Monday, May 5, 2008

Bidadari bermata kristal


Sebuah pesanan ringkas yang kuterima berbunyi:

'Seandainya Allah mentakdirkan aku memasuki syurgaNya, akan aku mohon agar engkaulah yang menjadi hurun 'een ku di sana'

Ungkapan ini masih jelas di minda & hati saya, seakan baru semalam saya menatapnya..masih saya ingat betapa gembiranya saya bila membaca ungkapan ini...betapa saya merasakan satu penghormatan dan pengharapan yang amat tinggi diletakkan pada ungkapan itu...

Namun saya masih kurang mengerti.....Lalu saya bertanya kepada pengirim itu,

Apakah itu hurun 'een?..

Jawapannya tertera pada lembaran suci Al-Quran - surah Al-Waqiah, ayat 22..

Oh, rupa-rupanya hurun 'een adalah bidadari-bidadari bermata indah...

Sejenak saya tersentak...hati saya tergetar...namun saat itu masih belum say fahami erti sebenar ungkapan itu..lalu saya simpan ia kemas di hati..

Beberapa detik masa yang telah berlalu tidak melupakan saya da ungkapan ini. Bahkan, kebelakangan ini, ungkapan itu seringkali datang kepada saya..barangkali menagih saya agar cuba mengerti maksud yang tersirat di sebaliknya...

Saya benar-benar tersentak. Kerana ungkapan itu mengingatkan saya kepada ketika di mana Rasulullah S.A.W melafazkan cintanya kepada seorang sahabat mulia, di mana Rasulullah juga menagih agar sahabat itu membantu baginda dalam cintanya dengan meningkatkan amalannya kepada Allah S.W.T.

Oh, begitukah...

Baru kufahami kini ungkapan itu...

'Bantulah aku agar engkau menjadi hurun 'een ku di syurga nanti dengan menjadi isteri dan wanita solehah'.....


~Buatmu Abu Salamah: semoga Allah memberimu kebaikan yang melimpah-ruah atas segala qudwah, bimbingan dan pedoman yang kau pamerkan padaku sepanjang diriku bergelar az-zaujah, semoga Allah menjadikan cahaya yang terang terpancar dari al-bait yang kita bina di dunia dan menggantikannya dengan mahligai syurgaNya di akhirat sana!~

No comments: