Wednesday, May 28, 2008

Al-Fateh yang comel!!

Eh, Al-Fatih ke Al-Fateh?

Hehe...xpe, asalkan bunyinya dekat2..


Mmm...rasa sungguh gembira dan bersyukur dipertemukan dengan korang sume...

Menanti2 setiap hujung minggu untuk kita sama2 kumpul dalam halaqah, baca ayat2 Allah yang indah, sama2 menyemai rasa keinsafan pada kelalaian diri, menyemarakkan semangat menegakkan Islam tercinta di muka bumi ni dan menjalin kasih sayang dengan tautan ukhuwwah yang hanya semata2 keranaNya...(dan juga makan makanan sedap seperti roti jala hanisah, puding roti sarah, tak lupa sushi & nasi gorengku...nges nges)

Semoga kita semua dipilih menjadi tentera2 Allah yang gagah perkasa menjulang panji2 agamaNya...dan semoga setiap dari kita yang mengasihi satu sama lain kerana Allah S.W.T akan mendapat redhaNya dan menjadi tetangga di syurga...

Seperti berkobarnya semangat Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople kerana ingin menjadi pemimpin terbaik yang disebut Rasulullah,
Kita juga mengobarkan semangat menjadi daie dan ummatnya yang terbaik!!
Amin....

Sayang Al-Fateh a.k.a Al-Fatih!!

Monday, May 26, 2008

Abdullah bin Mas'ud


Mari kita renungkan ungkapan2 yang diucapkan Rasulullah S.A.W. dan sahabat2 lain buat sahabat agung ini.. sahabat yang pertama kali mengumandangkan Al-Quran dengan suara yang merdu..

Rasulullah S.A.W:

'Kamu akan menjadi pemuda terpelajar'

'Berpegang-teguhlah kepada ilmu yang diberikan oleh Ibnu Ummi 'Abdin (Abdullah bin Mas'ud)'

'Seandainya aku hendak mengangkat seseorang sebagai amir tanpa mesyuarat dengan kaum muslimin, tentulah yang aku angkat itu Ibnu Ummi 'Abdin'

'Aku izinkan kamu bebas dari tabir hijab (masuk berjumpaku di rumahku)'

'Kamu mentertawakan betis Ibnu Mas'ud..kedua-duanya di sisi Allah S.W.T lebih berat timbangannya dari gunung Uhud'

Umar Al-Khattab R.A.:

'Sungguh ilmunya tentang fiqh berlimpah-limpah'

'Islamnya satu kemenangan, hijrahnya merupakan pertolongan, sedang pemerintahannya menjadi suatu rahmat'

Abu Musa Al-Asy'ari:

'Jangan tanyakan kepada kami sesuatu masalah selama dia (Abdullah bin Mas'ud) ini berada di antara tuan-tuan'

'Sungguh, setiap kali aku melihat Rasulullah S.A.W., pastilah Ibnu Mas'ud menyertainya'

Hudzaifah R.A.:

'Tidak seorang pun aku lihat yang lebih mirip kepada Rasulullah S.A.W. baik dalam cara hidup, perilaku dan ketenangan jiwanya, daripada Ibnu Mas'ud..Dan orang-orang yang dikenal dari sahabat-sahabat Rasulullah sama mengetahui bahawa putera dari Ummi 'Abdin adalah yang paling dekat kepada Allah..!'

Serombongan sahabat kepada Ali R.A:

'Wahai Amirul Mukminin, kami tidak melihat orang yang lebih berbudi pekerti, lebih lemah-lembut dalam mengajar, begitu pun lebih baik pergaulannya, dan lebih soleh daripada Abdullah bin Mas'ud'

Ali R.A.:

'Ya Allah, aku mohon Engkau menjadi saksinya, bahawa aku berpendapat mengenai dirinya seperti apa yang mereka (serombongan sahabat) katakan itu, atau lebih baik dari itu lagi. Sungguh, telah dibacanya Al-Quran, maka dihalalkannya barang yang halal dan diharamkannya barang yang haram..seorang yang ahli dalam soal keagamaan dan luas ilmunya tentang as-sunnah'

Sahabat-sahabat:

'Sungguh, sementara kita terhalang, dia diberi restu (keluar masuk rumah Rasulullah S.A.W. dan mendampingi baginda) dan sementara kita bepergian, dia menyaksikan (tingkahlaku baginda)'

(Petikan: 'Rijalun Haular Rasul' - Khalid Muhammad Khalid)

Milik siapa hati ini?


Terkadang kita alpa...terkadang kita lupa...
Cinta manusia kita penuhi di hati...lantas di mana ruang untuk cinta Allah??
Kerana itu kah kita seringkali sepi dan sunyi bila cinta manusia menjauhi?
Ahh...
Hati ini milikMu...bantulah aku menghiasinya dengan cinta kepadaMu...

Thursday, May 22, 2008

Hatiku tercalar


Hatiku tercalar...
Bila aku mengenangkan ibu yang dahulunya cantik dan berseri, kini lesu dan pudar kerana kepenatan menjaga adik2 serta memikirkan masalah yang membebani keluarga..

Hatiku tercalar...
Bila aku melihat ibu merasa rendah diri, merasa tiada kekuatan atau kehebatan berbanding orang lain yang lebih gah dari segi penampilan dan kata-kata..sedangkan kedua tangan ibu itulah yang menghasilkan insan seperti aku...yang hari ini berada di menara gading, malah di puncak dunia!

Hatiku tercalar...
Bila ibu dianggap remeh, kehadirannya tak disedari, wujudnya tak dihargai...Ibu mungkin hanya insan lemah pada kalian, tetapi tidak aku!!Ibu terlalu istimewa, terlalu berharga..kehebatannya dan kesabarannya mengatasi wanita2 lain di sekelilingnya, malah aku berani katakan mengatasi wanita yang sezaman dengannya..

Begitu hinakah ibu?
Seolah-olah semua yang disentuhnya bagaikan bertukar rupa atau menjadi musnah..
Atau..adakah ibu menjelekkan pandangan?

Aku benci sikap manusia begitu...
Di hadapanku bagaikan menyembah, sedangkan sembahan itu hanya layaknya bagi Allah yang menciptakan
Mengapa manusia begitu rakus? Mementingkan material yang sifatnya sementara?
Sedangkan ajal menghambat tanpa sedar?
Adakah kemuliaan manusia hari ini disandarkan pada banyaknya gulungan ijazah atau timbunan harta?

Ahhh!! Aku kesal....kesal pada manusia yang tertipu...alpa dengan nafsu semata
Sedangkan Allah menyamakan kita semua, aku dan kalian, tiada seurat benang pun menjadi pembahagi antara kita
Melainkan amal dan taqwa..

Ibu, teruskan bersabar..yakinlah pada janji Allah...
Begitu mahal harga sabarmu, semoga perniagaan yang kau tawarkan disambut Allah dengan pulangan yang setimpal
Semoga sabar seperti ibu meresap ke jiwaku

Kan ku usaha, ibu
Meski aku tercalar dan parah
Meski aku terhiris dan pedih...
Walau sesukar mana...demi meraih kembali sekuntum senyuman indah di wajahmu
Akan ku usaha...


Wednesday, May 21, 2008

Lafaz yang tersimpan

Aduh...dah masuk hari Rabu..aku baru teringat yang minggu ini aku masih belum berkesempatan menghubungi ibuku...Selalunya menjadi kebiasaan aku akan berbual panjang dengan ibu pada hujung minggu, mendengar luahan hatinya, masalahnya, keluh kesahnya serta berkongsi kegembiraannya...Namun, minggu ini aku sibuk sekali, aku ke hulu ke hilir menziarahi sahabat dan menjalankan kewajipanku sebagai seorang daie.

Hari ini...aku tersentak melihat video klip ni...sungguh menyentuh hati...aku lantas teringat kepada ibu...adakah ibu ternanti2 deringan telefon dariku kelmarin?Mesti hatinya gusar memikirkan aku...sakitkah aku, cukupkah makan pakai?bagaimana pelajaran?Ahh...aku kesal sekali...

Aku berazam akan menghubungi ibu...semoga Allah mengampunkan aku atas kealpaan ini...Semoga video klip ini menjadikan kita insan yang menginsafi diri dan bersyukur kepada Allah atas kehadiran insan bernama ibu.