu khair atas artikel yang sangat menarik ini. Betul sangat apa yang Kak Diha kongsikan ni, pelikkan kenapa orang selalu mencari titik perbezaan instead of melihat persamaan sesama manusia.

Nau'zubillah minta kita dijauhkan dari sifat kibr yang sentiasa mencari dan menekankan perbezaan dan perselisihan antara kita. Semoga ramai orang membeli sabun bukan sahaja di bumi NZ tapi seantero dunia.

Allahumma innaka ta'lamu annahazhihil qulub..

insan bahagia said...

Saya juga ada mendapat beberapa pengajaran dari kisah ini:

1. Promosi sabun: mungkin ada yg nk promosi sabun dgn berjalan kaki. walaupun mungkin ada yang kata lambat dari menggunakan kereta kuda, tapi Frodov dapat bertemu dgn ramai org di pertengahan jalan utk mempromosi sabunnya.bagi Frodov tidak sekali menjadi hal, krn dia ingin mykt faham betul2 kepentingn dan keperluan sabun.

2. Jenama sabun: Mungkin frodov boleh dikatakan gila mencari nama oleh ayahnya, tetapi masyarakat lebih senang kenal sabun frodov daripada hanya menyebutnya sebagai 'sabun'. yang penting keberkesanannya, masyarakat yang dah cuba, pasti bijak utk menilai dan matlamat kebersihan akan tercapai.at the end mereka tau kenapa satu2 jenama tu dipilih, bukn kerana jenama tp krn intipatinya sendiri. hal nama ini jg diakui sirah Rasululullah SAW.

3. Sabun mana yg betul?: Setakat yang dikenal pasti, sabun frodov dan ayahnya dua2 ok wp ada perbezaannya. Tiada betul salah dalam hal ini. Ini ijtihad mereka masing2 dlm membuat dan menjual sabun. Kalau frodov betul, dia dapat 2 pahala, kalau salah dapat la satu pahala je. Bukan kita utk menghukum. Dan ayah frodov tak patut mengatakan siapa salah betul dalam hal ijtihad. Tak perlulah menghasut pembeli2 sabun frodov dgn cara yg tidak berdisiplin dan mengatakan frodov bersalah dlm hal ini. Asalkan sabun2 mampu memberi kebersihan dan tidak mendatangkan gatal2, kurap dan sebagainya, sabun2 masih lagi membawa fungsi sabun.

4. Penerusan sabun: Saya cadangkan Frodov jg mengajarkan ilmu sabun nya kpd mrk yg berminat utk menjualnya. begitu jg ayahnya dan abangnya. Jgn sibuk bertelagah sampai lupa utk memandang jauh. Saya nasihatkan jg agar Frodov berkahwin dan mengajar kpd anaknya. Tapi kalau anaknya ingin mengikut datuknya, usahla berkecil hati krn Frodov jg begitu :p

5. Kekeliruan: masyarakat akan keliru dan membenci Frodov jika tidak tau asal usul mengapa Frodov begitu. atas kejahilan masyarakat ttg asal usul cerita ini, ayah frodov boleh mengeksploitasi mereka. ada segelintir mykt yg cuba memahami, tp mungkin tak boleh nk faham2 krn hal rumhtangga susah nk diterangkan :) apapun sbg mykt, pilih la sabun mana yg diyakini mampu memberi kebersihan yg mantap dgn try test dan perhati sendiri dari dgr2 sendiri sahaja atau dr sumber yg berat sebelah.kalau dh pilih mana yg best, promosi la jgk, tp bukan memburuk2 kan pihak yg lg satu.

6. Perpecahan: Kenapa dikatakan perpecahan bila pendapat tidak bersatu? sedangkan kita sendiri memperakui kewujudan 4 mazhab dan tidak pun menganggap kita berpecah kpd 4 kumpulan. Perbezaan itu fitrah tp sesekali bukan bermaksud perpecahan. Frodov dan ayahnya dianjurkan utk sama2 bekerjasama dlm hal2 yg dipersetujui spt hari kebersihan sedunia, gotong royong membersihkan masjid dan sebagainya. Jgn sesekali ayahnya dan abangnya hanya menjadi ekslusif utk hal2 kampungnya saja. Takut2 mykt lain takut utk mendekati dan was2 nk guna sabun mrk.

7. Niat: Perlu sgt2 penjual2 sabun ini memeriksa dan memperbaharui niat mereka krn syaitan akan masuk pd bila2 masa sahaja. Perasaan dengki mendengki, gila glamor, ingin selalu dihadapan, nk tunjuk bagus, menabur fitnah - hati2 dlm sikap2 ini.

Hanya kerana saya memilih sabun Frodov, tidak perlulah men'judge' saya. Saya hanya yakin dgn sabun Frodov dan cara bekerja serta pemikiran frodov, dan tidak mengambil kira cerita2 di belakang tabir utk mempengaruhi pilihan saya. Mg2 sy jg tidak memandang serong mrk yg memberi sabun ayah Frodov, inshaAllah.

Saya suka sabun wangi!!(^-^)V

UR said...

Analogi ke2 yg lebih mudah difahami (^_^)

hurun een said...

Seorang teman dari Malaysia bertanya, apa kesudahan cerita ini?Sy katakan..kesudahannya terserahlah pada pembaca ^_^
Namun, sy sbnarnya ada terfikir 2 kesudahan buat cerita ini, sy kongsikan di entry next ye...

Jzkk kepada semua pembaca & komen2..Moga Allah mengampunkan kita semua & menyatukan hati2 kita..

asma' said...

tapi kan kenapa ayah fredov tak bg fredov pegi rome tu yek?mesti ade something...kalau ayah yg normal la..mesti xkan sekat anak die lebih maju ke depan...kalau anak die jadik lagi kaya sebab jual sabun tu mestila ayah yg paling gembira...
dlm cite ni ayah die mmg seorg yg baik..lain la kalau ayah die jahat..
kalau ayah saya la...if bende baik utk saya mesti dia galakkan tapi kalau die tahu sth tak sesuai utk saya mesti die nasihatkan jangan buat...

ramai yg comment supaya kita berlapang dada..alhamdulillah...mmg tak sesuai sgt adik beradik anak beranak gaduh2 kan...sedih tau raya nanti fredov segan nak balik kampung..ayah pun sedih rindu kat fredov n cucu2 nye..(ada yg cadangkn fredov kahwin)...saya takdpt bayangkan bile raye ke cuti skolah ke adik tak balik sbb gaduh...sbb selama ni sgt rapat...

As-Saff:2

hurun een said...

^_^ menarik kan?
sy tak kata ayah Fredov bersalah kerana menyekat Fredov, pastilah dia membuat tindakan itu berdasarkan pada pengalamannya...Namun, Fredov juga ada pandangannya, dan berapa banyak pandangan dari org yg muda sebenarnya pandangan yg baik juga dari org yg lebih tua (teringat satu kisah seerah tp cerita di entry lain la) semua org membaca cerita ini bebas melihatnya dari sudut masing2...cuma adakah kita mahu berterusan membahaskan siapa yg bersalah & siapa yg betul?Kerana sy melihat peristiwa ini berlaku berulang2 kali tetapi jalan keluarnya masih tidak jelas. Sy tekankan juga impak perbalahan keluarga penjual sabun ini kepada seluruh masyarakat di Eropah buat renungan bersama, kerana ini adalah realiti yg tidak sy reka, malah sy mendengar serta menyaksikannya sendiri....boleh baca extended version & fikir2kan bersama..

Anonymous said...

barf ebook http://audiobookscollection.co.uk/es/La-creaci-n-de-redes/c1045/?page=3 zelazny ebook [url=http://audiobookscollection.co.uk/es/Midget-Submarines-of-the-Second-World-War/p136744/]ebook by gemstar[/url] sacred words of power ebook