Wednesday, July 15, 2009

Sebutir sinar di tengah kemelut gelita


Fitrah manusia memang inginkan kebaikan, keindahan, kesucian...
Meskipun bergelumang kegelapan dan kejahilan, hati2 manusia yang disuluhi cahaya akan bisa terang, asal sahaja cahaya itu terus-menerus menyuluh, tidak malap dan tidak sekadar menyuluh untuk melepas batuk di tangga..

Saban hari aku mendengar realiti ummat, derita ummat, kejahilan ummat..Hatiku pedih, merintih...isu Palestin masih berdarah di hati, muncul pula isu muslim Uighurs di Turkestan dan penindasan Komunis China, sama seperti isu muslim Bosnia satu masa dahulu....mereka dibunuh, dipukul, dianiaya, masjid2 ditutup, tidak dibenarkan mempraktikkan Islam...Selatan Patani, Pakistan masih juga tidak terbela, terkapai2 dalam kemelut mereka....satu penghinaan yang amat dahsyat buat ummat ini!! Buat kita semua!! Wahai ummat, betapa deritanya dirimu!

Kutinjau pula ummat Malaysia...pemenang program realiti tv, Mentor yang meniru 100% program realiti Barat membawa pulang habuan hadiah yang jauh berganda lebih menarik daripada pemenang tilawah Al-Quran (oh, habuan dunia yang banyak menarik syabab2), pelajar Melayu terjatuh dari tingkat bangunan asrama kerana cubaan memasuki bilik terkunci dari rumah sebelah (aksi Spiderman yang gagal), ibu mencederakan anak dengan seterika kerana tekanan rumahtangga yang di ambang penceraian, artis yang bertunang bagai nak rak persis majlis persandingan diraja, orang2 besar yang rupa2nya dalang Ah Long...

Terasa gelap sekejap...inikah negara yang akan kuhabiskan sisa2 kehidupan, yang kuharapkan dalam ketaatan kepada Tuhanku? Gelap..gelap...gelapnye!

Dalam kegelapan pekat yang menyesakkan dadaku....kusaksikan sebutir cahaya yang sedang cuba bersiar....laungan perpaduan seluruh bangsa Melayu Islam telah mula bergema di Malaysia, usaha2 memperbaiki masyarakat telah mula bertapak, masyarakat sudah berani menyebut tentang isu2 semasa Islam. Perkataan 'jihad', 'mujahadah', 'Islam syumul' tidak lagi digeruni...Dewan PWTC dibanjiri orang ramai, Stadium Melawati gamat dengan sorakan2 dan laungan2 kesedaran untuk membela Palestin..

Al-Quran sudah mula diketengahkan..dan disebut-sebut. Dahulunya pasti kita merasa pelik apabila seorang yang bukan bergelar ustaz menyebut maksud atau petikan ayat2 Quran ketika berbicara. Semalam, seorang artis telah menyelitkan ayat Al-Quran ketika berkata tentang kehidupannya yang ditimpa ujian (meskipun ironi, namun dapat kita lihat bahawa masyarakat sudah tidak asing dan pelik dengan penggunaan Al-Quran, satu aspek positif yang perlu dirai). Hari ini, seorang pemimpin yang dianggap tidak mewakili parti Islam menyeru masyarakat Melayu bersatu dan menyahut seruan Al-Quran dalam Surah Al-Imran: 103. Hari ini, kerajaan juga telah membuka mata dan mahu menyumbang ke arah usaha2 mendidik rakyat dengan ilmu Al-Quran. Hari ini, akhbar2 telah mula meletakkan artikel yang boleh membina jatidiri ummat berbanding dahulu yang hanya memfokuskan tentang bab bersuci, haji dan umrah serta fadhilat2 ibadah khusus. Bukankah sebutir cahaya begini lebih baik daripada kegelapan total?

Meski cahaya telah tampak sedikit di mata, usaha untuk terus menerangi kegelapan perlu terus kerana masih terlalu awal untuk bergembira dan memukul gendang keriangan. Masyarakat perlu terus dididik, dakwah harus dilaksanakan, mara dengan terbuka...mari kita kenalkan pada masyarakat akan Islam yang sebenarnya, akan kesucian dan keindahan dakwah ini, barulah kita disebut sebagai pengislah masyarakat. Tinggalkan kelompok2 tertutup kita, dan serulah kepada seluruh lapisan masyarakat dengan seruan terbuka. Mereka ada hati2 yang sekiranya digilap, akan bersinar terang!

2 comments:

tun_telani said...

Umat makin 'mundur'.. akhlak makin rosak.. mata yg melihat makin pedih.. hati terasa makin perit..
mmg gelita.. masih mencari dimana sinar yg akan menyinari..

keluar ke bandar 'Islam' dimlm hari melihat gelagat anak2 muda yg semakin 'berani'.. gadis2 yg menghidap shisha tanpa segan-silu.. astaghfirullah.. mngucap panjang, terkesima. berapa dalam lagikah, dan ke lubuk manakah umat ini ingin jatuh?

sedih.. tp lagi sedih bila mengenangkan betapa diri ini tidak berupaya melakukan sesuatu diketika itu. moga Allah mberi kekuatan utk menjadi sinaran yg menyuluh jalan.. iA

hurun een said...

huhu...semoga Allah menjadikan kita cahaya2 yg menerangi kegelapan...perlukan bateri berkuasa tinggi & juga kekerapan recharge yg memadai utk terus bersinar terang!!