Monday, July 28, 2008

Ahlan ya ukhti!!


Pertemuan dengan Al-Fateh minggu ni terasa lebih mesra, lebih meriah dan lebih bermakna...sebabnya?Al-Fateh kini diserikan dengan kehadiran ukht Azam...Ahlan wa sahlan Ummu Al-Fateh ucapkan!!

Semoga benih kasih yang kita semai ini, sama-sama kita bajai dengan niat kerana Allah S.W.T serta kita suburkan dengan teguran serta pesanan dan nasihat yang bermanfaat...agar akhirnya mekar mewangi kelopak ukhuwwah...insyaAllah....

Wednesday, July 16, 2008

Be strong, fokus!!

Pagi tadi masa kemas-kemas, terjumpa drawing lama ni...huhu...rindunya...rasa-rasanya ni lukis masa 2nd year dulu..kalo tak pun, 3rd year...hehe..masa tu, ada sesuatu yang terjadi, tapi dah tak ingat apa peristiwanya...(huhu, sekarang dah 5th year kat sini!)

ermm..lukisan ni bukannya orang yang sebenar atau sesape, just imaginasi sendiri jek masa tu..tak penting pun lukis ape sebenarnya (walaupun diri ini tend to lukis muka org, sebab suka), masa tu memang betul-betul dapat kekuatan sebab pas lukis, tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri...

'Be strong! Fokus....!'

Tak sangka plak hari ni bila memang sangat-sangat perlukan kata-kata ni, terjumpa lak tulisan ni...Allah Maha Penyayang..kadang-kadang, mende kecik macam ni dapat pujuk hati kita atau beri kita kekuatan...yang pasti, semuanya pun dari Allah...Alangkah besarnya kasih sayang Allah...pagi tadi pun, jumpa ayat yang best....

' Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji' (35:15)

Terasa bagaikan diseru untuk kembali pada Allah, untuk merasakan kebergantungan sepenuhnya pada Dia...dan mengharap diberikan kekuatan serta kegigihan bermujahadah di dunia yang sementara ni...

Semoga diri ini terus tabah meniti kehidupan yang penuh cabaran ini...Ya Allah, aku benar-benar memerlukanmu, setiap detik kerana kelemahanku...pimpin aku Ya Allah, ke jalan yang Kau redhai..tunjukkan aku matlamat kehidupanku...agar aku lebih fokus, lebih gigih dan teratur urusanku...

Saturday, July 5, 2008

Hello, assalamualaikum...


Adakalanya, kita selalu syok sendiri..Bercakap beria-ia, kadang-kala tu, begitu teruja sekali kita, dengan penuh keyakinan, menyangkakan mesej kita itu difahami jelas oleh si pendengar sebagaimana kita memahaminya...namun malangnya, mesej itu bukan sahaja tidak difahami, malah mungkin ditafsir dengan cara yang silap sehingga berlakulah konflik dalam diri...samada dalam diri kita yang menyampaikan, atau dalam diri pendengar..atau lebih teruk, dalam diri kedua-duanya sekali...yang jelas, masalah ini bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng...sebabnya?

Mesej yang disampaikan secara tidak bertepatan akan memberi gambaran yang tidak jelas tentang si penyampai, atau maksud yang disalahertikan juga boleh membawa mudarat yang besar. Boleh jadi, perhubungan antara kedua penyampai dan pendengar terjejas dengan masalah ini...


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna juga ada menyentuh mengenai hal ini. Dia juga merasa hairan apabila adakalanya dia merasakan telah berucap kepada orang ramai dengan keyakinan telah menyampaikan ucapan itu sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya, malah dia menggambarkan kejelasan dan keterangan ucapannya ibarat 'secerah cahaya pagi dan seterang cahaya matahari di tengahari'. Malangnya, orang ramai tidak memahami sedikitpun apa yang diucapkan.


Setelah dikaji dan diteliti, As-Syahid menyimpulkan 2 faktor utama masalah ini:


1) Ukuran atau neraca yang digunakan ketika berucap dan mendengar berlainan sama sekali - sekaligus membawa kepada kefahaman yang berbeza

2) Ucapan itu sendiri mengelirukan atau kabur


Bila dinilai semula hasil fikiran As-Syahid ini, jelas sekali kebenarannya. Adakalanya, kita begitu teruja berbicara tanpa kita memperhatikan kedua-dua faktor ini. Faktor lain mungkin juga suasana atau masa itu sendiri. Terutama sekali komunikasi jarak jauh seperti melalui telefon, sms atau ym, tentu sekali kurang ideal dibandingkan perbincangan yang one-to-one. Salah faham sangat mudah terjadi dengan komunikasi begini.

Kesilapan paling biasa adalah apabila kita membuat andaian pendengar juga sedang memikirkan perkara yang dibincangkan dari sudut atau aspek yang sama. Sedangkan, pendengar mungkin memberi perhatian kepada perkara yang sama tetapi dengan pandangan yang berbeza. Selain itu, kita juga gemar berbasi-basa atau menyelindungkan hasrat sebenar di hati, maklumlah orang melayukan memang beralas kata-katanya. Akhirnya, mesej yang diterima oleh pendengar berlainan sama sekali dengan kemahuan penyampai..

Maka, gagallah komunikasi kita pada masa tu...sedihnya, mari memujuk hati!Apa patut kita buat seandainya komunikasi dah tersalah langkah? Pujuklah hati, tenangkan fikiran dan paling penting, haruslah bersangka baik pada pihak yang satu lagi. Serahkan kepada Allah juga, sebab Allahlah yang memberi ilham kepada pihak yang satu lagi untuk memahami mesej yang kita sampaikan...insyaAllah, kita berazam untuk perbaiki skill komunikasi kita di masa akan datang dengan membetulkan kesilapan kita kali ni dan kena lebih cuba memahami pendengar tu sendiri.


Wallahu'alam

Tuesday, July 1, 2008

Cuti musim sejukku...


Alhamdulillah....kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Telah berlalu cuti musim sejukku...dan aku saksikan kepadaMu Ya Allah, telah aku pergunakan masa lapang itu untuk memahami agamaMu agar aku lebih mudah mentaatiMu...

Seandainya semuanya itu aku lakukan untuk meraih redhaMu semata2, aku mohon kepadaMu Ya Allah, agar Engkau ampunkan dosa-dosa silamku & terus memilihku untuk bertapak di jalanMu ini...Juga, aku pohonkan kau limpahkan rahmatMu kepada insan di sekelilingku yang amat aku kasihi...Suluhi hati mereka dengan hidayah agar mereka juga mencintaiMu dengan sepenuh hati...

Pengakhiran tarbiyyah musim sejuk menandakan permulaan amalku...Apakah tarbiyah itu sekadar tinggal teori yang kufahami atau apakah aku akan menjalani kehidupan yang berbeza dari sebelumnya dengan suluhan tarbiyah ini? Alangkah rugi dan sia2 seandainya tarbiyah musim sejukku ini tinggal teori sahaja...kerana ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah...

Aku ingin menukar lembaran2 nota yang gigih kucatat sepanjang perjalanan tarbiyah musim sejukku ini kepada amalan2 yang digerakkan secara bersepadu oleh hati, lidah, mata, serta anggota kaki dan tanganku...Aku ingin menjadi gagah & perkasa dalam menjulang agamaMu...aku mohon Ya Allah, pilihlah aku sebagai pejuang agamaMu, walau dalam apa keadaan sekalipun dan sambutlah aku dengan kasih sayangMu setiap kali aku rebah tersungkur di jalanMu ini....

Aku ingin melihat bumi asing Dunedin ini dipenuhi cahaya Islam melalui insan2 yang ikhlas dan jujur dalam mentaatiMu dan aku juga ingin agar pengalaman di medan juangku yang sementara ini memperkasakanku untuk medan juang sebenarku di tanah air tercintaku, Malaysia...tak lama lagi, insyaAllah...