Sunday, November 22, 2009

Keutamaan 10 hari Bulan Dzulhijjah

Ibnu 'Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
'Tidak ada hari yang disukai Allah melebihi 10 hari dari bulan Dzulhijjah'.
'Bagaimana jika dibandingkan dengan jihad di jalan Allah?' tanya para sahabat.

Jawab Rasulullah S.A.W: 'Jihad di jalan Allah tidak dapat mengimbanginya kecuali orang yang berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali lagi (mati syahid)'

'Aisyah r.a. bercerita bahawa ada seorang pemuda yang bekerja sebagai penyanyi. Jika datang bulan Dzulhijjah, dia sentiasa melaksanakan puasa. Hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Beliau lantas memanggilnya dan bertanya: 'Anak muda, apa yang mendorongmu untuk berpuasa?'

Pemuda itu menjawab: 'Ya Rasulullah, tidaklah saya berpuasa kecuali kerana hari2 itu adalah hari2 syiar Islam dan hari2 orang yang melaksanakan ibadah haji. Saya sangat berharap Allah mengikutsertakan saya dalam doa2 mereka'.

Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda: 'Anak muda, setiap hari yang kamu gunakan untuk berpuasa nilainya sama dengan 100 budak, 100 unta dan 100 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Ketika puasamu sampai pada hari Tarwiyah (8Dzulhijjah), nilainya sama dengan 1000 budak, 1000 unta dan 1000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Lalu, jika puasamu sampai pada hari 'Arafah (9 Dzulhijjah), nilainya sama dengan 2000 budak, 2000 unta dan 2000 kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah'.

Selanjutnya beliau bersabda bahawa puasa pada hari 'Arafah nilainya sama dengan puasa 2 tahun.

Para mufasir berpendapat ketika menafsirkan ayat:
'Kami telah menjanjikan kepada Musa 30 hari, lalu Kami menyempurnakannya 10 hari lagi' (Al-A'raf: 142) bahawa yang dimaksudkan 10 hari pada ayat tersebut adalah 10 hari pada bulan Dzulhijjah.


Ibnu Mas'ud r.a. berkata bahawa Allah telah memilih 4 hari, 4 bulan, 4 orang wanita, 4 orang yang mengiringi kelompoknya menuju syurga dan 4 orang yang dirindukan syurga.

4 hari yang dipilih Allah adalah:
  • Hari Jumaat - kerana di dalamnya ada waktu dikabulkan doa. Siapa saja yang berdoa kepada ALlah, baik mengenai urusan dunia atau akhirat, pasti Allah akan mengabulkannya
  • Hari 'Arafah - Pada hari itu, Allah berfirman kepada malaikat, 'Lihatlah hamba2Ku yang datang dari berbagai penjuru dunia dengan berlumuran debu. Mereka telah menafkahkan hartanya dan melelahkan badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka.
  • Hari Aidul Adha - Pada hari ini, seorang hamba berQurban kepada Allah. Setiap titis darah dari haiwan Qurban yang disembelihnya adalah penghapus dosa2nya
  • Hari Aidul Fitri - Ketika kaum Muslim berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu keluar untuk melaksanakan solat pada Aidul Fitri, Allah berfirman kepada malaikat: 'Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan balasan. Hamba2Ku telah berpuasa selama bulan Ramadhan lalu keluar pada hari Aidul Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh kerana itu, saksikanlah bahawa aku telah mengampuni mereka semua'. Lalu para malaikat berseru: 'Wahai umat Muhammad, pulanglah kerana Allah telah mengganti keburukan kalian dengan kebaikan'.
4 bulan yang dipilih Allah adalah:
  • Bulan Rejab
  • Bulan DzulQaedah
  • Bulan Dzulhijjah
  • Bulan Muharram
4 wanita yang dipilih Allah adalah:
  • Maryam binti 'Imran
  • Khadijah binti Khuwailid
  • Asiyah binti Muzahim (isteri Firaun)
  • Fatimah binti Muhammad S.A.W.
4 orang yang mengiringi kelompoknya masuk syurga adalah:
  • Muhammad S.A.W. yang mengiringi bangsa Arab
  • Salman Al-Farisi yang mengiringi bangsa Parsi
  • Shuhaib Ar-Rumi yang mengiringi bangsa Romawi
  • Bilal bin Rabah yang mengiringi bangsa Habsyi
Sementara 4 orang yang dirindukan syurga adalah:
  • 'Ali bin Abi Talib
  • 'Ammar bin Yasir
  • Salman Al-Farisi
  • Miqdad ibn Al-Aswad
Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Barangsiapa berpuasa pada hari Tarwiyah, Allah akan memberinya pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s. atas kesabarannya menanggung ujian Allah. Barangsiapa berpuasa pada hari 'Arafah, Allah akan memberi pahala seperti yang diberikan kepada Nabi 'Isa a.s.

Dalam riwayat lain, beliau bersabda: 'Jika datang hari 'Arafah, Allah menyebarkan rahmatNya. Barangsiapa meminta kepada Allah baik urusan dunia atau akhirat, Allah akan memberinya'.

Selain itu sabdanya: 'Berpuasa pada hari 'Arafah dapat menghapus dosa setahun ke belakang dan setahun yang akan datang'.

Hikmah yang terdapat pada 2 hari raya kaum Muslim itu hanya Allah yang tahu. Namun, pada kedua hari raya itu mereka sangat gembira dan kegembiraan terbesar mereka adalah diampuni dosa2 mereka.

Diambil dari: terjemahan buku Mukasyafah al-Qulub: Al-Muqarrib ila Hadhrah 'Allam al-Ghuyub fi 'Ilm at-Tashawwuf (karya Imam al-Ghazali), muka surat: 333 -335

Friday, November 20, 2009

Apabila erti hidup tidak difahami..


Terasa nak menulis pulak bila bace artikel di New Zealand Herald hari ni..2 orang pilot 'membunuh diri' dengan sengaja bila mereka memandu microlight (kapal terbang ringan) setelah meneguk hampir 20 botol beer (arak) di tengah2 kegelapan malam dalam cuaca yang buruk. Kejadian ni berlaku Mei lepas, tapi laporan bedah siasatnya baru diumumkan agaknya. (Baca lagi sini). Kandungan alcohol dalam darah kedua2 pemandu ini ialah 320 mg/100ml darah & 236 mg/100ml darah. (level alcohol yang dibenarkan untuk memandu kereta = 80mg/100ml darah)

Usia pemandu ni masing2 baru 30 dan 39 tahun..alangkah sia2nya hidup...dalam lingkungan usia ini, kita gelar golongan ini sebagai 'syabab' atau pemuda...yang seharusnya dan selayaknya diharapkan untuk membina bangsa, tamadun dan negara...tapi kedua pemuda ini menemui ajal mereka dalam keadaan yang begitu terhina, aib dan membuktikan kebodohan mereka (walaupun sebenarnya mesti mereka hebat sebab boleh terbangkan kapal terbang ringan tu).
Gambar hiasan (bukan rakan sekerjaku)

Teringat juga peristiwa seorang rakan sekerja yang mabuk lepas kalah dalam permainan 'ping-pong table'. Bukan permainan ping-pong biasa, kerana matlamatnya adalah memukul bola ping-pong agar masuk ke dalam gelas yang disusun, dan sekiranya gagal, dikehendaki meminum secawan arak. Dan ini berulang2lah (ada beberapa pusingan kot?) Begitulah lebih kurangnya yang diceritakan kepada saya. Maka, akhirnya selepas kalah teruk, rakan sekerja saya ini datang ke office (belum malam pun lagi waktu ni), dan mulalah beraksi. Saya pun kemas barang dan balik, taknaklah sampai terpaksa buka langkah silat di situ atau menonton aksi2 pelik rakan sekerja saya tu.

Esok pagi, hasil 'kemabukan' rakan sekerja saya jelas ketara. Botol2 arak yang pecah berselerakan di lantai office, dan juga pinggan mangkuk serta cawan milik rakan sekerja saya yang lain juga kini berkeping2 terpisah menjadi serpihan2 kecil. Saya dan Brother Muhammad Rizwan (org Fiji, rakan sekerja saya juga, phd student baru tahun ni) mengutip botol2 kaca itu agar tidak ada sesiapa menjadi mangsa keadaan ini. Geli hati juga bila Bro Muhammad berkata 'Oh he ate my lollipop'

Peristiwa ini saya sangkakan diterima sebagai sesuatu yang normal oleh semua rakan2 sekerja saya yang kiwi itu...namun rupa2nya mereka menyifatkan itu sebagai satu tindakan tidak bermoral. Mulanya saya sangkakan mereka bersetuju dengan kami (kerana Bro. Muhammad semasa mengutip kaca berkata dengan nada perlahan tapi cukup untuk didengari semua 'This is why alcohol is prohibited in Islam, Alhamdulillah!'). Tapi kemarahan mereka itu rupa2nya adalah kerana rakan sekerja saya tu 'did not know how to handle his drink'. Jadi, pada mereka, untuk minum begitu tak mengapa..tapi ia jadi sesuatu yang kelihatan tidak 'cool' bila mabuk dengan dahsyat sehingga merosakkan harta benda awam.

Ironinya, rakan sekerja saya tu membuat kajian tentang alcohol & binge drinking (minum berlebihan) - effects on Fetal Alcohol Syndrome (FAS) - penyakit yang melibatkan kecacatan mental kanak2 (retardation) sebab terdedah pada alcohol. Saya ingat lagi masa conference AWCBR (Australian Winter Conference on Brain Research) kat Queenstown aritu, rakan sekerja saya ini baru sahaja membentangkan hasil kajiannya. Dan saya ingat lagi bila ditanya, adalah FAS ni hanya disebabkan oleh wanita mengandung yang minum alcohol berlebihan, jawapan dia tak, kerana dari sudut genetik, orang lelaki (atau bapa) juga menyumbang sama. Kerana binge alcohol bukan sahaja merosakkan diri individu peminum tetapi juga merosakkan bakal zuriatnye melalui sel2 baka yang tersimpan dalam spermanya yang mungkin telah rosak atau cacat kesan daripada pengambilan alcohol berlebihan. Dan ianya tidak perlu dos yang berulang2, hanya sekali binge alcohol boleh memberikan impak yang begitu negatif sekali seperti yang telah dia buktikan sendiri dalam kajiannya.


Geleng2 kepala tak sudah saya bila teringat dia seperti mendabik dada dengan ilmu dan kepakarannya di bidang itu, tetapi begitu dhaif sekali dia di sudut praktikalitinya. Inilah yang terjadi apabila manusia tidak memahami apa yang dilakukannya, dan untuk apa dia hidup di dunia ini. Semua ini dilakukan atas dasar nama, keseronokan dan habuan2 dunia yang lain. Tiada satu matlamat yang pasti. Noktah mereka terhenti pada saat maut datang menjemput. Kerana itu mereka hidup sepuas2nya, berbuat semahu2nya sebelum noktah dititikkan. Alangkah ruginya!Alangkah sia2nya!

'Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya utk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya utk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lengah' (Al-A'raf:179)

Wednesday, November 18, 2009

Buat diriku....'kuasailah dirimu'!


Kelesuan hari ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa, malah ianya adalah satu fitrah dan sunnah sebuah kehidupan dan perjuangan. Namun mengapa begitu mudah sekali kita menyandarkan kelemahan pada kelesuan ini? Mengapa seringkali hati ditipu dengan berlapikkan alasan2 yang kelihatannya menyejukkan dada, tetapi hakikatnya menambah kegelapan jiwa? Semalam, seorang sahabat, dalam perkongsiannya menceritakan kepadaku (dari ceramah yang didengarinya), bahawa sebenarnya, kita ini tidak punya alasan untuk berbuat dosa. Kerana apabila seseorang berkata, alangkah sukarnya menahan pandangan mata daripada melihat perkara2 mungkar, maka dijawab oleh ulama' bukankah ada banyak lagi perkara2 kebajikan dan kebaikan yang boleh dijamu mata?

Akhirnya, alasan demi alasan itulah yang melapisi dan membalut tubuh dan hati sehingga an-nur hidayah yang cemerlang sukar menembusinya. Terjadilah pertentangan dari yang alami, seperti baju besi yang dibalut di luarnya. Tertutuplah fitrah sebenarnya, tersembunyi dan menjadi lemahlah ia kerana menyangkakan dirinya hanyalah kain balut (seperti kain balut nangka) sedangkan fitrahnya adalah baju terbuat dari besi yang ditempa, malah gunanya dalam medan yang mencabar keperwiraan manusia.

Hakikat ini aku sedari hari demi hari, namun proses pembinaan iman dan taqwa yang tidak pernah berhenti adakalanya menyaksikan kegagalanku untuk belajar dari kesilapan. Memang fitrah imanku yazid wa yankuz (bertambah & berkurang) serta bergelora dan lebih tidak stabil daripada air yang menggelegak. Namun, moga2 graf linear dengan sedikit peningkatan secara puratanya dapat dilakar.

Hari ini, aku membaca seruan ini, dan aku kutujukan buat diriku...Wahai diri, kuasailah dirimu, moga2 engkau menguasai kehidupanmu...Wahai diri, tegakkanlah Islam dalam dadamu, moga2 ianya kan tertegak di hadapan matamu...

Inilah seruan dari As-Syahid yang menjadi peniup bara perjuangan dalam hatiku...

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri. Apabila kalian berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain. Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu...Ingat bahawa sesungguhnya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah S.A.W.:

'Berilah jaminan kepadaku 6 perkara, nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila berkata-kata, tepati janji apabila kamu berjanji, tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, pelihara kemaluan kami (jauhi daripada zina), tundukanlah pandangan kamu (daripada yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian'

Wahai saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas 3 asas
  • Mengenali Allah (Makrifatullah)
  • Kebaikan diri (solahu an Nafs)
  • Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq)

Adapun Makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah (mendekatkan diri kepadaNya)

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah (bersungguh-sungguh berjuang mengatasi tarikan hawa nafsu dan bisikan syaitan)

Kasihkan Makhluk dengan Al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka dan melebihkan mereka dari kepentingan diri sendiri)

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali dan aku muhasabah kamu di atas nama fikrah:

a) Supaya kamu menjadikan diri kamu satu sukatan daripada Al-Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurangnya satu ayat

b) Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c) Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah ruku'nya, sujudnya serta kekhusyukkannya, perelokkan serta tadabburlah (fahamilah) apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang Subuh pada waktunya.

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

Monday, November 16, 2009

Wanita Syurga - Asiyah binti Muzahim


Bina untukku sebuah rumah di syurga

'Dan Allah telah menjadikan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim) sebagai perumpamaan bagi orang2 yang beriman ketika dia memohon kepada Tuhannya: Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim'

(Surah at-Tahrim: 11)

Kisah Asiyah, mukminah solehah yang beriman kepada Allah S.W.T begitu unik dan luarbiasa sekali kerana tidak seperti kebanyakan mukminah lain, Asiyah mendampingi seorang lelaki yang kufur serta engkar terhadap PenciptaNya. Meski Asiyah adalah isteri kepada Firaun yang zalim, keimanan serta keteguhan aqidahnya tidak pernah sekali luntur atau luruh dengan kezaliman serta kekufuran suaminya.

Terdapat berbagai2 pendapat di kalangan para ulama' tafsir mengenai asal-usul Asiyah binti Muzahim. Samada dia benar2 berasal dari Mesir atau ditawan dalam mana2 peperangan penaklukan dan penguasaan tanah jajahan Firaun, antaranya peperangan dengan kerajaan Kisra Parsi. Bila Asiyah beriman?Dan mengapakah dia masih mendampingi Firaun tanpa melarikan diri?Apa yang menyebabkan Asiyah mampu bertahan dalam istana Firaun yang tak ubah seperti penjara buatnya di dunia?

Soalan2 ini telah dijawab oleh ulama'2 tafsir dengan pelbagai jawapan. Namun, menurut Syeikh Muhammad Ali Qutb, di antara jawapan2 itu, dapat disandarkan pegangan pada satu hadith daripada Rasulullah S.A.W. bahawa nama isteri Firaun itu ialah Aisyah binti Muzahim. Sementara Firaun yang dimaksudkan ialah Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa A.S. seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mengenai bila dan dari mana datangnya iman ke dalam hati Asiyah, Syeikh Muhammad Ali Qutb melontarkan 2 kemungkinan:

1) Sejak kecil dia sudah beriman. Ini menguatkan pendapat yang mengatakan Asiyah bukan berbangsa Mesir, dan mungkin berasal dari luar Mesir. (Namun kita tidak perlu utk menyelidik nasab dan keturunannya)

2) Ada kemungkinan hubungan nasab antara Asiyah dengan lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun (ada diceritakan dalam Al-Quran). Barangkali melalui lelaki ini, Asiyah tertarik tentang keesaan Allah lalu beriman.

Pendapat kedua ini lebih banyak dihuraikan dengan kemungkinan bahawa lelaki beriman ini melaksanakan dakwah secara sirr (sembunyi) sedang dia antara ahli dalam kalangan keluarga Firaun. Dan Asiyah sendiri, persekitaran hidupnya yang sememangnya di bawah cengkaman Firaun, pastilah dia lebih mengetahui segala selok-belok termasuk hubungan Firaun yang begitu akrab dengan para pendita dan ahli sihir yang sesat. Namun, pengetahuannya tentang ini, tidak menjadi penghalang untuk dia beriman.

Lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun

Imam Ibnu Kathir menulis dalam bukunya (Qishash Al-Anbiya'):

Lelaki ini adalah anak bapa saudara Firaun. Dia menyembunyikan keimanannya daripada kaum mereka kerana takut dihukum. Ada yang berpendapat lelaki yang beriman ini bukan dari keturunan Qibti (Mesir), sebaliknya dari golongan Israel (sebangsa dengan Nabi Musa). Akan tetapi, menurut Ibu Juraij, Ibnu Abbas R.A. berkata:

'Hanya 2 orang kaum Qibti yang beriman kepada Nabi Musa, yakni lelaki yang datang berjalan kaki dari hujung kota ini dan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim)' - Riwayat Ibnu Hatim.

Satu persamaan yang jelas di antara lelaki yang beriman ini dan Asiyah ialah, mereka adalah jiwa2 yang telah disentuh dan disinari dengan cahaya keimanan sehingga mereka menerimanya dalam hati mereka meski setiap saat terdedah pada ancaman kezaliman Firaun. Semoga kita juga diberikan hati yang cekal dan tetap utuh dengan aqidah serta keimanan kepada Allah S.W.T dalam keadaan sukar dan senang.

Rujukan: Wanita Syurga & Wanita Neraka - Syeikh Muhammad Ali QutbJustify Full

Saturday, November 14, 2009

Mengejutkan yang lena..


Di sekolah dulu, teringat satu jawatan yang tidak berapa digemari ramai, namun insyaAllah tersedia buat penyandangnya pahala di sisi Allah S.W.T. Jawatan ini bukan BWP (badan wakil pelajar), atau LDP (lembaga disiplin pelajar) (walaupun memang biasa juga jawatan2 ini tidak disukai ramai). Jawatan yang kumaksudkan ini adalah subset kepada Biro HELWA (Hal ehwal wanita) yang bernaung di bawah BADAR (Badan dakwah dan kerohanian)..sape yang dari MRSM biasa la kot dengan beberapa istilah2 ni..

Al-kisahnya, waktu kecik2 dulu aku pernah mendengar satu ceramah dari seorang Ustaz dalam satu kem motivasi, kata Ustaz itu...kalau kita nak dapatkan apa yang kita hajati, kita kena rajin2 solat hajat. Maka, Ustaz tersebut juga mengajar cara2 solat hajat kepada kami, kanak2 riang yang baru sahaja mencecah usia sekitar 8-9 tahun. Kemudian, pernah juga ada sorang abang atau kakak (tak ingat gendernya) yang belajar di luar negara (seperti kita sekarang) datang ke sekolah menceritakan rahsia kejayaannya sampai boleh naik kapal terbang belajar jauh2. Beberapa kali, abang/kakak ni cakap point yang tak semua kanak2 di situ dapat pick up. (maklumlah kanak2 dari sekolah kampung yang agak blur sket). Tapi alhamdulillah, telinga kecilku pick up 2 point penting dalam kata2nya waktu tu...iaitu kita kena ambik hati mak ayah kalau nak berjaya, dan juga kena bangun dan solat tengah malam.

Aku pun berazam utk mengikut jejak langkah kakak/abang tersebut (tapi aku aim untuk sekadar masuk universiti, kerana bagi aku, luar negara tu impian yang terlalu hebat, kami di kampung ni, kalau dapat ikut lawatan ke KL pun dah rasa hebat sangat waktu tu). Alhamdulillah, mengimbas kembali zaman kanak2, aku terkadang mengalirkan airmata keinsafan bila melihat diriku hari ini. Kesibukan, kelesuan dan kepenatan urusan harianku kadang2 aku jadikan alasan untuk menyedapkan hatiku dan akhirnya alasan2 inilah yang menangguh-nangguhkan temujanjiku dengan Allah. Sedang rupa2nya sedari kecil aku pernah mempunyai satu rutin harian yang sangat baik, hanya disandarkan pada pengharapan aku yang begitu tulus pada keberkesanan solat hajat di malam hari.

Aku masih ingat, malam tu juga (balik dari sekolah dan selepas mendengar cerita abang/kakak yang dapat naik kapal terbang tu)...aku katakan pada mak, "Mak, malam ni along nak tidur awal sebab esok nak bangun solat tengah malam". Mak pun kata, "Solatlah sekarang..buat ape bangun tengah2 malam". Tapi lepas tu dengan sifat keibuan dan kasih sayang yang ada pada Mak, Mak kejutkan aku jam 3 pagi. Masih kuingat suara lembut Mak mengejutkan aku, sambil menyentuh lembut lenganku...Separa terjaga, kemudian Mak menggoncang perlahan tubuhku, sambil bertanya lagi, "Along kata nak bangun solat tengah malam, ni pukul 3 sekarang, kalau solat waktu ni best...tenang, adik2 pun semua tidur"

Mak...insan luar biasa yang banyak mengajarku erti kehidupan

Akhirnya aku bangun. Hati juga rasa terharu dengan kejutan mesra dari Mak. Lembut dan menusuk hati, namun mampu mengejutkan aku dari terus-menerus dibuai lena. Rupa2nya Mak pun sama berjaga, membuatkan aku secawan milo panas dan menemani aku solat. Waktu tu, aku hanya tahu solat wajib (5 waktu) dan solat hajat yang diajar Ustaz di Kem. Aku tanya pada mak, kakak/abang yang dapat naik kapal terbang tu, dia solat yang mana bila bangun tengah malam? Solat Isyak lagi sekali atau Solat Subuh? Atau Solat Hajat? Mak kata, Mak pun tak tahu...tapi setahu Mak, solat hajat tak kira masa. Jadi, aku pun memutuskan untuk solat hajat sahaja. Mak hanya melihat dan memesan agar aku mendoakan dia.

'Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi org2 yang khusyuk' (2:45)

Benar kata Mak, bangun di waktu tu sangat tenang (mungkin kerana sepi dari keriuhan adik2). Tapi lepas tu, aku sukar tidur kembali. Jadi aku sambung buat kerja sekolah atau melukis anak patung kertas (ni cerita lain kali lah..antara usaha2 projek ekonomi peribadiku, selain memang hobiku melukis). Lama-kelamaan, amalan ini menjadi rutin harianku. Mak pun menghadiahkan aku jam loceng (sebab Mak dah mula kerja kilang di Alor Gajah shift malam dan balik esok paginya, maka tak dapatlah kejut dan teman aku solat tengah malam). Meskipun sudah berlalu 15 tahun, masih dapat kuingat detik2 aku mempunyai disiplin diri dan rutin harian begini, serta perasaan yang begitu membara dan keinginan yang begitu tinggi (himmah aliyah) dalam diriku yang baru berusia lebih kurang 9-10 tahun itu. Keyakinan serta pengharapanku pada Allah yang kusandarkan pada solat hajatku setiap hari jam 3 pagi masih begitu segar dalam hatiku.

(Gambar hiasan ^o^)

Dan aku juga ingat, amalan ini mampu aku teruskan selepas melangkah ke bangku sekolah menengah dengan penuh istiqamah sekali. Of course, aku belajar jenis2 solat lain (beli buku panduan ibadah solat2 sunat) dan mula amalkan tahajud, tasbih dan solat2 lain selain solat hajat. Keyakinanku masih begitu membara. Dan aku membawa bersama keyakinan ini waktu aku melangkah ke MRSM tingkatan 4. Mungkin sebab inilah, selain menjawat jawatan LDP, aku juga diamanahkan menjadi 'unit khas' HELWA (bukan perlantikan rasmi oleh maktab pun ~ takut ade salahfaham di sini - oleh exco BADAR yg perlukan bantuan pengejut2 tambahan ^o^). 2 jawatan yang paling tak popular sekali.

Tugas paling mencabar 'unit khas' HELWA pada aku, bukanlah mengatur aktiviti usrah dan keagamaan atau outing bersama2 ahli usrah yang lain, tetapi mengejutkan mereka2 yang sedang lena dan 'memaksa' rakan2 solat berjemaah di surau. Pada awal2 memegang tugasan, aku cuba mempraktikkan cara2 kejutan mesra Mak. Namun, tak semua berhasil dengan cara tu, dan aku sendiri merasa bosan mengejutkan rakan2 yang sukar sekali dikejut, serta merasa sedih bila aku bangun begitu awal untuk solat, namun biasanya sempat jadi makmum masbuk sahaja. Lama-kelamaan, niat yang tidak diperbetulkan menyebabkan aku mengejutkan rakan2 dengan cara kurang berhemah (agaknya). Daripada nada perlahan dan lemah lembut, aku tinggikan sedikit suara dan mengejut rakan2 dengan nada cemas dan penuh ancaman. (Ancaman terlepas Subuh aje). Aku sedari beberapa rakanku kurang menyenangi cara kejutanku, tapi aku tidak berusaha kembali kepada method kejutan biasa atau yang lebih baik.

Namun, dalam liqa' (meeting) bersama kepimpinan BADAR yang lain, kami muhasabah amal, dan aku sedari serta akui bahawa niat yang tidak diperbaharui boleh membuatkan kita tersasar dari amalan yang dilaksanakan dengan cara sebaik2nya. Selain itu, apabila kita mula menggalas bebanan dakwah sekadar pada nama 'memikul tanggungjawab' tanpa meletakkan intipati kasih sayang dan simpati serta empati kepada orang yang didakwahkan (mad'u), maka disitulah bermulanya kesilapan kita sebagai daie (pendakwah). Teringat waktu Mak mengejutkan aku, niatnya pasti tulus dan dapat aku rasakan dengan jelas kasih sayang serta empati yang mengalir dari sentuhan lembutnya. Alhamdulillah, tidak terlewat aku menyedari kesilapan itu di alam persekolahanku.

Dewasa ini, aku malu mengenangkan zaman silamku yang telah berlalu. Kerana dewasa ini, tidak seindah zaman silamku. Temujanji yang dulu setiap hari aku dambakan dan nantikan dengan penuh harapan, hari ini adakalanya tidak dapat aku penuhi dek kerana 'kepenatan selepas seharian di makmal' atau 'tidur lewat semalam menyiapkan kerja2'....aduhai diri...yang pasti, dewasa ini, aku rindukan sentuhan kejutan Mak yang penuh hikmah, namun tetap gagah dan mampu mengejutkanku dari lena. Aku bersyukur, kerana Allah hadiahkan padaku teman2 seperjuangan yang menggantikan sentuhan kejutan Mak....dan aku pintakan kepada teman2ku, jangan pernah jemu mengejutkanku dari lena untuk kita bertemu dengan Pencipta. Aku tahu, kita perlu mencabar kemampuan serta potensi diri semampu mungkin, namun jika tidak terlalu banyak, inginku meminta alirkankanlah kasih sayang dan empati dalam mengejutkanku dari lena...moga2 pahala yang sememangnya tersandang buat sahabat2 pengganti Bilal bin Rabah ini diraih dengan penuh kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

'Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bg org yg berakal.'

'Iaitu orang2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'

(3: 190 & 191)

Ala bizikriLlahi tadmainnul qulub
(Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram)
(13:28)