Ada orang kata, bila kita bergelar 'doktor', tak kisahlah kita doktor perubatan atau doktor falsafah...kita adalah golongan yang begitu sibuk, kehidupan berkisar tentang kerjaya, iyalah...sentiasa terdedah dengan cabaran2, himpitan masa, on-call, atau harus out-station selalu kerana menghadiri conference sana-sini. Maka, ada orang mendakwa, orang yang berjaya menjadi 'doktor' itu sahaja dah cukup hebat, sebab kerjaya yang dipilih menuntut pengorbanan yang besar, dan begitu mencabar...
Benarkah dakwaan ini? Aku merasa kurang setuju, meskipun dari sudut kesibukan dan tuntutan masa memanglah ada kebenarannya....tapi sebenarnya bagi aku, tidaklah terlalu hebat sebenarnya kalau seseorang tu sekadar menjawat jawatan sebagai seorang 'doktor' sahaja...kerana sedari dulu, sejarah telah membuktikan betapa banyak tokoh2 islam yang merupakan pemimpin angkatan perang, malah memimpin negara dan menyebarkan dakwah adalah orang2 yang mahir dari segi ilmu perubatan...tokoh2 perubatan islam di zaman kegemilangan Abasiyyah sendiri bukanlah orang2 yang hanya memfokuskan tenaga dan fikiran mereka pada bidang perubatan sahaja, mereka adalah orang2 yang mahir dan menguasai pelbagai sudut ilmu.....
Ibnu Sina sendiri, telah menguasai hafazan Al-Quran dan mahir dalam ilmu tafsir, fiqh, tasawwuf dan usuluddin, seawal usia 10 tahun, dan diangkat menjadi 'Doktor Diraja' 8 tahun selepas itu! Bukan itu sahaja, selain ilmu kedoktoran, beliau juga menguasai bidang falsafah, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, kimia, fizik, sastera dan kosmologi!SubhanAllah, hampir keseluruhan cabang ilmu di dunia!! Jadi, di mana hebatnya para 'doktor' hari ini dibandingkan dengan mereka ini? Terlalu kerdil!! dan amatlah malu sebenarnya bila nak mengatakan aku terlalu sibuk untuk berdakwah kerana professionku nanti adalah 'doktor' yang, proses ke arah mencapainya pun menuntut hampir keseluruhan masaku...
Hari ini, aku menangis...alhamdulillah, aku teramat gembira kalau mata ini mengalirkan air kerana kalau dah terlalu lama tak menangis, aku bimbang mata dan hatiku tidak berfungsi...huhuh...aku menangis kerana aku sudah mula sibuk dengan dunia penyelidikanku, dengan usahaku mengejar segulung ijazah yang akan tertera perkataan 'doktor'. Dan dunia dakwahku seperti menjauh sedikit ke belakang...
Menatap artikel Utusan Malaysia hari ini, air mataku tumpah lagi, dadaku begitu sebak sekali membaca tajuk berita ini:
32 hafiz bakal doktor perubatan
Alangkah bertuahnya 32 insan terpilih itu, betapa Allah mengetahui yang aku begitu ingin sekali berada di antara angka ini, seandainya diberi peluang dan tawaran untuk bertukar tempat dengan salah seorang daripada mereka!...semoga 32 mereka ini benar2 'Doktor al-Hafiz' yang akan memelihara Al-Quran di dalam dada mereka, dan di dalam kehidupan mereka....serta menjadi qudwah dan pencetus semangat lebih ramai lagi anak2 muda di Malaysia untuk menurut jejak langkah mereka..